DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, March 12, 2010

KELUAR BN UNTUK KEMBALIKAN MARUAH, KETUA PEMUDA GERAKAN

Lim Hong Siang
Merdeka Review


Anak kepada Penasihat Gerakan Lim Keng Yaik,
Lim Si Pin telah mencadangkan Gerakan keluar dari pakatan politik BN. Beliau menyebut :


“Kini masa terbaiknya untuk Gerakan keluar dari BN. Seandainya (keluar BN) selepas PRU, atau ketika gambar Koh Tsu Koon (Presiden Gerakan) dikoyak, maka akan dituduh sebagai tindakan yang didorong emosi, atau bagaikan kacang lupakan kulit. Saat-saat itu bukanlah masa terbaik untuk meninggalkan BN”.


Katanya lagi : "Kini, setelah dua tahun bertenang, dan sudah jelas keadaannya, maka perlulah kita meninggalkan BN secara berstrategi. Alasannya, senario tidak berubah, BN juga tidak berubah. Sudah tiba masanya untuk tinggalkan BN."


KOMEN :


Amat bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan oleh Lim Si Pin bahawa BN [baca: UMNO] tidak berubah. UMNO tidak pernah mahu berubah. Yang berubah, hanya teraju pimpinan Negara yang berubah secara paksa-rela. Najib yang ambilalih kuasa daripada Pak Lah setakat ini tidak mengambil apa-apa tindakan untuk mengembalikan system pentadbiran negara ke landasan sebenar.


Sistem pentadbiran Negara kucar-kacir akibat campur tangan politik secara melampau bagi mengekalkan kuasa UMNO. Tidak ada pengasingan kuasa yang jelas seperti yang ditetapkan oleh perlembagaan. Badan eksekutif mempunyai bidang kuasa yang terlalu luas. Ia sering kali dilihat mengcampuri urusan badan kehakliman, sekiranya ia dilihat boleh mengugatkan survival UMNO. Ia juga mengugat kewibawaan parlimen yang kelihatan sebagai ‘rubber stamp’.


Jadi, untuk mendaulatkan kedaulatan rakyat, parti-parti dalam gabungan BN perlu keluar dari BN sekarang. Mereka boleh membentuk satu lagi gabungan untuk menentang BN yang dikepalai oleh UMNO. Atau, mereka boleh menyertai Pakatan Rakyat yang matlamatnya jelas untuk membentuk sebuah Negara yang adil kepada semua rakyat dalam berbagai sector.


Yang paling penting misi yang dibawa oleh Pakatan ialah untuk membentuk sebuah kerajaan yang adil, tulus, ikhlas, amanah dan kerajaan berkebajikan yang pro kepada rakyat yang berbilang kaum dan agama. Perlu diperingatkan disini bahawa para pemimpinnya mesti bebas dari sebarang salah laku seperti melakukan rasuah, ambil komisyen, menyalahgunaan kuasa untuk kepentingan peribadi seperti yang diamalkan UMNO dan BN selama ini.


Jika, mereka lakukan apa yang para pemimpin UMNO dan BN lakukan, rakyat akan bangkit menentang mereka. Mereka akan dicampak ke laut dalam bersama-sama dengan kerusi yang mereka sandang supaya mereka ditelan oleh ikan jaw.


Oleh itu, marilah Gerakan, MCA, MIC ramai-ramai keluar dari BN. Selama ini engkau semua kena boli oleh UMNO. UMNO memperkudakan kamu semua sudah 5 dekan. Cukuplah. Bagi laluan untuk UMNO berehat pula.


“UMNO TIADA, RAKYAT AMAN DAN SEJAHTERA”.
"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA DARI UMNO”