DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Saturday, January 16, 2010

KERAJAAN TEMPATAN: SUARAM PINANG KRITIK KEDAH

Sumber : Ong Jing Cheng, SUARAM Cawangan Pulau Pinang
Merdeka Review


Suara Rakyat Malaysia Cawangan Pulau Pinang mengkritik Ahli Majlis Bandaraya, Perbandaran dan Daerah telah dimonopoli oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah dalam senarai nama 255 orang ahli majlis yang baru dan seterusnya mengurangkan penglibatan rakyat dalam kerajaan tempatan.


Tindakan ini telah menyebabkan rakyat kecewa terutamanya pengudi yang mengundi Pakatan Rakyat. Ketika Kedah diperintah oleh Barisan National (BN), masih mempunyai tiga kuota untuk masyarakat sivil iaitu wakil persatuan perniagaan, maka Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah menafikan wakil yang bukan daripada parti politik, mengurangkan rakyat menglibat dan membuat keputusan dalam hal-ehwal kerajaan tempatan.

Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah berkata ingin memperkasakan demokrasi tempatan, dan pernah berjanji memberi 30% kuota untuk organisasi masyarakat sivil, maka Kerajaan negeri kini hanya melantik wakil parti pemerintah sebagai ahli majlis.

Kami rasa kecewa kerana Kerajaan Pakatan Rakyat tidak menunaikan perjanjian iaitu memberi 30% kuota kepada organisasi masyarakat sivil. Tindakan kerajaan negeri ini adalah bertentangan dengan demokrasi.

Seterusnya baca dilink ini :


http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=10553


ULASAN :


Saya amat bersetuju apa yang disuarakan oleh Suara Rakyat Malaysia Cawangan Pulau Pinang mengkritik Kerajaan negeri di Kedah yang tidak melantik rakyat biasa atau individu yang berpengalaman luas dalam berbagai bidang terutama dalam bidang professional dalam pentadbiran kerajaan tempatan.


Sebaliknya, kerajaan Kedah melantik ahli-ahli politik dari kalangan parti PAS, PKR dan DAP yang bergabung dalam Pakatan Rakyat. Lebih malang lagi, orang-orang yang dilantik itu terutama di peringkat Majlis Daerah terdiri daripada orang-orang yang tidak layak langsung dari segi akademik, pengalaman atau orang berkebolehan dan telah berjaya mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang-bidang tertentu yang boleh dijadikan contoh atau teladan.


Asas ini amat penting kerana dengan pengalaman yang luas dalam berbagai bidang, maka seseoarang yang dilantik sebagai ahli majlis boleh mengaplikasikan pengalamannya itu dalam pentadbiran Majlis Daerah untuk kepentingan rakyat dan berbaloi bagi rakyat yang menjelaskan berbagai cukai yang dikenakan.


Sebaliknya apa yang berlaku, kerajaan Kedah lebih mengutaman orang parti yang lama berjuang, tetapi ilmu dan pengalaman di dada kosong. Apabila ada mesyuarat Majlis, golongan ini hanya tidur dan tidak idea untuk dibincangkan dalam mesyuarat untuk memajukan kawasan masing-masing. Mereka wujud bagi memenuhi kuota dan untuk membalas budi.


Kalau sekiranya trend ini berlanjutan, maka kerajaan tempatan di Kedah akan terus mundur berbanding dengan negeri-negeri yang bertambah maju.


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”.
"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”

No comments: