DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Saturday, June 27, 2009

KISAH ROSMAH BIN NAJIB


Kempen video burukkan isteri PM

Lebih kurang dua bulan menjadi wanita pertama negara, Rosmah Mansor kini menjadi sasaran kempen negatif dengan tuduhan-tuduhan berat dan label liar "perempuan puaka" di internet.



Walaupun bukan kali pertama beliau diburuk-burukkan tetapi kali ini ia disediakan dengan lebih tersusun dalam bentuk siri dokumentari pendek. Ia diolah dalam bentuk wawancara dengan beberapa individu yang didakwa ahli-ahli keluarga terdekat Rosmah dan kenalan dekatnya di kampung lamanya di Negeri Sembilan.Adik lelaki Rosmah, ibu saudaranya dan sepupu lelakinya mendakwa beliau lupa asal-usulnya termasuk kampung asalnya, selain mengupah samseng dan menggunakan khidmat bomoh.



Beliau juga didakwa mempunyai masalah hubungan kekeluargaan dengan adiknya dan seorang anaknya.Satu babak menunjukkan sebuah rumah buruk dan terbiar yang didakwa kediaman asal ibunya di Kampung Mertang, Seri Menanti.Tiga klip video isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pertama kali diterbitkan 9 Jun lalu dan cepat disebarkan oleh beberapa blog setelah diumumkan di Malaysia Today.



Blog yang dikendalikan oleh Raja Petra Kamaruddin – penulis yang mengaitkan Rosmah dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan kini menjadi kes mahkamah – mendakwa, video itu dirakam secara eksklusif untuk laman webnya.Siri kedua dan tiga klip video terbitkan "C4 Production House" selama 10 minit itu dimuatkan di Youtube.com masing-masing pada 11 Jun dan 15 Jun lalu.Semakan Malaysiakini setakat ini menunjukkan ketiga-tiga siri video tersebut ditonton hampir 300,000 kali – 155,825 untuk bahagian pertama, 86,989 (kedua) dan 51,875 (ketiga) – dan disebarkan meluas di internet.



Menurut tinjauan melalui enjin pencari Google, ia dimuatkan kembali ke laman-laman web lain, termasuk di blog Pemuda PAS Wangsa Maju, Angkatan Muda PKR bahagian-bahagian Gelang Patah dan Kota Raja, serta laman web popular Tranungkite.net.Penyebaran video itu juga mengundang reaksi balas laman web pro-Umno, antaranya Malaysia Instinct yang ingin menyiasat "konspirasi video" tersebut dan Isuhot Dot Com.



Semalam Malaysia Instinct mendakwa ia cuba bersungguh-sungguh menghubungi pihak yang ditemubual dalam video tersebut bagi mengesahkan kebenaran dakwaan itu tetapi gagal."Setiap kali kumpulan kami ke lokasi yang dinyatakan dalam video itu, demi mewawancara mereka yang menuduh, kami tidak mendapat sebarang respons positif," laporannya dipetik.Namun, tambahnya, seorang anak kepada isteri bekas Speaker DUN Negeri Sembilan yang ditemubual kini bekerja dengan Jabatan Perdana Menteri dan berharap pegawai wanita boleh mendedahkan "siapa dan apa matlamat penerbitan video berkenaan."



Laman web itu juga mendakwa ia menerima emel yang membongkar latar belakang isteri bekas ADUN tersebut tetapi ia tidak mendedahkan siapa di belakang "C4 Production House".Menepis dakwaan dalam video tersebut, Isuhot Dot Com pula berkata, Rosmah tidak pulang ke kampung halamannya kerana tiada lagi saudaranya tinggal di situ.Ia mempertikaikan dakwaan-dakwaan yang dikatakan "tidak mempunyai bukti" dan "tuduhan yang tidak relevan dengan politik negara"."Apa relevan dan kena-mengena dakwaan kononnya Datin Seri Rosmah percaya kepada dukun, tahyul dan pawang?



Sudahlah tidak boleh membuktikan sama ada melalui rakaman kamera mahupun gambar, malah isu ini langsung tidak membabitkan isu politik," satu artikelnya 'Siapa Puaka Sebenar' dipetik. "Apakah tujuan tuduhan ini dibuat? Ia hanyalah serangan berbentuk peribadi yang menggambarkan politik orang Melayu sudah berada dalam keadaan nazak."



Mereka bercakap memperjuangkan agama tetapi mereka tidak pernah takut kepada Allah. "Sungguh aneh pembuat dokumentari tersebut boleh berpura-pura terkejut dan beberapa kali menyebut nama Allah ketika merakamkan wawancara memburukkan orang," coret Isuhot Dot Com pada 17 Jun lalu.Rosmah kini menarik perhatian ramai kerana berbeza dengan bekas wanita-wanita pertama negara, beliau sering mendapat liputan media berhubung kerja-kerja sosialnya. Antaranya, apabila beliau dikunjungi menteri mentor Singapura, Lee Kuan Yew pada 10 Jun yang disifatkan oleh sebuah akhbar berbahasa Cina di negara ini sebagai sesuatu yang "pelik".

'Rosmah-Najib kahwin di rumah saya'

Seperti kenyataan dalam video, Che Mah Abdul Hadi hari ini mengakui Rosmah Mansor berkahwin dengan Datuk Seri Najib Razak di rumahnya di Gedong Lalang, Seremban.Wanita pertama negara itu melangsungkan perkahwinan menjelang tokoh politik itu bertanding ketua Pemuda Umno, kata isteri bekas speaker DUN Negeri Sembilan, Datuk Ariffin Ali dalam video tersebut.Bagaimanapun, ketika dihubungi melalui telefon, Che Mah (foto, bawah) berkata beliau sudah lupa tarikh tepatnya."Tetapi dia (Rosmah) sudah tidak kenal saya, walaupun berkahwin di rumah saya," katanya lagi, mengulangi dakwaan dalam klip video sewaktu diwawancara.



Pihak yang menembualnya dan penerbit video tersebut, yang kini mendapat sambutan hangat di internet, tidak dapat dipastikan."Kenapa kamu tidak percaya, Rosmah kahwin di rumah saya," katanya ketika diminta mengesahkan dakwaannya itu.Che Mah bagaimanapun enggan mengulas lanjut kepada Malaysiakini dengan alasan "tidak mahu bercakap dengan orang yang tidak dikenali".Hasil perkahwinan Rosmah dan Najib, pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nooryana Najwa, 20, dan Norashman Razak, 18.



Malaysiakini semalam melaporkan sejak dua minggu lalu tiga klip video berupa dokumentari pendek disebarkan di internet yang memberikan gambaran negatif dan label liar "perempuan puaka" terhadap Rosmah.Sementara itu Pengerusi JKKK Gedong Lalang 50, Abu Hassan Majid juga mengesahkan mengenali Che Mah, jiran ibu bapa Rosmah. Ikmal Hisham, anak Che Mah yang bekerja sendiri dan senang bergaul dengan anak muda kampung tersebut kini tinggal bersamanya, kata Abu Hassan lagi. Ikmal (foto, atas) antara sumber utama yang ditonjolkan dalam video tersebut - didakwa pernah tinggal dengan Rosmah dan memanggilnya dengan nama kekeluargaan "Kak Ros".



Abu Hassan, yang juga ketua kampung itu menambah, Che Mah suatu ketika dahulu pernah menjadi ahli jawatankuasa tersebut. Beliau tidak menyatakan tarikhnya."Saya selalu juga pergi ke rumahnya, dia sendiri bercampur dengan orang kampung," tambahnya.Katanya, Che Mah dan Rosmah tidak mempunyai sebarang hubungan kekeluargaan, cuma hubungan kejiranan kerana rumah mereka selang dua buah rumah.Menurut klip video ketiga, hubungan Che Mah dengan Rosmah pernah akrab sebagai "keluarga angkat" dan bertanggungjawab memperkenalkan bomoh kepada isteri Najib.



Dalam temubual itu, Che Mah menceritakan saat-saat awal persiapan pernikahan Najib-Rosmah yang hanya membabitkan "14 hingga 15 orang" sehingga suaminya Ariffin memanggil lagi ahli-ahli Umno menjadikan 80 hadirin semuanya.Sementara Ikmal pula meluahkan rasa marahnya atas alasan Rosmah tidak lagi mengenang budi ibunya sekeluarga berhubung perkahwinannya..

JKKK kecewa video cemar Rosmah

Terdapat beberapa anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) asal Rosmah Mansor yang tidak bersetuju dengan paparan negatif terhadap wanita pertama itu.Pengerusi JKKK Gedong Lalang 50, Abu Hassan Majid memberitahu Malaysiakini hari ini bahawa beliau dan semua 11 anggota jawatankuasanya telah menonton klip video tersebut.



Tambahnya, mereka yang tidak berpuas hati berhujah bahawa wawancara yang memuatkan kenyataan-kenyataan negatif terhadap isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya "memburuk-burukkan kampung mereka sahaja." "Sepatutnya kita rasa bangga, orang kampung kita jadi orang besar," kata Abu Hassan lagi, yang juga tidak senang dengan video tersebut, ketika dihubungi melalui telefon."Saya tidak tahu mengapa mereka bercakap demikian dalam video itu.



Saya rasa sedih dan bagai tidak percaya."Abu Hassan, yang juga ketua kampung tersebut berkata, beliau tidak berani bertanya sebab mereka mengeluarkan kenyataan sedemikian tetapi tidak menolak kemungkinan wujud "rasa tidak puas hati" terhadap Rosmah."Saya juga tidak pasti siapa yang buat video tersebut," katanya lagi.Malaysiakini semalam melaporkan sejak dua minggu lalu tiga klip video berupa dokumentari pendek disebarkan di internet yang memberikan gambaran negatif dan label liar "perempuan puaka" terhadap Rosmah.Mengesahkan kesahihan semua individu utama yang ditemubual dalam tiga klip video itu, Abu Hassan berkata Rosmanuddin Mansor (foto, empat dari atas) memang seorang adik angkat Rosmah dan sejak dulu wujud "riak-riak mereka berdua tidak sefahaman."Menurutnya lagi, beliau mengenali Rosmanuddin kerana ketika umurnya dua atau tiga hari bayi itu diserahkan kepada ibu bapa Rosmah."Tetapi dia tidak ada lagi di kampung ini, saya tidak tahu ke mana dia pergi," katanya, sambil menambah orang kampung memanggil lelaki itu "Din". Video itu mendakwa Rosmanuddin telah meninggalkan negara ini bagi mengelak daripada Rosmah susulan perselisihan mereka berdua, antaranya gara-gara pernah membantu melangsungkan perkahwinan anak wanita pertama itu Azrene Soraya Abdul Aziz - daripada perkahwinan awal sebelum Najib - dengan seorang selebriti Dr Fazley Yaacob pada penghujung 2006.Abu Hassan menambah, rumahnya terletak kira-kira 100 meter dari rumah orang tua Rosmah - yang masih didiami seorang pembantu.Beliau tidak mengenali dengan dekat isteri Najib itu kerana sejak berpindah ke Gedong Lalang 50, Batu 5 Jalan Kuala Pilah, Rosmah sudah bekerja.Beliau juga mengesahkan mengenali Che Mah Abdul Hadi (foto, tiga dari atas), balu bekas Speaker DUN Negeri Sembilan, Datuk Ariffin Ali yang dikatakan jiran Rosmah dalam video tersebut. Ariffin, yang juga seorang bekas ADUN, dilantik memegang jawatan tersebut dari 1964 hingga 1968.Anaknya Ikmal Hisham (foto, dua dari atas), yang bekerja sendiri dan senang bergaul dengan anak muda kampung tersebut, kini tinggal bersama Che Mah sejak berpisah dengan isterinya, kata Abu Hassan lagi.

<>

Selain Rosmanuddin, Ikmal antara sumber utama yang ditonjolkan dalam video tersebut - didakwa pernah tinggal dengan Rosmah dan memanggilnya dengan nama kekeluargaan "Kak Ros".Pengerusi JKKK itu menambah, Che Mah suatu ketika dahulu pernah menjadi ahli jawatankuasa tersebut. Beliau tidak menyatakan tarikhnya."Saya selalu juga pergi ke rumahnya, dia sendiri bercampur dengan orang kampung," tambahnya.Katanya, Che Mah dan Rosmah tidak mempunyai sebarang hubungan kekeluargaan, cuma hubungan kejiranan kerana rumah mereka selang dua buah lain.Dalam video tersebut, Che Mah mendakwa rumahnya dijadikan tempat berlangsung perkahwinan Najib-Rosmah sewaktu suaminya masih hidup.


Petikan daripada Malaysia kini.com
"UMNO MUSNAH, RAKYAT BAHAGIA"

3 comments:

Anonymous said...

TUN

TAKLAH SEHEBAT MANA PUN APABILA SAYA TENGOK.
ADA YANG DI SUPPER IMPOSED NAMPAKNYA.
KESIAN BUAT NAYA KAT ORANG


USTAZ KULIM

Anonymous said...

rosmah menafikannya tetapi cara dia mengiyakanya..

Anonymous said...

Dh terbukti skrg... ��