Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,
Saya cukup marah dengan golongan dalam PAS yang mahu berkerjasama dengan UMNO. Kezaliman UMNO persis sebuah parti Yahudi [Parti Likud]yang berkuasa di Israel sekarang ini, yang mana setiap hari menyembelih rakyat Palestin. Kezaliman UMNO terhadap rakyat yang bukan UMNO amat ketara dalam semua sektor. Kerajaan Pakatan Rakyat ditekan, didiskriminasikan dalam hal-hal politik dan ekonomi, diperas-ugut melalui berbagai cara dan kaedah dan berakhir dengan merampas kuasa di Perak secara samseng bertindak ala lanun diperairan Lautan Hindi.
Assalamu’alaikum wm.wrt,
Saya cukup marah dengan golongan dalam PAS yang mahu berkerjasama dengan UMNO. Kezaliman UMNO persis sebuah parti Yahudi [Parti Likud]yang berkuasa di Israel sekarang ini, yang mana setiap hari menyembelih rakyat Palestin. Kezaliman UMNO terhadap rakyat yang bukan UMNO amat ketara dalam semua sektor. Kerajaan Pakatan Rakyat ditekan, didiskriminasikan dalam hal-hal politik dan ekonomi, diperas-ugut melalui berbagai cara dan kaedah dan berakhir dengan merampas kuasa di Perak secara samseng bertindak ala lanun diperairan Lautan Hindi.
Kenyataan Ketua Pemuda Pas yang baru Nasrudin Hasaan Tantawi dalam wawancara dengan Malaysiakini.com menyebut bahawa dakwah [bukan dakwah, tetapi melobi untuk mendapatkan jawatan, kuasa dan kekayaan] PAS kepada Umno seperti Musa temui Firaun. Ini merupakan satu kenyataan yang ‘biadap’ terhadap kumpulan atau golongan yang anti berkerjasama dengan UMNO laknatullah itu. UMNO parti yang tidak boleh berbuat baik. Para pemimpin UMNO yang ada sekarang ini lebih jahat dan zalim daripada Firaun, tetapi format kezaliman mereka yang berbeza mengikut keadaan dan masa yang berubah.
Dari itu, marilah kita yang masih sayangkan PAS berkerja sama dengan golongan yang anti UMNO dulu, kini dan selama-lamanya yang tunjangi oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Lupakan golongan yang pro UMNO yang ketuai oleh Presiden parti kita.
Mari kita imbas kembali satu peristewa kezaliman UMNO terhadap rakyat yang tidak boleh dilupakan oleh pejuang-pejuang gerakan Islam, iaitu peristewa pembunuhan beramai-ramai di Memali pada 19 November 1985. Rekod ini tidak boleh dipadamkan sampailah ke hari kiamat. Keadaan UMNO pada hari yang lemah dan dipenuhi dengan berbagai masalah adalah kesan dan doa orang-orang yang kena zalim dalam peristewa tersebut.
Memperbaharui kata-kata jihad dari As Syahid Ustaz Ibrahim Mahmood sebelum kesyahidannya sebagai pembakar daya jihad pejuang-pejuang Islam hari ini…
” ..sesuatu yang mesti diingatkan kepada saudara-saudara yang masih hidup lagi sesudah kami para mujahiddin ini bertemu dengan Allah swt di dalam syurga firdaus. Kalau saudara/i masih hidup lagi akan berdosa kepada Allah sekiranya zuriat akan datang akan kencing di atas kubur-kubur saudara kerana saudara hidup tidak mahu berjuang dan berjihad untuk menegakkan kalimah Allah yang Maha Tinggi. Kami para mujahiddin yang sudah mati syahid dan dikuburkan berserta darah-darah merah.. kami berada di syurga dan saudara-saudara tetap berdosa dengan Allah Taala seandainya saudara masih berdiam diri…” – Ucapan di majlis tamrin khusus kepada ahli-ahli Pas Kawasan Baling, tahun 1985. .”
Insyaallah kalau kita dapat mati syahid, inilah suatu kematian yang istimewa dalam dunia ini. Tuan-tuan janganlah cuba melangkah kaki berpaling ke belakang dari perjuangan Islam. Ketika kita melangkah berundur dari musuh kita, ketika kita ditembak mati, dalam hal seperti itu maka kita mati seperti mati katak. Tetapi kalau kita berada dan berhadapan dengan musuh-musuh Islam yang menyekat pergerakan Islam, maka kita akan mencapai mati syahid..”
” Orang-orang yang mati syahid ini, tulang temulangnya serta kulit mereka tidak reput untuk selama-lamanya. Mereka tinggal di bawah tanah serta semerbak harum bau mereka. Sesungguhnya orang yang mati syahid adalah orang-orang yang duduk setaraf atau satu saf dengan penghulu para syuhada, Syaidina Hamzah bapa saudara Rasulullah Saw yang gugur syahid di medan pertempuran Uhud bersama 70 orang para syuhada Uhud. Orang-orang yang mati syahid tidak dihisap dan ditimbang menimbang akan dosa dan pahala mereka di padang Mahsyar kelak. Mereka terus masuk syurga dengan izin Allah. Malah mereka dapat pula memberi berkat kesyahidannya itu kepada 70 orang sahabat handai dan saudara mereka untuk memasuki syurga firdaus Allah SWT di akhirat”
“..Mereka ini akhirnya apabila mati dalam hal itu dinamakan mati syahid yang telah diambil mereka itu akan dibawa ke dalam syurga Firdaus menjadi burung-burung hijau dan memakan makanan-makanan syurga sejak daripada mula malam mereka gugur syahid itu atau siangnya tanpa ditanya atau dipersoalkan lagi..”
1. Ustaz Ibrahim Mahmud (Ibrahim Libya), Kampung Charok Puteh, Siong, Baling, Kedah 45 tahun, guru dan pendakwah Islam. Beliau meninggalkan seorang balu yang juga telah ditahan beberapa minggu dalam kem tahanan di markas Polis Hutan Sungai Petani, kemudian dipindahkan ke Penjara di Alor Setar sehingga dibebaskan. Beliau meninggalkan lima orang anak, dua orang sedang bersekolah dan tiga orang lagi masih kecil.
2. Ahmad Hassan, Kampung Alor Melentang, Gunung, Alor Setar, 30 tahun, kerja sendiri, bekas pegawai LPN, bekas ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah 1979-1981, bekas Setiausaha Kerja DPPN Kedah 1981-1983. Beliau meninggalkan seorang balu dan empat orang anak yang masih belum bersekolah.
3. Syafie bin Dahaman, Sekolah Menengah Siong, Baling, 30 tahun, guru Sekolah Menengah Siong, meninggalkan seorang balu dan seorang anak.
4. Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman, Mukim Siong Baling, 72 tahun, penoreh getah. Beliau meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak.
5. Abdul Manaf bin Waden, Kampung Becah Sawa, 58 tahun, penoreh getah, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
6. Ghazali bin Mohd Saman, Kampung Becah Sawa, 36 tahun, Merinyu malaria, meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.
7. Mohd Radzi bin Ahmad, Kampung Ubi Memali, 27 tahun, penoreh getah, meninggalkan empat orang anak dan isterinya telah meninggal sejak beberapa lama.
8. Wan Abdullah @ Idris bin Lebai Kadir, Kampung Charok Bunting, Siong, Baling, 32 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak sebahagiannya masih bersekolah.
9. Mohd Aroff bin Hashim, Kampung Becah, Siong, 36 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak.
10. Zamri bin Md Isa, Kampung Charok Puteh, 37 tahun, pemandu; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
11. Abdullah bin Yasin, Kampung, Guar Reban, Kupang, 33 tahun, berniaga; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
12. Mohd Daud bin Kadir, Kampung Becah Sawa, 53 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
13. Ahmad bin Ismail, Kampung Cepir, Sik, 30 tahun, Mekanik motosikal; meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak.
14. Haji Abdul Rahman bin Jusoh, Siong, Baling, 69 tahun. Beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dunia kerana kecederaan tersebut pada 31 Jan 1986.
Kesimpulannya, berjuang menentang UMNO adalah jihad kerana UMNO sebuah parti yang dipimpin oleh orang-orang yang zalim, orang-orang tidak mengalakkan amal makrof dan mendiamkan diri apabila berlakunya nahi mungkar dalam perlaksanaan dasar-dasar pemerintahan dalam Negara ini. Para pemimpin UMNO menjadikan Negara ini sebagai hak pusaka mereka, memfaraidkan kuasa dan kekayaan dikalangan mereka sahaja. Kezaliman akan berterusan selagi UMNO ada di muka bumi ini dan masih kekal memegang kuasa. Jadi, UMNO wajar dihapuskan.
Marilah kita hapuskan UMNO dengan berbagai usaha dan iktiar kita berdasarkan kemampuan masing-masing. Ajarkan anak-anak kita supaya keturunan kita nanti terpahat diminda mereka mempunyai perasaan benci terhadap UMNO.
“UMNO TIADA, RAKYAT SENANG’
“UMNO TIADA, RAKYAT SENANG’
sekian, terima kasih.Wassalam.
No comments:
Post a Comment