DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, November 27, 2009

ULAMA DUNIA ADALAH ULAMA CARI MAKAN


KUALA LUMPUR: Umat Islam disaran mentaati ulil amri iaitu golongan pemimpin dan pentadbir, malah melawannya dihukumkan haram, kata Felo Yang Amat Utama Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac), Dr Uthman El-Muhammady[rujuk gambar kiri-rupa macam hantu].Menurutnya, haram melawan ulil amri dalam sebarang bentuk termasuk melalui komentar di media seperti tulisan dalam surat khabar.“Kalau mengeji dalam akhbar, masya-Allah, haram. Ulil amri bukan ada pada zaman nabi saja, bahkan zaman sekarang pun ada.


“Kita kena taat dan hormatinya di mana kita berada,” katanya pada pentas diskusi Al-Kulliyyah, TV3, di Dewan Besar, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini, malam tadi. Beliau seorang daripada tiga ahli panel dalam perbincangan bertajuk Satu Akidah, dipengerusikan Mohd Fauzi Mustaffa. Dua ahli panel lain Prof Madya Jabatan Al-Quran dan Hadis, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Dr Fauzi Deraman dan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Hadir sama menyaksikan diskusi itu, Datuk Seri Shahidan Kassim.Uthman menegaskan, golongan pemerintah dan pentadbir yang dilantik dan dipilih adalah sah dalam Islam dan perlu diikuti, bukannya membelakangkan mereka.

“Jika ada yang dirasakan tidak betul, kita boleh memberikan nasihat dengan cara yang baik, bukannya secara biadap dan tidak beradab.“Kalau kita kata ulil amri ini tidak sah, macam mana dengan imam atau kadi yang dilantik dan menikahkan kita, anak kita, apakah tidak sah nikah itu, apakah anak yang dilahirkan anak haram, macam mana pula dengan pembahagian harta pusaka dibuat mereka, apakah menjadi harta haram?” katanya.

Beliau turut melahirkan perasaan kesalnya dengan gelagat sesetengah pihak yang ketawa apabila membincangkan isu perbezaan dalam mazhab seperti ibadat tawaf dan zakat dalam aliran Imam Syafie yang berbeza dengan beberapa mazhab lain.

Katanya, umat Islam juga harus menyesuaikan diri dengan arus perdana di negara ini iaitu mengikuti ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah, bukannya aliran lain daripadanya.Beliau juga mengingatkan semua pihak khususnya tokoh agama berkelayakan tidak melakukan sesuatu seperti mengeluarkan kenyataan dalam media hanya kerana mengejar populariti seperti selebriti, sebaliknya dengan niat yang ikhlas kerana Allah.“

Adab intelektual Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak membuat kenyataan sensasi pada awam yang akhirnya tidak juga mencapai penyelesaian,” katanya.

Sementara itu, Fauzi berkata, Islam agama yang satu, bahkan semuanya satu, iaitu satu akidah, satu syariat, satu rasul dan satu kiblat, cuma umat Islam susah hendak bersatu.“Apabila masing-masing tahu tak sempurna, perlu saling melengkapi. Orang awam harus diberi pengajaran dan dorongan yang betul,” katanya.Selain itu, katanya, umat Islam juga perlu kepada satu adab untuk memurnikan akidah, antaranya adab menghormati pandangan, iaitu bersangka baik dengan pendapat orang lain walaupun berbeza.


Ulama Dunia Adalah Ulama Cari Makan

Malang bagi umat Islam hari ini apabila ada para ulama yang menggunakan ilmunya untuk mendapatkan habuan dunia yang sedikit ini. Para ulama ini digunakan oleh pihak pemerintah untuk memberikan pandangan yang berpihak kepada pemimpin sekular yang ada pada hari ini. Para ulama dunia yang berada di sekeliling pemerintah ini akan digunakan untuk terus menjadi mata tombak kepada pemerintah bagi membenarkan setiap tindakan yang dilakukan oleh para pemimpin sekular yang ada pada hari ini. Salah satu darinya adalah kenyataan seperti yang di utarakan oleh Felo Yang Amat Utama Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac), Dr Uthman El-Muhammady di atas.


Ya, beliau membacakan ayat al-Quran namun malangnya penafsiran dan pemahaman yang disampaikan hanyalah sekadar untuk membenarkan realiti sekular yang ada pada hari ini. Wahai umat Islam! Renungilah penjelasan surah an-nisa’ ayat 59 ini sebagai suatu muhasabah. Allah SWT memerintahkan orang beriman untuk taat kepada ulil amri. Ayat itu juga menegaskan, adanya ulil amri tidak lain adalah demi untuk menegakkan syariat Islam. Ini adalah kerana, perintah untuk wajib taat kepada ulil amri tersebut mengiringi perintah taat kepada Allah dan Rasul-Nya.

Oleh kerana itu, mewujudkan ulil amri yang menegakkan syariat Islam hukumnya wajib dan meninggalkannya jelas maksiat dan berdosa. Sebaliknya, mewujudkan ulil amri yang menghalang tertegaknya syariat Islam, atau sebaliknya menegakkan dan mengekalkan sistem sekular peninggalan penjajah sebagaimana hari ini, bererti membawa masyarakat dan negara untuk melakukan maksiat kepada Allah SWT, bukannya taat kepada Allah dan RasulNya. Ini ternyata haram kerana tindakan tersebut secara nyata melakukan apa yang dilarang dan diharamkan oleh Allah SWT. Kerahmatan Islam sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah juga hanya akan terserlah apabila syariat Islam dilaksanakan secara kaffah, menyeluruh dan konsisten.


Pemimpin negara yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya sudah pasti akan memimpin negara dan masyarakatnya dengan melaksanakan syariatNya dengan penuh ketaatan. Oleh kerana itu, ketua negara di dalam sistem Islam berbeza dengan ketua negara di dalam sistem sekular walaupun kedua-duanya dipilih oleh rakyat.

Dalam sistem sekular, ketua negara dipilih oleh rakyat untuk melaksanakan kedaulatan rakyat, dalam erti kata rakyatlah yang berhak membuat undang-undang, maka ketua negara wajib melaksanakan undang-undang yang dibuat oleh para wakil rakyat itu meskipun ianya bertentangan dengan syariat. Dengan kata lain, ketua negara dalam sistem sekular wajib memimpin negara dan mengurusi urusan rakyat dengan undang-undang sekular, bukannya dengan syariat Islam.

Dalam Islam, oleh kerana yang berhak membuat hukum hanyalah Allah SWT, maka para pemimpin yang dipilih oleh rakyat wajib melaksanakan hukum Allah dengan menerapkan syariat Islam yang bersumber dari al-Quran dan al-Sunnah yang dinilai sebagai pendapat terkuat untuk dijadikan undang-undang negara dan dengan undang-undang itu ketua negara mengurus segala kepentingan masyarakat. Dengan demikian, ketua negara di dalam sistem politik Islam merupakan manifestasi dari kekuasaan di tangan rakyat yang bertujuan untuk mewujudkan kedaulatan syariat, bukannya kedaulatan rakyat sebagaimana yang berlaku hari ini. Maka mana mungkin umat Islam itu secara membabi buta diwajibkan mentaati pemerintah yang tidak menerapkan Islam sebagaimana yang kita saksikan hari.


Wahai ulama dunia! Tinggalkan habuan dunia yang sedikit itu dan rebutlah pahala untuk menjadi penghulu syuhada sebagaimana saidina Hamzah yang syahid di medan Uhud. Sabda Rasulullah SAW: “Penghulu syuhada adalah Hamzah bin Abdul Muthallib dan lelaki yang berkata dihadapan seorang penguasa yang zalim, lalu dia memerintahkannya (pada kemakrufan) dan melarangnya (terhadap kemungkaran), kemudian penguasa itu membunuhnya. [HR al-Hakim].


Maklumat Tambahan:


Bukan setakat itu sahaja, pemimpin yang mengamalkan rasuah dan menyalagunaaan kuasa untuk mengekalkan kuasa, kedudukan dan mengumpul kekayaan yang jadi milik rakyat untuk kepentingan peribadi, keluarga dan kroni serta menyeleweng amanah yang rakyat berikan adalah berdosa besar disisi Allah swt. Apa hukumnya pemimpin yang menunjukkan kemewahan dan kekayaan yang dia miliki melebihi berpuluh kali ganda daripada yang dimiliki oleh rakyat bawahan yang ia pimpin?


Contohnya banyak yang kita boleh senaraikan nama-nama para pemimpin UMNO yang berada dalam kedudukan kemewahan yang melampau. Rebutlah [mengumpul kekayaan] selagi peluang yang ada dihadapan kamu, semasa kamu berkuasa. Kuasa [kekayaan] hanya akan datang sekali seumur hidup kamu. Prinsip ini telah menjadi rujukan dan amalan keseluruhan pemimpin yang berjuang dalam UMNO. Oleh sebab itu, setiap kali ada pemilihan dalam UMNO rasuah politik berlaku berluasa kerana mengejar kedudukan, kuasa dan kekayaan, bukan untuk membela rakyat yang melarat. Itukah yang diajar oleh Islam?


Sayang, hal ini tidak disentuh oleh Dr.Uthman kerana beliau cintakan kedudukan, darjat, pangkat dan sedikit kekayaan peribadi untuk memenuhi hawa nafsunya yang kurop. Allah ada menyatakan dalam al-Quran dan umat manusia diperingatkan oleh Nabi saw dalam al_Hadith bahawa ulama seperti Dr.Uthman akan banyak muncul di akhir zaman kelak akan bangkit mempertahan pemerintahan yang zalim lagi kurop. Wahai umat manusia, awasilah pojokan syaitan berwajahkan manusia seperti Dr. Uthman ini yang membawa manusia ke lembah kehancuran.


Dalam majlis diskusi tersebut, beliau hanya menyentuh satu aspek sahaja iaitu soal ketaatan kepada pemimpin. Bagi beliau taat kepada pemimpin adalah mutlak seperti yang dihujahkannya itu. Beliau diarahkan ke situ itu mempertahankan pemerintah, yang UMNO menjadi tunggak pemerintahan dalam Negara ini. Jadi, jelas Dr.Uthman adalah ulama upahan yang ditugaskan untuk mempertahankan pemerintah yang kurop dengan memberi tafsiran al-Quran dan al-Hadith diterbalikkan untuk kepentingan pemerintah yang melantiknya.


Sebagai umum ketahui, taat kepada pemimpin bukanlah mutlak sepertimana kita diperintahkan untuk mentaati Allah swt dan Nabi Mohammad saw. Taat pemimpin ada hadnya, tidak kira sama ada ia daripada parti UMNO atau PAS atau daripada mana-mana parti atau NGO atau individu tertentu, sekiranya ia melanggar perintah Allah, maka pada saat itu kita dibenarkan menentangnya secara lembut, tetapi kaedah itu didapati tidak berjaya, dicuba pula melalui kekerasan dengan kudrat yang ada atau seperti yang dibenarkan oleh undang-undang melalui proses pilihan raya untuk mendapatkan kuasa dan dengan kuasa itu kita dapat menumbangkan pemerintah yang zalim, pemerintahan yang mengamalkan double standard dalam perundangan, mengamalkan diskriminasi di antara rakyat sesama rakyat yang berlainan ideology dan perbezaan fahaman politik, di antara negeri dengan negeri dan di antara kerajaan sama dengan kerajaan. Melakukan demontrasi untuk tunjuk rasa ketidakpuasan hati terhadap gaya pemerintahannya supaya pemerintah yang ada membolehkan ia bermuhasabah.


“UMNO HANCUR, RAKYAT SELAMAT”


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

No comments: