Keputusan SPR kelmarin telah terang dianggap adil oleh pemimpin UMNO. Ia juga suatu keputusan yang melegakan Datuk Abu Hasan Sarif, ADUN Kota Seputih yang jelas tidak bertanggungjawab, cuai dan menghina dewan undangan negeri Kedah.
Kenyataan Pengerusi SPR mengenai keputusan 'tiada kekosongan' di DUN Kota Seputeh adalah beralaskan hujah 'politik' bukannya 'perlembagaan'. Ia semacam sama dengan keputusan ketika memutuskan kedudukan dua ADUN Perak (Changkat Jering dan Behrang) pada 3 Februari 2009 lalu - tidak kosong kerusi kerana meletak jawatan melalui surat perletakan jawatan yang ditulis lebih awal sebelum melompat parti.
Kenyataan Pengerusi SPR mengenai keputusan 'tiada kekosongan' di DUN Kota Seputeh adalah beralaskan hujah 'politik' bukannya 'perlembagaan'. Ia semacam sama dengan keputusan ketika memutuskan kedudukan dua ADUN Perak (Changkat Jering dan Behrang) pada 3 Februari 2009 lalu - tidak kosong kerusi kerana meletak jawatan melalui surat perletakan jawatan yang ditulis lebih awal sebelum melompat parti.
Alasan SPR mengenai Kota Seputih adalah berlandaskan Perkara 51, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah ( ... mana-mana ahli dewan yang tidak hadir ke mesyuarat dewan dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, maka kerusinya hendaklah dikosongkan) yang ditafsirkan sebagai "tidak boleh disabitkan ke atas Abu Hasan kerana dua kali ketidakhadiran itu berlaku dalam dua penggal berlainan bukan dalam satu penggal yang sama." Sementara itu, SPR turut menerima bukti surat sakit ADUN tersebut sebagai alasan ketidak hadirannya ke sidang DUN.
Mungkin kita boleh komen atas alasan SPR itu: Pertama, Perkara 51 jelas tidak menyatakan kekosongan kerusi berlaku bila seseorang ADUN tidak hadir dua kali berturut-turut dalam tempoh satu penggal yang sama; keduanya, SPR mudah percaya dengan bukti surat sakit itu dibuat, tanpa mempersoalkan sejauhmanakah sahihnya, atau mungkinkah surat sakit itu bertujuan menutup kecuaian dan sikap tidak bertanggungjawab ADUN tersebut yang jelas menghina dewan undangan negeri.
SPR juga dilaporkan berpandangan bahawa di atas ketidakhadiran ADUN itu sebanyak dua kali berturut-turut, padan dengan dipanggil ADUN itu menghadap Jawatankuasa Terpilih Dewan atas kesalahan tidak melaporkan ketidakhadirannya ke sidang dewan. Di sini, mungkin SPR tidak melihat kekuatan Perkara 51, Undang-undang Tubuh Negeri Kedah.
Seorang ADUN yang telah bersumpah dalam dewan wajib mematuhi kesemua undang-undang yang berkaitan. Maka, tindakan ADUN itu sudah jelas gagal melapordiri hadir adalah jelas melanggar Undang-undang Tubuh Negeri Kedah dan melanggar sumpahnya sendiri. Oleh itu, sewajarnya Speaker menghukum mengikut kuasanya, ADUN itu hendaklah gugur. Sekarang jelas, SPR sekali lagi bertindak tanpa melihat kuasa khas Speaker menurut lunas undang-undang yang ada. Sebaliknya SPR menyebelahi kedudukan ADUN yang cuai, engkar dan menghina dewan.
Sehubungan itu, kita sepatutnya menyokong penuh kenyataan Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak untuk menyerahkan tindakan SPR itu kepada pihak Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah dan Penasihat Undang-undang Negeri membawanya ke mahkamah. Sewajarnya keputusan SPR kelmarin diseret ke mahkamah bagi mendapat pentafsiran yang memuaskan semua pihak.
Sesuai dengan bulan Ramadhan al-mubarak ini, semestinya Tuhan Yang Esa bersifat adil seadil-adilnya dalam meletakkan segala amal perbuatan manusia. Layakkah seseorang itu menerima pahala atas perbuatan yang boleh mencetuskan kekalutan dalam negara? Semuga sifat maha pengampun Tuhan akan mengampunkan semua manusia yang bertaubat.
Oleh Wan Nik Yusof Ngah
http://greencresent-wanibrah.blogspot.com/
“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”.
"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”
No comments:
Post a Comment