DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, October 6, 2009

UMNO PEMBOHONG



BAGAN PINANG, 6 Okt - Calon BN, Tan Sri Isa Abdul Samad layak digelar ikon pemalsuan selepas berjaya menghasilkan banyak projek terbengkalai semasa menjadi Menteri Besar Negeri sembilan selama 20 tahun.


Pengarah Jentera Operasi PAS Pilihan Raya Kecil Dun Bagan Pinang, Salahuddin Ayub menjawab tohmahan yang dilemparkan ke atas PAS sebagai parti yang tidak membawa pembangunan.



"Jika ada pihak yang menyatakan kalau kita (PAS) menang tiada sebarang usaha yang boleh mengubah keadaan sekarang ini seperti menyelesaikan isu-isu pencemaran alam sekitar dan projek terbengkalai, saya rasa keadaan yang sama akan berlaku sekiranya Isa menang," katanya pada satu sidang media harian PAS di Markaz Induk PAS, Jalan Pantai, Port Dickson pagi ini.



Hal tersebut jelasnya disebabkan kesemua kerja tersebut termasuk dalam bidang kuasa pihak berkuasa di peringkat kerajaan pusat dan bukan tempatan.



"Kita lihat banyak projek pembangunan semasa BN memerintah terbengkalai dengan masalah perparitan sehingga menyebabkan pencemaran alam sekitar terjadi akibat kegagalan pengurusan.



"Jika Isa menang dia tidak perlu menyelesaikan masalah-masalah sebelum ini kerana ianya terkandung dalam bidang kuasa pihak kerajaan pusat.



"BN tidak perlu tuduh PAS tolak pembangunan kerana Isa perlu menghitung projek-projek pembangunan yang terbengkalai semasa beliau menjadi Menteri Besar sebelum ini," ujarnya.


Beliau menunjukkan bukti projek pembangunan palsu yang dijalankan oleh Umno-BN selama menjadi wakil rakyat di Bagan Pinang sebelum ini.



"Ini dia contoh dan bukti projek-projek palsu iaitu di kompleks hantu di Pantai PD1, Batu 6, Telok Kemang, Rumah hantu milik DBKL di Batu 6, Telok Kemang, projek terbengkalai Hotel Mingcourt Vista Hotel, dan menara hantu di batu 8, Telok Kemang," katanya.



Justeru, beliau menegaskan tindakan BN memainkan isu kemenangan calon PAS tidak memberikan apa-apa kesan adalah tidak tepat dan tidak relevan sama sekali.


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”.


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”

“PROTES SAMPAI TURUN”

No comments: