DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, March 13, 2009

PAS PADANG TERAP: MEMPERALATKAN DUA MB

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,


Telah menjadi acara tahunan. Setiap tahun, PAS Kawasan Padang Terap akan mengadakan Ekspo perdagangan dan keusahawanan. Dalam program itu diisi dengan pelbagai aktiviti seperti untuk kanak-kanak, untuk dewasa, muslimat dan muslimin yang kebiasaannya diadakan pada waktu siang. Pada sebelah malamnya pula diadakan pula aktiviti ceramah penerangan yang menyentuh berbagai isu-isu semasa yang disampaikan oleh tokoh-tokoh politik peringkat kebangsaan, negeri dan tempatan.

Program ceramah ini menjadi agenda terpenting setiap kali Ekspo diadakan dalam usaha memberi penerangan secara ‘first hand’ atau secara terus kepada rakyat kawsasan Padang Terap. Semua kita tahu bahawa sebahagian besar berita-berita politik yang melibatkan kepentingan PAS dan Pakatan Rakyat [PR] yang disiarkan telah dimanipulasikan oleh media milikan UMNO untuk mencalarkan imej PAS dan PR di kaca mata rakyat khususnya orang Melayu di kampung-kampung yang berkitabkan media dan TV milik UMNO.

Dalam masa yang sama, media-media ini berusaha sedaya upaya untuk menyembunyikan sebarang fakta benar mengenai keburukan UMNO kepada pengetahuan awam. Tujuannya ialah bagi menjaga imej buruk UMNO itu kepada gambarkan seolah-olah UMNO itu sebuah parti yang amat ‘bersih’ yang diturunkan khas dari langit oleh Allah swt untuk memimpin rakyat Malaysia. Semua orang, semua pertubuhan dan semua organisasi, selain daripada UMNO adalah berada dalam kedudukan bersalah. Jabatan/agensi kerajaan, SPRM, pasukan polis dan mahkamah dipergunakan bagi tujuan tersebut.

Media-media berkenaan menipu rakyat seokah-olah UMNO itu terhindarkan daripada sebarang perbuatan dosa dan noda [pahala sahaja yang diperbuatkannya sepanjang masa]. Media-media ini turut memberi gambaran bahawa para pemimpin UMNO pada setiap waktu memperjuangkan haq rakyat. Mengutamakan kepentingan rakyat daripada kepentingan diri sendiri. Kejahatan para pemimpin UMNO dapat disembunyikan dengan melacurkan etika kewartawan yang pengaruhi oleh pemikiran syaitan dan iblis.

Bagi mengimbangi berita finah dan bohong itu, maka pada tahun ini program seperti itu tetap diteruskan seperti biasa. Pada kali ini ia dikenali sebagai “ Ekspo Penerangan dan Keusahawan” yang akan bermula mulai 18 Mac hingga 21 Mac 2009 bertempat di Markas PAS Padang Terap.

Majlis penerangan dalam bentuk ini amat berkesan kerana orang ramai berduyun-duyun akan memeriahkan majlis ini kerana di dalamnya mengandungi berbagai aktiviti. Dalam suasana seperti itu, penerangan berkaitan isu-isu semasa akan dapat disampaikan secara terus ke pangkuan rakyat seperti isu rampasan kuasa di Perak, krisis Perlembagaan yang berlaku di Perak dan isu PPSMI serta lain-lain isu yang melibatkan kepentingan rakyat.

Telah diketahui ramai, bahawa Ekspo ini diadakan bagi tujuan mengumpul dana bagi PAS Kawasan untuk menjalankan aktivitnya, disamping untuk mendapatkan dana untuk menyiapkan kompleks PAS Padang Terap.

Matlamat mengumpul dana seperti ini amat digalakkan, tetapi kaedah kutipan sumbangan melalui penjualan kupon makan malam bersama pemimpin sangat-sangat saya tidak persetujui. Lihat kupon yang dijual dan lihat juga aturcara program yang bakal dilaksanakan nanti :

Pertama, cuba kita rujuk pada kad makan malam bersama pemimpin. Gambaran umum tentu sekali rakyat menjangkakan bahawa majlis pada 18 Mac yang bermula pada 8.00 malam akan dihadiri oleh YB MB Kelantan dan YB MB Kedah. Oleh itu [maksud kad], kedua-dua pemimpin tersebut akan hadir dan menikmati makan makan bersama rakyat.

Program makan malam ini sangat popular dan dianjurkan oleh berbagai pihak dan ia diadakan di hotel-hotel, di restoran-restoran, rest house dan sebagainya. Pihak yang berminat yang hendak hadir dalam program itu dikenakan bayaran tertentu melalui belian meja atau kupon seperti yang disediakan oleh PAS Kawasan Padang Terap. Apabila menghadiri program ini, sudah tentu pemimpin yang tertara di kupon itu akan hadir bersama. Sambil-sambil makan itu, para hadirin akan mendengar ucapan atau ceramah daripada tetamu utama berkenaan.

Kedua, cuba kita rujuk pula aturcara program. Kita dapati YB MB Kedah akan hadir dalam program itu pada 20 Mac dan YB MB Kelantan pada 21 Mac iaitu malam terakhir. Adalah amat mustahil, kedua-dua MB akan hadir dua kali dalam program yang sama kerana masing-masing mempunyai aturcara rasmi yang padat di tempat masing-masing.

Pengalaman penulis menghadiri program makan malam seperti ini ialah nasi dan lauk pauk dihidang secara terbuka tanpa kehadiran pemimpin yang tercatatkan dalam kupon yang kita beli itu. Makan berselerak. Sesiapa sahaja boleh menjamu selera, sama ada orang itu yang memberi sumbangan atau tidak. Lebih malang lagi makanan yang dihidang itu telah habis lebih awal, belum sempat dijamah oleh orang-orang yang benar membeli kupon bagi tujuan tersebut.

Tujuan saya bangkitkan perkara ini ialah untuk menunjukkan bahawa PAS Kawasan Padang Terap, tanpa segan silu telah melanggar etika hubungan awam dengan mempergunakan atau memperalatkan ‘nama’ dua orang MB yang dihormati. Ianya untuk mengkaburi mata rakyat supaya mereka dengan senang hati dan menarik minat orang ramai untuk memberi sumbangan bagi menyertai makan malam bersama dua MB [sebenarnya pihak PAS Kawasan sudah tahu yang kedua-dua MB tidak dapat hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan itu]. Perbuatan ini satu dakyah atau pembohongan secara tersembunyi yang agenda sebenarnya ialah untuk mengumpul dana sebanyak mungkin bagi tujuan yang saya nyatakan di atas tadi.

Sebenarnya, perkara ini telah penulis bangkitkan beberapa kali dalam mesyuarat. Jangan kita kita bohongi rakyat untuk menghalalkan matlamat kita untuk mengutip sumbangan sebanyak mungkin. Kita hendaklah berterus terang. Ianya lebih mulia dan lebih berakhlak, tidak ada gunanya kita dapat mengumpul dana yang banyak, tetapi kita telah membohongi rakyat untuk menderma kepada kita.

Lebih baik kita berterus terang dengan menggunakan tema seperti berikut [sekadar contoh]:” Makan Malam Sempena Ekspo Penerangan dan Keusahawanan 2009” jangan melibatkan nama pemimpin yang dihormati bagi menarik perhatian rakyat. Berapa banyak rakyat yang hendak memberi sumbangan atau derma, terpulanglah kepada rakyat tentukan. Sekiranya kita hendak selitkan juga nama pemimpin, pastikan yang mereka dapat hadir dan makan bersama rakyat. Program seperti ini boleh diatur dan diprogramkan lebih professional lagi.


Saya rasa cukuplah setakat tahun ini sahaja kita perlu membohongi rakyat. Untuk tahun-tahun mendatang lebih baik kita berterus sahaja, jangan melibatkan mana-manan pemimpin yang pada pandangan kita, mereka tidak ruang waktu untuk makan malam bersama kita.

“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”
Wassalamu ‘alaikum Wr.Wb
Wallahu'alam bishshawab

2 comments:

Anonymous said...

Aku setuju sebab kebetulan baru pagi tadi aku tanya org kuat pas kampung aku sapa mai malam ni. Jawabnya nik aziz dan azizan.Aku bagitau dlm poster tak ada nik aziz dtg hari ni. dia jawab pulak dalam majlis makan ada gambar Nik aziz dan Azizan.

Anonymous said...

Pada aku pas Padang terap adalah lembab terutama di beberapa cawangan.Contoh Di kampung aku kampung tengah kurung hitam,mana ada ahli ahli baru.Sampai aku terpaksa masuk ahli kg lain akibat AJK Ajk yang dilantik ni dikalangan org yang tak tahu perjuangan parti cuma tahu Pas itu Islam saja.Dinama Islamnya kalau masjid pun tak pi jemaah walaupun rumah dekat dengan pas.Kalau nak jadi ketua pas cawangan tunjuklah tauladan yang baik.kadang kadang aku malu tengok org umno yang lebih ramai pi masjid.Jadi bagaimana kita nak tarik golongan umno dan atas pagar menghayati perjuangan pas jika pemimpin Pas peringkat cawangan ni lebih teruk drp org umno. Aku sendiri bagitu payah nak tarik kalangan keluarga ku(memang kuat umno dulu)sehingga aku sendiri terpaksa menunjuk perubahan yang ketara demi perjuangan Islam.Mereka mempersoalkan aku org pas sendiri(pemimpin) tak nampak btg hidung kat masjid,mcm mana kata pas perjuang Islam.Nasihat aku klu nak pangkat saja lebih baik letak jawatan bagim org yang baru .terpelajar dan berilmu memimpin..z k nerang