Oleh : Tun Telanai
Assamu'alaikum wm.wrt,
Assamu'alaikum wm.wrt,
Mingguan Malaysia [MM] on-line pada 20 April lalu telah menyiarkan satu rencana yang ditulis oleh saudara Zulkiflee Bakar dengan nada merayu supaya seluruh orang Melayu bersatu dalam satu kapal demi survival Islam dan bangsa Melayu [Rujuk : http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0420&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm]. Tidak dinyatakan secara jelas, kapal mana yang sepatutnya orang Melayu tumpang berteduh sama ada kapal UMNO, kapal PAS atau kapal PKR? Walau pun begitu, pembaca sudah dapat menjangkakannya bahawa maksud Zulkiflee ialah semua orang Melayu sepatutnya bersatu didalam kapal UMNO yang sudah hampir-hampir hendak tenggelam itu.
Dari segi sejarah, perpaduan orang-orang Melayu pernah muncul pada tahun 1946 ketika menentang cadangan Malayan Union oleh penjajah Inggeris pada ketika itu. Pelbagai pertubuhan orang-orang Melayu di seluruh Tanah Melayu ketika itu telah digerakkan untuk bersatu bagi menentang penjajah Inggeris. Perpaduan orang-orang Melayu itu menjadi satu tenaga politik yang amat kuat. Pelbagai aliran politik Melayu ketika itu, sama ada nasionalis kanan, nasionalis kiri, dan Islamis telah bersatu. Musuh orang Melayu ketika itu bukannya kaum bukan-Melayu, sebaliknya penjajah Inggeris. Muncul Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu [UMNO], yang memimpin gerakan nasionalisme Melayu yang amat kuat ketika itu yang menjadi tunggak kepada perjuangan kemerdekaan tanahair.
Agenda perpaduan Melayu pada kali ini muncul selepas pilihan raya umum ke-12, 8 Mac lalu. Buat pertama kali dalam sejarah sejak tahun 1959, UMNO [Bermaksud : BN dan Perikatan] hilang majoriti dua pertiga dalam pilihan raya tersebut. Pencapaian 2008 disimpulkan sebagai yang terburuk bagi UMNO dalam sejarah pilihan raya di Malaysia dengan enam kawasan jatuh ke tangan pembangkang iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, manakala Pas mengekalkan status quo di Kelantan lebih cemerlang daripada tahun 2004.
Bagi negeri-negeri lain yang masih dikuasai oleh UMNO contohnya di Negeri Sembilan dan Johor, jika dianalisis kadar peningkatan majoriti undi yang diperolehi calon-calon pembangkang adalah tinggi berbanding pencapaian oleh UMNO. Dalam pilihan raya itu ramai para pemimpin UMNO dan kerabatnya dalam BN kecundang. UMNO nyaris-nyaris hilang kuasa kalau tidak ada bantuan daripada Sabah [pengundi kebanyakannya keturunan rakyat Filipina yang berkerja dan pemastautin tetap di Sabah] dan Serawak [kebanyakan penduduknya buta huruf, terpinggir daripada arus pembangunan minda dan harta-miskin dan melarat] yang menyumbang 40 peratus kerusi parlimen.
Selepas pilihan raya, UMNO menghadapi kemelut politik dalaman yang serious. Mereka sering menyalahkan di antara satu sama lain sehinggakan Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN pun hendak dipecat dan diganti dengan orang lain. Bagi menutup kelemahan tersebut, maka UMNO memulakan kempen fasa pertamanya dengan memutarbalikkan isu kejayaan cemerlang DAP menguasai Pulau Pinang, Perak, majoriti besar Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah hasil ‘bantuan’ Pas dan PKR. PAS dan PKR kononnya berjaya memecahbelahkan perpaduan orang Melayu kepada tiga kelompok [UMNO, PAS dan PKR] yang menyebabkan penguasaan politik orang Melayu menjadi lemah, sementara itu dalam masa yang sama, kaum Cina dan India telah beralih arah memberi sokongan kepada pembangkang tidak lagi kepada UMNO/BN seperti yang mereka lakukan pada tahun 1999 dan 2004. Hasilnya, kerjaya politik DAP melonjak dan dikatakan kononnya kaum Cina menguasai politik negara ini, manakala kuasa politik orang Melayu semakin lemah.
Fasa kedua, UMNO mempergunakan 250 badan Bukan Kerajaan [NGO] Melayu-Islam diwujudkan bagi tujuan memastikan hak dan kepentingan bangsa terbela dalam konteks perpaduan kaum di negara ini. NGO-NGO Melayu-Islam seperti Gabungan Penulis Nasional [Gapena], Dewan Perniagaan Melayu Malaysia [DPMM], Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung [GPMS], Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia [PPIM] bergabung dalam satu pakatan yang diberi nama Barisan Bertindak Perpaduan Melayu [BBPM] yang berkumpul di PWTC sempena Maulidur Rasul pada bulan Mac lalu.
Fasa ketiga, UMNO akan memperkudakan golongan oportunist ini untuk mencipta resolusi dan mempersembahkannya kepada Raja-raja Melayu agar campur tangan kononnya lagi demi survival bangsa Melayu dan agama Islam. Jika diteliti nama-nama yang tersenarai dalam BBPM merupakan orang-orang Melayu yang mementingkan diri sendiri, pangkat, kuasa, kedudukan dan kemewahan, bilangannya amat sedikit yang berjuang secara ikhlas untuk bangsa dan agama.
Selepas ini banyak lagi langkah-langkah yang akan diambil oleh UMNO untuk memulihkan keyakinan rakyat khususnya kaum bukan Melayu kembali kepada kepangkuan UMNO [BN]. Disamping itu, dengan menggunakan strategi ini UMNO menjangka bahawa ia dapat mengalihkan pandangan rakyat terhadap parti itu yang menghadapi krisis kepimpinan dan masalah dalaman yang kronik dan ia akan berusaha memperbaiki kelemahan-kelemahan tersebut secara diam-diam tanpa pengetahuan rakyat jelata. Itulah matlamat utama UMNO sebenarnya.
UMNO menimbulkan isu ketuanan Melayu hanya selepas parti itu tidak relevan apabila ditolak rakyat dalam pilihan raya lalu. Sebelum itu, para pemimpin UMNO begitu angkoh, bongkak dan sombong terhadap rakyat. Suara rintihan rakyat tidak mahu didengarnya langsung. UMNO berusaha mematikan terus suara-suara tersebut dengan menggunakan undang-undang dan mempergunakan pasukan polis bertindak secara zalim, ganas dan tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat yang mahu berjuang memperbaiki taraf hidup masing-masing. Manakala para pemimpinnya seolah-olah seperti penyamun tarbus berjuang untuk memperkayakan diri sendiri, anak-menantu, keluarga dan kroni-kroni sanggop memfaraidkan harta rakyat tanpa ada sedikit pun perasaan ihsan untuk membela rakyat yang miskin dan papa kedana.
Pada pandangan saya, adalah membuang masa bagi PAS dan PKR berbincang dengan UMNO mengenai perpaduan Melayu. Adalah lebih bijaksana kita berkawan dengan orang yang jelas kafirnya daripada kita berkawan dengan UMNO yang boleh dikelaskan sebagai golongan yang munafik. Saya menyambut baik kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Politik Presiden PAS yang juga AJK PAS Pusat , Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi yang menyifatkan usaha membantu UMNO untuk memperbetulkan kesilapan parti itu dalam soal ketuanan Melayu bagaikan 'melepaskan anjing tersepit'. Dan begitu juga dengan sikap yang ditunjukkan oleh Naib Presiden PAS, Husam Musa bahawa PAS tidak mahu terperangkap dengan gimik politik yang dimainkan oleh UMNO dalam isu tersebut, yang disifatkan sebagai membuang masa.
Isu perpaduan Melayu ini bukan pertama kali UMNO gunakan, UMNO pernah menggunakan kaedah ini pada tahun 2001 apabila ia kalah teruk di tangan orang Melayu dalam Pilihan Raya Umum ke-10 pada tahun 1999. Dalam pilihan raya tersebut, UMNO berjaya mengekalkan majoriti 2/3nya melalui sokongan padu kaum Cina dan India. Tanpa sokongan kedua-dua kaum ini pada pilihan raya tersebut, pasti UMNO sudah lama golong tikar kerana pada waktu itu orang Melayu-Islam solid menyokong PAS dan KeADILan. Majoriti kawasan Melayu dimenangi oleh PAS, PAS kekal memerintah Kelantan dan dapat menawan Terangganu. Manakala negeri Perlis dan Kedah, UMNO gagal mengekalkan majoriti 2/3nya. PAS berjaya melebarkan pengaruhnya ke Perak, Selangor dan Pahang. Bagi kawasan campuran pula, peratus yang mengundi KeADILan meningkat secara drastik sekali, tetapi belum cukup untuk menambah bilangan kerusi.
Kaedah yang digunakan oleh UMNO ini merupakan kaedah yang tidak bertamadun. Dalam Islam pula kaedah sebegini dianggap sebagai orang yang tidak beriman kepada Allah dan RasulNya. Analoginya mudah. Seseorang itu akan lupa kepada Allah dan Rasul ketika dia sihat-bogar dan kaya-raya, tetapi apabiala ia mendapat kesusahan seperti jatuh sakit, berada dalam kemiskinan atau sebagainya ia mulai mengingati Allah dan RasulNya dan memohon pertolonganNya. Sikap ini ada pada UMNO. Ketika dia menang besar pada tahun 2004, UMNO bertindak anggoh dan sombong. Lupa daratan. Menjadikan rakyat hambanya dan pemimpin sebagai Raja. Segala perintahnya wajib dipatuhi, tidak boleh sesiapa yang mengingkarinya.
UMNO adalah sebuah parti mengkianat bangsa dan agama.
Bersambung ke siri ke-2. InsayaAllah.
"SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”
Sekian.Wassalam
2 comments:
Keamanan negara menjadi perkara pokok. Keamanan negara juga menuntut kesatuan bangsa. Majoriti bangsa di Malaysia adalah Melayu yg perlu menjaga ketuanannya. Apa yg ada skrg belum cukup memastikan negara kita aman selamanya.
lebih baik berkawan dengan orang utan dari orang yang ada haprak.
umno.........
kan dah mati pada 4/2/1988
maka agenda dan perlembagaannya turut berubah yang berbeza daripada umno 1946, yang mendapat sokongan orang ugama dan sebagainya. tapi sekarang yang ramai menyokong umno ialah dikalangan koparat yang mementingkan perut dan dibawah perut. tak percaya ke.....?
drp: orang dekat hutan.
Post a Comment