DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Wednesday, November 21, 2007

RASUAH : SAHABAT KARIB UMNO

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,


Rasuah merupakan suatu
jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan [favours] dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut.


Rasuah pasti ada pengamalnya. Ia bukanlah merupakan suatu bidang pekerjaan tetap si pengamalnya. Rasuah pernah dikatakan sebagai salah satu profesion sambilan manusia. Jika dibandingkan dengan gelagat manusia, rasuah sudah setua dengan kegiatan pelacuran. Pernah seorang sosiologi Barat menyatakan: "Dimana ada pelacuran, di situ ada rasuah". Rasuah berlaku kerana adanya “kuasa”, tanpa kuasa rasuah tidak mungkin belaku.


Ada kuasa adalah rasuah. Sejak era Yunani, Roman, kebangkitan Renaissance di Eropah, kesemuanya ada bibit-bibit rasuah. Rasuah tidak dapat dielakkan. Fenomena rasuah banyak bergantung kepada kuasa. Sekiranya kuasa itu dikawal menerusi bidang pencegahan yang ketat akan meminimalah rasuah itu. Tetapi sekiranya makanisme pengawasannya longgar seperti yang diamalkan di Malaysia sekarang ini, maka bolehlah diibaratkan ianya seperti "peraturan buang sampah" yang mendenda pembuang sampah RM1,000 jika sabit kesalahan, tetapi, paling lucu, di bawah papan tanda "Jangan Buang Sampah Di Sini Denda RM1,000", di situlah sampah bertaburan dengan banyaknya.


Rasuah boleh menyebabkan penyalahgunaan kuasa. atau. Umumnya rasuah bererti pemberian material atau khidmat atas sesuatu yang sepatutnya tidak diberi dalam pentadbiran negara atau negeri. Bagi yang memberikan itu, hasratnya supaya apa yang diidam-idamkannya itu dapat dengan segera, yang menerima pula tahu, ia ada kuasa, maka dilambat-lambatkannya atau disusahkannya sehingga duit atas khidmatnya itu tiba ke poketnya.


Konsep rasuah ini bersifat multifaceted, melibatkan berbagai-bagai unsur dan bentuk. Secara umum ia dianggap sebagai penyalahgunaan kedudukan, awam dan tidak kurang juga swasta, bagi keuntungan persendirian. Ia lebih cenderung berlaku apabila individu menganggap kedudukan yang diperoleh sebagai satu peluang untuk membuat keuntungan peribadi dan bukan sebagai tanggungjawab dan amanah beberapa pihak yang perlu dipikul dan dipenuhi. Di antara jenis rasuah, terdapat tiga jenis yang penting serta diberi penekanan. Ini termasuk rasuah pentadbiran [administrative corruption], rasuah dalam urusan perolehan awam [public procurement corruption] dan rasuah dalam bentuk `penawanan' beberapa institusi negara [state capture].


Rasuah pentadbiran merujuk kepada penguatkuasaan dan pelaksanaan secara menyeleweng dan secara sewenang-wenang peraturan, undang-undang dan garis panduan, yang berkuatkuasa oleh kakitangan awam bagi tujuan memperolehi keuntungan peribadi secara haram. Ia diukur dengan berbagai-bagai petunjuk seperti peratusan bayaran rasuah berbanding dengan jualan hasil yang diperoleh. Lagi berat undang-undang dan peraturan yang dilanggar lagi tinggi jumlah rasuah yang perlu dibayar.


Rasuah perolehan awam pula merupakan suatu dimensi penting rasuah yang melibatkan agihan/peruntukan kewangan dan sumber awam ataupun kerajaan. Ia kerap diukur sebagai peratusan bayaran rasuah untuk mendapatkan sesuatu kontrak kerajaan.


Rasuah dalam bentuk penawanan beberapa institusi negara [state capture corruption] merupakan beberapa tindakan ejen-ejen ekonomi atau firma dalam sektor awam atau swasta untuk mempengaruhi penggubalan serta pelaksanaan undang-undang, peraturan, arahan (decrees) dan lain-lain dasar kerajaan supaya memihak serta menguntungkan mereka dengan memberi sogokan kewangan.
Dalam semua keadaan, amalan rasuah melibatkan kos sama ada dalam bentuk peningkatan dalam perbelanjaan awam, pembaziran sumber, peningkatan dalam kos urus niaga, pengurangan dalam keluaran, kemerosotan dalam kualiti infrastruktur dan perkhidmatan dan sebagainya.


Dewasa ini gejala rasuah telah menjadi suatu budaya baru yang dibawa dan dikembangkan oleh UMNO. UMNO dan rasuah tidak boleh dipisahkan ibarat irama dan lagu atau seperti kencing dan berak. Kedua-duanya tidak boleh dipisahkan, kalau dipisahkan salah satu daripadanya, sumbanglah kejadian semulajadinya. Keseluruhan organisasi dan para pemimpin UMNO diselimuti dengan najis rasuah dan menyalahgunaan kuasa untuk mengejar kedudukan, pangkat dan harta kekayaan. Politik wang berlaku secara berluasa dalam pemilihan UMNO di berbagai peringkat [rujuk dalam pemilihan UMNO tahun 2005]. Begitu juga rasuah berlaku disetiap pilihanraya yang diadakan. Proses pembelian undi, pengundi disogokan dalam bentuk kewangan dan peruntukan pembangunan mee segera disalurkan untuk menang dalam pilihanraya dan mengekalkan kuasa [rujuk PRU ke-11 , PR kecil Batu Talam, Machap dan Ijok].


Kini, seluruh institusi di negara telah dicemari dengan amalan rasuah. Bermula dengan Institusi tertinggi negara, iaitu Institusi Parlimen dipenuhi dengan wakil-wakil rakyat [Ahli Parlimen] yang korup, tidak berilmu, tidak berpandangan jauh dan lebih lepada ‘yes man’. Undang-undang digubal bermatlamatkan mengimunitikan kerajaan, bukan untuk kepentingan rakyat. Institusi eksekutif tidak perlu lagi kita bincangkan, penuh dengan najis rasuah. Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah [BPR] sendiri, Zulkipli Mat Noor dilaporkan telah terlibat dalam rasuah, gangguan seksual dan salah guna kuasa jutaan ringgit. Begitu juga dengan Ketua polis Negara, Musa Hassan dituduh menerima rasuah jutaan ringgit daripada kaki-kaki samseng. Manakala Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Mohd. Johari Baharom didakwa menerima sogokan 5 juta ringgit bagi membebaskan tiga penjenayah yang ditangkap di bawah Ordinan Darurat begitu juga berbakul laporan dibuat yang melibatkan Musa Aman, Ketua Menteri Sabah dengan rasuah.


Beliau mendakwa, terdapat banyak kes polis melepaskan orang yang ditahan mengikut Seksyen 3(1) Ordinan Darurat tanpa pengetahuan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN). Beliau turut mempertikaikan kredibiliti polis kerana mendakwa banyak kes seperti itu dilepaskan tanpa pengetahuan KKDN [UM 5.3.2007]. Tuduhan yang dibuat oleh bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar pada bulan Ogos lalu bahawa 40% daripada pegawai polis senior boleh ditangkap kerana korupsi tanpa melalui penyiasatan lanjutan kerana gaya hidup yang ditunjukkan mereka. Dalam pada itu, laporan Suruhanjaya Polis Diraja pada bulan Mei 2005 yang mendapati bahawa “korupsi masih tersebar dengan luasnya di kalangan personel polis” [p 9], di mana terdapat satu kes dari seorang pengadu bahawa seorang pegawai polis senior yang mengisytiharkan asetnya berjumlah RM 34 milion. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Ramli Yusof didakwa di mahkamah kerana dituduh terlibat dengan rasuah. Semua orang yang terlibat telah dibebaskan oleh Peguam Negara, Abdul Ghani 4Tahil yang bertindak sebagai pendakwa, peguambela dan hakim.


Rakyat Malaysia merupakan rakyat yang paling malang, apabila isu klip video ditimbulkan oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim pada 19 September lalu mengeruhkan lagi system keadilan di dalam Negara ini. Sistem kehakiman adalah tempat terakhir rakyat mengadu untuk mendapatkan keadilan dan pembelaan. Dalam isu klip video ini mengambarkan peguam VK Lingam sedang berbual melalui telfon dengan Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim yang ketika itu Fairuz ialah Hakim Besar Malaya. Topik yang dibincangkan ialah yang berhubung pelantikan hakim-hakim di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Kemudian, Fairuz dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada tahun 2003 dan bersara pada 31 Oktober lalu [kontrak untuk perlanjutan perkhidmatannya selama dua bulan tidak diperkenankan oleh Majlis Raja-raja].


Kita terkejut beruk, apabila adik Lingam sendiri, Thirunama Karasu Kandar Veluppillai, 49, telah membuat laporan polis sebanyak dua kali. Pertama, di balai polis Kelana Jaya pada 16 Mac lalu dan di balai polis Brickfields pada 19 Mac yang. Dalam laboran tersebut, Thirunama mendakwa berlakunya rasuah dalam badan kehakiman serta mendedahkan maklumat mengenai hubungan abangnya dengan hakim-hakim berjawatan tinggi. Thirunama telah mendakwa, Lingam telah "memperalatkannya" untuk merasuah bekas Ketua Hakim Negara, Tun Eusoff Chin, bekas Peguam Negara Tan Sri Mohtar Abdullah, seorang bekas ketua polis dan beberapa hakim kanan. Panel bebas yang ditubuhkan untuk menyiasat isu ini gagal mencapai matlamatnya dan akhirnya kerajaan bersetuju untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk mengambilalih peranan panel bebas untuk menyiasat kes ini selanjutnya.


Keadaan yang dihadapi oleh masyarakat Malaysia boleh diumpamakan ‘harapkan pagar, pagar makan padi’. Umum mengetahui bahawa kes di atas hanyalah secebis dari ratusan kes rasuah yang dilaporkan seperti kes-kes melibatkan Rafidah Aziz, Khir Toyo, Khalil Yaakob, Abdul Rahim Tamby Chik, A.Nazri Aziz, Azalina Othman Said, Zakaria Md Deros, S.Samy Vellu, Dr. Ling Leong Sik dan banyak lagi yang melibatkan pemimpin UMNO dan BN. Ini tidak termasuk ribuan kes lagi yang tidak dilaporkan. Apa yang berlaku itu hanyalah membenarkan suatu kajian yang dilakukan oleh Transparency International Malaysia yang mengatakan bahawa golongan berpendapatan tinggi di Malaysia lebih cenderung memberi rasuah kepada pihak berkuasa. Menurut kajian itu, golongan berpendapatan bulanan RM5,000 ke atas didapati paling ramai memberi rasuah iaitu 52%, diikuti kumpulan berpendapatan bulanan RM3,001 hingga RM5,000 [40%], RM1,501 - RM3,000 [31%] dan kurang RM1,500 [18%] [BH 6.3.2007].


Laporan rasuah oleh Transparency International pada 2005 melaporkan bahawa Malaysia telah jatuh 16 tangga dalam tempoh 10 tahun ini dari tempat ke-23 pada tahun 1995 ke tempat 39 pada tahun 2004. Kajian pada tahun 2006 pula telah mencatatkan Malaysia dengan index CPI 5.0, jatuh ke tangga 44, dari sejumlah 163 buah negara. [http://www.finfacts.com/corruption.htm]. Laporan ini membuktikan bahawa gejala rasuah adalah semakin buruk di negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Bernard Dompok sendiri tidak menyangkal indeks ini [UM, 13.2.2007].


Walau apa yang dilaporkan sekalipun, bukanlah kerja kita untuk melihat dari segi kuantiti dan seterusnya berbangga jika indeks negara Malaysia semakin baik. Sebagai seorang Muslim, kita wajib melihat isu ini dari perspektif Islam, yang mana Islam memandang bahawa tujuan hidup kita adalah untuk beribadah kepada Allah dan meraih keredhaanNya semata-mata.


Justeru itu, ukuran perbuatan kita di dunia di dalam meraih redha Allah adalah diukur dengan indeks halal dan haram dan bukannya diukur dengan indeks selain dari ini. Inilah di antara perbezaan mendasar di antara Ideologi Islam dengan Ideologi Kapitalis yang memandang bahawa tujuan hidup di dunia ini adalah untuk meraih sebanyak-banyak manfaat [samada berupa wang ringgit, harta-benda atau lain-lain] tanpa mengira halal atau haram yang menjadi pegangan para pemimpin elit dalam UMNO.


Inilah juga sebenarnya yang telah menjadi punca kehinaan umat Islam di mana mereka telah mencampakkan Ideologi Islam dan mengambil serta mengamalkan Ideologi Kapitalis di dalam kehidupan mereka. Halal dan haram tidak lagi menjadi pegangan, tetapi manfaatlah yang dijadikan ukuran di dalam setiap perbuatan. Oleh itu, jika dengan memberi atau menerima rasuah akan beroleh manfaat, maka mereka terus melakukannya, tanpa mengambil kira lagi aspek keharamannya dan tanpa rasa takut akan dosa dan azab yang bakal menanti.
Namun begitu, di Malaysia, masih banyak pihak tidak yakin dengan tindakan kerajaan pimpinan Abdullah Ahmad Badawi dalam usahanya memerangi rasuah secara serius. Abdullah sebaik sahaja memegang tampok kuasa, beliau telah mencanang ke seluruh negara untuk mencegah dan seterusnya membasmi amalan rasuah di kalangan masyarakat di negara ini.


Abdullah dengan gaya pengurusan ala Syarikat Sdn.Bhd terlibat dalam gejala buruk ini, merumitkan lagi system dan merongkai kepercayaan rakyat terhadap usaha memerangi rasuah. Sebenarnya, kerajaan tidak serius dalam mengutamakan agenda memerangi rasuah ini. Sebaliknya, kerajaan melalui Umno dan BN telah mendahulukan pelbagai bentuk rasuah dalam kempen-kempen pilihanraya di negara ini. Memang jelas, mereka mengamalkan rasuah untuk membeli undi dan mengungut pengundi.


BPR sebenarnya tidak diberikan kebebasan yang lebih luas untuk bertindak. Sebagai contoh insiden yang terjadi ke atas bekas Pengarah BPR, Shafie Yahya adalah bukti betapa BPR tertakluk terus di bawah kuasa Perdana Menteri yang memerintah Malaysia. BPR tidak ada imuniti untuk menentang arahan seorang PM, sebaliknya akur dan ikut apa sahaja kemahuan Sang PM, sekalipun kemahuannya itu jelas satu "lembaga rasuah" yang sepatutnya dibanteras oleh BPR. Hakikatnya, BPR dibina oleh Abdullah, diberi rezeki oleh Abdullah dan dididik oleh Abdullah untuk mendengar, menuruti dan mematuhi apa sahaja perancangan dan keinginan PM.


Seperti juga Peguam Negara, BPR tidak ubah seperti komputer yang telah diprogramkan mengikut agenda tuannya atau pengprogramkomputerannya. Sudah tentulah, apa yang diinstall dalam programming komputer itu, acuan yang telah disemak yang boleh mendatangkan untung kepada tuannya tadi. Walaupun BPR menjadi badan bebas, akhirnya kebali merujuk kepada Peguam Negara. Jika Peguam Negara tidak memilih untuk mendakwa, habislah kes itu dari dibahaskan. Soalnya, di negara kita hari ini, hanya seorang pendakwa sahaja iaitu Peguam Negara. Ini tentulah suatu yang amat bahaya kepada perjalanan sisitem kehakiman dan pendakwaan dalam sebuah negara yang berakhlakkan demokrasi. Ia ibarat "leher botol" yang sempit untuk aliran bebas.


Inilah sisitem yang dibuat di Israel. Tetapi tidak di Singapura kerana menteri-menterinya tidak berani menjalankan tindakan sesuka hati kecuali terlebih dahulu merujuk kepada kabinet. Di Amerika, pendakwa raya umum memang banyak dan ia boleh dilantik oleh Jawatankuasa Senat pada bila-bila masa sahaja. Cara ini membolehkan kita mendakwa seorang menteri yang dituduh terbabit dengan rasuah maka seorang pendakwa khusus dilantik oleh jawatankuasa khas tentang rasuah. Namun begitu, ianya tidak berlaku di Malaysia yang Peguam Negara dan BPRnya berada di bawah ketiak politik kepartian dan seorang Perdana Menteri.


Rais Yatim pernah berkata sebelum beliau menyambung balik jambatan yang dibakarnya dulu: "Rekod kerajaan di bawah pimpinan Dr. Mahathir Mohamad untuk membanteras rasuah tidak begitu meyakinkan. Ramai tokoh yang terpalit dengan dakwaan rasuah masih dibiarkan bebas. Kewibawaan BPR tetap dipersoalkan kerana ia tertakluk di bawah telunjuk eksekutif, manakala Peguam Negara pula boleh memilih untuk mendakwanya ataupun tidak."


Selagi mana BPR di bawah telunjuk PM, kuasa menteri tidak dibataskan, media terus dikongkong, wibawa Peguam Negara terus dipersoalkan, rasuah tetap akan terus membarah. Apa lagi yang hendak ditegaskan, kalau rasuah itu memang jelas agen penjahanam bangsa dan negara. Ia tidak boleh dinafikan. Asas kepada perjuangan anti-rasuah ialah Islam, agama yang suci, yang mengajar umatnya berbuat baik dan menolak kemungkaran seumpama itu.


Kesimpulannya, negara yang bebas rasuah, akhirnya akan menolak demokrasi dan dalam negara seperti ini, demokrasi boleh dipajak dan dibeli, tidak lagi mengamalkan kesederhanaan dalam ekonomi; siapa yang kaya, yang berkeupayaan, ia boleh membeli apa sahaja khidmat sekalipun. Inilah yang membahayakan kita dan inilah yang diakui oleh Mahathir tentang rasuah. Baginya, rasuah dan kuasa politik tidak boleh dielak. Ia pasti akan terjadi dan terjadi. Perhimpunan rakyat 10 November lalu adalah tepat pada masanya. Kembalikan demokrasi, rasuah boleh dihapuskan.


“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
”PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian.Wassalam.


No comments: