DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Wednesday, October 7, 2009

TAKTIK PEMUDA UMNO CELAKA

Taktik kotor BN sekat pengundi ke program PAS

BAGAN PINANG, 7 Okt - BN semakin tertekan melihat calon PAS semakin diterima pengundi sehingga sanggup melakukan apa sahaja cara untuk menentang pihak lawannya. Sama ada menggunakan jentera kerajaan atau politik wang, semua maklum hanya itu sahaja cara BN menang mudah.


Ditambah dengan kehadiran dan kerjasama padu jentera pilihan raya PAS, PKR dan DAP dari seluruh negara membantu kempen memenangkan calon PAS, menyebabkan BN kepanasan sehinggakan terpaksa menggunakan taktik kotor untuk meraih undi.


Kali ini di Ladang Sebutung di Sua Betong pula. BN terpaksa menggunakan pekerja ladang tersebut untuk menyekat pengundi hadir keprogram-program anjuran PAS dan Pakatan Rakyat.


Menurut laporan wartawan bertugas, program yang dianjurkan kontijen PAS negeri Pahang kurang mendapat sambutan berbanding hari sebelumnya.


Selepas diselidik, ternyata BN yang mengetahui adanya program tersebut terpaksa membuat satu program di tempat lain dan membawa pekerja di estet tersebut.


Menurut seorang suri rumah disitu, beliau diberitahu suaminya program BN tersebut adalah untuk memberi sumbangan kepada pekerja disitu, dan hanya pekerja di estet itu sahaja yang dibenarkan untuk pergi ke program BN itu.


Turut berasal kesal dengan keadaan itu, dua hingga tiga lagi petugas PAS di program tersebut menyelar tindakan BN itu. Menurut mereka sambutan dingin program PAS bukan sebab mereka belum lagi bergerak pada gear penuh, tetapi taktik kotor BN itu sebaliknya mengekang pengundi bertemu untuk mendengar kempen penerangan dari Pakatan Rakyat.


Kecoh di Padang Permainan Taman Dato' Abd Samad


BAGAN PINANG, 7 Oktober - Tinggal tiga hari sahaja kempen bagi pilihan raya kecil Dun Bagan Pinang, dan pada kebiasaannya setiap kali menjelang acara ini pasti akan terjadi kekecohan.


Kejadian berlaku apabila petugas PAS datang untuk memasang kelengkapan di Padang Permainan Taman Dato' Abdul Samad, Bagan Pinang yang kemudian mendapat bantahan daripada Pemuda Umno Bagan Pinang yang datang secara tiba-tiba dengan tiga buah kereta.


Persiapan tersebut dibuat bagi program Hi-Tea bersama ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat di Padang permainan terbabit yang dirancang pada jam 5 petang.


Walau bagaimanapun pemuda Umno tidak berpuas hati dengan program tersebut dengan mengaku padang tersebut adalah kawasan mereka.


Mereka kemudian bertindak memaksa petugas PAS beredar daripada padang berkenaan dengan merobohkan empat khemah yang didirikan di tempat program.


Salah seorang petugas PAS yang ditemui berkata padang berkenaan bukan terletak di dalam kawasan bilik gerakan mereka walaupun ianya berhampiran.


"Dan pada kebiasaannya, taman permainan merupakan tempat awam yang bebas digunakan oleh sesiapa. Lagipun kita menjalankan aktiviti yang baik dan bermanafaat untuk penduduk setempat," katanya kepada pemberita di kawasan kejadian sebentar tadi.


Ketika perbincangan diadakan antara penganjur program dan pemuda Umno, datang seorang pemuda yang berpakaian seperti penyokong PAS menumbuk salah seorang pemuda Umno.


Menurut sumber, pemuda yang dikatakan penyokong PAS itu mendakwa adiknya telah dipukul penyokong Umno sebelum ini namun beliau tidak dikenali oleh petugas PAS.


Mereka kemudian dileraikan pemuda-pemuda PAS dan Umno yang berada di tempat kejadian.


Kira-kira jam 3 petang, pemuda Umno mengambil tindakan meruntuhkan sendiri khemah berkenaan sambil mengeluarkan kata-kata yang mendesak petugas PAS agar segera meninggalkan padang tersebut.


Pihak polis tiba di padang tersebut pada jam 3.20 petang dengan tiga buah trak kecil.


Dalam pada itu, AJK PAS Pusat, Dato' Kamaruddin Jaafar melahirkan rasa kesal berhubung insiden yang membabitkan pertelingkahan antara kedua-dua belah pihak.


"Saya kesal dengan sikap pemuda Umno yang biadap menghalau dan tidak menghormati kebebasan menjalankan program.


"Kawasan tersebut adalah merupakan kawasan awam yang tidak mengganggu mana-mana pihak untuk menjalankan aktiviti kempen dalam pilihan raya kecil kali ini," ujarnya.


tegasnya, pihak PAS telah cuba mengadakan perbincangan bagi tujuan kebaikan kedua-dua belah pihak tetapi ianya tidak diendahkan malah PAS diminta untuk meninggalkan kawasan berkenaan.


Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar juga diminta untuk tidak masuk campur dalam perbincangan tersebut dan segera meninggalkan tempat kejadian.


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”.


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

No comments: