DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Thursday, July 24, 2008

BIJAKNYA UMNO MENCATORKAN POLITIK MALAYSIA-SIRI 2

Oleh: Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,



Percaturan politik Malaysia kini bertambah serabut dengan berbagai isu kontroversi yang ditimbulkan oleh UMNO. UMNO mencipta isu-is tersebut bagi melindunginya supaya dapat terus kekal berkuasa. Berakhirnya PRU ke-12 lalu, setakat membolehkan UMNO membentuk sebuah kerajaan dengan ‘simple majoriti’. UMNO gagal mengekalkan rekod kemenangan besarnya pada PRU ke-11 tahun 2004. Kegagalan UMNO memperolehi 2/3 majoriti dalam Parlimen telah menimbulkan kekecuhan yang maha hebat. UMNO mengalami malapetaka politik kelihatan goyah dan terpaksa melalui laluan yang amat sukar untuk terus memerintah. Kepimpinan UMNO dilanda huru hara dan kelam kabut dengan pelbagai tekanan sehingga UMNO bahagian dan individu tertentu mendesak Presidennya, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatan.


Perdana Menteri [PM], Abdullah Ahmad Badawi menghadapi tekanan dari berbagai sudut dari dalam dan di luar UMNO. Dalam UMNO sendiri terdapat tiga kumpulan yang menentang beliau. Pertama, kumpulan yang pro kepada bekas PM Tun Dr.Mahathir Mohamad. Kedua, kumpulan yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Kedua-dua kumpulan ini secara konsisten, jelas dan lantang menentang pentadbiran Abdullah. Mereka menyerang dan terus menyerang atas pelbagai platform yang ada.


Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyahut seruan untuk membuat reformasi dalam UMNO dan menawarkan diri untuk bertanding menentang Abdullah. Tengku Razaleigh turun berkempen ke seluruh negara kerana beliau memerlukan sekurang-kurangnya 30 peratus iaitu 58 pencalonan daripada 193 bahagian UMNO di seluruh negara bagi membolehkan beliau menentang Abdullah dalam perhimpunan UMNO yang dijadualkan pada Disember nanti. Harapan Tengku Razaleigh untuk mendapat pencalonan sebanyak itu adalah tipis. Perkara ini diakuai sendiri oleh beliau [
http://www.malaysiakini.com/news/85745].

Tengku Razaleigh amat arif tentang budaya yang ada dalam UMNO dan beliau banyak pengalaman dalam dan di luar UMNO tentu sedar hal ini. Tengku razaleigh pasti tahu bahawa tidak ada bahagian yang berani mencalonkan beliau bagi menjaga periuk nasi masing-masing. Tengku Razaleigh juga pasti sedar sebahagian besar orang masuk dan kekal dalam UMNO adalah untuk mengejar pangkat, kedudukan dan kekayaan peribadi. Setakat ini, Tengku Razaleigh hanya berjaya memperolehi 32 pencalonan, itu pun pencalonan yang datang daripada kawasan beliau sendiri. Tidak kedengaran mana-mana Badan Perhubungan UMNO Negeri yang mahu mencalonkan beliau ke jawatan Presiden bagi menentang Abdullah. Kebanyakan negeri pada keseluruhannya telah membuat pengisytiharan menyokong Abdullah dan Najib sebagai Presiden dan Timbalan Presiden.


Dan kumpulan ketiga ialah kumpulan musuh dalam selimut. Mereka ini merupakan kumpulan yang tidak bertulang belakang. Ada di antara mereka yang menjadi Menteri, Timbalan Menteri, MB, KM, Exco, Ahli Parlimen, ADUN dan para pemimpin peringkat bahagian serta cawangan. Pergerakan mereka sukar dikesan. Kumpulan ini tidak ada prinsip perjuangan yang jelas. Perjuangan mereka berasaskan arus. Mereka akan menyokong mana-mana kumpulan yang menang, hatta pembangkang sekali pun, asalkan mereka dapat pulangan yang lumayan.


Berikutan itu, Abdullah diminta melepaskan jawatan Presiden dan sekali gus jawatan PM dengan alasan beliau yang bertanggungjawab di atas kekalahan teruk UMNO/BN dalam PRU lalu. Abdullah juga disarankan merangka pelan peralihan kuasa kepada Timbalannya, Najib Tun Razak. Pada mulanya beliau enggan berbuat demikian, tetapi disebabkan tekanan yang amat kuat daripada para pemimpin dan ahli-ahli UMNO, maka Abdullah terpaksa tunduk dengan kehendak tersebut.


Jadi, Abdullah terpaksa merangka satu pelan peralihan kuasa kepada Najib dan diumumkan pada 10 Julai lalu. Beliau mengumumkannya selepas beliau mempengerusikan mesyuarat MKT dan selepas beliau bertemu dengan semua ketua-ketua bahahagian UMNO seluruh negara, Ketua Pemuda, Ketua wanita dan Ketua Puteri di PWTC bahawa beliau akan menyerah kuasa kepada timbalannya pada Jun atau pertengahan tahun 2010 dan beliau akan bertanding sebagai Presiden UMNO, jika beliau dicabar.


Pelan peralihan kuasa ini ditentang hebat oleh kumpulan dan penyokong Tengku Razaleigh Hamzah. Tengku Razaleigh menyifatkan langkah mengumumkan tersebut merupakan satu langkah yang silap. Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa tiada konsep dan amalan 'peralihan kuasa' dalam UMNO, sebaliknya pemimpin datang dan pergi mengikut sokongan ahli yang diterimanya. Katanya, jawatan Presiden UMNO itu ditentukan oleh ahli UMNO dari peringkat akar umbi dan tidak wajar bagi Abdullah untuk serahkan kuasa kepada sesiapa pun. Beliau berkata selama ini Abdullah merupakan "caretaker" [penjaga] kepada UMNO kerana pemilihan parti itu sepatutnya berlaku tahun 2007, namun ianya ditunda berikutan PRU ke-12. Ahli Parlimen Gua Musang itu juga mendakwa pemimpin-pemimpin atasan parti itu kini memegang jawatan melebihi masa atau sudah expire. Beliau akan bertanding bagi jawatan Presiden pada pemilihan parti yang dijangka diadakan pada 16 hingga 20 Disember ini.


Konflik perebutan jawatan yang berlaku dalam UMNO ini sudah pasti melemahkan kedudukan UMNO yang sudah pun kelihatan lemah. Kelemahan ini akan menyebabkan UMNO bertambah sukar untuk menarik kembali sokongan rakyat bukan Melayu yang lari daripada UMNO/BN pada PRU lalu. Mereka yang menyebabkan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur jatuh ke tangan pembangkang. Jika trend ini berterusan, tidak mustahil PRU ke-13 nanti, UMNO akan gulung tikar. Dalam suasana tersebut, sudah tentu kedudukan Abdullah semakin terancam, sekiranya beliau gagal mengurus konflik tersebut secara bijaksana dengan menggunakan saki-baki kuasa yang ada.

Dalam masa yang sama, muncul pula golongan di luar UMNO yang menentang Abdullah dan berazam mengambilalih kuasa kerajaan persekutuan. Penentangan itu datangnya daripada Pakatan Rakyat [PR] yang pimpinan oleh Anwar Ibrahim [Penasihat PKR]. Anwar sering mewar-warkan yang PK akan mengambil alih kuasa memerintah daripada UMNO menjelang 16 September nanti atau lebih cepat daripada tarikh yang ditetapkan itu. Anwar sering mencanangkan bahawa beliau telah berjaya memperolehi 30 kerusi Parlimen [paling minima] di Sabah dan di Serawak serta di Semananjung. Ahli-ahli Parliman yang terlibat hanya menunggu masa yang sesuai sahaja untuk menyertai PR dan menumbangkan pemerintahan UMNO selama 50 tahun itu. Ini menjadikan Abdullah tidak nyenyak tidur, walaupun beliau seorang kaki tidur.


Akibatnya, suasana politik dalam negara ini berada dalam kedudukan yang tidak menentu. Hal ini mengakibatkan perkembangan ekonomi negera tidak berkembang seperti yang dirancangkan. Para pelabur luar negeri menangguhkan pelaburan mereka buat sementara waktu bagi melihat dan menilai perubahan politik yang akan berlaku seterusnya. Penguncupan ekonomi ini menyebabkan berlakunya kekurangan peluang-peluang perniagaan, peningkatan kadar pengagguran, kekurangan sumber pekerjaan bagi rakyat menambah pendapatan, kadar inflasi yang tinggi menyebabkan kos hidup rakyat semakin meningkat dan ianya terus mencengkam pentadbiran Abdullah.


Apakah yang Abdullah dan juak-juak beliau lakukan bagi mengalih tumpuan pertandingan jawatan dalam UMNO dan menghalang kebangkitan rakyat menentang kenaikan harga petrol serta kadar inflasi yang tinggi?

Ikuti siri ke-3/-

“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian. Wallahu'alam dan terima kasih

1 comment:

Anonymous said...

UMNO memang bijak! Bijak menggunakan peluang dalam menjatuhkan musuh-musuh politiknya. UMNO masih menggunakan isu muzakarah dan pergabungan PAS-UMNO untuk menarik sokongan Melayu. Kini yang terjerat adalah PAS. Di satu pihak adanya UMNO dengan isu perpaduan Melayu dan di satu pihak lagi, adanya Pakatan Rakyat yang mula diterima oleh masyarakat Malaysia. Dalam keadaan sebegini, PAS hendaklah membuat yang tepat kerana jika tersalah langkah, akibat yang buruk akan diterima PAS.