SWASTA SANA SINI
Oleh: Ketua Perusuh[http://ketuaperusuh.wordpress.com/]
Dasar Persyarikatan Malaysia yang diperkenalkan sejak pertengahan 80′an terlah berjaya memacu ekonomi Malaysia menjadi sebuah negara yang terkenal sebagai Harimau Asia. Dengan pembentukan Dasar Persyarikatan Malaysia, beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) telah berjaya dikorporatkan menjadi entiti perniagaan yang mantap hasil daripada monopoli yang telah diunjurkan oleh pihak Kerajaan Malaysia.
Dasar Persyarikatan Malaysia yang diperkenalkan sejak pertengahan 80′an terlah berjaya memacu ekonomi Malaysia menjadi sebuah negara yang terkenal sebagai Harimau Asia. Dengan pembentukan Dasar Persyarikatan Malaysia, beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) telah berjaya dikorporatkan menjadi entiti perniagaan yang mantap hasil daripada monopoli yang telah diunjurkan oleh pihak Kerajaan Malaysia.
Antara entiti perniagaan yang berjaya dalam menggunapakai Dasar Persyarikatan Malaysia adalah Tenaga Nasional. Seperti yang kita sedia maklum, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dahulunya lebih dikenali sebagai Lembaga Letrik Negara (LLN) iaitu satu cabang khidmat dalam Kerajaan Malaysia yang menyediakan sumber tenaga elektrik untuk kegunaan domestik dan industri. Semasa LLN memberikan perkhidmatan, harga bayaran caj tenaga elektrik amatlah rendah dan berpatutan. Ini kerana ianya adalah satu khidmat sosial yang disediakan dengan dana daripada cukai-cukai yang dikutip oleh Kerajaan Malaysia.
Namun apabila TNB mengambilalih kuasa pembekalan dan perkhidmatan tenaga elektrik (secara monopoli), maka harga bayaran caj tenaga elektrik telah naik mendadak yang perlu dibayar oleh setiap pengguna. Kemana agaknya Ringgit Malaysia (RM) nilai cukai yang dahulunya digunakan untuk membiayai kos pengurusan dan operasi LLN kerana kini TNB telah menjana dananya sendiri tanpa bantuan wang dari cukai. Berapakah agaknya jutaan ringgit dan kemana ianya diagihkan?
Kini Institut Jantung Negara (IJN) pula sedang bersiap sedia untuk diswastakan atas alasan Kerajaan Malaysia tidak mampu untuk menanggung kos pengurusan dan operasinya dengan dana dari kutipan cukai, dan perlukan sokongan dari Sime Darby Berhad (Synergy Drive?) untuk menyelamatkannya daripada terpaksa ditutup.
Persoalannya sekarang ini ialah, jika semua jabatan dan institusi Kerajaan ingin diswastakan (demi untuk mengaut keuntungan segara) adakah boleh para pembayar cukai mengurangkan bayaran cukai mereka kepada Kerajaan Malaysia kerana pihak Kerajaan Malaysia (Lembaga Hasil Dalam Negeri - LHDN) tidak perlu untuk menyediakan dana (dari hasil cukai) bagi mengoperasikan jabatan dan institusi Kerajaan ini?
Dasar Persyarikatan Malaysia diujudkan atas sebab untuk menjimatkan kos pengurusan yang digunakan oleh Kerajaan Malaysia yang mana dengannya dapatlah cukai-cukai yang dikutip diagihkan kepada keperluan yang lain. Kadar cukai yang perlu dibayar oleh setiap warganegara dan juga sesiapa sahaja yang berada di Malaysia adalah tetap dan tidak berubah sejak sebelum dan sesudah Dasar Persyarikatan Malaysia dimulakan.
Pada pandangan saya, kita membayar cukai yang tinggi hanyalah untuk mendapatkan kemudahan daripada pihak kerajaan, namun sekiranya kemudahan itu disediakan oleh pihak swasta, maka kita sewajarnya tidak perlu untuk membayar nilai cukai yang tinggi kepada kerajaan (perlu ada rebet kerana pihak kerajaan tidak menyediakan kemudahan ini).
Namun apa yang berlaku di Malaysia ialah, rakyat diketuk (diperah) dua kali oleh kerajaan dan swasta bagi perkhidmatan yang sepatunya diberikan percuma bagi pembayar cukai.
Oleh itu dengan tercetusnya perkara ini, maka saya dengan ini amat berharap agar rakyat Malaysia membuka mata dan minda mereka untuk membuat keputusan sama ada perlu untuk terus membayar cukai kepada Kerajaan Malaysia (walaupun perkhidmatan bukan disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia) ataupun menuntut bayaran cukai direbetkan (diberikan diskaun). Amatlah malang sekiranya rakyat Malaysia sanggup untuk diperah habis-habisan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga oleh pihak kroni (Barisan Nasional) yang mendapat lubuk emas (monopoli projek pengswastaan).
Bagi diri saya dan keluarga, kami tidak redha wang kami diperah dua kali hanya untuk satu perkhidmatan.
Selamat berjuang ke titisan darah terakhir.
MERDEKA RAKYAT NEGARA PERKASA
Ada banyak bahan yang boleh dijadikan pengetahuan dan hiburan di blog saya satu lagi: http://demang.blogmas.com/
"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”
No comments:
Post a Comment