DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, July 1, 2008

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,


Salah satu daripada elemen penting dalam kehidupan seorang manusia adalah memimpin. Bila kita mampu memimpin diri kita ke arah syakhsiah cemerlang maka ia merupakan kejayaan bagi kita. Di samping itu, kita mesti memimpin diri orang lain agar kehidupan kita bersama manusia lain di dunia ini dapat diseimbangkan ke arah generasi Al-Quran.


Setiap manusia di muka bumi ini dijadikan oleh Allah s.w.t untuk menjadi khalifah. Sama ada dia memimpin diri sendiri atau orang lain, ia dinamakan sebagai khalifah. Namun begitu, tidak semua mampu mentadbir dirinya dan orang lain dengan baik mengikut landasan Islam yang sebenarnya.


Lebih penting daripada itu pemimpin adalah sebagai idola dan pentazkirah kepada yang dipimpin atau pengikut. Sebagai seorang pemimpin yang menjadi idola kepada masyarakat, pemimpin seharusnya memiliki akhlak yang terpuji mengikut adab-adab kemanusiaan sejagat dan lunas-lunas Islam yang tulin. Ciri-ciri pentazkirah pun harus ada pada seorang ketua bahkan ciri-ciri seorang ulama.


Bijak bercakap tidak semestinya boleh melakukannya secara praktikal. Oleh itu, di samping bijak 'berbahasa' dan pandai 'mentazkirah' orang lain, pemimpin harus mengamalkan apa yang dikata. Seperti kata-kata 'cakap serupa bikin'. Contoh melalui teladan lebih merujuk kepada keperibadian seorang pemimpin dalam membentuk masyarakat pimpinannya. Jika elok acuan maka eloklah kuihnya, jika rosak acuan kuih maka tidak terbentuklah kuih seperti yang diingini.


"Sebaik-baik pemimpin kamu, adalah orang yang kamu cintai, mereka pun mencintai kamu. Kamu mendoakan mereka, mereka pun mendoakan kamu. Dan seburuk-buruk pemimpin kamu, adalah orang yang kamu benci dan mereka pun membenci kamu. Kamu melaknat mereka, dan mereka pun melaknat kamu."
[HR Muslim dalam Shahih Muslim, III/1481; Al-Baehaqi, Sunan Al-Kubra, VIII.158]

Inilah gambaran sifat pemimpin politik yang menjalankan kepemimpinan politiknya dengan betul sehinggalah melahirkan kecintaan rakyat kepada mereka. Bila, mereka disebut sebagai pemimpin politik yang dicintai rakyat dan sebaliknya. Bilakah pula mereka dibenci oleh rakyat?


Hadith di atas telah memberikan gambaran yang cukup jelas iaitu ketika pemimpin politik tersebut melakukan fungsi politik yang dibawanya dengan baik. Ia dicintai rakyat kerana ia mencintai mereka. Ia didoakan rakyat, kerana ia mendoakan mereka.


Dan bilakah pula, ini semua terjadi?. Iaitu ketika ia sebagai pemimpin politik telah memberikan seluruh hak rakyat. Ia menjalankan kewajiban sebagai pemimpin dengan adil, tidak menindas, atau bertindak zalim. Melayani semua lapisan rakyat dengan sama, tanpa dibeza-bezakan. Cintanya kepada rakyat timbul dari rasa tanggungjawabnya yang tinggi kepada mereka kerana takut ianya tidak boleh mempertanggungjawabkan hisab atas tanggungjawab rakyatnya di hadapan Allah s.w.t.


Mukadimah saya kali ini adalah untuk mengaitkan gaya kepimpinan yang cuba dibawa oleh Anwar Ibrahim melalui fungsinya sebagai Penasihat PKR. Suka saya merujuk laporan yang dibuat oleh Jimadie Shah Othman dalam Malaysiakini.com [http://www.malaysiakini.com/news/85303] dan tulisan Tun Telanai [
http://www.marhaendaily.net/v1/mar_a_tun_telanai052.html] . Saya bersetuju dengan kedua-dua penulis ini kerana keegoan dan kealpaan yang menyebabkan isu ini mucul bagi kali keduanya.


Saya masih berpegang kepada konsep dan ajaran Islam mesti dipegang oleh setiap pemimpin yang mengakui yang ianya seorang pemimpin terutama pemimpin yang beragama Islam yang berusaha untuk mendapatkan kuasa bagi membuat Islah dalam pengurusan negara ini. Bala yang menimpa Anwar pada kali ini adalah satu ujian yang maha hebat berbanding 10 tahun lalu. Ujian ini datang daripada Allah s.w.t kerana Anwar mengabaikan apa yang Islam ajarkan untuk mengelak berlakunya fitnah dan pelbagai perkara lagi yang kita tidak mahu ianya berlaku.


Islam mengajarkan umatnya wajib berhati-hati dalam segenap sektor kehidupan kita supaya kita terlepas dariapada sebarang fitnah yang akan dimanipulasikan oleh musuh-musuh yang berada dikeliling kita setiap masa dan waktu. Islam melarang keras umatnya melakukan perkara-perkara yang boleh menimbulkan syak-wangsaka yang akhirnya akan muncul berbagai fitnah terhadap diri kita melalui tingkah laku [perwatakan diri kita], perbuatan dan percakapan kita. Mereka setiap detik merancang dan merangka strategi sehingga tiba masa dan keadaan yang sesuai untuk merangkap kita apabila kita cuai dan alpa.


Dalam konteks ini, Anwar Ibrahim terus terlupa dan alpa akan gerak geri musuh yang senantiasa memerhatinya dan akhirnya masa yang ditunggu-tunggu itu sudah pun tiba dan Anwar terperangkap. Gaya politik Anwar terlalu laju dan merempuh apa sahaja yang ada dihadapannya tanpa mengira atau menilai kekuatan yang kita miliki. Sikap terlalu gelojoh dalam berpolitik tanpa mengambil kira pandangan rakan-rakan yang seperjuangan yang berjuang secara tulus dan ikhlas kerana ego mengakibatkan nasib malang menimpa beliau sekali lagi.


Saya merasa amat kecewa peristewa 10 tahun lalu tidak menjadikannya sebagai satu teladan dan garis panduan agar beliau perlu berhati-hati dalam setiap gerak langkah politik dan kehidupan sosialnya. Saya sama sekali tidak menuduh beliau terlibat dalam kes ini. Apa yang saya persoalkan ialah kealpaannya kerana asyik berjuang untuk mendapatkan kuasa sebagai Perdana Menteri. Beliau terlupa bahawa kemenangan besar PKR dalam pilihan raya lalu bukan kerana dasar perjuangan PKR, tetapi kerana emosi marah rakyat khususnya kaum Cina dan India terhadap pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi.


Kemenangan atas tiket ‘emosi’ terlalu rapoh, bila-bila masa sahaja boleh diatasi oleh UMNO dengan syarat UMNO pandai menggunakan strategi membeli balik emosi yang terluka itu. Sekarang ini pun UMNO sudah memulakan langkah untuk menambat hati kedua-dua kaum ini dengan menawarkan berbagai kemudahan seperti dalam bidang pendidikan dan ekonomi. Saya percaya dan yakin UMNO akan berjaya membeli balik sokongan daripada kaum-kaum ini pada PRU ke-13 nanti.


Jadi, pada pandangan saya dengan isu ini Pakatan Rakyat mengadapi laluan yang amat sukar untuk mengekalkan kemenangan yang dinikmatinya sekarang, terutama kemungkinan Anwar akan ditahan, dibicarakan dalam tempoh yang panjang dan dihukum serta dipenjarakan. Apatah lagi untuk merampas kuasa kerajaan pusat daripada tangan UMNO. Rancangan itu pastinya akan terbantut buat sementara waktu [bukan seperti dirancangkan menjelang 16 September].


Tindakan pembetulan terhadap masalah-masalah semasa yang dihadapi oleh negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat [kecuali Kelantan dan Pulau Pinang] terutama di Selangor dan di Kedah akan turut terjejas. Akhirnya Pakatan Rakyat akan menjadi lemah. Parti-parti yang bergabung di bawah Pakatan Rakyat kembali dengan perjuangan masing-masing seperti yang berlaku pada PRU ke-11 tahun 2004 lepas.


Sepatutnya buat masa sekarang [baru kita menyambut perayaan 100 hari pemeritahan Pakatan Rakyat] kita perlu menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit bagi mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh lima negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, tetapi sekarang sudah jadi terbalik, kita terpaksa membuang masa, tenaga dan wang ringgit untuk menghadapi isu ini, isu yang kita bikin sendiri. Kita gali lubang, kita sendiri yang terjun ke lubang tersebut. Tidak masalah, kita cipta masalah kerana keegoan dan nafsu. Mana-mana manusia pun tidak akan mengaku yang ia buang najis di tengah jalan.


Isu ini tidak akan tercetus sekiranya kita semua berhati-hati dan nasihat-menasihati di antara satu sama lain dan menerima pandangan-pandangan yang dikeluarkan oleh rakan-rakan seangkatan. Mengikut sumber, berdasarkan perancangan awal, budak Saiful Bukhari Azlan ini dihantar untuk menjalankan operasinya pada masa PRU ke-12 lalu [ketika ia menawarkan diri berkhidmat secara sukarela dengan PKR khususnya dengan Anwar], tetapi pada masa itu tidak berlaku kerana Anwar dan semua orang sibuk, masing-masing berkempen ke seluruh negara dan ditempat masing-masing. Namun, usaha itu teruskan selepas pilihan raya dan ditingkatkan apabila UMNO melihat Anwar ada potensi merampas kuasa daripada UMNO dan usaha-usaha mereka lakukan, akhirnya mereka berjaya jua.


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian.Teriam kasih.Wassalam

1 comment:

TakdeOrangPeduli said...

saya setuju dengan pandangan telanai.
ramai pemimpin yang tak dapat maintain keperibadian bongkak dan alpa bila berada disuatu tahap yang selesa.

apa yang menimpa anwar mungkin peringatan atau mungkin juga balasan.

anwar bijak manipulasi keadaan dengan baik menarik emosi manusia untuk bersama2 dengannya. apa jua yang disalut dengan emosi takkan tahan lama. ibarat kalau cinta kerana simpati berakhir dengan sia2.