DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, June 17, 2008

ISU KEHAKIMAN - MAY DAY FOR JUSTICE ?

Oleh : Dr Novandri Hasan Basri


Penulis telah membaca sebuah buku lama yang diberikan oleh seorang rakan penulis yang bertajuk May Day For Justice hasil tulisan Tun Salleh Abas dan K.Das yang ditulis pada tahun 1989 dan juga beberapa keratan akhbar lama tahun 2006 yang bersangkut paut dengan isu Krisis Kehakiman tahun 1988.

Walau pun penulis tidak berapa faham dengan kronologi isu tersebut sehinggalah ke hari ini dimana kerajaan telah memberikan ex-gratia kepada enam bekas hakim, ianya tidak disengajakan.

Pertama, kerana penulis masih lagi belajar di universiti pada tahun 1988. Pelajaran terlampau banyak untuk difahami dan dihafal. Akta Universiti pula tidak menggalakkan pelajar-pelajar universiti untuk menceburi bidang politik. Sebaliknya, kerajaan mahu pelajar-pelajar menumpukan sepenuh masa untuk berjaya dengan cemerlang di universiti. (Penulis setuju).

Kedua, apabila isu yang menjangkau usia 20 tahun ini diungkitkan kembali, tidak berapa ramai daripada pemimpin-pemimpin kerajaan yang hari ini menimbulkan kembali isu ini, benar-benar tahu dan berada di dalam situasi ketika itu.

Pada tahun 1988, mereka hanyalah kanak-kanak riang atau pun remaja belasan tahun yang tidak tahu apa-apa yang berlaku di dunia ini kecuali dunia mereka sendiri.

Maksudnya, pemimpin-pemimpin itu tidak tahu apa-apa pun cuma cebisan sejarah yang di dengar daripada veteran-veteran.

Ketiga, pada tahun 1988, ada juga pemimpin-pemimpin tersebut yang baru menjangkau usia mengenal dunia dan arena politik negara. Dan jika ketika itu, mereka telah pun terlibat di dalam politik UMNO, mereka sebenarnya tidak menjalankan tanggungjawap mereka untuk menegur dan mempertahankan kebenaran, jika ada.Keempat, penulis skeptikal dengan keupayaan sistem penyimpanan dokumen-dokumen mahkamah yang telah berpindah-randah dan menjangkau usia 20 tahun serta masih menggunakan kertas dan mesin taip. Masih boleh di baca lagi ke? Masih tersusun elok lagi ke? Masih ada lagi ke?

Kelima, mereka yang terlibat secara langsung di dalam krisis kehakiman itu sudah pun lanjut usia atau telah meninggal dunia dan segala pengakuan mereka tidak dapat diperkuatkan dengan suara-suara dan statement daripada jumlah kecil yang masih hidup.
Seperti tulisan Tun Salleh Abas di dalam bukunya itu,

It will be difficult to prove that it was I who was telling the truth because I had no witness while the Prime Minister had two very impressive-looking witnesses – one was his gorvernemt and party deputy, Deputy Prime Minister, Encik Ghaffar Baba and second, his top civil servant, Chief Secretary to the Government, Tan Sri Sallehuddin Mohammed.

Keterangan di awal buku May Day For Justice membuatkan penulis terfikir,

Jika penulis adalah seorang hakim dan sedang membicarakan satu kes, keterangan yang mana satukah yang secara relatifnya di terima dari segi undang-undang, seorang yang TIDAK mempunyai sebarang saksi atau pun seorang lagi yang ADA dua saksi yang berkaliber?

Walau bagaimana cara pun kita melihat kes tersebut termasuk perasaan kesihan dan simpati, undang-undang mesti di utamakan. Orang yang TIDAK mempunyai saksi berkemungkinan besar akan kalah di dalam bilik perbicaraan jika di banding dengan seorang lagi, kecuali jika terdapat sebarang keraguan atau pun technical fault seperti saksi-saksi tersebut memberikan kenyataan yang berlainan di antara satu sama lain.

Contohnya, jika satu saksi mengatakan jam 6.30 petang tetapi seorang saksi lagi mengatakan jam 6.30 pagi. Jika berlaku demikian, orang yang TIDAK mempunyai saksi itu mungkin boleh dibebaskan atas alasan technical fault.

Contoh klasik di mana undang-undang mesti diutamakan ialah kes Datuk Seri Anwar Ibrahim. Terdapat banyak bukti-bukti yang menuding kepada perbuatan tidak bermoral beliau tetapi atas nama undang-undang, beliau telah dibebaskan.

Dan hari ini, masih ramai lagi orang yang beria-ria mengikut rentak politik dan memuja-muja diri beliau walau pun beliau telah di dapati bersalah oleh undang-undang di atas tuduhan korupsi.

May Day For Justice?

Isu krisis kehakiman tahun 1988 dilihat sebagai sudah selesai dengan pembayaran ex-gratia oleh kerajaan pada 5 Jun 2008 kepada tiga daripada enam bekas hakim yang telah dipecat ketika itu. Mereka ialah Datuk George Seah, Tan Sri Wan Hamzah Mohd Salleh dan Allahyarham Tan Sri Suleiman Pawanteh.


Tiga lagi bekas hakim ialahTun Mohd. Salleh Abbas, Tan Sri Azmi Kamaruddin dan keluarga Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdoolcader.

Datuk Seri Najib Tun Razak pula mengatakan bahawa pembayaran ex-gratia kepada enam bekas hakim yang terbabit dalam krisis kehakiman pada 1988 bukan satu tanda permohonan maaf daripada kerajaan kepada mereka, tetapi cara dan pertimbangankerajaan menangani setengah daripada pengalaman peribadi dan kesusahan yang dilalui. (Utusan Malaysia , 18 April 2008)

Persoalannya, kenapakah nilai ex-gratia itu dirahsiakan?

Padahal, wang yang digunakan oleh kerajaan itu adalah milik rakyat Malaysia .

Penulis bukannya tidak bersetuju tetapi tindakan kerajaan itu telah menyebabkan sumbangan ikhlas itu tampak tidak ikhlas dan menimbulkan pelbagai tanda tanya kerana ianya melibatkan wang rakyat.

Sebenarnya, isu Krisis kehakiman tahun 1988 pernah dibangkitkan sebelum ini iaitu pada tahun 2006.

Sebuah artikel di dalam The Sun, 21 September 2006 telah mengatakan,

Malaysian should view with huge disappointment and outrage last week’s statement by Minister in Prime Minister’s Department, Datuk Seri Nazri Aziz.

He rejected calls, including by the Human Rights Comission of Malaysia , for a review of laws that prevent the judicial review of ministerial decisions, saying ministerial decisions ahould not be challenged because it would put ministers in an “uncomfortable position” or cause them to lose confidence in their decision-making.

More tellingly, Nazri was quoted as saying that no minister with a sound mind would jeopardize his or her own political future.

Pada 26 September 2006, Tun Salleh Abas telah mengemukakan lima perkara yang ‘baru’ berhubung dengan isu Krisis Kehakiman tahun 1988 dengan harapan Datuk Seri Nazri Aziz, Menteri di dalam Kementerian Perdana Menteri bersetuju untuk merujuk kembali isu itu jika terdapat ‘fakta-fakta baru dan penting’ timbul. (The Sun, 27 September 2006)

Tun Salleh Abas juga telah mengatakan bahawa jika beliau bersetuju meletakkan jawatan pada tahun 1988 secara ‘terhormat’, beliau telah dijanjikan satu kerja baru di Jeddah, Arab Saudi sebagai Pengarah sebuah bank Islam dengan gaji yang sangat lumayan bersama dengan unlimited entertainment and travellling allowances.
Tun Salleh berkata,
“I hope that Nazri will present the the proposal to the cabinet for a review of the 1988 Judicial Crisis so that the truth of this important episode in our nation’s history is uncovered.”
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir telah memberi respons berikut,

“He agreed first, then later on, I don’t know how many days later, he decided that he should not step down. Then of course the Government was forced to take action.”

“I don’t remember exactly what I offered him but I did ask him to step down so as to prevent any scandal or necessity to take action (against Tun Salleh).”

“Removal of a judge requires a decision by his peers as required by the Constitution, so we haveto abide by the Constitution. The Agong thought that it was just a matter of dismissal by me.”

“I don’t have the power to dismiss anybody, any judge.”
Pada 27 September 2006 pula, Datuk Nazri Aziz telah membuat sidang akhbar dan berkata,

“The cabinet endorsed my statement. The case is closed.”

“That the privy between them. The fact is there was NO MISCARRIAGE OF JUSTICE during the trial.”

“I am more concerned if there is new evidence and facts that have emerged that during the trial. I am looking at this objectively as a minister in charge of law.”

Penulis berasa hairan kerana pada hari ini, Datuk Seri Nazri Aziz telah berdiam diri seribu bahasa. Beliau yang merupakan ahli kabinet yang terlibat secara langsung pada tahun 2006 tidak pula bersuara untuk membangkang pembukaan kembali isu krisis kehakiman 1988.

Padahal, sejak kerajaan menutup fail krisis kehakiman pada tahun 2006, tidak ada lagi kedengaran bukti-bukti ‘baru dan penting’.

Penulis berpendapat bahawa Datuk Seri Nazri Aziz mungkin tidak perlu bersuara kerana segala yang berlaku serta pemberian ex-gratia adalah merupakan keputusan bersama di dalam kerajaan hari ini dan tugas ‘kehakiman’ di dalam kementerian Perdana Menteri telah di ambil alih oleh Datuk Zaid Ibrahim.

Walaubagaimana pun, penutupan fail krisis kehakiman 1988 pada tahun 2006 dengan mengatakan bahawa krisis tersebut tidak menampakkan sebarang miscarriage or unjustice during the trial, telah menyetujui serta menguatkan lagi pandangan Datuk Seri Najib bahawa pembayaran ex-gratia kepada enam bekas hakim yang terbabit dalam krisis kehakiman pada 1988 bukan satu tanda permohonan maaf daripada kerajaan kepada mereka.

Maksudnya, kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri ketika itu (tahun 1988) tidak bersalah dan telah mengikuti segala undang-undang dan prosedur yang termaktub di dalam perlembagaan.

Baru-baru ini, ada pula bekas hakim yang bersuara mengenai ketidaksempurnaan sistem kehakiman di zaman beliau pada tahun 80-an.

Persoalannya,

Apakah cerita yang berlaku 20 tahun tahun dulu akan berkumandang lagi ?

Apakah penulis perlu di dakwa di mahkamah hari ini kerana mengambil buah jambu di rumah jiran kira-kira 20 tahun yang dulu? (Krisis Buah Jambu 1988 ?)
(Dr Novandri : Terima kasih kepada saudara Muzaffar, Pemuda UMNO Bukit Gelugor, kerana telah meminjam buku May Day Of Justice)

*Tambahan (15/6/08 5.05pm)

Di sini penulis siarkan pandangan surfer Aah yang disiarkan di dalam web KMU.Net. Info ini sangat berguna. Tq.

Dr,

Sebenarnya kes Tun Salleh Abbas tidaklah begitu sukar dan complicated kalau kita baca tulisan Tun Dr Mahathir dan Mathias Chang didalam blog mereka.

Fakta fakta seperti berikut:

1.Tun Salleh Abbas telah dihadapkan di hadapan Tribunal yang dianggotai oleh beberapa Hakim termasuk dua orang hakim luar negara iaitu Ketua Hakim Negara Sri Lanka dan Hakim Mahkamah Tinggi Singapura.

2.Tun Salleh Abas memilih untuk tidak hadir diri dihadapan Tribunal.

3.Tribunal selepas bersidang mendapati Tun Salleh Abas bersalah.

4.Hukuman yang dijatuhkan ialah dipecat dari memegang jawatan Ketua Hakim Negara.

5.Apabila seseorang pegawai kerajaan dipecat maka akan kehilangan pencen dan ganjaran, walaubagaimanapun Peguam Negara telah membuat rayuan kepada Kerajaan agar diberi pencen dan ganjaran kepada Tun Salleh Abbas.Tun Dr Mahathir selaku Perdana Menteri telah bersetuju dan pencen serta ganjaran dibayar .

6.Yang jadi complicated ialah apabila isu pemberian EX-GRATIA yang diumumkan oleh Pak Lah semasa majlis jamuan makan malam Bar Council.

7.Pak lah telah membuat keputusan yang tidak selaras dengan pandangan Dato Nazri Aziz dan kabinet dimana mereka tidak setuju dengan keputusan Perdana Menteri.

8.Akhirnya Dato Zaid Ibrahim telah dengan sendirinya membawa cek yang tidak diumumkan berapa jumlahnya dan disampaikan kepada yang terlibat.

Saya telah menimbulkan perkara ini semasa perjumpaan Pak Lah dengan Ketua Ketua Cawangan,saya menegur Pak Lah dengan berkata keputusan ini salah, sepatutnya perkara ini dirujuk semula kepada sebuah Tribunal yang baru dan biarlah Tribunal yang menentukannya.

Pada pandangan saya Pak Lah telah membuat satu precedent dimana Perdana Menteri boleh overrule keputusan mahkamah dan ianya amat berbahaya.

Pak Lah tidak menjawab pertanyaan saya.

“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian. Wallahu'alam dan terima kasih


No comments: