DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Thursday, September 18, 2008

MUSTAFA ALI PERLU DISINGKIR DARIPADA PAS-SIRI 2

Pengalaman Kerajaan Campuran: PAS di bawah Mohamad Asri Haji Muda
Oleh: Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,

Artikal saya yang disiarkan dalam blog saya dan yang disiarkan oleh Laman Marhaen seorang sahabat saya mendapat kritikan balas yang baik. Semua respon yang saya terima memarahi saya yang menulis mencadangkan Mustafa Ali disingkirkan daripada PAS. Saya terimanya dengan baik sepertimana Mustafa Ali mengakui akan kesilapannya dan memohon maaf daripada Mursyidul Am selepas kunjungan beliau bertemu dengan Tuan Guru.

Saya juga mengambil sikap yang sama. Memohon maaf daripada semua yang terlibat atau yang berkaitan dengan Mustafa Ali. Saya mengharap sangat Mustafa Ali jangan mengulangi lapan faktor yang saya bincangkan dalam tulisan saya itu. Saya faham bahawa perjuangan kita masih jauh daripada cahaya kemenangan sekiranya kita masih bersengketa sesama sendiri seperti pengendali blog Anti Husam Musa yang benci sangat kepada Exco kanan Kerajaan Negeri Kelantan seorang ini. Bermusuh sesama jemaah, musuh sebenar ketawakan kita.

Berbalik kepada politik PAS dalam negara ini. PAS pada mulanya sangsi tentang penyertaannya dalam proses pilihan raya. Ada di kalangan penyokongnya yang mahu parti itu membataskan dirinya kepada aktiviti pendakwahan agama, ada yang ragu-ragu dengan kesahihan aturcara pilihan raya atau viabiliti kaedah itu untuk mencapai matlamat kuasa parti tersebut dalam suasana Malaysia yang multi-etnik, ada yang sangsi dengan sistem pilihan raya di Malaysia di mana, mereka dakwa, pihak pembangkang perlu bersaing dengan UMNO dalam Barisan Nasional yang serba berkuasa, yang mengawal semua sumber dan menyalahgunakan alat-alat negara. Namun demikian, pendirian PAS telah memutuskan bahawa parti itu akan menyertai proses politik melalui pilihan raya bagi mendapatkan kuasa dan pada masa yang sama melaksanakan dakwah kepada masyarakat.

Pengalaman Kerajaan Campuran.

Haji Mohammad Asri Haji Muda mengambil alih kepimpinan PAS selepas Dr. Burhanuddin meninggal dunia pada tahun 1969 dan isu utama selepas pilihan raya tahun tersebut ialah soal penglibatan PAS dalam kerajaan campuran anjuran Tun Razak.

Asri membentangkan kesnya menyokong anjuran itu dengan merujuk kepada realiti politik pasca-1969, kecenderungan Melayu-Islamik kerajaan baru Razak dan peluang bagi PAS mengembangkan pengaruhnya. Satu kenyataan dua puluh dua perkara yang di keluarkan sebelum perhimpunan khas parti untuk mendebatkan kemasukan PAS dalam kerajaan campuran membuat petikan daripada Al-Quran, tradisi Nabi, sumber-sumber klasik Islam dan prinsip fiqh untuk memutuskan bahawa penglibatan PAS dalam kerajaan campuran adalah "harus pada hukum syarak" [Ibnu Hasyim, 1993: 248-251].

Perkongsian UMNO-PAS bertahan selama lima tahun. Selepas pilihanraya 1974, Razak, selaku pemimpin Barisan Nasional, menamakan Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan dan mengenepikan calon anjuran Asri. Usaha Nasir untuk merombak jaringan naungan pengikut rapat Asri yang berkisar di sekeliling konsesi balak di negeri itu telah menyebabkan satu usul undi tidak percaya terhadapnya di Dewan Perundangan Negeri.

Kelulusan undi tersebut telah mencetuskan perhimpunan besar-besaran menyokong Menteri Besar Nasir. Dengan UMNO dan sentimen rakyat di pihaknya, Nasir enggan meletak jawatan. Kerajaan pusat, atas nama "keselamatan awam", telah meletakkan Kelantan di bawah pemerintahan pusat di bawah satu undang-undang darurat yang diluluskan oleh parlimen pada Disember 1977 sementara menunggu diadakan pilihan raya negeri yang baru. Keenganan PAS menyokong bil darurat di parlimen itu mengakhiri perkongsian politiknya dengan UMNO dalam Barisan Nasional.

PAS dan Asri menanggung kerugian besar akibat kegagalan eksperimen gabungan itu. Perbalahan dalaman dan tuduh menuduh yang memporakperandakan parti diikuti pula oleh kekalahan teruk dalam pilihan raya negeri Kelantan Mac 1978 di mana PAS terpaksa menyerahkan kepada UMNO negeri yang telah dikuasainya hampir dua puluh tahun itu. Dalam piliha raya nasional yang diadakan lima bulan kemudiannya, PAS mengalami "pembelasahan yang paling teruk dalam dua puluh tujuh tahun sejarahnya" [Ismail, 1978: 65]. Asri dipaksa berundur dari jawatannya pada perhimpunan parti Oktober 1982.

Walaupun, bila diimbas kembali, PAS akan menyifatkan Asri berbaik-baik dengan UMNO sebagai satu kesilapan yang didorong oleh ketamakan dan ketidakmatangan politik, ia akan memetik sama pengalaman tersebut untuk menepis tuduhan UMNO bahawa parti itu berfahaman fanatik dan ekstremis atau tidak mempunyai pengalaman dalam pentadbiran negara [Tarmizi, 1995].

Kesimpulannya, senario inilah yang amat membimbangkan seluruh ahli PAS terutamanya Mursyidul Am yang masih hidup dan aktif berpolitik sampai kini yang pernah merasai pahit maung berkerjasama dengan UMNO. Oleh sebab itulah beliau dengan lantang bersuara menentang sebarang usaha untuk berbaik-baik dengan UMNO. Kelantangannya ini menyebabkan beliau diketepikan [dimaklum pun tidak] dalam rundingan UMNO-PAS yang diheboh-hebohan selepas PRU ke-12 lalu. Selagi UMNO masih membawa dan berpegang kepada budayanya dulu, kini dan selama-lamanya, maka selagi itulah UMNO tidak boleh dipercayai.

Oleh itu untuk melihat keikhlasan UMNO, maka Mursyidul Am mencadangkan UMNO dan PAS dibubarkan dan ditubuh sebuah parti baru bertunjangkan Islam bukan sekular seperti yang UMNO amalkan sekarang. UMNO secara sini mengherdik cadangan tersebut dan masih memegang kuat ideologi yang dibawanya selama ini.

Allahyarham Dato’ Fadzil Noor pernah membuat kiasan tentang cubaan UMNO untuk berkerjasama dengan PAS sebaik sahaja selesai PRU ke-10 lalu, yang mana majoriti orang Melayu menolak UMNO. Bagi menjawab kritikan ramai kerana PAS ketika itu amat berhati-hati bagi menjalin hubungan dengan UMNO, Allahyarham berkata : “Lebih baik kita berhati-hati dan berwaspada selalu apabila berunding dengan orang yang sesama bangsa dan seagama kerana kita tidak tahu apa yang tersirat dalam lubuk hatinya, berbanding ketika kita melakukan berunding atau berkerjasama dengan orang kafir kerana mereka jelas berada dalam kekafiran”

Tambah Allahyarham lagi :"UMNO akan mencari PAS dikala UMNO berada dalam keadaan tersepit seperti peristewa 13 Mei 1969 dan jangan harap UMNO akan menghulurkan tangan persahabatan dikala dia berada dalam kedudukan yang kuat dan gagah perkasa".

Ini adalah percubaan kali ketiga bagi UMNO untuk berkerjasama dengan PAS. Kali pertama, UMNO berjaya kerana PAS dibawah pimpinan Asri seperti yang saya jelaskan di atas. Kali kedua gagal ketika PAS dibawah pimpinan Allahyarham Fadzil. Kali ini Allah sahaja yang tahu ke mana arah PAS hendak lalui. Adakah PAS akan tetap kekal dalam Pakatan Rakyat yang diterajui oleh Anwar Ibrahim atau berpaling tadah masuk dalam dakapan UMNO dibawah pimpinan Abdullah Ahmad Badawi yang amat terdesak pilitiknya sekarang?

Sama-sama kita tunggu dan lihat perkembangan politik PAS dan UMNO selanjutnya.

Luangkan masa jenguk-jeguklah blog saya :
http://tuntelanai.blogspot.com/
Ada banyak bahan yang boleh dijadikan pengetahuan dan hiburan diblog saya satu lagi:
http://demang.blogmas.com/

SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH PUASA, MOGA-MOGA MENDAPAT RAHMAT DARIPADA ALLAH SWT

“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Wassalamu ‘alaikum Wr.Wb.
Wallahu'alam bishshawab

3 comments:

Anonymous said...

Senario kesan daripada penggabungan PAS dengan UMNO ialah:

1. Beberapa orang PAS dari fraksi UMNO ditawar jawatan menteri dan timbalan menteri. Projek melimpah ruah untuk mereka dan rakan-rakan mereka.

2. Menteri Besar Kelantan bukan lagi TG Nik Abdul Aziz. Menteri Besar Kelantan ialah orang PAS yang dipilih Perdana Menteri.

3. Menteri Besar Kedah bukan lagi Ustaz Azizan. Menteri Besar Kedah ialah orang PAS yang dipilih Perdana Menteri. Demikian juga dengan Perak.

4. Fraksi-fraksi dalam PAS akan berbalah sehingga menimbulkan perpecahan.

5. PR berpecah dan kehilangan semua negeri yang dikuasai kecuali Pulau Pinang.

6. BN menang besar dalam PRU13. Namun PAS semakin lemah walaupun berada dalam BN.

7. Krisis berlaku di Kedah dan Kelantan sehingga membawa kepada penubuhan parti serpihan.

8. PAS ditendang sekali lagi dari BN dalam tahun 2017.

9. PAS kalah teruk dalam PRU14. Ia tidak diterima oleh BN atau bekas PR. PAS menjadi parti kecil.

10.PAS terus terpinggir sehingga PRU17 pada tahun 2030.

Anonymous said...

Tun Telanai.

Awak dah lebih camca dari bubur. Lebih UMNO dari UMNO. Ini pandangan ikhlas bulan Ramadhan dari saya. Apa untungnya kalau Mustafa Ali meninggalkan PAS? Saya tak tahu profil awak tetapi saya pasti Mustafa Ali lebih lama dalam politik PAS dari awak. Kalau dia nak masuk UMNO sudah lama tak payah tunggu awak suruh. Kalau saudara berfikiran kalut begini saya yakin saudara akan terpancut lebih awal keluar dari PAS dan masuk UMNO. Bersabarlah..bermaaflah ..perjuangan kita amat jauh. Cikgu Pa pun macam manusia yang lain kadang-kadang tersilap..dan dia dah mengaku patuh pada Tuan Guru..habis saudara nak apa lagi???tu sebabnya saya lebih khuatir pada saudara dari Cikgu Pa yang saya kenal.

Sudahlah ..tutup saja cerita.Tak payah bersiri-siri lagi.Hari ini mungkin iman saudara kuat tapi esok lusa belum tentu!!!

Kalau ada lagi siri saudara simpan saja lah. Tak baik melaga-lagakan orang. Kalau saudara berkeras juga saudara tidak layak duduk dalam politik PAS. Orang PAS pun tidak rasa apa-apa jika saudara tiada.

Utamakan Islam sedaya yang mungkin.

IPOH MALI

Anonymous said...

Assalamualaikum

Dalam era PR kemaruk untuk mentadbir negara sekarang PAS telah hilang arah dalam perjuangan.Semasa arwah bapa saya berjuang dulu jelas terasnya iaitu Islam dan Keislamannya. Tapi sekarang porak peranda dibuatnya. Saya jadi keliru berbagai pandangan tentang perjuangan PAS sekarang termasuk pandangan Tuan Guru Nik Aziz juga berbeda dengan Tuan Guru Haji Hadi.

Isu Mustafa Ali menjadikan saya lagi keliru kerana nak bercakap benar pun dah tak berapa nak boleh dalam PAS. Takut ia bertentangan dengan sekutu kita yang memang suka berbohong, berkias dan tidak Islam. Dimanakah Islam sejati Pas sekarang . Saya bimbang jikalau pesan ayahda dan nenda saya menjadi kenyataan bahawa PAS kalau tak jaga akan jadi lebih teruk dan busuk daripada UMNO kerana kuman penghancur Islam berada dalam ahli-ahli PAS sendiri. Dulu musuh kita sahih UMNO, sekarang.....

Na'uzubillah.