DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Wednesday, January 19, 2011

SPR KATA KERUSI DUN PELABUHAN KLANG TIDAK KOSONG

Hari Speaker DUN Selangor Teng Chang Khim mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Pelabuhan Klang kosong. Teng berdasarkan Fasal 69 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.yang menyebut ‘jika seseorang Ahli Dewan Undangan Negeri itu tidak hadir dalam masa 6 bulan, maka kerusi tersebut diisytiharkan kosong’. Dalam kes ini Adunnya, Badrul Hisham Abdullah hadir ke persidangan Dun dalam tempoh 6 bulan bermula 15 Julai 2010 hingga 15 Januari lalu.


Itu kata-kata Teng berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.
Tetapi lain pula dengan SRP @ Suruhanjaya Penipu Rakyat. SPR kata (tentunya dengan titah perintah Najib dan mendapat perkenan Najib) bahawa DUN Pelabuhan Klang ‘tak kosong’ berdasarkan undang-undang SPR, seksyen 12 (3) Akta Pilihanraya 1958, bermaksud SPR merupakan entiti sah untuk menentukan jika wujud kekosongan kerusi DUN Perak.


Inilah yang telah berlaku di 4 kerusi DUN 3 di Perak dan 1 di Kedah. Kerusi DUN Behrang (Jamaluddin Mohd Radzi ), kerusi DUN Changkat Jering (Kpt (B) Mohd Osman Jailu) dan kerusi DUN Jelapang ( Hee Yit Foong-DAP) . Ketiga-ketiga mereka keluar parti (Jamaluddin dan Osman dari PKR-dakwaan amalkan rasuah seks, kemudian ditarik balik kerana menyokong UMNO) menjadi ADUN bebas dan menyokong UMNO putar-alam. Mahkamah pun turut mengabsahkan kedudukan mereka itu.


Yang paling menarik dan tidak pernah berlaku sebelum ini, apabila mahkamah mengisytiharkan kerusi Kota Seputih, Kedah, cepat-cepat SPR membuat rayuan untuk membatalkan keputusan mahkamah, tetapi sehingga kini kes Kota Seputih hilang lenyap.


Kes Kota Seputih sama dengan kes Pelabuhan Klang. Abu Hassan Sarif gagal menghadiri sidang dewan sebanyak dua kali tanpa kebenaran Speaker. Menurut Undang-undang Kerajaan Kedah mana-mana Adun gagal menghadiri sidang dewan tanpa kebenaran speaker menyebabkan kerusinya hendaklah diosongkan. Adun berkenaan dikatakan tidak hadir sidang Dewan dua kali berturut-turut kerana sakit. Keadaan Adun berkenaan yang sakit dimaklumi oleh banyak pihak tetapi apa yang mungkin menjadi kesalahannya kerana tidak memberi tahu kepada Spekaer DUN Kedah.


Spekaer DUN Kedah, Dr. Abdul Isa Ismail juga memaklumkan mengenai kekosongan kerusi berkenaan kepada SPR berdasarkan peruntukan Undang-undang yang ada seperti yang dilakukan oleh V.Sivakumar dan Teng.


Kalau berdasarkan pandangan bekas Pengerusi SPR, Abdul Rashid Abdul Rahman mengikut perundangan pilihan raya, sebaik sahaja notis kekosongan diterima daripada Speaker, pilihan raya kecil wajar diadakan.Mengikut skop perundangan katanya, SPR perlu menerima langkah Speaker mengumumkan kekosongan yang tidak boleh dicabar atau diketepikan. Mengikut undang-undang (Perlembagaan negeri dan persekutuan), SPR perlu menghormati notis pengesahan kekosongan dan mengadakan pilihan raya kecil dengan sewajarnya (dalam 60 hari.


Dalam sistem negara yang dikuasai oleh orang ‘gila’ kuasa dan kemewahan dunia dan yang ketepikan Allah dalam urusan kenegaraan, maka rakyat Malaysia tidak perlulah mengharapkan keadilan dan kebenaran ditegakkan di bumi ini. Dengan boneka-boneka Najib dan UMNO yang masih wujud seperti Pengerusi SPR, Abdul Aziz Mohd Yusof, Abdul Ghani Patail (Peguam Negara) dan Zaki Azmi (Ketua Hakim Negara) yang juga bekas Penasihat Undang-undang UMNO masih menguasai insitusi-institusi terpenting negara, sudah pasti keadilan tidak mungkin dapat ditegakkan. Rakyat akan terus dizalimi, ditindas, diancam dan diugut sepanjang masa.


“TOLAKLAH UMNO, DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT”

No comments: