DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Sunday, April 20, 2008

BLACK 14: AWAS, ADA AGENDA TERSIRAT DI SEBALIK PENAHANAN

Oleh : CuCu Mat Kilau [ http://www.marhaen.org/v1/mar_b_cucumatkilau79.html]
Ilusi Oleh : Tun Telanai
Mereka boleh kerana mereka UMNO, polis kawal walaupun tiada permit.


Susulan perhimpunan yang dikatakan "Haram" di Kelab Sultan Sulaiman, malam Isnin tanggal 14 April lau, maka kini kita dapati mereka benar-benar beriya-iya mahu mengambil tindakan terhadap beberapa orang pemimpin kanan PKR. Biarpun kenyatan sudah diambil dan direkodkan semalam, namun pihak polis didapati masih tidak berpuas hati. Belum cukup dengan perhimpunan haram, kini satu lagi bertunduhan baru ditimbulkan. Lebih melucukan, kali ini Tan Sri Khalid MB Selangor pula dikatakan memutar-belitkan cerita.


Nampaknya nama Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman semakin popular mutakhir ini. Apatah lagi, beliau kini dilihat sering muncul di dada akhbar arus perdana dan juga TV berkaitan isu ini. Terbaru, semalam juga beliau menafikan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim dimasukkan sebagai penceramah pada perhimpunan Black 14 yang diadakan di Kampung Baru, itu. Menurut beliau lagi , MB Selangor itu telah memutarbelitkan kenyataan apabila mendakwa penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu termasuk dalam senarai awal yang diserahkan kepada polis. Justeru, pihak polis akan menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pihak yang bertanggungjawab memutarbelitkan kebenaran yang diberikan. Katanya lagi Tidak timbul sama ada ia berjalan dengan aman atau tidak kerana setiap perhimpunan awam perlu mendapat permit terlebih dahulu demi menjamin ketenteraman orang awam.


Soalnya, apakah selama ini "permit" akan diberikan setiap kali parti pembangkang ingin mengadakan program seperti itu. Bukankah program tersebut diadakan di sebuah kawasan tertutup dan merupakan "kawasan persendirian". Bahkan ianya juga mendapat kebenaran dan sokongan daripada Timbalan Pengerusi Kelab Sultan Sulaiman, Datuk Mokhtar Ahmad sendiri yang turut hadir dalam program berkenaan.


Black 14, yang diadakan setiap tahun adalah satu sambutan tahunan sempena memperingati tarikh Anwar dijatuhkan hukuman untuk kes pertamanya pada tahun 1999. Cuma apa yang berbeza pada kali ini ialah kehadiran Anwar sendiri serta, ia juga merupakan tarikh "pembebasan" untuk Anwar kembali aktif dalam politik bermula pada 15 April 2008 keesokan harinya. Sudah semestinya program "makan malam" itu mendapat sambutan rakyat kerana mereka juga ingin mendengar amanat Anwar selepas beliau bebas. Salahkan Anwar, selaku orang yang diraikan itu berucap?. Bukankah beliau merupakan "tetamu khas" pada malam itu. Agak janggal bunyinya, bila rakyat yang hadir hanya boleh melihat dan menatap wajah Anwar dari kejauhan tanpa bisa mendengar sepatah dua kata ucapan yang keluar dari mulutnya itu?. Bukankah Presiden PKR, Wan Azizah sendiri telah menyatakan perhimpunan itu berlaku secara aman dan tiada insiden-insiden serta provokasi yang ditimbulkan oleh rakyat yang hadir berbondong-bondong itu. Ini bermakna, pihak polis selaku badan yang dipertanggungjawab untuk menjaga "keamanan" negara sepatutnya harus berterima kasih kepada pihak penganjur kerana, berjaya menjayakan "Black 14" secara "aman" biarpun berbagai halangan menimpa serta ia dihadiri oleh ribuan rakyat dari seluruh pelusuk negara.


Apakah yang perlu digusarkan sangat, kiranya rakyat yang hadir hanyalah bertujuan untuk menyaksikan pemimpin mereka berucap dalam keadaan mereka sedar. Bukannya mereka ingin menyaksikan sebuah "konsert rock",yang memerlukan mereka 'Khayal" terlebih dahulu bagi menghayati alunan irama konsert tersebut. Maka akhirnya timbullah insiden yang tidak diingini, akibat khayalan yang berlebihan termasuk menggunakan pil ectasy, mabuk minum arak, ambil bahan terlarang seperti dadah dan sebagainya. Kehadiran rakyat pada malam itu juga tertib dan penuh dengan semangat serta displin yang tinggi untuk melihat perubahan.


Perihal MB Selangor tidak menamakan Anwar untuk berucap pada malam itu amatlah janggal juga bunyinya. Mana mungkin "tetamu khas" tidak disenaraikan untuk menyampaikan sepatah dua kata. Sekurang-kurangnya memberi kata aluan serta mengucap terima kasih atas sokongan rakyat. Apakah benar nama Anwar tidak disenaraikan untuk berucap? Atau namanya hilang lagi, sama seperti "diari harian TPMnya" yang dihilangkan oleh pihak polis semasa kesnya masih panas diawal kebangkitan gelombang reformasi dulu. Tidak masuk akal juga nama Anwar dibuang dari senarai, sama seperti 'tilam yang dibuang kes" setelah berhari-hari diusung oleh pihak polis ke mahkamah dulu?. Inilah yang harus dijawap, dan apakah kerana kini ketua Polis Negara, Musa Hassan yang namanya saling tak tumpah dengan "Musa Hassan" yang terlibat dalam kes Anwar dulu maka pihak polis sengaja mencari kesalahan demi untuk mendakwa serta menakut-nakut para pemimpin pembangkang.

Mengapa ada kuasa lain untuk mereka berhimpun? Mereka juga rakyat Malaysia


Apakah ini demokrasi "Ala Malaysia" namanya, bila sikap "talam dua muka", "pilih kasih", "pilih bulu" atau lebih afdal lagi sikap "double standard" pasukan polis kita sendiri. Kita merasa hairan dan janggal, kerajaan yang dipilih secara sah oleh rakyat dalam pilihanraya dinafikan hak untuk berhimpun secara aman. Namun, jika ianya terkena atas batang hidung mereka apakah yang dilakukan oleh pihak polis?. Iramanya agak perlahan dan jarang kita dengar penganjur perhimpunan ditangkap atau dipaksa ke balai polis untuk diambil kenyataan. Adakah kita dengar, pengajur perhimpunan haram mereka baru-baru ini diugut untuk dikenakan "waran tangkap" !! Lihat sahaja apa yang berlaku di Selangor,
perhimpunan haram kononnya membantah tindakan kerajaan negeri untuk memansuhkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diketuai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuang, Abdul Syukor Idrus dibiarkan oleh mereka tanpa apa-apa tindakan terhadap penganjur. Bahkan pihak polis pula dikatakan telah mengawal lalulintas serta pergerakkan perserta perhimpunan berkenaan dari awal hingga ke penghujungnya. Perhimpunan yang diadakan di Dataran Shah Alam, turut disertai 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), termasuk persatuan belia dan silat. [Klik perhimpunan bantah hapus DEB].


Begitulah juga dengan apa yang berlaku di Pulau Pinang, perhimpunan haram juga dilakukan oleh UMNO di Komtar Pulau Pinang yang bertujuan mendesak supaya kerajaan negeri yang baru tidak menghapuskan DEB. Biarpun Melayu Pulau Pinang tahu, bahawa dasar itulah yang menyebabkan spesis mereka semakin terhakis dari Pulau Mutiara itu. Bahkan apa yang tinggal hanyalah sisa-sisa kenangan yang amat menyiksakan. Mereka nampak DEB hanya memperkayakan golongan atasan dan meminggirkan golongan bawahan, namun dek kerana mahu menunjukkan jaguh mereka turut berdemo. Kira-kira 1,000 penyokong Umno menghadiri perhimpunan tersebut, yang ketuai antaranya oleh setiausaha perhubungan Umno negeri Datuk Azhar Ibrahim, selama satu jam. Turut berucap di demonstrasi itu ialah bekas timbalan ketua menteri Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah, wakil rakyat Sungai Dua - Datuk Jasmin Mohamed, dan ketua bahagian Bukit Mertajam - Datuk Musa Sheikh Fadzir. Apapun perhimpunan haram di Pulau Pinang itu telah dibantah keras oleh mantan Ketua Menteri Koh Tsu Koon sendiri, menurutnya
tidak bersesuaian dalam masyarakat majmuk. Soalnya sekarang pernah mereka dipanggil pihak polis untuk memberi kenyataan atau diambil tindakan. Pernahkah mereka juga digertak untuk dikenakan waran tangkap jika gagal memberi kerjasama kepada pihak polis?


Begitu juga di Perak, orang ramai yang pada mulanya ditegah menghadiri perhimpunan haram bagi bagi menyatakan bantahan terhadap DAP "
kerana mencabar ketuanan Melayu" akhir berjaya juga melakukannya. Perhimpunan haram tetap juga diadakan di Ipoh anjuran UMNO. Sebelum itu pihak polis ada juga mengeluarkan amaran akan mengambil tindakan kepada peserta dan juga mereka yang mengedarkan SMS demo yang menyeru "orang Melayu" berhimpun di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk membantah DAP soal ketuanan Melayu. Namun apa yang berlaku, penganjur tetap juga berjaya mengadakan perhimpunan dan yang dicari ialah pengedar SMS semata-mata. Bahkan amaran keras Padah ISA buat penyebar SMS demo akan dikenakan jika mereka ditangkap. Bukankah pelik namanya! yang menganjur tidak ditangkap yang mengundang peserta melalui SMS nak di ISAkan Lebih menghairankan, pihak polis yang beriya-iya melarang pula telah terbalik jadi "mengawal keadaan". Inilah dia sebenarnya "realiti undang-undang di Malaysia" tanahairku ini. Sampai bilakah kita harus terus begini?.Apakah generasi mendatang dapat hidup tenteram, aman dan selesa jika ini terus berlaku. Pihak polis lebih sibukkan diri untuk urusan perhimpunan yang dikatakan haram yang langsung tiada kaitan dengan jenayah. Sebaliknya, hal-hal jenayah yang terus meningkat hingga ke hari ini masih belum ada kesudahannya. Terbaru kejadian jenayah di KLIA iaitu pintu masuk utama pelancong ke negara ini. Bukankah disitu sepatutnya lebih ramai polis menjaganya, bukannya menjaga rakyat yang tidak berdosa dan teraniaya. Begitu juga kes-kes jenayah lain terutamanya kes penculikan kanak-kanak yang masih belum dapat diselesaikan hingga kini.


Justeru itu,wajarlah kita katakan bahawa gertakan dan ugutan yang dibuat kepada pemimpin kanan PKR atas perhimpunan Black 14 adalah mempunyai agenda tersirat sebenarnya. Pihak polis hanya menjalankan tugas mereka. Tanpa arahan pihak atasan, mereka pasti tidak akan tertegas juga dalam hal ini. Samalah dengan perhimpunan haram yang dianjurkan oleh UMNO sejak akhir-akhir ini. Semua ini mempunya agenda politik "balas dendam" atas kekalahan sebenarnya. Mereka mencari peluang dan ketika yang sesuai untuk melakukannya. Natijahnya, kita haruslah lebih berhati-hati dalam setiap gerak-kerja dan aktiviti selepas ini. Jangan biarkan musuh terus mengintai peluang untuk merperkotak-katikkan kita. Agenda perubahan harus terus dihidupkan demi Malaysia yang lebih selamat, aman dan adil untuk generasi akan datang.


ULASAN:
Membaca tulisan saudara CuCu Matkilau hati saya membara marah kepada Pasukan Polis DiRaja Malaysia [PDRM] kerana sikap mereka yang tidak professional [saya terpaksa menurut arahan UMNO] dalam menjalankan tugas menjaga keamanan dan kententeraman awam. PDRM yang saya pimpin masih lagi tidak sedarkan diri. Bodoh sombong. Kami masih boleh diperalatan, dipergunakan dan diperkudakan oleh UMNO yang sedang nazak sekarang. Tidak ada pasukan keselamatan di dunia yang begitu hina di mata masyarakat, kecuali PDRM. Mana ada pasukan polis dunia yang ketuanya dituduh melakukan rasuah.


Di negara ini, Ketua Polis Negara Musa Hassan [saya] dituduh melakukan rasuah dan diselamatkan dan dibebaskan oleh Peguam Negara, Abdul Ghani Patail dengan alasan yang popular yang sering diada-adakan iaitu tidak ada bukti kukuh untuk membabitkan Musa dengan rasuah. Ghani adalah ‘penyelamat’ orang besar UMNO atau orang yang berkaitan dengan kerajaan UMNO seperti beliau membebaskan Johari Baharom, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan Ketua Pengarah BPR, Zulkifli Mohd Noor dengan alasan yang sama.


Wajah PDRM dicalarkan lagi dengan laporan ‘Amnesty International Report 2007 for Malaysia’ oleh Amnesty International. Rujuk link ini :
http://www.amnesty.org/en/region/asia-and-pacific/south-east- sia/malaysia#report
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=13980&Itemid=28


Dakwaan yang dibuat oleh Amnesty International itu cukup memalukan. Kalaulah saya sebagai KPN, di mana saya hendak sorokkan muka. Imej yang buruk pasukan yang saya pimpin telah diketahui oleh dunia, tambahan pula akhlak dan moral saya telah lama tercalar akibat dituduh melakukan rasuah. Tuduhan itu sahaja menyebabkan saya malu hendak bercakap mengenai Tegas, Adil dan Berhemah dan bagaimana pula saya hendak mengarahkan orang bawah saya supaya berpegang kepada ‘Integriti Amalan Kita, yang baru menjadi cogan kata pasukan yang saya pimpin ini.


Jadi, saya mahu tidak mahu dengan sukarela akan meletakan jawatan. Pertama kerana saya anak orang baik-baik, anak ‘Guru al-Quran’ tersohor. Kedua, saya perlu menjaga maruah saya kerana tuduhan yang dibuat amat berat dan memalukan saya. Ketiga, saya berkerja kerana Allah bukan untuk mengejar kemewahan hidup di dunia dan mencari glomour dengan jawatan berprestej dengan kuasa yang ada, kalau saya letak jawatan, saya boleh mencari kerja lain yang lebih sesuai, jauh dari fitnah dan keempat saya boleh bentuk budaya baru dalam masyarakat Malaysia kerana adanya konsep pertanggungjawapan yang wajar saya pikul bagi keseluruhan pasukan saya.


Kalau saya tidak letak jawatan bermakna saya tidak menghayati nilai-nilai akhlak dan moral yang mengajarkan kita supaya setiap pemimpin itu mesti setiap masa dilihat senantiasa bersih oleh pasukan yang kita pimpin, kita bukan pemimpin politik yang boleh berbohong sepanjang masa demi kepentingan politik mencari makan. Saya seorang penjawat awam. Tidak perlu takut untuk meletakan jawatan kerana rezeki ada di mana-mana di bumi Allah ini. Yang penting manusia perlu berusaha dan bertawakal kepadaNya.


Saya akan tentu merasa malu dengan tindakan Muhammad Sabtu Osman, Ketua Polis KL [dan rakan sejawatnya Ketua Polis Terangganu, Ayob Yaakob]. Rakyat melihat saya yang bertanggung jawab menganggu program ‘Black 14’ dan mengarah Muhammad Sabtu bagi memenuhi nafsu buas pemimpin UMNO yang takut kepada Pakatan Rakyat supaya mengambil tindakan terhadap para pemimpin PKR dan lain-lainnya yang terlibat dalam perhimpunan tersebut. Saya telah melakukan diskriminasi secara terang-terangan. Apabila UMNO yang buta demontrasi, berarak ke sana-ke mari dengan banner yang mengandungi berbagai perkataan dan kata-nista termasuk perkataan yang menghina Yang DiPertuan Agong dan mengandungi perkataan-perkataan yang berunsurkan hasutan dan perkauman.


Saya takut untuk mengambil tindakan, saya biarkan seperti para pemimpin UMNO yang korup lakukan demontrasi sepuas-puasnya di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Terangganu dan Perlis tidak seperti saya dengan berani dan lebih bersemangat mengambil tindakan tegas dan lebih brutal terhadap sebarang demontrasi atau perhimpunan aman [tetapi saya dan pasukan saya serta media mengambarkannya ganas dan haram dan memang saya berlakon kononya untuk memberi permit, jika Pakatan Rakyat memohon] yang dilakukan oleh pembangkang di Perhimpunan Aman 10 November 2007 dan 8 September 2007 di Batu Buruk, Terangganu. Kami cari pemuda yang bakar bendera sampai ke lubang cacing [kami biarkan golongan yang pegang banner menghina Agong tidak dakwa-disenyapkan sahaja kerana ia melibattkan kepentingan UMNO] dan saya dan telah berpakat dengan Peguam Negara untuk mendakwa dua orang pemuda Swandi Abd Ghani dan Mohd Azman Abd Aziz yang ditembak oleh Azmi Hussein didakwa di mahkamah tanpa diberi ikat jamin. Kami berdua diarah mengambarkan kedua-dua pemuda ini berbahaya lebih daripada Botak Chin atau Batong Kali dan kami juga diarah supaya Azmi Hussein tidak didakwa dan diarah mengambarkan beliau seorang hero.


Kami juga diarah untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap penternak babi di Paya Mengkuang dan Bukit Beruang, di Melaka yang secara terang-terangan menghalang orang-orang saya daripada menjalankan tugas. Sesiapa yang menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas boleh diambil tindakan seperti kami bertindak terhadap Mohamad sabu dan penyokong-penyokong Hindraf [kemudian kami tarik balik tuduhan kerana ada arahan daripada Abdullah Ahmad Badawi, PM dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri]. Saya dan Peguam Negara sedar, kami melaksanakan undang-undang secara terpilih kerana terpaksa mengikut telunjuk para pemimpin UMNO. Kami telah melakukan diskriminasi terhadap kedaulatan rakyat yang hidup dalam negara ini.


Saya juga telah membaca Laporan Kualiti Kehidupan Malaysia 2002 yang diterbitkan oleh Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri tahun 2003 mengenai kemajuan dan tren pembangunan nasional bagi tempoh 1990 – 2000 mengakui bahawa berlakunya kemerosotan dalam Indeks Keselamtan Awam di dalam Indeks Kualiti Kehidupan Malaysia (MQLI 2000), yang menggunakan tahun 1990 sebagai tahun asas. Indeks Keselamtan Awam jatuh dari sebanyak 16.01 mata dalam tempoh 10 tahun berkenaan.


Indeks Keselamatan Awam diukur mengikut dua sub-indeks iaitu: (i) jenayah setiap seribu penduduk dan (ii) kemalangan jalanraya setiap seribu kenderaan. Kadar jenayah bertambah dari 3.8 dalam tahun 1990 menjadi 7.1 dalam tahun 2000 dan lebih dari empat perlima jumlah jenayah ini berkaitan dengan hartabenda. Kemalangan jalanraya setipa seribu kenderaan bertambah dari 19.4 dalam tahun 1990 ke 21 dalam 2000. Hampir setengah dari kadar kemalangan jalanraya ini melibatkan motosikal.


Dalam tiga tahun yang lepas sejak MQLI 2000, kedua-dua sub-indeks Indeks Keselamatan Awam telah bertambah buruk secara ketara, menandakan pada satu pihak kadar jenayah serta kemerosotan keselamatan awam yang meningkat berlipat kali ganda di mana hak rakyat menikmati persekitaran yang selamat telah serius terjejas samada di tempat-tempat awam maupun tempat penghunian mereka sendiri; dan pada pihak yang lain kadar kemalangan jalanraya yang mendadak dan membawa maut telah menjadikan Malaysia salah sebuah negara yang paling bahaya di dunia dalam segi keselamatan jalanraya.


Akibat mengambil mudah dengan laporan tersebut menyebabkan kadar jenayah meningkat dengan drastik sekali. Jenayah ganas meningkat 13.4 peratus. Kes rogol naik 30 peratus manakala rompakan berkumpulan melonjak 160 peratus. Mencabul kehormatan naik 12.4 peratus, pecah rumah waktu malam bertambah 21.7 peratus, pecah rumah siang hari naik 4.2 peratus, curi motosikal meningkat 3.2 peratus, curi kereta naik 11.4 peratus dan kecurian lain naik 5.1 peratus. Statistik ini menunjukkan kes jenayah meningkatkan daripada 209,388 pada tahun 2006 kepada 224,298 pada 2007. Perpecahan jenayah kekerasan menunjukkan kes rogol meningkat hampir 30 peratus daripada 2,454 kes pada 2006 kepada 3,177 kes tahun lalu - meningkat 723 kes atau 29.46 peratus.


Sejak Perdana Menteri Abdullah Badawi menyandang jawatan, jenayah telah meningkat sebanyak 43 peratus. Di antara 2005 dan 2006, kes ganas meningkat sebanyak 91% dan terus meningkat dalam tahun 2007 seperti yang ditunjukkan di atas. Saya dan pasukan saya telah hilang daya saing dan daya kepakaran untuk membenteras jenayah kerana semenjak dari tahun 2001 sehingga sekarang kami hanya dilatih menghadapi pembangkang dan menjaga survival UMNO. Kami sedih, saya rasa amat berdosa tidak dapat menyelamatan nyawa adik Nurin Jazlin yang hilang semenjak 20 Ogos 2007 sehinggalah mayatnya dihantar balik oleh penjenayah pada 27 September 2007. Kehilangan Sharlinie pun kami tidak dapat mengesannya sampai sekarang.


Saya merasakan amat sukar untuk meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap profesionalisma, keberkesanan dan kebolehan perkhidmatan polis dalam mengurangkan kadar jenayah selagi kerajaan UMNO masih lagi berkuasa. Rakyat perlu berusaha untuk mengantikan kerajaan yang ada ini kepada kerajaan yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat yang membolehkan atau mengembalikan hak rakyat untuk menuntut supaya akauntabiliti, ketelusan dan standard yang tinggi ditunjukkan dalam salah satu fungsi kerajaan yang paling asas–iaitu perkhidmatan polis untuk membekalkan keselamatan dan perlindungan kepada rakyat.


“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian.Wassalamu ‘alaikum Wr.Wb

Catatan : penulis mengambarkan dirinya adalah sebagai KPN tidak ada kena mengena di anta yang masih hidup dan yang telah meninggal.

3 comments:

Anonymous said...

"Saya bersalah kerana menghadiri perhimpunan awam". Salah kah kita?

Sikap kepolisialan PDRM ini sememangnya tidak dapat diterima.
Dimana sememangnya tiada intergreti dalam amalan mereka.

Jadi sekiranya polis(sebagai Babi tunggangan puak BN) mereka mempunyai agenda tersembunyi terhadap pemimpin PKR sehingga memungkinkan pemimpin PKR ditangkap,Sekiranya ditangkap,seharusnya Rakyat yg berkumpul di Kelab Sultan Sulaiman harus menyerahkan diri di balai polis KL,sebagai tanda protes.

Kita lihat bagaimana mereka menangani 20 ribu Rakyat di balai polis.

Bijak kah mereka?Malu nya kita dengan sikap polis yg sebegini di Malaysia.

Anonymous said...

Amnesty punye link dh tak valid lg dah........
tak dapat bace.......nyesal lambat bukak

Anonymous said...

yeezy 350
goyard
hermes
jordan travis scott
fear of god