DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, December 14, 2010

KENAPA NAJIB TIDAK GHAIRAH DENGAN PENDEDAHAN WIKILEAKS?

NAJIB Razak minta rakyat Malaysia tidak menghiraukan pendedahan Wikileaks yang mendedahkan laporan mengutuk Malaysia yang boleh menjejaskan hubungan serantau. Katanya apa yang penting memfokuskan kepada matlamat pencapaian negara.

Seruan Najib itu nampak bijak dan tidak emosi dengan pendedahan Wikileaks yang mengaitkan Anwar Ibrahim dengan homoseks. Anih sedikit bunyi seruan Najib itu kali ini. Ini kerana diluar sana media massa pro kerajaan dan termasuk juga beberapa pemimpin Umno riuh randah menerima pendedahan Wikileaks menghentam Anwar itu persis satu modal besar.

Kenapa Najib semacam tidak ghairah untuk mengutip modal dilontarkan Wikileaks itu bagi menyerang Anwar?Mahathir Mohamad sendiri yang selamanya tidak akan diam dan terus jadi gatal mulut bila terdengar nama Anwar terus menangguk di air keruh atau menongok air sambil berjalan mengutuk Anwar dengan memberi tafsiran negatif buat Anawar dengan mengatakan Lee Kuan Yew tentu tahu cerita sebenar mengenai Anwar itu.

(Kalau pun Lee Kuan Yew tahu siapa yang memberi tahunya, tidak mustahil kalau Mahathir sendiri?).Biarlah Mahathir selamanya tidak akan menerima dan memaafkan Anwar. Bagi Mahathir, Anwar adalah anak syaitan.Tetapi saya tertarik dengan sikap dingin dan berhati-hati Najib mengenai pendedahan Wikileaks yang dianggap berita baru itu. Jika hendak dikira patutnya Najib terus ambil kesempatan menguar-uarkan laporan laman berkenaan kerana ia mengutungkannya. Tetapi nampaknya tidak berlaku begitu. Kenapa?

Sebelum ini saya sudah membayangkan atau menasihati supaya semua pihak berwaspada dengan Wikileaks - jangan mudah menerima apa-apa saja yang didedahkan oleh laman bebas berkenaan. Apa yang kena fikir sesuatu pendedahan atau maklumat didedahkan itu tentu ada motifnya. Sebagai badan bebas tentulah pengendalinya memikirkan komersial. Tidak ada manusia ikhlas dan melakukan tanpa apa-apa bayaran di dunia ini.Ada kemungkinan apa-apa pendedahan dibuat oleh Wikileaks ianya dibayar dengan harga yang tinggi? Perdagangan maklumat berlaku bukan baru tetapi sejak lama dulu lagi. Ia dipelopori oleh Yahudi.

Apa yang saya khuatir kalau rakyat Malaysia mempercayai dan menjadikan Wikileaks sebagai Quran dan Hadith atau lebih dipercayai daripada Utusan dan TV3, satu hari nanti ia akan 'merangah' (memakan) diri sendiri. Apa kata kalau tiba-tiba misalnya menjelang pilihan raya umum ke 13 nanti laman bebas itu mendedahkan pula skandal para menteri?

Atau pun mendedahkan kontrek pembelian kapal selam atau penjualan bumi Malaysia di Singapura kepada rupblik itu?Apakah waktu itu kita hendak menolaknya dan menganggap ia bohong sedangkan pendedahan mengenai Anwar itu dianggap sebagai benar dan konkrit?Justeru kenyataan dan seruan NAjib itu saya lihat ada makna dan maksud tersendiri. Mungkin Najib sudah mendapat maklumat dari sumber tertentu yang selepas ini Wikilleaks akan memakan beliau dan orang-orangnya pula.

Wikileaks tidak boleh dipercayai.Dari kejauhan saya ada mendengar tentang berita mengenai Duta Malaysia di Amerika Syarikat. Katanya ada cerita mengenai Duta itu bakal mengejtukan negara. Apakah maklumat ini (sama ada sahih atau tidak) sudah berada ditangan Wikileaks. Rasanya perkembangan ini ditunggui oleh banyak pihak di Malaysia?

Yang tentunya Najib tidak akan bersikap terbuka begitu mengenai pendedahan Wikileaks kalau beliau tidak mendapat apa-apa signal dari luar. Yang pastinya beliau sudah menerima signal berkenaan maka beliau harus mengambil sikap tidak ghairah dengan apa yang dilakukan laman itu ke atas Anwar.


Sumber :
MSO

No comments: