DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Wednesday, December 15, 2010

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH POLIS

Majlis ceramah yang dihadiri oleh Anwar Ibrahim di pasar malam Taman Melati Wangsa Maju dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang timbul seperti pergaduhan, kesesakan, dan tidak menganggu keselamatan dan ketenteraman awam sepertimana yang dikatakan oleh Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan (lebih sudu dari bubur nampaknya), tetapi (apa sebab pula) tiba-tiba pihak polis membenarkan pun. Memadailah waktu ceramah hanya dibenarkan sehingga jam 10.30 malam, dari tidak dibenarkan langsung. Kira-kira 100 anggota polis dikerahkan untuk memantau keadaan dan seawal jam 9.15 malam, mereka mula berkeliaran di pentas mengingatkan penganjur supaya mematuhi kebenaran masa yang ditetapkan. Tiada kejadian yang tidak diingini dilaporkan.


Terbukti kerja-kerja polis menjadi lebih mudah mengawal keadaan, sekiranya ia tidak diganggu dan diarah oleh pemimpin UMNO yang takut bayang-bayang sendiri kerana mereka tahu mereka terlibat terlibat dalam pelbagai skandal, rasuah, menyalahgunaan kuasa. Jadi, mereka guna polis untuk menutup pekung mereka yang kotor daripada terdedah kepada rakyat. Mereka takut kuasa mereka akan hilang apabila rakyat mulai sedar tentang berbagai perkara yang mereka selindungi selama ini.


Sepatutnya begitulah sikap polis. Siang-malam, pagi-petang, kena bantai, tiba-tiba ruang untuk menjawab ditutup. Tidak adillah namanya. Orang bodoh dan gila pun tahu tentang ‘keadilan’ seperti itu, Jangan adakan diskriminasi. Rakyat sekarang sudah pandai menilai. 20 tahun akan datang rakyat semakin cerdik. Polis tidak boleh lagi bertindak menyekat rakyat untuk berlawan hujah sama hujah dengan menggunakan kekerasan. Biarlah perangai kasar polis terhadap penunjukan perasaan menentang kenaikan tariff air oleh SYABAS baru-baru ini berakhir di situ. Rakyat menuntut hak. Tidak salah dibenarkan oleh perlembagaan. Kelulusan permit perlu bagi memudahkan pihak polis membuat pemantauan untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.


Cerita sepenuhnya ceramah Anwar di
sini


Pendedahan secara meluas Utusan Malaysia dan media-media milik UMNO terhadap isu liwat Anwar ekoran pendedahan yang dibuat oleh WikiLeaks turut mengheret nama baik Najib Tun Razak. Sekarang rakyat terasa amat malu berperdanamenterikan Najib yang didakwa terlibat skandal pembunuhan Altantuya Sharibuuu


“UMNO TIADA, RAKYAT LEBIH SELAMAT”

No comments: