Oleh : Zaharin bin Mohd. Yasin @Sang Kelambai
http://www.sangkelembai2006.blogspot.com/
Bila “Saya Perdana Menteri” Abdullah Hj Ahmad sebagai Perdana Menteri mengatakan bahawa isu pelantikan Menteri Besar itu tidak berperlembagaan dan kemudian dituruti dengan satu kenyataan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan di Perak yang akan membuat memorandum untuk menghalang Raja Perak bersetuju melantik Ahli Majlis Kerajaan Negeri Perak yang mengandungi enam orang bukan Melayu atau ringkas orang Cina, maka rakyat yang tidak tidur dan cerdik sedikit dengan mereka-mereka ini bertanya? Apa faktanya?
Adakah benar Pemangku Raja Terengganu sudah melantik seorang Menteri Besar yang tidak mengikut Perlembagaan Undang-undang Tubuh Negeri Terengganu. Maka ini bererti undang-undang Tubuh atau Perlembagaan Negeri Terengganu sekian lama dari sebelum Merdeka telah dinodai oleh Sultan Terengganu kerana semua orang tahu dalam soal pelantikan seorang Menteri Besar adalah kuasa mutlak Sultan dan dia boleh memilih siapa sahaja dan hanya selepas Malaysia mengamalkan pemerintahan demokrasi dalam sebuah negara Merdeka, Menteri Besar itu mestilah seorang ahli Dewan Undangan Negeri.
Maka jika Ahmad Said bukan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri maka Sultan sudah mencabuli dan melampau haknya sebagai seorang Sultan dalam negeri Terengganu dan pelantikan Ahmad Said tidak boleh diterima dan batal.
Khabarnya persoalan ialah kerana Ahmad Said bukan nama yang dicadangkan oleh Presiden partinya yang kebetulan masih menjadi Perdana Menteri. Maka surat yang dihantar kepada Sultan atas sifat apa? Jika dia hantar atas sifat Perdana Menteri, maka Sultan boleh menolaknya kerana Terengganu bukan diatasi kuasa jajahan Kerajaan Persekutuan.
Sebaliknya jika dibuat atas nama Presiden UMNO atau Pengerusi Barisan Nasional untuk meminta Sultan melantik nama yang dicadangkan maka jika surat itu tidak dilayan dan sudah diketahui umum bahawa tidak diperkenankan maka sewajarnya Presiden UMNO atau Pengerusi Barisan Nasional memohon menghadap Sultan supaya penjelasan empat mata dapat diberikan dan diperbincangkan. Kerana jika Sultan menolak cadangan itu sudah pasti ada alasannya jika didedahkan akan mencemarkan nama UMNO atau Perdana Menteri sendiri.
Akhirnya bila selalu sangat menjual Islam Hadhari yang bermaksud ada had dan ada harinya oleh Abdullah Hj Ahmad dan di ikut secara membuta tuli oleh pemimpin UMNO Terengganu, ini lah kesudahannya bila sampai memerlukan sikap hadhari di dalam diri menghadapi krisis, Hadhari akan ditinggal di kaki lima atau koridor, kerana Hadhari ialah menerima qada dan kadar Allah kerana semuanya di tangan Allah yang menentukan.
Jika sudah ditakdirkan hilang jawatan dalam sekelip mata, bukan sahaja kerana kecuaian manusia tetapi sudah pasti ketentuan Allah. Akhirnya Islam Hadhari lebih dihayati oleh bukan Islam yang bernama Koh Tsu Kon yang menerima keputusan kekalahan dengan tangan terbuka dan secara “budiman” menyerahkan tugas Ketua Menteri kepada pengganti yang datang dari Parti lain dan sekutu Barisan Nasional.
Berbeza dengan Imam Besar Islam Hadhari di peringkat Negeri Terengganu bila mana tidak dapat membaca keadaan dan situasi bila Pemangku Raja terlalu lewat atau tidak memanggil terus masuk menghadap bagi menerima watikah dilantik ke jawatan Menteri Besar. Masalahnya dia masih mengharap, sebaliknya jika dia benar-benar semua kerana Allah, sewajarnya dia menghantar surat meletakan jawatan Menteri Besar supaya jalan penyelesaian demi kepentingan umah atau biasanya digunakan dalam UMNO kepentingan Parti UMNO lebih mendahului kepentingan diri dapat dilaksanakan.
Setengah orang yang mahu memahami isu Menteri Besar Terengganu akan bertanya adakah Ahmad Said bila menjadi Menteri Besar mewakili peribadinya atau nama UMNO Terengganu. Jika nama peribadinya sewajarnya di pecat dalam UMNO tetapi jika dia berkata, dia mewakili UMNO Terengganu, maka di mana salahnya? Bukankah UMNO Terengganu masih lagi menguasai Kerajaan Terengganu dan Ahmad Said sendiri adalah salah satu dari Lima Ketua UMNO Bahagian yang bergelar Yang Berhormat dari empat yang mewakili Dewan Negeri.
Pemikir-pemikir UMNO mungkin terlupa bahawa Terengganu adalah antara negeri yang termasuk terawal dalam Malaysia dalam Negeri Melayu Beraja menghadapi masalah pelantikan Menteri Besar atau bermasalah dengan Menteri Besarnya selepas Perak, dan kemudian Pahang dan Negeri Sembilan.
Bagaimana di dalam sejarah Malaysia yang mengamalkan dasar demokrasi terpimpin, tidak ada sejarah akhirnya orang politik menang bila cuba untuk menjadikan raja hanya sekadar boneka. Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan termasuk Johor. Kesemua negeri-negeri ini akhirnya Raja yang menjadi pemutus dalam isu haknya yang dijamin oleh British bila persetujuan menjadikan negeri sebahagian Persekutuan Tanah Melayu yang kemudian bertukar kepada nama Malaysia di tahun 1963.
Kesimpulan maka perlu Abdullah Hj Ahmad dalam Kerajaan Tiga Beranaknya yang disokong oleh pemimpin UMNO yang penuh plaster satu badan, jika tidak menyokong kepimpinan Abdullah Hj Ahmad, BPR akan digunakan membuka plaster itu maka akan ternampak segala kudis dan pekong yang membalut wajah-wajah mereka. Menerima hakikat pelantikan Ahmad Said adalah kuasa Sultan melalui Pemangku Rajanya dan tidak boleh disentuh oleh mana-mana pihak.
Dan belajarnya kepada insiden yang berlaku dalam negeri Sabah di pertengahan tahun 1985/86 bila mana ada usaha cuba menggulingkan kerajaan majoriti mudah kerajaan Parti Bersatu Sabah oleh USNO dan Berjaya dengan bersemboyankan kepentingan Melayu dan Islam berakhir pembubaran Dewan Negeri dan kemudian diadakan Pilihan Raya semula dan berkeputusan PBS memenangi semula dengan majoriti dua pertiga.
Jika di Amerika Syarikat ada dua elemen penting yang menentukan keputusan Presiden ialah Ketua Staf Rumah Putih dan Penasihat Keselamatan, maka begitu juga di Perdana Putra, pejabat yang jarang dimasuki oleh Abdullah Hj Ahmad kerana banyak kerja dibuat di Sri Perdana, maka penasihat-penasihat selaku Ketua Staf Seri Perdana yang bernama Zaki dan penasihat keselamatannya yang bernama Vincent supaya jangan bermain bunga api kerana bunga api boleh menjadikan kebakaran.
Dan yang terpenting perlu di ingat bahawa Ahmad Said sudah menerima surat watikah sebagai Menteri Besar, dan bagi mengujudkan kerajaan dia memerlukan satu barisan Exco dan sekiranya dia mengambil kesemua 6 ahli dewan negeri dari PAS itu sebagai Exco dan dia berhak melakukan kerana dia tidak berparti maka terbentuklah satu kerajaan. Jika sudah terbentuk satu kerajaan dia mula berkuasa secara undang-undangnya dan Perlembagaan Negeri.
Maka kuasa untuk memberhentikannya ialah Dewan Undangan Negeri yang akan membuat usul undi tidak percaya. Katakan jika notis itu sudah dibuat, dia tidak boleh dilakukan dalam masa yang sama majlis mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Negeri dan memerlukan tarikh dan masa yang lain. Soalnya dia boleh mentadbirkan negeri tanpa mengira soal majoriti dalam Dewan Negeri dan penghujung selaku Menteri Besar, dia memohon kepada Pemangku Raja untuk membubarkan Dewan Negeri.
Maka persoalan hendak membuat di MAGERAN di Terengganu hanya sekadar angan-angan kerana setiap undang-undang MAGERAN hendak diluluskan di Parlimen dengan keadaan Kerajaan Tiga Beranak tidak menguasai dua pertiga dalam Parlimen maka bagi meluluskan adalah terlalu sukar bertambah pula kuasa muktamadnya kepada Yang Di Pertuan Agong yang juga Sultan Terengganu sendiri.
Sang Kelembai: Nampak sangat UMNO ini bekerja dengan orang dan bukan dengan dan kerana UMNO. Sewajarnyalah UMNO sudah dipanggil OKU bukan bermaksud orang kurang upaya tetapi Organisasi Kurang Upaya, sehingga orang UMNO di Perak sampai terlupa bila dia berkuasa sekian lama di Perak apa dia buat dengan orang Melayu di Perak dan siapakah orangnya yang memberi harga premium tanah untuk Universiti Tunku Abd Rahmat atau TAR Kolej dengan harga RM1 (satu ringgit) Lim Kit Siang ke?
ULASAN :
Kita jadi bertambah keliru dan lebih tidak faham apa maksud Abdullah Ahmad Badawi berkata :
“Pihak-pihak tertentu sedang mengeksploitasi krisis pelantikan menteri besar Terengganu untuk kepentingan agenda masing-masing” lapor Malaysiakini.com [http://www.malaysiakini.com/news/80351].
Pertelingkahan itu berlaku UMNO sama UMNO. Orang lain tidak [PAS, PKR,DAP] tidak terlbat masuk campur pun. Dalam pilihan raya lalu UMNO menang besar 24 kerusi berbanding PAS hanya 8 kerusi DUN hasil daripada 32 kerusi yang jadi rebutan. Itu pun kemenangan secara tidak ‘gentlemen’ menggunakan undi luar dengan kerjasama pasukan polis, JPN dan SPR. Jadi kata-kata ‘pihak-pihak tertentu’ menunjukkan bahawa pimpinan UMNO sendiri yang terlibat. Kalau andaian saya ini benar, maka UMNO dan Abdullah akan menghadapi masalah besar. Krisis keyakinan terhadap pentadbirannya akan menjadikan negara ini bangkrap ekonominya.
Pelabur-pelabur luar tentu tidak akan masuk untuk melabur di negara ini. Mereka akan mencari tapak pelaburan di negara-negara asing yang lebih compentatif-Selamat, Aman dan Makmor berbanding dengan Malaysia yang sudah hilang kredibilitynya dalam semua sektor.
Sejarah Malaysia telah dilukiskan dengan satu wajah yang amat suram ekoran kekalahan yang amat buruk yang dialami oleh UMNO/BN. Kalau dulu, Tengku Abdul Rahman Putra Al-Haj dengan rela hati [hakikatnya didesak dan diasak] melepaskan jawatan PM dan Pengerusi Perikatan kepada Tun Abdul Razak Hussein untuk memperbetulkan semula UMNO yang tempang ketika itu. Tetapi tidak kepada Abdullah. Abdullah masih berkeras mahu mempertahankan kuasanya yang berada dalam kedudukan nyawa-nyawa ikan. Kedudukan politik UMNO berserabut. Oleh sebab itulah Abdullah membuat kenyataan tersebut. Beliau tahu yang beliau sudah tidak popular lagi dan akan menghadapi tentangan yang hebat daripada ahli-ahli UMNO keseluruhannya yang tidak berpuas hati terhadap gaya pengurusannya yang melibatkan menantunya yang kurang adab dan tata susila Melayu-Islam serta orang-orang yang berada di sekelilinginya.
Menyedari hakikat terebut, ada ura-ura untuk menghadang Tengku Razaleingh Hamzah menentang Abdullah melalui menangguhkan proses pemilihan jawatan dalam parti yang dijadualkan berlangsung pada tahun ini. Sekiranya ini terjadi, maka sudah dua kali penangguhan dibuat. Pertama dulu atas alasan takut ahli-ahli berpecah-belah akibat pertandingan atau perebutan jawatan dalam parti yang melemahkan UMNO untuk menghadapi pilihan raya. Apa yang menjadi persoalannya sekarang ialah perlembagaan UMNO hanya membenarkan penangguhan dibuat dalam tempoh tidak lebih daripada 18 bulan sahaja. Kalau penangguhan ini dibenarkan, maka UMNO terpaksa membuat perhimpunan khas meminda perlembagaannya sepertimana UMNO meminda Perlembagaan khusus untuk menyambung tugas Pengerusi SPR tempoh hari.
Jalan yang selamat bagi Abdullah ialah membuat satu usul supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak boleh dipertandingankan yang mana peraturan ini sudah pun menjadi amalan biasa UMNO semenjak dari era Tun Dr.Mahathir memerintah lagi. Dengan peraturan yang sedia ada pun cukup perit bagi Ku Li untuk mencabar Abdullah kerana Ku Li memerlukan pencalonan sekurang-kurangnya 30% daripada 193 bahagian UMNO seluruh negara. Ku Li telah merasainya pada tahun 2003 dulu, yang mana beliau mendapat 2 pencalonan bagi jawatan Naib Presiden UMNO [pencalonan daripada bahagiannya sendiri dibatalkan dengan alasan kesalahan teknikal],
Kita juga berterima kasih kepada Abdullah kerana beliau baru sedar dari mimpi bahawa pengaruh internet yang amat berkesan. Laporan Malaysiakini.com [http://www.malaysiakini.com/news/80378]:
"Kita tewas dalam perang (maklumat) di Internet, perang siber. Ia benar-benar satu perhitungan yang salah. Kita lakukan kesilapan paling besar apabila menganggapnya tidak penting.Pemimpin-pemimpin BN melihat sudah memadai berharapkan liputan akhbar dan televisyen, tambahnya, "tetapi orang muda bergantung pada (maklumat) SMS dan blog."
Sepatutnya dari dulu lagi [banyak tidur?] Abdullah wajar menyedari hakikat ini. Perangai ‘gila-gila’ Zainuddin Maidin yang kalah di Sungai Petani sudah tidak relevan lagi dengan suasana sekarang. Pendekatan Zainuddin Maidin mempergunakan 300% kekuatan seluruh saluran TV, radio dan akhbar menghentam pembangkang memakan diri sendiri. Dalam hubungan awam, nampaknya UMNO tidak ada kepakaran, mungkin pada kali ini UMNO tidak menggunakan pakar luar untuk membantunya dalam soal bahan-bahan kempen.
UMNO hanya bergantung kepada otak Khairy dan orang-orang tingkat 4 yang difikirnya lebih bergeliga daripada pakar-pakar luar negeri. Sudah ramai rakyat Malaysia kini khususnya golongan muda lebih berpelajaran tidak lagi menggunakan saluran atau media konservatif untuk memperolehi sumber maklumat seperti orang Melayu kampung. Mereka kini lebih teliti, menganalisa dan berfikir tentang sesuatu isu yang timbul. Mereka boleh mengakses berita dan maklumat daripada berbagai sumber yang mudah diperolehi masa kini.
Jadi, kesedaran Abdullah sudah terlambat.
"SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA
"PROTES SAMPAI TURUN"
Wassalam.
2 comments:
Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Smartphone, I hope you enjoy. The address is http://smartphone-brasil.blogspot.com. A hug.
tapi ENGKAU lupa perlembagaan UMNO.
Siapa tak kenal AWAK!!!!!
PENULIS POLITIK CARI MAKAN YANG TERKENAL!!!TAK ADA PENDIRIAN!!!!PORAHHHHHHH!!!!KUTUK PAK LAH TAPI JUMPA PAK LAH CIUM TANGAN....DAH SAH LAH PATUT ORANG GELARKAN AWAK ZAHRIN GI....
CUMA AKU HAIRAN ADA JUGA DIANTARA MENTERI/BEKAS MENTERI/AHLI MKT UMNO YANG BODOH DOK BAGI MAKAN/DUIT ENGKAU....BODOH BETUL MENTERI TU YE....ORANG HAPRAK MACAM NI PUN DIA TAKUT.HEHEHEHE KESIANNNNNN KALAU NAK TAHU ITULAH PERANGAI ORANG UMNO. HUHUHUHUHU SEDIH..SEDIH AKU...KALAU MACAMNI GOOOD BYE LAH UMNO
Post a Comment