Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,
Esuk, 11 Oktober adalah hari mengundi bagi DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan. PRK di Bagan Pinang merupakan satu pertarungan di antara yang haq dan dengan yang bathil. Pertarungan di antara malaikat dengan syaitan-iblis pengacau merasuk anak cucu Nabi Adam supaya melakukan maksiat dan perkara-perkara mungkar kepada Allah s.w.t. Pertarungan satu kumpulan yang menyeru melakukan amal makrof menentang golongan yang mengalakkan mungkar. Keputusan yang mana satu menjadi pilihan terletak di tangan pengundi-pengundi di sini.
Harus diingat, 66 peratus atau kira-kira 9,000 pengundi adalah pengundi Melayu-Islam. Kewajiban setiap orang Islam adalah menegakkan amal makrof dan menentang perkara-perkara mungkar yang berlaku di dalam kehidupan kita seharian. Selemah-lemah iman orang Islam wajib menentangnya di dalam hati [kerana kita tidak terdaya menentang secara perbuatan atau secara lisan atau tulisan atau sebasgainya] yang ia tidak bersetuju dengan perbuatan mungkar yang berlaku di hadapan matanya atau di dalam pengetahuannya. Adalah berdosa setiap orang Islam yang diredha perbuatan mungkar yang berlaku dalam masyarakat.
Dalam konteks PRK di Bagan Pinang, pengundi telah diberi pilihan. Memilih yang haq yang diwakili oleh Zulkefly Mohamad Bin Haji Omar dari PAS yang merupakan sebuah parti yang bersih daripada sebarang skandal dari dulu dan sampai kita. Yang bathil, yang mengwakili syaitan-iblis yang mengalakkan perkara-perkara mungkar ialah Isa Samad dari parti UMNO. UMNO adalah sebuah parti ‘dajal’ yang dipenuhi beranika jenis skandal. Parti ini memperjuangkan 3 perkara : Takhta, Harta dan Wanita. Konsep perjuangannya : Matlamat menghalalkan cara.
Jadi, konsep perjuangan PAS dengan UMNO berbeza amat jauh. Umpama langit dengan bumi. PAS, konsep perjuanganya mengalakkan umat manusia [termasuk yang bukan Islam] melakukan kebaikan, menghindarkan dari perkara-perkara mungkar yang merosakkan diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan Negara. UMNO pula, konsep perjuangannya berlawanan apa yang diperjuangkan oleh PAS.
Contoh yang paling mudah. Isa Samad, selama 22 berkuasa, menggunakan kuasa tersebut untuk kepentingan peribadi [tahta,harta dan wanita = 3 ta]. Dalil yang sahih beliau didapati terlibat dengan rasuah dan dihukum oleh UMNO selama tiga tahun tidak dibenarkan aktiif dalam UMNO.
Dr. Mahathir pernah berkata : “Tan Sri Isa sudah didapati bersalah, kalau Umno letak dia juga bermakna bahawa Umno tak ambil berat tentang kes-kes macam ini. Kalau pun dia boleh menang di situ, kena fikir seluruh Malaysia fikir apa terhadap Umno,"[ http://www.malaysiakini.com/news/113639]

Sesiapa yang mengundi Isa Samad dikalangan orang Islam seramai lebih kurang 9,000 di Bagan Pinang esuk, pastinya ia akan ke neraka Allah s.w.t seperti mana sabda Nabi Mohammad s.a.w yang bermaksud : “Pemberi rasuah dan penerima rasuah masuk neraka”. Hadith sahih, tidak ada pertikaian dalam hal ini.
Saya merayu pengundi-pengundi di Bagan Pinang, sekiranya merka pilih UMNO yang diwakili oleh Isa Samad, maka nescaya lama kelamaan Negara ini akan hancur seperti anai-anai memakan kayu kerana ia tidak keberkatan dari langit. Berbagai masalah akan muncul silih berganti, tiada ada kesudahannya kerana UMNO menolak Islam untuk dijadikan sebagai panduan hidup.
Negara ini akan hancur kerana hasil kerja tangan-tangan rakus yang memegang kuasa yang mengejar “3 ta”. Kehidupan rakyat semakin tersepit berada dalam kemiskinan. Khazanah Negara yang banyak tidak dibahagikan sama rata dan adil ke semua rakyat yang berhak, sebaliknya khazanah Negara difaraidkan sesama mereka. Perkara ini juga diperingatkan oleh Nabi Mohammad s.a.w supaya umatNya menjauhi perbuatan terkutuk ini.
Umpamanya skandal Pelabuhan Klang Free Zon atau lebih PKFZ, duit rakyat telah dilesapkan atau dirompak secara terhormat oleh para pemimpin UMNO dan MCA berjumlah RM12.5. billion berbanding skandal BMF hanya melibatkan duit rakyat lesap sebanyak RM2.5 billion.
Dalam kes PKFZ jumlahnya berlipat kali ganda berbanding dengan skandal-skandal kewangan yang berlaku sebelum ini. Jumlah sebanyak RM12.5 billion itu boleh menampung keperluan kehidupan rakyat Malaysia seramai 27 juta dengan anggaran keperluan dapur sebulan setiap keluarga ialah RM338.00 sebulan. Kita berupaya membina 4 jambatan untuk kegunaan rakyat dengan kos sebesar itu. Kita juga dapat membina 25 buah universiti dengan anggaran kos RM500 juta setiap sebuah. Kita juga boleh membina hospital bagi menjaga kesihatan rakyat sebanyak 125 buah dengan nilaian kos setiap sebuah ialah RM100 juta. Sebanyak 1,250 buah sekolah boleh dibina memenuhi pendidikan rakyat dengan jumlah yang dilesapkan oleh pemimpin pengkianat rakyat dan bangsanya. Lebih malang lagi kepada rakyat yang tidak berumah, dengan jumlah RM12.5 billion yang lesap ini, kita dapat membina rumah kos sederhana dan beri secara percuma kepada rakyat miskin sebanyak 312, 500 buah rumah boleh disiapkan.
Kesimpulannya, memilih UMNO [memilih Isa samad] bererti mengali lubang kubur sendiri. Memilih Isa sebagai ADUN Bagan Pinang bagi menwakili UMNO adalah merupakan satu PENGKIANATAN terhadap agama, bangsa dan Negara. Oleh itu, sekali saya merayu seluruh pengundi tanpa mengira kaum dan agama : Sudah dan cukuplah memberi peluang kepada UMNO untuk memerintah, kali ini berilah peluang untuk menguji apa yang PAS katakana “memenuhi kehendak rakyat”.
MENANGKAN YANG HAQ DAN BUANGKAN YANG BATHIL, SELAMAT MENGUNDI.
“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”.
"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”
No comments:
Post a Comment