DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Saturday, August 28, 2010

TERUKNYA MALAYSIA DI BAWA NAJIB

Buku The March to Putrajaya adalah koleksi artikel Kim Quek yang diterbitkan oleh Oriengroup Sdn.Bhd pada Mac tahun ini. Khabar rampasan buku oleh polis hanya tersebar selepas enam bulan selepas buku diedarkan dalam pasaran. Rampasan buku dikhabarkan berlaku di Pahang, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan sebagainya sehingga hari ini.


Bilangan buku yang dirampas belum diketahui, tetapi maklumat yang diperolehi menunjukkan bahawa buku ini dirampas oleh pegawai special branch. Pihak special branch hanya meninggalkan satu dokumen, namun tidak dinyatakan pegawai yang bertanggungjawab, unit mana yang menjalankan rampasan, malah tiada tandatangan pegawai penguatkuasa.


Seterusnya di
sini


KOMEN :


Malaysia di bawah pentadbiran Najib semakin teruk menekan kebebasan mengeluarkan pendapat. Untuk menyelamatkan UMNO dan mengembalikan sokongan rakyat kepada UMNO, maka Najib sehingga setakat ini sanggup membuat apa sahaja bagi mengekang amalan demokrasi yang sihat dalam negara ini. Najib percaya dengan mengembalikan pemerintahan diktator, maka rakyat dalam negara ini boleh didisiplinkan agar kembali menyokong kerajaan kerana takut diancam, diugut dan diganggu-gugat ke atas keselesaan kehidupan rakyat yang selama ini dinikmati oleh mereka yang dilakukan oleh pihak berkuasa atas arahan dan tekanan pentabiran Najib.


Najib mahu mengembalikan Malaysia di zaman kesultanan Melayu (feudal) secara total, yang mana segala tindakan kerajaan (dulu kata-kata sultan/raja adalah perintah wajib ditunaikan) kini, segala apa yang datang dari UMNO (baca: kerajaana) wajib dipatuhi tanpa perlu dipersoaljawabkan, kalau tidak kehidupan seseorang itu tidak akan tenang dan aman. Arahan yang dikeluarkan itu difahamkan tidak mengandungi sebarang cacat-cela, malah ia bagaikan wahyu yang ddatangkan khas dari Allah swt untuk rakyat Malaysia.


InsyaAllah UMNO akan dihancurkan oleh Allah swt. Dalilnya semua negara-negara yang diperintah oleh para diktator telah pun hilang lenyap di muka bumi ini. Yang wujud sekarang adalah sebuah negara yang diperintah oleh kerajaan yang prihatin yang mahu melihat seluruh rakyatnya hidup sejahtera. Kerajaan yang bertanggungjawab yang tidak menjadikan rakyatnya sebagai binatang peliharaan serta lebih berminat mendengar suara kritikan daridapa mendengar pujian rakyat bagi membolehkan para pemimpinnya bermuhasabah bagi memperbaiki sebarang kelemahan yang wujud.


Marilah kita bersama-sama berdoa dalam bulan puasa yang penuh berkat ini semoga Allah swt meluaskan
pertelingkahan dan perkelahian serta menambah-burukkan suasana yang tidak bersefahaman yang berlaku di antara ahli, pendokong dan di kalangan para pemimpin UMNO ke seluruh negara. Permasalahan ini boleh mempercepatkan kehancuran UMNO.


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”

No comments: