DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Saturday, October 3, 2009

RASUAH UMNO : DULU KINI DAN SELAMA-LAMANYA_SIRI 1

Oleh: Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,


DALAM masyarakat tempatan, telah wujud beberapa simpulan bahasa yang memberi makna rasuah seperti ``Tumbuk rusuk'', ``Makan suap'' dan juga ungkapan under counter payment, duit kopi dan sebagainya. Perkataan `rasuah' berasal dari perkataan Arab yang berbunyi ``al-risywah''. Dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perbuatan jenayah lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu.

Di negara ini dari segi undang-undang, semua perbuatan `memberi dan menerima suapan' adalah merupakan sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah.


Dari sudut undang-undang, perbuatan rasuah mencakupi:


melanggar undang-undang yang dikuatkuasakan.
penyalahgunaan harta negara.
merugikan negara
memperkaya diri sendiri dan kerabat.


Dalam skop yang luas, rasuah "politik" bermaksud penyalahgunaan jawatan awam untuk kepentingan peribadi seperti yang telah dilakukan oleh Isa Samad pada tahun 2004. Beliau merasuahkan para perwakilan ketika itu kerana beliau kemaruk mendaki heiraki kuasa dalam UMNO. Maksudnya, Isa Samad hendak mengejar harta, tahta dan wanita [dunia bukan akhirat].


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Pemberi rasuah dan penerima rasuah masuk neraka.


Untuk manusia beriman, hadis di atas cukup menakutkan. Tetapi buat mereka yang imannya sudah diselaputi oleh serakah duniawi, sabda Rasulullah s.a.w ini tidak akan mencecah ke hati nuraninya. Isa Samad adalah salah seorang daripadanya , beliau dan para pengikutnya [dan para pengundi yang memberi undi kepadanya] dengan bangga dan angkoh mengatakan beliau telah selesai menjalani hukuman gantung selama 3 tahun dan hilang semua jawatan parti dan kerajaan kerana telibat gejala rasuah yang telah dibuktikan oleh Jawatankuasa Disiplin UMNO. Sambil itu, beliau memperlecehkan dan mempersendakan Anwar Ibrahim.


Isa ini memang banggang, kes Anwar berbeza dengan kes yang melibatkan beliau. Anwar tidak melibatkan duit sesen pun. Anwar melibatkan kes politik sepertimana kes-kes yang melibatkan para pimpinan terdahulu seperti kes Abu Hassan Omar dan lain-lain pemimpin UMNO yang kaki betina, kaki botol, kaki judi dan perasuah, maka mereka ini disuruh secara senyap-senyap undurkan diri. Anwar pun kalau undurkan diri secara senyap-senyap dan menyepikan diri atau bertindak menyokong membuta-tuli terhadap kepimpinan UMNO yang gilakan kuasa dan harta, maka Anwar juga seperti engkau aman dan damai boleh menambah harta, saya yakin Anwar lebih aman dan kaya-raya daripada engkau kerana Anwar lebih banyak networking seluruh dunia berbanding engkau jang.


Merujuk kepada hadis Nabi s.a.w ini tadi, Isa Samad salah seorang calon ke neraka Allah s.w.t kerana beliau hanya terlepas hukuman di dunia sahaja, hukuman tuhan belum lagi beliau terima tunggulah dipengadilan di padang Masyar kelak. Ia lebih adil daripada mahkamah di Malaysia yang mana para hakimnya dipengaruhi oleh harta dan kedudukan, bukan untuk mencari keadilan dan kebenaran. Ingat pesan Rasullah lagi, di antara 3 hakim, 2 orang masuk Negara.


Rasulullah s.a.w juga meramalkan akan datang suatu zaman atas umat manusia di mana manusia menjadikan wang sebagai berhala mereka. Setiap kepingan wang atau dolar menjadi agama mereka. Perut-perut mereka menjadi tuhan-tuhan mereka. Perempuan-perempuan mereka menjadi kiblat mereka. Iman mereka sudah hilang kecuali namanya sahaja. Seks menjadi tumpuan mereka. Kemuliaan seseorang itu akan diukur berdasarkan kekayaannya.


Takjub mendengar ucapan Rasulullah s.a.w. yang melukiskan keadaan zaman itu, para sahabat pun bertanya, ``Ya Rasulullah, apakah mereka menyembah berhala?'' Nabi menjawab, ``Benar''. Hanya sahaja, berhalanya bukanlah yang dipahat dalam bentuk makhluk-makhluk tertentu. Berhalanya adalah wang. Mereka menyembah, mengabdi, dan mencurahkan seluruh hidupnya untuk wangnya. Inilah ajaran UMNO kepada umat Melayu-Islam selama ia berkuasa selama 52 tahun. Ia menjadi sebati dalam pemikiran rakyat sebab itu berbagai perlakuan rasuah dan skandal kewangan berlaku [akan dibincangkan dalam siri ke-2] berlaku di Negara ini.


Melayu-Islam di Negara ini telah pinggirkan Islam dari pegangan hidup dari semua sector kehidupan. UMNOlah mengajarkan orang Melayu-Islam jauhkan diri daripada Islam. Islam disempitkan hanya beribadah semata-mata, sedangkan Islam mencakupi seluruh sector kehidupa. Oleh itu, orang Melayu-Islam di Negara ini dilanda berbagai penyakitkan dan masalaah.


Memilih pemimpin kadang-kadang kita terpaksa berdepan dengan situasi yang sulit untuk memilih yang mana satu yang terbaik. Justeru, Rasulullah s.a.w. memberi amanat dalam memilih kepimpinan adalah berdasarkan kepada kemampuan atau keahlian dalam sesuatu jawatan yang dipegangnya bukan berdasarakan kekayaan yang dimilikinya semata-mata. Sekiiranya, amanat ini diabaikan, maka kan berlaku kehancuran, apabila sesuatu urusan itu diserahkan kepada orang yang tidak mampu berbuat kebaikan terhadap urusan yang diamanahkan kepadanya, demikian sabda Nabi.


Oleh itu, pengundi-pengundi Islam di Bagan Pinang bolehlah menetapkan pertimbangan anda dalam memilih calon, tetapi ingatlah selalu sabda Rasulullah yang bermaksud:


Siapa yang mengangkat seseorang untuk sesuatu urusan [dalam konteks ini wakil rakyat ADUN Bagan Pinang] yang berkaitan dengan urusan masyarakat sedangkan dia mengetahui ada yang lebih baik maka sesungguhnya ia telah mengkhianati Allah, Rasul, dan kaum Muslim.


Dengan ini tidak syak lagi bahawa Zulkifly Mohamad Omar lebih berhak dipilih sebagai wakil rakyat [ADUN Bagan Pinang] berbanding Isa Samad yang telah pun terpalit dengan berbagai kekotoran ketika beliau berkuasa dahulu kerana Zulkifly hampir dengan maksud hadis tersebut.


Saya memohon maaf, sekiranya tafsiran saya ini salah.
Bersambung siri ke-2/…


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”.


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

No comments: