DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Monday, January 7, 2008

PDRM SANGGUP BERBOHONG KERANA UMNO

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt



Saya telah menulis dan memberi ulasan secara sinis terhadap PDRM berhubungan ucapan YB Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh pada 10 Disember 2007.Ia disiarkan diblog saya, dan juga disiarkan di Laman Marhaen:
http://marhaen.ngepeng.com/mar_a_tun_telanai029.html serta di Laman Tranungkite http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=5578.


Hari ini akhbar internet telah melaporan bahawa perhimpunan aman Malam Solidariti untuk Mangsa ISA, anjuran Gerakan Mansuhkan ISA [GMI] pada 5 Januari lalu dihalau oleh pasukan polis dengan water canon. Tidak tangkapan dbuat. Para peserta perhimpuan bersurai dengan aman. Tidak ada kekecuhan yang berlaku. Kemungkinan pihak polis sendiri sedar akan hak rakyat seperti yang diperuntukan oleh Perlembagaan dan Piagam Hak Asasi Manusia PBB atau mereka juga manusia yang mempunyai sifat kemanusiaan menjalankan tugas ala kadar bagi memenuhi impian UMNO untuk terus survival. Lagi pun GMI tidak membawa senjata hanya semata-mata membawa beberapa batang lilin [orang pun tidak ramai] untuk dinyalakan sebagai bantahan terhadapan penahanan tanpa bicara-ISA.


Apa yang menariknya ialah sorong papan, tarik papan yang dilakonkan oleh Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman dengan , Syed Ibrahim Syed Noh, Pengerusi GMI. Skripnya adalah sama seperti yang disandiwarakan oleh bosnya Musa Hassan dalam The Star pada 4 Disember 2007 [dalam ucapan Teresa disebut perkara ini], Musa melakukan pembohongan secara selamba yang beliau pernah menawarkan Bersih untuk mengadakan perhimpunan mereka di dalam stadium, tetapi tawarannya itu ditolak.


Lakonan Zulkarnain ini saya rakamkan melalui petikan siaran Malaysiakini.com tanpa ulasan selanjutnya. Tujuannya untuk memberi gambaran kepada rakyat supaya berfikir dan membuat kesimpulan bahawa itulah sikap yang ada pada pasukan PDRM kita selama ini. Harapan saya, semoga pasukan PDRM perlu merubahkan mentali yang pro kepada UMNO, kembali ke tugas asal secara professional menjaga keamanan rakyat dan negara. Persepsi rakyat terhadap pasukan perlu dipulihkan segera kerana semakin keras pasukan polis lakukan terhadap kumpulan yang anti kerajaan [hanya berkisar soal dasar melalui pendekatan yang berbeza], maka semakin benci dan hilang hormat rakyat terhadap pasukan polis. Ini yang sangat ditakutkan.


Baca artikel ini:


1. Rayuan tidak dijawab, GMI tetap teruskan program
[Rujuk : http://www.malaysiakini.com/news/76719]


Ketua Polis Kuala Lumpur tidak menjawab rayuan yang dikemukakan oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) untuk mendapatkan permit bagi mengadakan Malam Solidariti untuk mangsa ISA di Dataran Merdeka malam ini.


GMI mengemukakan rayuan itu semalam selepas polis daerah Dang Wangi mengisytiharkan perhimpunan itu sebagai haram.


Bagaimanapun, para aktivis dan keluarga tahanan ISA akan cuba mengadakannya berhampiran Dataran Merdeka, kata Presiden GMI, Syed Ibrahim Syed Noh
“Kita lihat apa akan jadi kemudiannya. Kita akan cuba mengadakannya di mana juga kita berkumpul," kata Syed Ibrahim.


Polis dijangka menutup Dataran Merdeka malam ini.
Semalam, Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman mendakwa GMI 'enggan' mengemukakan borang permohonan apabila diminta berbuat demikian dalam satu perjumpaan Rabu lalu.
Teknikal


GMI bagaimanapun menafikannya, dan mendakwa dokumen tersebut telah dikemukakan pada 26 Disember 2007, diikuti dengan sepucuk surat pada 28 Disember.


Zulkarnain menjawab surat tersebut pada 2 Januari, dengan menyatakan permohonan tersebut ditolak, antaranya, atas alasan keselamatan dan GMI bukan badan berdaftar.


Pada masa ini, terdapat kira-kira 90 tahanan ISA di Pusat Tahanan Kamunting, Perak.


Yang terbaru ialah lima pemimpin Hindraf yang ditahan pada 13 Disember 2007 atas alasan keselamatan.


Zulkarnain berkata, tindakan tegas akan diambil di bawah Akta Polis terhadap individu yang menyertai perhimpunan tersebut.

2. Polis isytihar program GMI [5 Januari 2008] haram
[Rujuk :http://www.malaysiakini.com/news/76708]


Polis mengisytiharkan perhimpunan aman Malam Solidariti untuk Mangsa ISA, anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) di Dataran Merdeka di ibunegara esok sebagai satu perhimpunan haram.


Sehubungan itu, pihak polis memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menghadiri perhimpunan tersebut.


Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata, jalan Raja berhadapan Dataran Merdeka akan ditutup bagi menghalang perhimpunan itu diadakan.


Katanya, pihak penganjur perhimpunan itu tidak membuat permohonan permit dan juga merupakan badan yang tidak berdaftar.


ACP Zulkarnain berkata, mereka hanya menghantar surat makluman mengenai aktiviti itu kepada polis bukannya surat permohonan permit.


Bercakap kepada pemberita di pejabatnya hari ini, beliau berkata tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang terlibat mengikut Akta Polis kerana menyertai perhimpunan tersebut.


Sementara itu, ketika dihubungi Malaysiakini, ACP Zulkarnain berkata permohonan permit mesti dibuat dengan mengisi satu borang permohonan khas.
Menurutnya, perkara itu telah dimaklumkan kepada GMI dalam satu pertemuan Rabu lalu.


"Mereka enggan mengisi borang tersebut," kata Zulkarnain kepada Malaysiakini.
Sementara ituj, Presiden GMI, Syed Noh pula berkata GMI telahpun mengemukakan borang-borang yang diperlukan pada 26 Disember 2007.


“Kita telah mengemukakan dokumen-dokumen perlu, tetapi mereka (pihak polis) mendakwa telah kehilangannya dan meminta kita mengisi bagi kali kedua di pertemuan tersebut," kata Syed Ibrahim.


Menurut, 'borang kedua' itu tidak diserahkan ia menjadi tanggungjawab pihak polis untuk mengesan borang permohonan yang asal.


Syed Ibrahim berkata, GMI mahu meneruskan program tersebut sebagai penegasan terhadap hak mereka untuk berhimpun secara aman di bawah Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.


“Kita menegaskan bahawa ini adalah satu perhimpunan aman. Ianya untuk menyalakan lilin sebagai tanda simpati kepada mangsa tahanan ISA. Ia bukan satu perarakan atau perhimpunan," katanya.


Menurut beliau lagi, adalah sudah terlambat untuk memaklumkan kepada penyokongnya supaya jangan menghadiri program malam esok itu.


Presiden GMI, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, pihaknya menjangka 100 hingga 200 orang akan menghadiri perhimpunan tersebut yang antara lain untuk menyalakan lilin sebagai tanda simpati kepada mangsa tahanan ISA.


Beliau berkata, GMI telah mengemukakan rayuan hari ini terhadap keputusan Zulkarnain itu kepada Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulhasnan Najib Baharuddin.


Percubaan kedua


Sebelulm ini, GMI telah cuba mengadakan program tersebut pada 22 Disember 2007, tetapi ditangguhkan kepada 5 Januari kerana polis mengisytiharkannya sebagai perhimpunan haram.


Berikutan itu, GMI mengemukakan borang permohonan untuk mengadakan program tersebut pada 26 Disember dan diikuti dengan sepucuk surat pad 28 Disember.


Rabu lalu, Zulkarnain menjawab surat tersebut menolak permohonan permit tersebut, antara lain, atas alasan keselamatan dan GMI bukan sebuah badan berdaftar.


Pada masa ini, terdapat kira-kira 90 tahanan ISA di Pusat Tahanan Kamunting, Perak.


Yang terbaru ialah lima pemimpin Hindraf yang ditahan pada 13 Disember 2007 atas alasan keselamatan


Tamat


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian.Wassalam

No comments: