DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Monday, February 4, 2008

BERITA-BERITA MENJELANG PRU KE-12

Kit Siang fail saman tuntut k'jaan sementara
Feb 4, 08 8:36pm
Dipetik Daripada Malaysiakini.com :
http://www.malaysiakini.com/news/77785


Ketua Pembangkang Parlimen Lim Kit Siang hari ini memfailkan saman untuk mendapatkan pengisytiharan supaya sebuah kerajaan sementara ditubuhkan selepas Parlimen dibubarkan.

Lim, yang juga penasihat DAP, menuntut supaya kerajaan menubuhkan kerajaan sementara itu bermula dari tarikh pembubaran Parlimen hingga Jemaah Menteri yang baru dilantik selepas pilihanraya umum.

Ahli Parlimen Ipoh Timur itu turut menuntut satu deklarasi bahawa kerajaan diwajibkan mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan untuk menubuhkan kerajaan sementara yang hanya melaksanakan pentadbiran harian kerajaan dalam tempoh itu yang tiada kuasa dalam perkara berhubung dengan dasar nasional, peruntukan kewangan awam atau penggunaan kemudahan awam semasa pilihan raya umum akan datang.

Menurut Bernama, dalam saman pemula itu yang difailkan oleh Tetuan Karpal Singh & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, Lim menamakan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai defendan pertama dan kerajaan Malaysia, defendan kedua.


Umno bersedia hadapi p'raya 8 atau 9 Mac
Nash Rahman Feb 4, 08 3:26pm


Jentera pilihanraya umum Umno sudah bersiap sedia di seluruh negara untuk menghadapi pilihanraya pada 8 atau 9 Mac depan, demikian menurut sumber-sumber yang layak dipercayai.Menurut mereka, semua Umno negeri telah dimaklumkan secara tidak rasmi bahawa Parlimen akan dibubarkan sejurus selepas sambutan Tahun Baru Cina yang akan disambut Khamis ini.

Teka teki mengenai tarikh pilihanraya umum kali ini menjadi tajuk perbahasan hangat di kalangan rakyat, parti politik serta pihak media.Setakat ini, pihak pembangkang meramalkan pilihanraya umum akan diadakan pada 15 Mac depan, iaitu sewaktu cuti sekolah penggal pertama.Cuti sekolah penggal pertama bermula pada 8 hingga 16 Mac depan.


Proses pengundian dijalankan di bangunan sekolah dan kerana itu, pilihanraya umum diadakan sewaktu cuti sekolah.


Manakala Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, ketika ditanya oleh pemberita minggu berlepas, mengakui bahawa pilihanraya sudah dekat.Tajuk mengenai tarikh pilihanraya umum juga hangat diperkatakan kerana ia ada kaitan sama ada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh bertanding atau dalam pilihanraya kali ini.

Faktor AnwarEkoran sabitan dan hukuman tuduhan salaguna kuasa terhadapnya, maka bekas timbalan perdana menteri itu, dilarang bertanding dalam pilihanraya umum selama lima tahun.Tarikh larangan tersebut akan berakhir pada 14 Mac depan. Ini bermakna sekiranya pilihanraya diadakan pada bulan Mac, maka Anwar tidak boleh bertanding dalam pilihanraya kali ini.

Ekoran itu, walaupun kepimpinan Umno pernah berkata bahawa Anwar bukan satu 'ancaman politik' terhadap kerajaan, namun ramai percayai pilihanraya akan diadakan lebih awal supaya Anwar tidak layak bertanding.

Sementara itu beberapa pemerhati politk berkata, Barisan Nasional (BN), khususnya Umno, lebih selesa jika pilihanraya umum diadakan lebih awal supaya Anwar tidak layak bertanding."Kerana menjangka pilihanraya umum akan diadakan lebih awal dan Anwar tidak layak bertanding, maka parti-parti pembangkang berkempen bahawa negara memelukan barisan pembangkang yang kuat."

Mereka juga mengakui bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) akan dapat memenangi pilihanraya umum akan datang walaupun tidak sebesar tahun 2004," kata sumber-sumber itu.Bagaimanapun, katanya, jika pilihanraya umum diadakan selepas bulan April ini dan Anwar layak bertanding, kemungkinan besar, pihak pembangkang akan mengubah strategi kempen mereka."Mereka mungkin akan bercakap mengenai kerajaan alternatif kerana mereka mempunyai calon Perdana Menteri, iaitu Datuk Seri Anwar, jika pembangkang berjaya menumpaskan BN dalam pilihanraya umum akan datang," kata mereka.


Daftar pemilih induk 2007 seramai 10.9 juta diwarta esok
Feb 4, 08 9:27pm


Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan mewartakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2007 dengan jumlah pemilih 10,922,139 orang esok.

Pegawai Perhubungan Awam SPR Sabri Said berkata Peraturan 24 Peraturan-peraturan Pilihanraya (Pendaftaran Pemilih) 2002 menetapkan supaya Daftar Pemilih Tambahan (DPT) digabungkan dengan DPI terkini sebelum ia dapat digunakan dalam sebarang urusan pilihanraya.

"Daftar Pemilih Tambahan Suku Pertama hingga Suku Keempat akan digabungkan dengan Daftar Pemilih Induk 2006 untuk menjadi Daftar Induk 2007," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata DPT Suku Tahun Keempat 2007 1 Oktober hingga 31 Disember lalu mengandungi 200,393 pemilih yang terdiri daripada 148,969 permohonan pemilih baru dan 51,424 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi, demikian menurut Bernama.

Katanya DPT Suku Tahun Keempat 2007 itu diwartakan hari ini. Orang ramai yang berminat untuk membeli DPI 2007 boleh membuat tempahan di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya selepas 5 Februari.

Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi Ibu Pejabat SPR di talian 03-88856500 atau mana-mana Pejabat Pilihanraya Negeri. Semakan Daftar Pemilih juga boleh dibuat melalui laman web www.spr.gov.my bermula 6 Februari ini.


Malaysiakini.Com :http://www.malaysiakini.com/news/77789

SPR tambah 1031 pengundi pos untuk kalahkan PAS di Belantek
Helmi Khalid Mon Feb 04, 08 5:54:37 pm MYT

SIK, 4 Feb (Hrkh) - Taktik kotor dan jahat SPR untuk memenangkan BN dalam pilihan raya terus menerus berlaku, terkini SPR mewartakan sebanyak 1031 pengundi di Daerah Mengundi 01 Kota Aur/DUN N23 Belantek/Parlimen P013 Sik, sekali pun ketika dipamerkan dalam DPT suku ke-3 2007 (Daftar Pemilih Tambahan) tidak menyenaraikan nama-nama tersebut.


"Ini langsung tidak mengikut prosedur SPR, sepatutnya hanya nama yang dipamerkan untuk proses bantahan boleh diwartakan, ini tidak berlaku di Kota Aur, 1031 nama itu langsung tidak disenaraikan ketika proses pameran dan bantahan, tetapi diwartakan selepas itu," tegas Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Haji Azizan Abdul Razak.


Beliau menambah, strategi jahat ini adalah rancangan BN negeri ini yang terdesak untuk merampas kerusi Dun Belantek dari PAS dan cuba mempertahankan kerusi Parlimen Sik, ini adalah gambaran sebenar kedudukan BN Kedah yang terhimpit dengan berbagai-bagai isu dan terbeban dengan pelbagai kelemahan dan semakin terpinggir dari hati rakyat Kedah.


Mengikut DPI (Daftar Pemilih Induk) 2003 sehingga DPT ke-2 2007, SPR tidak pernah merekodkan senarai 1031 nama pengundi pos berkenaan, sehinggalah DPT 3 2007 dipamerkan, amat memelikkan SPR boleh mewartakannya dalam warta DPT 3 2007.


Dalam DPI 2006, bagi Daerah Mengundi tersebut hanya mempunyai 500 pengundi sahaja. Ustaz Azizan mendedahkan bahawa, 1031 pengundi pos anggota tentera ini di bawa dari dua kem iaitu Sungai Petani dan Gerik.


"Nama-nama yang terlibat adalah didapati dipindahkan dari dua unit tentera yang berpangkalan tetap di teampat lain iaitu A Kompeni 19 RAMD Sungai Petani (Kem Induk/Tetap di Sungai Petani) dan A Kompeni Bn 304 AW (Kem Induk di Gerik, Perak yang hanya beroperasi di sepanjang Lebuh Raya Pantai Timur)," katanya.


Menurut Setiausaha Jabatan Pilihan raya Negeri Kedah, Kapt. (B) Mohd Zamri Ibrahim, sekarang ini, kem 19 RAMD Sungai Petani hanya mempunyai sebanyak 245 pengundi sedangkan ia kem utama dan mempunyai anggota berkeluarga, sedangkan pangkalan Kota Aur hanya kem persinggahan untuk latihan dan operasi tertentu untuk jangka masa pendek mempunyai jumlah pengundi melebihi 1000 orang.


Dalam penelitian itu juga mendapati ada dua nama pengundi wanita yang dipindahkan dari kem Gerik ke Kota Aur.


menurut Zamri, untuk askar wataniah memang ada anggota wanita, tetapi mereka tidak terlibat dalam operasi, jadi jika nama mereka juga dipindahkan ke Kota Aur, ini menunjukkan senarai nama ini hanya diambil secara rawak untuk meramaikan jumlah pengundi pos di sana.


Kerusi Parlimen Sik pada tahun 1999 dimenangi PAS melalui calon, Dato' Shahnon Ahmad, bagaimanapun ia kembali ke tangan BN dalam pilihan raya 2004 melalui kemenangan tipis 300 undi.


PAS Kedah juga telah membuat petisyen ke atas kemenangan itu dan mahukan kiraan semula dibuat kerana mempunyai cukup bukti berlaku penipuan dan dalam keputusan, Hakim tidak menolak berlakunya penipuan tetapi menolak kes itu atas alasan PAS tidak menuntut agar keputusan piliahn raya itu dibatalkan, membolehkan BN terus diisytiharkan sebagai pemenang bagi kerusi Parlimen Sik.


Dalam perkembangan yang sama, Ketua Penerangan PAS Kawasan Sik, Sanusi Md. Noor telah membuat laporan polis di Balai Polis Sik pada 4 Februari lalu dan menurut Ustaz Azizan, pihaknya juga akan membuat aduan kepada BPR dan tidak teragak-agak untuk membawa kes penipuan ini ke mahkamah.

Sunday, 03 February 2008

IBU pejabat Umno telahpun mengedarkan senarai nama 10.8 juta pengundi kepada bahagian Umno di seluruh negara bagi membantu jentera pilihan raya di semua peringkat mengesan pengundi dalam pilihan raya umum ke-12 kelak.


Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad berkata senarai itu memuatkan nama dan alamat lengkap bagi memudahkan jentera pilihan raya mengesan dan memastikan pengundi dapat melaksanakan tanggungjawab mereka.

Senarai nama itu yang sudah diasingkan mengikut kaum, turut diserahkan kepada Umno, MCA serta MIC dan akan memudahkan gerakan mengenal pasti penyokong parti, katanya.

Beliau berkata pengagihan senarai nama pengundi itu turut membabitkan pengasingan mengikut peti undi seperti individu lelaki berumur 40 dan wanita berusia bawah 35 tahun."

Penyenaraian nama pengundi yang lengkap itu akan memberi kemudahan kepada jentera parti seperti Pergerakan Puteri Umno mengesan pengundi sambil menjalankan kempen dari rumah ke rumah dan gerak saraf," katanya.

Radzi berkata di Pahang sahaja terdapat seramai 601,512 pengundi iaitu 423,792 (Melayu), 139,593 (Cina), 29,051 (India) dan 9,076 (lain-lain) yang akan menentukan calon pilihan mereka dalam pilihan raya umum kelak.

Beliau menaruh keyakinan penuh Pergerakan Puteri Umno yang disokong Pergerakan Pemuda dan Wanita akan bergerak sebagai satu pasukan bersepadu yang mampu menawan hati pengundi.Katanya melalui senarai nama yang serba lengkap itu akan membolehkan jentera Umno menjalankan kempen secara efektif dan berkesan bagi menjamin kemenangan majoriti besar calon Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata sehingga kini Umno mempunyai bilangan anggota berdaftar seramai 2.8 juta di seluruh negara manakala lebih 650,000 anggota Umno yang masih belum mendaftar sebagai pemilih dengan Suruhanjaya Pilihan Raya.Bagaimanapun, katanya seramai 250,000 orang daripadanya berjaya dikesan dan kini berdaftar sebagai pengundi."

Anggota Umno yang berusia lebih 21 tahun diminta segera mendaftar sebagai pemilih dengan SPR kerana proses pendaftaran dilaksanakan di sepanjang masa di tempat tertentu," katanya.Dalam perkembangan berkaitan, Radzi mengakui Umno dan parti komponen BN sudah bersiap sedia turun gelanggang menghadapi pilihan raya yang akan diadakan selepas pembubaran parlimen."

Tinjauan saya di negeri-negeri mendapati jentera pilihan raya Umno dan Barisan Nasional sudah berada di tahap momentum tertinggi bagi menghadapi pilihan raya umum ke-12 itu kelak," katanya. Bernama
"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA"
"PROTES SAMPAI TURUN"

Sekian.Wassalam.


No comments: