DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Saturday, August 30, 2008

APAKAH KITA BENAR-BENAR MERDEKA?

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt.

Esuk kita akan menyambut hari kemerdekaan ke-51. Setiap tahun kita menyambut kemerdekaan secara besar-besaran, tetapi tahun ini sambutan kemerdekaan terasa hening dan tidak ada kemeriahan seperti tahun-tahun lalu. Kerajaan memberi alasan untuk penjimatan. Sebenarnya kerajaan berbohong. Kerajaan [baca: UMNO] telah kehabisan modal, membuang masa dan tenaga banyak tercurah di pilihan raya kecil Permatang Pauh. Tambahan pula UMNO kalah ditangan Anwar Ibrahim dengan majoriti yang amat besar. Faktor ini yang menyebabkan UMNO tidak ada ‘mood’ dan masa yang cukup untuk membuat persiapan menyambut kemerdekaan seperti selalunya.

Sudah 51 tahun kita merdeka, tetapi kemerdekaan yang sebenarnya masih jauh. Perjalanan kita masih jauh untuk membebaskan daripada kongkongan UMNO dan undang-undang yang ada masih kuat mengikat, mengekang dan menghalang rakyat bergerak, bercakap, menulis, berhimpun dan berorganisasi demi untuk menjaga kelangsungan UMNO di negara ini.

Kita cuma merdeka dalam erti kata politik iaitu kita merdeka atau bebas daripada cengkaman penjajahan British iaitu penindasan secara fizikal sudah berakhir, tetapi kedaulatan rakyat Malaysia senantiasa dicabar dan dicabuli. Kita bebas mengeluarkan fikiran, tetapi kemudiannya akan ada tindakbalas daripada kerajaan pimpinan UMNO sekiranya buah fikiran itu tidak selari dengan kehendak UMNO.

Setiap tindakan kita akan dihalang dan disekat oleh penjajahan bentuk baru yang dilakukan oleh UMNO. UMNO melalui talibarutnya yang terdiri daripada pihak berkuasa seperti pasukan PDRM, sistem kehakiman negara dan jentera pentadbiran kerajaan lainnya masih bermaharajalela.

Penjajahan bentuk baru ini berlaku tanpa disedari oleh kebanyakan rakyat kerana mereka yang berkuasa dalam UMNO menggunakan kuasa untuk memenuhi kepentingan diri, anak-menantu dan kroni. Golongan yang kaya akan terus menggunakan kekayaan tersebut untuk melipatgandakan kekayaan sehingga ada yang sanggup melakukan fitnah, rasuah dan berbagai gejala durjana asalkan peluang menambah kekayaan, mencari kedudukan dan pangkat tidak terlepas ke tangan orang lain.

Nasib kebanyakan rakyat bertambah malang. Kehidupan mereka semaikn sempit dan menderita kerana kerajaan yang wujud pada masa kini bukan sebuah kerajaan yang pentingkan kebajikan rakyat. Rakyat merasa kepedihan hidup dibawah cengkaman UMNO sepertimana bangsa Melayu menderita di bawah penjajahan British dahulu.Menuntut kemerdekaan kedua ini sangat payah kerana ia dijajah oleh bangsa sendiri.

Perkara terburuk setakat ini yang dilakukan oleh UMNO ialah penjajahan fikiran rakyat. Fikiran rakyat dibelenggu sehingga tidak mampu berfikir dan membuat pertimbangan yang sewajarnya. Pejuang-pejuang di kalangan para pemimpin UMNO dipuja dan disanjung, tetapi pejuang-pejuang tulen kemerdekaaqn dikelompok yang lain dilupakan begitu saja. Antara mereka ini ada yang dibunuh, digantung, dipenjarang atau dibuang negeri oleh penjajah British. Tetapi selepas kemerdekaan dicapai, mereka tidak diberi penghargaan sewajarnya. Perkara ini diluahkan bekas PM ke-4 menerusi blognya [
http://test.chedet.com/che_det/2008/08/mengingati-pejuangpejuang-keme.html#more]

Perbuatan siapakah ini? Tentu sekali perbuatan ini dilakukan oleh UMNO. Tepat sekali kalau kita katakan bahawa UMNO ini merupakan sebuah parti pengkianat bangsa dan agama. Tidak ada bangsa di dunia ini yang berusaha menghapuskan pejuang banga dikalangan bangsanya sendiri, melainkan UMNO. UMNO menghapuskan segala saki baki sejarah yang mencatatkan golongan bangsa Melayu beragama Islam yang terawal bangkit menentang penjajah.


Sebenarnya, perjuangan kemerdekaan bermula dengan pembesar-pembesar Melayu tradisional mempertahankan kedaulatan negeri-negeri Melayu daripada ditakluki oleh penjajah. Semasa Melaka diserang oleh Portugis, muncul Datuk Bendahara Tepok, yang tampil ke hadapan memimpin rakyat menentang serangan itu, walaupun beliau tidak berjaya.


Dalam abad ke-19 penjajah British mula bertapak di Semenanjung. Penentangan berlaku terutama di Perak, Pahang dan Kelantan dan juga Selangor serta Melaka. Di Perak, Maharaja Lela telah memimpin tentangan terhadap British, yang akhirnya membawa kepaada pembunuhan pegawai penjajan J.W.W Birch di Pasir Salak. Maharaja Lela telah dihukum gantung.


Di Pahang pula muncul Datuk Bahaman, yang mula-mula berpangkalan di Semantan untuk menentang askar British dan kemudian diburu ke merata tempat. Bersamanya, Tok Janggut dan Mat Kilau. Di Kelantan pula Tok Janggut menentang percubaan penjajah hendak mengenakan cukai kepada rakyat.
Datuk Bendahara, Maharaja Lela, Datuk Bahaman dan Mat Kilau sudah menjadi legenda di kalangan sebilangan rakyat. Buku-buku sekolah ada menyebut mereka sedikit dan apa yang mereka buat. Tetapi jarang sekali mereka dikemukakan sebagai perintis perjuangan kemerdekaan negara kita. Inilah sikap UMNO yang enggan mengangkat martabat bangsanya sendiri.


Selepas Perang Dunia II, gerakan kemerdekaan telah meluas di Asia, Afrika dan Amerika Latin. Pada ketika itu, Malaya turut dipengaruhi. Sebelum perang telah muncul Parti Komunis, dan lepas perang timbul pula KesatuanMelayu Muda [KMM] pimpinan IbrahimYakub dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya [PKMM], pimpinan Dr BurhanuddinHelmy dan Ishak Hj Muhammad. Sayap pemuda PKMM, Angkatan Pemuda Insaf [API] dipimpin oleh Ahmad Boestamam dab sayap wanita, Angkatan Wanita Sedar [AWAS] dipimpinoleh Shamsiah Fakeh.

Boestamam, Burhanuddin dan Ishak tiga orang tokoh nasionalis yang merupakan pejuang tulen kemerdekaan. Mereka dan beratus-ratus pejuang lain, tetapi tanpa nama,mereka diipenjara bertahun-tahun oleh British di bawah Undang-undang Daruruat dan ada yang melarikan diri ke luar negara. Shamsiah, bersama Abdullah C.D, Rashid Maidin dan ramai lagi masuk hutan dan menyertai pejuang-pejuang gerila komunis yang dipimpin oleh Chin Peng.

Tun Dr Ismail Abdul Rahma ketika menjadi Timbalan PM dan Menteri Dalam Negeri, pernah berucap sewaktu menerima Ijazah Kedoktoran Kehormat dari Universiti Sains Malaysia pada tahun 1973 telah menyebut bahawa pejuang-pejuang dari golongan kiri perlu diberi pengiktirafan sewajarnya.


Boestamam, Burhanuddin dan Ishak diberi sedikit pengiktirafan. Tetapi bagaimana pula mereka dan beratus-ratus pemimpin tanpa nama hidup menderita dan keluarga mereka hidup dalam kesusahan semasa mereka ditahan atau dalam pelarian. Ada pemimpin gerakan diburuh, seperti G. Ganapathy, dihukum gantung kerana dituduh terlibat dengan perjuangan komunis.


Chin Peng, Abdullah dan Rashid dicap oleh British sebagai pengganas. Tetapi tidak boleh dinafikan bahawa mereka juga berjuang untuk kemerdekaan tanah air, walaupun cara peruangan mereka lain, iaitu dengan mengangkat senjata. Di negara seperti India, Indonesia dan banyak lagi orang komunis yang berjuang untuk kemerdekaan diingati kerana sumbangan dan pengorbanan mereka, sama seperti pejuang-pejuang lain.


Sempena sambutan merdeka tahun ini, kerajaan dan rakyat perlu mengiktiraf semua golongan kiri yang berjuang untuk kemerdekaan, mengikut apa yang disebut oleh Tun Dr. Ismail. Buku-buku sejarah, terutama yang digunakan untuk sekolah perlu memberikan tempat yang sewajarnya kepada mereka. Merdeka bukannya hasil perjuangan Tunku Abdul Rahaman serta Tun Razak dan UMNO saja. Ada pihak-pihak lain bermati-matian berjuang sengaja dilupakan, walaupun sumbangan dan pengorbanan mereka lebih besar daripada apa yang UMNO lakukan.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-51


Ada banyak bahan yang boleh dijadikan pengetahuan dan hiburan diblog saya satu lagi:
http://demang.blogmas.com/


“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian.Wassalam

3 comments:

al-chechen said...

Saya dah ajar anak anak saya selagi UMNO bekuasa kita belum merdeka. Juga saya ajar mereka sejarah kemerdekaan yang mereka belajar di sekolah itu tidak lengkap. Masih ada pejuang pejuang sebenar dan asal yang tidak dimasukkan kedalam buku sekolah kerana kepentingan UMNO.

Lalu saya terangkan yang betul.

asalbayu said...

MENCONGAK MAKNA MERDEKA


Ketika di usia kanak-kanak
sering kutanya bapa:
akan makna merdeka?
Lalu jawapannya: KEBEBASAN
Siapa kurung kita?
kuasa asing katanya
di bumi sendirI kita jadi kuli.


Anak-anakku kini di usia dewasa
kepadaku sering mereka tanya:
benarkah kita sudah merdeka?
Minda kita masih diperhamba
saban ketika dusta dan nista
angkara kebejatan arus perdana.


Kepada mereka kuhulur nasihat:
usah percaya jika diperdaya
tidak wajar dikongsi kemungkaran
agar selamat di dunia juga akhirat
usah tumpang gerabak dosa.


Maaf.... rela aku dicerca!
Hingga kini masih aku mencongak
makna merdeka setelah setengah abad
kutempuh di terowong ini
sinar di hujungnya masih suram.



ABDUL HALIM YAACOB (270808)
Pinggiran Alor Setar.
http://asalbayu.blogspot.com

ALI MAIDIN said...

Sapa saja lawan british kira pejuang kemerdekaan, termasuk geng PKM. Selepas merdeka nak buat macam mana kena bincang panjang.