DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Sunday, September 27, 2009

UMNO MENGHANTAR PENGKAJI KE JEPUN

Sumber : Telaah Politik
[http://telaahpolitik.blogspot.com/2009/09/umno-menghantar-pengkaji-ke-jepun.html]


Tanpa diduga Parti Liberal Demokratik (LDP) yang telah memerintah Jepun secara berterusan selama 54 tahun, telah kecundang dalam Pilihanraya Kebangsaan Jepun akhir bulan lalu. Parti LDP begitu banyak berjasa untuk membawa negara matahari terbit itu menjadi kuasa besar ekonomi dunia. Bagaimanapun dalam pilihanraya baru-baru ini parti itu kecundang kepada sebuah parti pembangkang baru, iaitu Parti Demokratik Jepun (DPJ), sebuah parti yang cenderung kepada haluan sederhana-kiri.Kekalahan mengejut LDP ini telah mencatatkan sejarah baru dalam politik Jepun apabila sebuah parti paling kuat dan berpengaruh tumbang di tangan parti baru, yang langsung tidak pernah mempunyai pengalaman memerintah. Kekalahan itu dikatakan berpunca daripada krisis dalaman LDP yang memuncak ekoran perletakan jawatan Perdana Menteri sebelum ini Junichiro Koizumi pada tahun 2006. Ekoran kekalahan itu, Perdana Menteri Jepun Taro Aso, yang memimpin LDP dan beberapa pemimpin kanan parti itu mengumumkan perletakan jawatan bagi memikul tanggungjawab kekalahan teruk LDP.


Berikutan dengan kekalahan LDP itu, UMNO sebagai tunjang BN yang memerintah Malaysia telah menghantar sebuah kumpulan untuk mengkaji faktor-faktor kekalahan LDP tersebut. UMNO benar-benar bimbang nasib LDP ini akan menimpa mereka berkebetulan umur pemerintahan UMNO akan genap 54 tahun menjelang ulangtahun kemerdekaan negara pada tahun 2011 kelak, iaitu beberapa bulan sebelum Pilihanraya Umum yang ke-13. Malah bukan sekadar umur, faktor-faktor kekalahan LDP yang lain juga telah ada pada UMNO.


Ramai pemerhati politik melihat dasar liberalisasi LDP sejak tahun 1990 an menyumbang kepada kekalahan besar parti itu. Dasar liberalisasi tersebut telah memberi tumpuan kepada golongan peniaga dan korporat dan mengabaikan rakyat teramai. Kesannya dasar tersebut telah melebarkan jurang antara golongan kaya dan miskin di Jepun. Dasar yang sama telah dilaksanakan oleh Malaysia sejak era pemerintahan Dr Mahathir pada dekad 1980 an. Bagaimanapun pelaksanaannya pada ketika itu secara terpilih.


Pada dekad 1990 an, Dr Mahathir melonggarkan sedikit lagi dasar kawalannya terutama dalam sektor tertentu seperti pendidikan dan teknologi komunikasi sehinggalah berlakunya krisis kewangan tahun 1997. Semasa era pemerintahan Pak Lah, dasar liberalisasi ini diperluaskan kembali oleh penasihat-penasihat Pak Lah di tingkat empat. Salah satu bukti yang jelas ialah perkongsian kepentingan asing di Wilayah Iskandar di samping beberapa dasar yang lebih liberal seperti dasar yang berkaitan dengan teknologi automatif.


Semasa era Najib hari ini, beliau dilihat lebih agresif memperkenalkan dasar liberalisasi ini. Baru-baru ini, beliau telah bertindak melonggarkan kawalan pemilikan saham asing. Beliau juga telah memberikan komitmen untuk meneruskan dasar perdagangan bebas dengan Amerika Syarikat yang masing tergantung sehingga hari ini. Malah dalam ucapan beliau melancarkan program 1 Malaysia, dasar liberalisasi kelihatan turut diberikan penekanan penting. Kesan dasar ini akan melebarkan lagi jurang golongan kaya dan miskin yang telah sedia lebar sebelum ini.Sepertimana LDP, UMNO masih mengharapkan kesetiaan rakyat khususnya orang Melayu untuk terus menyokong mereka. Kesetiaan orang Jepun kepada pemerintah sememangnya dikenali dunia, sehingga dianggap sebagai ciri-ciri tamadun mereka yang penting. Sehingga kini institusi raja di Jepun masih dikekalkan disebabkan semangat kesetiaan itu, walaupun peranan Maharaja Jepun itu tidaklah sepenting dahulu. Kesetiaan mereka itulah turut menjadi faktor LDP kekal begitu lama sejak 54 tahun lalu.


Selain daripada itu, kepimpinan LDP yang kerap bertukar khususnya semasa dekad 1990 an turut menyumbang rakyat terus meletakkan harapan kepada mereka. Setiap kali berlakunya pertukaran kepimpinan, maka rakyat akan meletakkan harapan baru kepada parti itu. Perdana Menteri Jepun sebelum ini, Junichiro Koizumi, adalah antara yang paling lama memegang jawatan iaitu dari tahun 2001 hingga 2006. Sepertimana LDP, UMNO juga sedang menggunakan pendekatan yang sama untuk mengekalkan sokongan rakyat.


Penolakan rakyat terhadap LDP, turut diwarnai oleh kemunculan parti yang berhaluan sederhana-kiri seperti DPJ. Parti seperti ini lebih dilihat pro rakyat, bukannya pro korporat. Penolakan kepada parti-parti yang pro korporat seperti telah menjadi trend mutakhir ini bermula di Amerika Latin, dan yang terkahir di Jepun. Menarik sekali, lawan UMNO iaitu PAS, PKR, DAP, PRM dan PSM turut mempunyai ciri-ciri sederhana-kiri tersebut. Malah parti-parti itu telah mendapat tempat di kalangan golongan kelas menengah.


Fenomena-fenomena ini telah menyebabkan UMNO benar-benar bimbang. Diberitakan mereka telah menghantar para pengkaji untuk mengkaji kekalahan LDP di Jepun.


PANDANGAN TUN TELANAI:


Rata-rata pandangan orang ramai dan pendapat banyak tulisan yang dimuatkan dalam akhbar-akhbar alternative termasuk internet mengulas perkara yang sama. Kekalahan LDP memberi amaran kepada UMNO bahawa ia juga akan menerima nasib yang sama. Kekalahan LDP turut memberi perangsang kepada Pakatan Rakyat untuk berusaha lebih keras lagi bagi memastikan UMNO tumbang pada PRU ke-13 nanti.


Tetapi, saya mempunyai pandangan lain. UMNO akan terus memegang tampok kuasa di Negara ini sama ada ia kalah atau menang. Kalah pun UMNO akan tetap terus berkuasa, apatah lagi sekiranya ia menang dalam pilihan raya itu, tidak kiralah sama ada melalui kaedah rasuah politik, penipuan, penyelewengan dan menyalahgunaan kuasa yang ada padanya, yang tidak ada pada pihak Pakatan Rakyat.


Malahan pula, rakyat di negara ini khususnya majoriti orang Melayu-Islam di luar bandar [termasuk sebilangan Raja-raja Melayu] menerima kaedah penipuan, penyelewengan dan menyalahgunaan kuasa oleh UMNO dianggap merupakan satu kaedah yang halal dan sah dari segi Islam dan undang-undang negara. Bukan sedikti orang alim dalam negara ini yang menyokong sebuah parti yang terbukti jelas mengamalkan rasuah, pecah amanah dan yang tidak ada pertanggungjawaban terhadap Allah dan RasullahNya, apatah lagi terhadap rakyat marhaen di bawah.


Sekiranya golongan ini sedar [seperti yang dituntutan al-Quran dan al-Hadith], maka sudah tentu mereka akan menolak UMNO dan memberi sokongan sepenuhnya kepada PAS yang terbukti kepimpinan PAS tidak seorang pun yang terjebak dalam kancah amalan buruk yang menjadi pegangan dan budaya dalam UMNO selama ini.


Pemergian beberapa pemimpin UMNO ke Jepun seperti yang disebut oleh penulis Telaah Politik bukan untuk mengkaji bagaimana LDP yang memerintah Jepun selama 54 tahun boleh kalah dalam pilihan raya, tetapi pemergian mereka ada tujuan lain, ada agenda lain sepertimana yang dilakukan oleh bekas PM, Abdullah Ahmad Badawi membawa Ahli-ahli Parlimen UMNO/BN melawat Cina dalam bulan puasa pada pertengahan September tahun lalu dan kembali semula ke Malaysia selepas tarikh 16 September dengan alasan lawatan sambil belajar mencari idea-idea baru untuk pembangunan Malaysia.


Sebenarnya UMNO tidak takut dan gentar menghadapi pembangkang iaitu Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Anwar Ibrahim. Kalah atau menang, UMNO tetap boleh membentuk kerajaan, walaupun dari segi maruahnya tercalar, moralnya jatuh dan akan mendapat malu bukan alang kepalang, ia akan ditempelak oleh masyarakat antarabangsa [masyarakat sendiri sebahagiannya bolehlah dikelentong], namun UMNO akan melakonkan sindrom ‘bisu’ dan buat ‘pekak badak’ terhadap cemuhan dan maki hamun yang bakal dilemparkan kepadanya oleh rakyat.


Contohnya isu rampasan kuasa di Perak. Najib Tun Razak berkerjasama dengan Sultan Perak dan dibantu oleh PDRM, SPRM dan sistem keadilan [mahkamah dan Jabatan Peguam Negara] mengulingkan kerajaaan Pakatan Rakyat yang dipilih oleh rakyat melalui sistem pilihan raya. Sebuah kerajaan yang bergelomang dengan amalan rasuah ditegakkan melalui kaedah di luar batas undang-undang dan perlembagaan, iaitu melalui paksaan dan melalui mahkamah yang menjadi kandang sarkis. Najib enggan mengunakan saluran politik untuk mengulingkan kerajaan Pakatan Rakyat, tetapi memilih jalan yang bengkang-bengkok untuk menegakkan sebuah kerajaan yang ditolak oleh rakyat. Isu ini tidak akan berkesudahan selagi tidak ada pilihan raya baru. Setakat ini, tidak ada tanda-tanda yang UMNO mahukan menyelesaikan isu secara ‘anak jantan’ dengan menyerahkan kuasa kepada rakyat untuk menentukannya.


UMNO tidak kisah, satu atau dua buah negari jatuh ke tangan pembangkang, tetapi UMNO akan berusaha sedaya untuk mempertahankan kerajaan persekutuan dari terlepas ke tangan Pakatan Rakyat kerana baginya tanpa kuasa di peringkat persekutuan bererti dunia sudah ‘kiamat’ buat UMNO dan ia akan mati buat selama-lamanya.


Oleh itu, saya berpendapat UMNO akan terus kekal berkuasa melalui :

1. UMNO akan terus mengamalkan demokrasi separuh masak yang banyak mengekang kebebasan rakyat dan parti-parti pembangkang dalam Pakatan Rakyat. Kekangan ini akan dibuat melalui SPR yang meminda, mengubal undang-undang dan menguatkuasakan undang-undang ‘gila’ yang tidak bertamadun. Penguatkuasaanya pula akan dilakukan oleh PDRM seperti yang kita saksikan dalam beberapa siri demontrasi yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat dan NGO-NGO tertentu yang telah menjadi sebahagian budaya kita semenjak dari dahulu lagi. LDP kalah kerana kerana ia melaksanakan dasar liberalisasi dan demokrasi yang bebas.


2. Banyak institusi-institusi kerajaan yang diketuai oleh pendokong-pendokong UMNO seperti di dalam PDRM, SPRM, SPR, Kehakiman dan Peguam Negara. Mereka ini akan mencipta berbagai kaedah dan pendekatan untuk menyelamatkan UMNO. Kaedah yang paling mudah ialah melakukan tindakan provokasi dan mencetuskan keadaan haru-hara dalam Negara bagi menampak keselamatan rakyat dan Negara terancam, maka pihak keselamatan [PDRM atau tentera] akan masuk campur. Undang-undang darurat akan diisytiharkan dan diiikuti tangkapan secara besar-besaran ke atas para pemimpin Pakatan Rakyat.


Perkara ini pernah berlaku pada 1969 dan tahun 1978 di Kelantan. Di Algeria, parti Islam pernah menang dalam pilihan raya, tetapi tidak boleh membentuk kerajaan sampai sekarang disebabkan tentera mengambilalih kerajaan dan menahan para pemimpinnya. Begitu juga di Burma, Aung San Suu Kyi yang memimpin partai Liga Nasional untuk demokrasi yang menjadi memenangi pilihan raya pada tahun 1990, telah dipenjara dan menjalani tahanan rumah hampir 20 tahun. Tidak mustahil perkara yang sama akan berlaku di Malaysia.


3. Di Malaysia, Raja-raja Melayu masih ada peranannya, walaupun di zaman Mahathir memerintah banyak kekebalan Raja-raja Melayu dibuang, namun mereka masih ada kuasa dalam menentukan pemerintah negara dan negeri. Sebahagian besar dikalangan Raja-raja Melayu ini, pengaruhi UMNO masih mencengkam kuat di tembok di sekeliling istana.


Sebagai kesimpulannya, janganlah kita terlalu mimpikan untuk mengambilalih kuasa pemerintahan dari tangan UMNO melalui jalan demokrasi, walaupun hakikatnya kini rakyat cukup meluat dan benci kepada UMNO, namun UMNO ada senjatanya tersendiri akan menikam kita disaat-saat ajalnya hampir tiba.


Tujuan saya memberi pandangan sebegini adalah untuk memberi peringatan kepada seluruh rakyat yang mahukan perubahan dan reformasi berlaku dalam negara ini khususnya para pemimpin Pakatan Rakyat wajar bersedia dari sekarang. Namun, kuasa Allah s.w.t lebih daripada segala-segalanya. Kita merancang, Allah juga merancang, tetapi perancangan daripada Allah s.w.t maha hebat tidak tandingan, yang pastinya UMNO akan hancur.


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”


“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

No comments: