DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Saturday, January 1, 2011

SEHARI BERSAMA DENGAN AHLI PARLIMEN PADANG TERAP

Hari Isnin ini, 3 Januari 2011, sekolah akan dibuka semula selepas bercuti panjang selama 6 minggu. Di sana-sini kelihatan para ibubapa amat sibuk menyediakan pelbagai kelengkapan persekolahan untuk anak-anak. Bagi keluarga yang ada kebun getah bolehlah ketawa kerana harga getah mahal RM6.70 sekilogram. Bagaimana dengan keluarga yang tidak ada kebun getah, hanya ada sawah padi sekangkang kera, anak ramai yang masih bersekolah. Berkerja sebagi kuli dan kerja ambil upah sana-sini, tidak tetap. Bagi keluarga sebegini amat perit untuk menyediakan keperluan persekolahan anak-anak.


Menyedari hakikat inilah, YB Ustaz Mohd Nasir bin Zakaria, Ahli Parlimen Padang Terap berusaha membantu meringankan keluarga yang kurang berkemampuan. Beliau sanggup turun padang menghulur sumbangan.


Pada hari ini Sabtu, awal tahun baru 2011 kelmarin, saya bersama-sama dengan Webmaster
Marhaen Info berkesempatan mengikuti rombongan YB Ustaz Nasir membahagi-bahagikan sumbangan pakaian dan bag sekolah ke beberapa buah kampung di sekitar pekan Kuala Nerang, Kedah Darul Aman dalam parlimen Padang Terap, mencakupi DUN Kuala Nerang dan DUN Pedu. Sumbangan itu disediakan oleh Pejabat Khidmat Wakil Rakyat (Parlimen) dengan kerjasama Terap Care.Sumbangan disampai sendiri oleh YB Ustas Nasir.


Program ini bermula di perkarangan masjid Kuala Nerang berkonvoi dengan motosikal dan berkereta menuju ke masjid Padang Setoi yang menjadi tempat pertama yang disinggahi. Kemudian, selepas menunaikan solat zuhur, konvoi ini bergerak menuju Kampung Perik, Kurung Hitam dan berakhir di Kuala Janing.


Program sampai ke petang.








No comments: