DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Monday, December 6, 2010

KADAR JENAYAH MENINGKAT

Bab 1


Kenyataan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur bahawa
kadar jenayah ragut naik sebanyak 99% dalam tempoh empat bulan pertama berbanding tempoh untuk tahun lalu cukup mengejutkan. Ini bermakna kenaikan sebanyak 600 kes, dari 606 tahun lalu kepada 1206 kes pada tahun ini, dan ini merupakan rekod antara bulan Januari sehingga April!


Sekiranya kenaikan tersebut mengejutkan, pastinya ia membuatkan kita bingung dan kecewa. Apa tidaknya, jenayah samun berkumpulan tanpa senjata api mencatatkan kenaikan sebanyak 80.5% bersamaan 1,005 kes. Untuk tempoh empat bulan pertama tahun lepas, 1,249 kes dicatat, manakala untuk tempoh yang sama tahun ini mencatatkan 2,254 kes. Barangkali kenaikan kadar jenayah ini boleh dicatatkan sebagai satu pencapaian dalam The Malaysian Book of Records!


Seringkali kita didendang dengan jaminan keselamatan yang diberikan kepada rakyat Malaysia oleh Kementerian Dalam Negeri serta institusi keselamatan, pun demikian kadar jenayah yang dicatatkan untuk tempoh empat bulan pertama tahun ini sahaja jelas menunjukkan jaminan itu belum lagi sepenuhnya tertunai.
Saya percaya, seandainya keupayaan institusi keselamatan digunakan untuk memerangi jenayah sepenuhnya — dan tidak dijadikan perkakas untuk membelenggu mereka yang berlainan pendapat dengan elit penguasa — maka keamanan dan ketenteraman dalam negara pastinya dapat dipulihkan.


Bab 2


Graf kadar jenayah berada dalam paras yang agak kritikal sejak 2004. Statistik yang diambil dari laman web Polis Di Raja Malaysia mengesahkan bahawa pada 2004 jumlah kadar jenayah adalah sebanyak 156,455 dengan jumlah kes selesai sebanyak 72,694. Jumlah kes yang direkodkan pada 2005 meninkat sedikit kepada 157,459 kes dengan jumlah kes selesai sebanyak 76,284 kes.


Graf jenayah yang dilaporkan meningkat meningkat dengan mendadak kepada 198,622 kes pada 2006 dengan jumlah kes selesai jatuh kepada 73,281 kes sahaja. Masyarakat Malaysia terus bimbang lagi dengan kes penculikan dan pembunuhan Nurin Jazlin, 8 yang menjadi sebahagian dari rekod jenayah yang belum selesai pada 2007. Tahun 2007, menyaksikan kegagalan terbesar BN dalam memastikan negara ini benar-benar selamat dengan peningkatan sebanyak 224,298 kes baru dilaporkan. Peningkatan ini begitu merisaukan kerana kadar kecekapan pihak Polis semakin semakin sukar dipercayai lagi di mana hanya 82,270 kes sahaja yang berjaya diselesaikan hingga hujung tahun lalu.


Jenayah rogol semakin membimbangkan kerana rekod PDRM menunjukan penibgkatan yang besar akhir-akhir ini. Pada 2004 hanya 1,718 kes dilaporkan dan meningkat kepada 1,887 pada 2005. Jumlah ini terus meningkat kepada 2,435 kes pada 2006 dan seterusnya bertambah dengan banyaknya pada 2007 iaitu sebanyak 3,177 kes. Ini menjadikan purata wanita dan kanak-kanak yang dirogol setiap hari dinegara Islam Hadhari ini meningkat kepada 9 orang sehari berbanding purata 7 orang sehari pada 2006.


Jadi adakah BN benar-benar menjadikan negara ini selamat pada pandangan rakyat. Tertunaikah janji mereka dalam siri manifesto 2004. Adakah berbaloi untuk anda terus memberikan mandat kepada BN bagi membiarkan diri anda dan anak anda berada dalam keadaan ketakutan sepanjang masa.


Bekas Ketua Polis Negara, Hanif Oma, Bakri Omar dan Norian Mai turut menjadi mangsa pecah rumah pada tahun lalu. Selain itu, pada 18 Februari 2007, bekas Ketua Polis Negeri Pulau Pinang, Albert Mah ditemui mati dibunuh di rumahnya di Petaling Jaya setelah rumahnya dipecah masuk dan hingga kini pembunuhnya masih belum ditahan.


Pada Ogos tahun lalu, Hanif Omar menulis dalam ruangannya di Sunday Star “Point of View” yang bertajuk “Crime and quality of life”, dan mendedahkan bahawa “”Saya dan keluarga saya tidak lagi berasa selamat berjalan-jalan di Kuala Lumpur ini”


Jikalau pegawai-pegawai atasan PDRM seperti bekas Ketua Polis Negara juga boleh dirompak, begitu juga dengan Ketua Polis Negeri juga boleh dibunuh di rumahnya yang dipecah masuk, siapakah lagi yang dapat berasa selamat di Malaysia?


Sejauh manakah BN sanggup untuk memberikan jaminan dalam keadaan kualiti perkhidmatan PDRM dibawah naungan Abdullah semakin menurun. Campurtangan BN dalam PDRM semakin ketara, dan Hanif Omar turut mendedahkan kepada khalayak bahawa 40 peratus anggota pasukan polis hari ini boleh ditangkap dan didakwa terus kerana pelbagai kesalahan-kesalahan rasuah dan jenayah.


Rakyat semakin sangsi dengan keupayaan BN menguruskan sistem keselamatan kerana pasukan keselamatan negara masakini turut terlibat dalam jenayah. Kerajaan baru diperlukan untuk memperbaiki PDRM dan juga memulihkan negara dari ancaman jenayah dan BA adalah alternatif terbaik kerana BA menjaminkan barisan calon yang 100 peratus bebas dari gejala rasuah dan jenayah.


Negara ini akan musnah sekiranya terus menerus diperintah oleh pemimpin yang rasuah dan juga tidak mengutamakan kebajikan serta keselamatan rakyat. Setiap menteri mempunyai pegawal peribadi yang dibayar dengan duit rakyat, tapi siapakah pengawal peribadi untuk rakyat!


KOMEN :

Jawabannya lihat sisipan klip video di sebalah kiri ini…….(SUARA HATI RAKYAT)


"UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA"

No comments: