Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alikum wm.wrt,
Hanya tinggal 3 hari lagi satu perhimpunan yang akan mencipta sejarah. Perhimpunan yang terbesar yang dianjurkan oleh BERSIH dijangka dihadiri seramai 100 ribu rakyat berbilang bangsa, agama, NGO dan fahaman politik [kecuali UMNO/BN kerana merekalah yang mencipta ketempangan dalam system pilihanraya di Negara ini untuk menang]. Ia akan diadakan di Dataran Merdeka pada 10 November, hari Sabtu nanti.
Perhimpunan 100 ribu rakyat ini mengingatkan saya kembali peristewa pasukan polis mengganas dalam Perhimpunan 100,000 Rakyat di Lebuhraya Kesas pada petang 5 November 2000. Majlis tersebut adalah anjuran parti Keadilan di Kebun Bunga, Kelang bagi mengadakan jamuan hari raya Aidil Fitri. Pasukan polis bertindak menghalang perhimpunan ini secara kekerasan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas yang panjang berkilo meter di Lebuh Raya Kesas. Ketuanya ialah Ketua Polis Selangor, iaitu SAC I Johar Che Din.
Johar merupakan salah seorang penyokong kuat UMNO. Beliau juga yang mengarahkan segala bentuk ceramah dan program PAS dan KeAdilan diganggu termasuk mengepung Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat, MB Kelantan dengan FRU di kawasan masjid di Tanjong Karang. Beliau jugalah yang bermati-matian meyakinkan anggota bawahannya bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim memang kaki liwat dan macam-macam lagi.
Johar dikhabarkan menderita penyakit lumpuh [kena stroke] dan tidak sempat menamatkan perkhidmatannya [pencen awal kerana masalah kesihatan]. Beliau tidak sempat merasai kerusi Ketua Polis Negara kerana jasanya amat besar terhadap UMNO [seperti dinikmati oleh Musa Hassan, Abdul Ghani 4tahil dan beberapa orang lagi dinaikkan pangkat kerana jasa mereka kepada UMNO, bukan kerana merit]

Ketika itu semua pemimpin besar Barisan Alternatif termasuk Almarhum Dato’ Fadzil Mohd.Noor, Dr.Syed Hussin Ali, Lim Kiat Siang dan Datin Seri Wan Azizah [berkerusi roda kerana sakit kaki] disembur dengan asid dan ditembak dengan gas pemedih mata dan dihalau seperti anjing kurap.
Satu kejadian yang amat memalukan dan diluar batas-batas kemanusiaan itu berlaku di Balai Polis Kapar, apabila seorang wanita bernama Norazaimah dipaksa bertelanjang bulat kemudian disuruh `enjut ketampi` 100 kali dalam keadaan wanita itu datang haid.
TV Singapura menyiarkan Mahamad Sabu [kini Naib Presiden PAS] dipukul oleh polis. Tindakan biadap pasukan polis ini dibawa ke parlimen oleh Ahli Parlimen Pokok Sena ketika itu saudara Mahfuz Omar untuk dibincangkan pada 8 November 2000. Tetapi, sayang seribu kali sayang, parlimen yang dikuasai oleh BN menolak usul tersebut selepas diperbahaskan. Dewan menerima keganasan pasukan polis yang melampaui itu.
Ahli Parlimen Kemaman ketika itu, Abdul Rahman Yusuf [Keadilan] turut mengambil bahagian membincangkan ‘keganasan’ pasukan dalam peristewa 14 April 2000, menukong usul yang dibawa oleh Allahyarham Dato.Fadzil Mohd. Noor, Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Pendang. Ucapannya sangat menarik. Disertakan teks ucapan Abdul Rahman sebagai pengetahuan untuk diambil iktibar :
TEKS UCAPAN AHLI PARLIMEN KEMAMAN MENYOKONG USUL KETUA PEMBANGKANG-KEKEJAMAN POLIS
Terima Kasih Tun Yang Dipertua.
Satu usul yang sama telah saya berikan notis kepada Tun pagi ini untuk dibahaskan di Dewan Yang Mulia ini. Saya memohon menarik balik notis tersebut kerana ia merupakan perkara yang sama dan memohon membahas menyokong usul yang dibawa oleh Ketua Pembangkang Y.B dari Pendang petang ini.
Tun Yang Dipertua,
Tindakan polis menahan beberapa orang pemimpin Parti keADILan Nasional dan 48 orang awam yang lain kerana didakwa terlibat dalam perhimpunan haram disekitar Kuala Lumpur pada, sebelum dan selepas 14 April 2000 yang baru lalu adalah satu tindakan kejam, zalim dan mencabuli hak asasi rakyat yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Ada yang ditahan dua tiga hari sebelum 14 April sedang mereka menjalankan kegiatan kerja harian mereka dan ada yang ditahan di rumah mereka sedang mereka tidur nyenyak bersama isteri dan keluarga mereka. Ada yang ditahan sedang mereka melakukan ibadat sembahyang, berdoa dan bertasbih di masjid-masjid dan ada yang ditahan sedang mereka dalam perjalanan dalam keretapi, LRT dan sebagainya.

Saya sendiri didatangi oleh pihak polis di pejabat saya di Kemaman pada 13 April yang lalu yang ingin tahu kegiatan-kegiatan saya pada 14, 15 dan 16 April.
Yang peliknya media perdana menyiarkan berita bahawa tidak ada perhimpunan berlaku pada 14 April tetapi bagaimana pula para pemimpin Parti keADILan Nasional dan 48 orang awam yang lain ditahan dan didakwa dibawah Akta Polis Sekyen 27 (3) dan Panel Kod 109 pada 17hb April yang lalu di Mahkamah Majistret. Kebanyakan daripada mereka dikenakan tahanan reman selama seminggu oleh hakim Mahkamah Majistret.
Sekarang ini berita dari mana yang boleh rakyat percayai. Rakyat mendengar dan membaca berita bahawa tidak berlaku perhimpunan haram seperti mana digembar-gemburkan akan berlaku, tetapi rakyat juga hairan kenapa tahan pemimpin Parti keADILan Nasional dan 48 orang awam yang lain ? Apakah negara ini sudah menjadi negara polis dimana rakyat boleh ditahan sewenang wenangnya tanpa apa apa sebab ? Tidak berlaku perhimpunan haram tetapi rakyat ditahan dan dipenjarakan. Atas alasan apa mereka ditahan dan didakwa ? Apakah benar mereka merancang mengadakan perhimpunan haram atau mereka memang memohon kebenaran untuk mengadakan perhimpunan aman secara sah?
Tun Yang di Pertua,
14hb April 1999 merupakan tarikh peristiwa dimana Sdr. Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara selama 6 tahun diatas dakwaan yang tidak ada kena mengena dengan alasan Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohammad memecat beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Alasan sebenar seperti mana yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri dan pecacainya masih belum terbukti tetapi Perdana Menteri sudah menjatuhkan hukuman sebelum proses kehakiman selesai. Ini membuktikan bahawa Perdana Menteri menghukum sebelum terbukti kebenaran tuduhan beliau terhadap Sdr. Anwar Ibrahim dengan memecat beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Timbalan Presiden UMNO dan ahli UMNO.
Pada 14hb April yang lalu sebenarnya demomtrasi berlaku diserata dunia. Di Belgrade sahaja lebih 100,000 rakyat Serbia berhimpun menuntut Slobodan Milosevic meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dimana 16 pemimpin pembangkakng berucap dan tidak berlaku pun provokasi polis terhadap para demonstrator.
Di Peru pula, demontrasi juga berlaku dimana rakyat menuntut penyiasatan dilakukan terhadap penyelewengan yang berlaku didalam pilihanraya mereka. Tidak ada pun penangkapan berlaku dalam demontrasi tersebut.
,br.
Apakah kerajaan Malaysia sudah menjadi lebih teruk pemerintahannya dari Serbia yang diperintah oleh Slobodan Milosevic dan Peru yang diperintah oleh Alberto Fujimoro ?
Perdana Menteri juga membuat kenyataan sokongan kepada beberapa insiden demontrasi seperti yang berlaku di Seattle, Davos dan Washington D.C berkaitan dengan isu WTO, IMF dan Bank Dunia. Mengapa berlaku Double Standard ? Di Malaysia tidak boleh tetapi apabila berlaku di negara lain, Perdana Menteri sendiri yang sokong.

Begitu juga dengan beberapa siri demontrasi yang dianjurkan oleh UMNO yang dipimpin oleh Ibrahim Ali di Kelantan pada 1978, oleh Dr. Mahathir sendiri pada 1983 berkaitan dengan isu Pindaan Perlembagaan yang melibatkan kuasa Raja-raja dan 1987 yang dipimpin oleh Datuk Najib. Mengapa tidak ada tindakan dilakukan terhadap mereka ?
Tun Yang di Pertua.
Hasrat murni rakyat untuk berhimpun secara aman dan memperingati tragedi hitam yang menimpa Sdr. Anwar Ibrahim telah diputar belitkan oleh pemimpin kerajaan Barisan Nasional.
Pemimpin Barisan Nasional mendakwa bahawa rakyat akan membawa senjata termasuklah molotov cocktail untuk melakukan rusuhan dan kacau bilau pada 14hb April adalah dakwaan yang amat tidak bertanggung jawab dan merupakan fitnah yang mesti dikutuk oleh rakyat yang cintakan keamanan dan keadilan.
Ini jelas membuktikan bahawa pimpinan kerajaan Barisan Nasional terdiri daripada mereka yang sanggup berbohong, menipu, memutar belitkan fakta dan memfitnah semata mata untuk menjaga agenda mereka untuk terus berkuasa. Tiada seorang pun daripada mereka yang ditahan didapati membawa senjata. Yang membawa senjata hanyalah polis yang bertindak kejam atas arahan ketua-ketua mereka.
Tindakan pimpinan Barisan Nasional yang memperalatkan polis ini adalah bercanggah sama sekali dengan semangat yang termaktub dalam Fasal 10 (1) (b) Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi:
" Semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata. "
Disamping itu, ia juga bercanggah dengan Artikel 20 (1) Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat yang berbunyi:
" Everyone has right to freedom of peaceful assembly and association " dengan izin dan
Article 9 Deklasi tersebut yang berbunyi: " No one shall be subjuected to arbitarary arrest, detention or exile "
Tindakan menahan pemimpin Parti keADILan Nasional dan 48 orang awam ini merosak dengan teruk semangat penubuhan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia yang baru ditubuhkan dan memalukan Malaysia dikaca mata dunia yang mendakwa kononya Perdana Menterinya adalah Wira Negara Dunia Ketiga, ( nak gelak saya mendengarnya )
Dewan yang mulia ini mestilah membuat ketetapan mengutuk tindakan kerajaan Barisan Nasional dan polis yang dengan jelas dan terang mencabuli Hak Asasi Rakyat Malaysia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat.
Dewan yang mulia ini mestilah mengambil ketetapan meminta Menteri Dalam Negeri membebaskan mereka-mereka yang ditahan dengan serta-merta atau memikul tanggungjawab menyalahgunakan kuasa menafikan hak asasi rakyat sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Saya amat kesal dengan cara keras dan ganas polis bertindak menggagalkan perhimpunan aman. Hak bersuara yang dijamin oleh Perlembagaan dimansuhkan dengan sikap pemimpin kerajaan menganggap semua bentuk perhimpunan aman sebagai mengancam keselamatan dan pemohonan mengadakan perjumpaan dan perhimpunan ditolak.
Pihak polis perlu bertindak secara profesional dan tidak membenarkan institusi polis sebagai alat dan agen mempertahankan kepentingan peribadi pemimpin rasuah dan rakus.
Saya mendesak supaya orang orang ditahan dibebaskan segera tanpa syarat. Undang undang jangan disia-siakan sebagai alat melindungi kepentingan penguasa.
Dalam tindakan kali ini, beberapa tokoh yang tidak terlibat dengan perhimpunan turut ditangkap; pejabat-pejabat Parti keADILan digeledah. Jelaslah bahawa pihak polis mempergunakan kesempatan bertindak dan menindas parti, badan-badan NGO dan aktivis yang mengkritik kerajaan.
Saya memohon menyokong usul yang dibawa oleh Ketua Pembangkang Y.B dari Pendang.
Terima Kasih
ABD RAHMAN BIN YUSOF
Ahli Parlimen Kemaman
Tindakan ganas polis di Lebuhraya Kesas telah mendapat teguran dari pihak SUHAKAM kerana melanggar Akta Polis 1967 seksyen 27(3) dan seksyen 27B dalam akta yang sama serta melanggar Hak Asasi Manusia yang digariskan dalam piagam PBB yang Malaysia juga turut menandatanganinya.

SUHAKAM telah mengeluarkan laporan khas mengenai peristewa ini pada 20 Ogos 2001 setelah 4 bulan [29.12.2000 hingga 29.4.2001] menjalankan siasatan rapi yang melibatkan pelbagai pihak yang terlibat, 30 orang awam dan 16 anggota polis yang terlibat.
Apa yang menarik dalam laporan tersebut ialah : “Saksi polis memberi testimony yang telah disediakan dan tidak mampu menjawab soalan spontan dan ada yang memberi jawaban yang bertentangan. Ramai polis yang tidak menjawab soalan dan mengatakan saksi berikut akan menjawab soalan itu dan saksi berikutnya menjawab soalan terdahulu dan tidak boleh menjawab soalan baru”.
Laporan itu mendapati pihak pasokan polis melanggar Hak Asasi Manusia, polis didadapati :
i Mengunakan kekerasan terhadap mereka yang berada di lokasi perhimpunan.
ii.Merampas barangan yang dimiliki oleh perserta perhimpunan.
iii.Mengakibatkan kerosakan hartabenda persendirian.
iv.Menyebabkan kecederaan terhadap perserta perhimpunan.
v.Melengah-lengahkan rawatan perubatan dan tidak menyediakan perubatan yang
mencukupi.vii.Layanan yang zalim dan tidak berperikemanusiaan.
viii.Mengambil kesempatan untuk mendapat pengakuan yang boleh digunakan untuk disabitkan kesalahan.
ix.Mengumpul maklumat untuk kesalahan khusus dan penafian mutlak serta dominasi oleh pihak polis ketika menyuraikan perhimpunan, penangkapan dan layanan dilokap.
Laporan khas ini dihantar ke parlimen dan tidak pernah dibincangkan sehingga kini. Banyak pihak mengkritik laporan SUHAKAM ini yang rata-rata mereka dari pihak UMNO [Zainudin Maidin, Shahril Abdul Samad, Rais Yatim dan termasuk Norian Mai ketika itu sebagai KPN] mengatakan laporan itu ‘bias’ memihak kepada pembangkang, tetapi kalau laporan itu menyokong UMNO dan kerajaan, maka laporan tersebut dianggap amat memuaskan dan amat bernilai dan diberi penghargaan yang tinggi.
Lihat pula komen Mahathir : “SUHAKAM saya ingat dia lebih terpengaruh dengan nilai barat. Kita jaga kepentingan rakyat kita, hak asasi rakyat kita ambil kira, tetapi kalau rakyat bertindak ganas, undang-undang mesti dikuatkuasakan” [Berita Harian, 23.8. 2001].
Jawapan dari Tan Sri Anuar Zainal Abidin [bekas Hakim] yang menjadi Pengerusi Jawatankuasa menyiasat kes ini : “Kami membuat rumusan semata-mata berdasarkan fakta-fakta yang terbentang di hadapan mata hasil dari soal-siasat dan temuramah yang intensif dengan saksi termasuk polis. Tidak ada gunanya untuk mengadakan siasatan terbuka jika keputusan akhir siasatan itu tidak diketahui oleh umum. Ia samalah seperti perbicaraan mahkamah. Mahkamah tidak menyembunyikan keputusan yang dibuatnya dan mengklasifikasikannya sebagai rahsia”.
Komen dari Tan Sri Musa Hitam, ketika itu sebagai Pengerusi SUHAKAM dalam majlis Ceramah Umum di Universiti Malaya pada 1 Julai 2001 : “Diwaktu zaman kolonial dulu lebih teruk keadaannya, rakyat tidak kenal erti kebebasan bercakap, namun mereka tetap bercakap menyuarakan kebenaran. Dato’ Seri Dr.Mahathir sendiri pernah bercakap mengkritik melawan PM pertama Tengku Abdul Rahman Putra pada satu ketika dulu. Walaupun dipecat dari UMNO ekoran dari tindakannya itu, dia sekarang sudah menjadi PM. Kesannya, zaman ini telah muncul beribu-ribu klon Dr.Mahathir”.
[Saya akan menulis satu tajuk : Melayu Mudah Lupa : Demontrasi ádalah Budaya Kita. InsyaAlah]
Jadi, tidak usahlah mengharap simpati dan belas kasihan daripada pasukan polis untuk menjaga keselamatan apabila pihak pembangkang menjalankan aktiviti. Mereka hanya unutk UMNO sahaja.Orang lain hanya dapat dilevelkan sebagai merbahayakan keselamatan negera. Apa hendak dihairankan dengan tindakan pasukan polis Malaysia ini, yang akan menyebabkan kita merasa hairan apabila pasukan polis dengan mesra memberi kerjasama dalam menjayakan aktiviti-aktiviti pembangkang. Semua aktiviti pembangkang semuanya levelkan sebagai memerbahayakan keselamatan negara, kecuali akativiti-aktiviti anjuran UMNO yang boleh menjaga keselamatan negara.
Apakah perhimpunan 100 ribu rakyat pada 10 November ini akan menerima nasib yang sama?
Jangkaan saya ‘YA’
Beberapa petunjuk sudah ada dihadapan mata kita sekarang kerana pasukan polis akan bertindak mengikut arahan pemimpin UMNO. Hitam kata UMNO, maka hitamlah kata pasukan polis kita. Putih kata UMNO, maka putihlah kata pasukan polis kita.
Hari ini dalam perhimpunan agung Pemuda, Khairy Jamaluddin dengan sombong dan angkoh memerintah pasukan polis menangkap penganjur perhimpunan ini [Rujuk Malaysiakini.com: http://www.malaysiakini.com/news/74453]. Kata-kata Khairy amat berbisa kerana ia adalah kata-kata Abdullah sendiri disampaikan melalui mulut celupar Khairy.
Sekali lagi lagi Khairy memanggil penganjur dan rakyat yang akan berdemontrasi dengan panggilan yang beliau amat gemari, iaitu ‘beruk’ [bapa mertuanya pula mengelar orang IBLIS]. Ini dia kata-kata seorang yang sangat inginkan kerusi PM dalam usia 40an [minta dijauhkan oleh malaikat 44] :
“Don’t be like monkeys (beruk) on streets. If you want to fight, fight in the real ring like a man. During the general elections, we (Umno Youth) will fight and we will win!” exclaimed Khairy to roaring chants of approval from delegates. [Rujuk Malaysiakini.com :http://www.malaysiakini.com/news/74459]
Banyak lagi tanda-tanda yang menunjukkan perhimpunan ini akan menghadapi halangan yang besar kerana ketika kita sibuk menyediakan kemudahan supaya perhimpunan itu dapat berjalan secara aman, tertib dan berbudaya, pada ketika yang sama UMNO sedang berhimpun di PWTC mengadakan perhimpunan tahunannya. Sudah pasti ada dikalangan para perwakilan akan membangkitkan isu ini dan mendesak UMNO [bukan kerajaan] mengambil tindakan kerana kalau dibiarkan ia akan mencalarkan badan UMNO untuk masuk bertanding dalam PRU ke-12 nanti.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Mohamad Zulkarnain Abdul Rahman dan Zulhasnan Najib Baharuddin menyatakan bahawa BERSIH perlu mengemukakan permohonan untuk mengadakan perhimpunan tersebut. Arahan ini satu perangkap. Sudah pasti permit tidak akan dikeluarkan. Maka, ia akan menjadi modal besar kepada pasukan polis bahawa perhimpunan itu adalah perhimpunan haram, walaupun jelas dalam Perlembagaan Persekutuan Artikel 10(1b) memberi hak kepada setiap warganegara untuk berhimpun secara aman. Polis juga melanggar Akta Polis 1967 seksyen 27(3) dan seksyen 27B dalam akta yang sama serta melanggar Hak Asasi Manusia yang digariskan dalam piagam PBB yang Malaysia juga turut menandatanganinya.
Langkah awal untuk menyekat perhimpunan ini telah nampak jelas. Pihak polis melalui ASP Amran Mohd Husin, Bahagian Jenayah Kormisial telah memanggil Enam daripada Ahli Jawatankuasa Bersih terdiri daripada Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, AJK Bersih, Sivarasa Rasiah, Johari Abdul, Khairul Annuar Zainuddin (Jonah), Tian Chua dan Ronnie Liu dipanggil ke Bukit Aman bagi memberi kenyataan mengenai Gabungan BERSIH di bawah akta pertubuhan.
[Rujuk Harakahdily.net : http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/utama/himpunan-10-nov-mohd-sabu-lima-ajk-bersih-dipanggil-ke-bukit-aman.html]
Dalam pada itu, penyebaran risalah,CD, ancaman, ugutan, pusat info perhimpunan ini telah dihackedkan dan bermacam-macam lagi taktik dan strategi telah digunakan untuk membatalkan perhimpunan tersebut. Baca link-link disediakan ini :
http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/utama_lead/sb-jadi-dalang-untuk-gagalkan-perhimpunan-10-november.html
http://chegubard.blogspot.com/2007/11/terbarubeberapa-blog-cuba-digodam-laman.html
http://aminiskandar.wordpress.com/2007/11/04/website-bersih-telah-dihacked-perhimpunan-akan-tetap-diteruskan/
Kesimpulannya, pasukan polis akan mencari jalan dan bertindak membatalkan perhimpunan ini. Adalah menjadi tanggungjawap seluruh rakyat yang cintakan kebenaran, keadilan, system pengurusan Negara yang ada intergriti, ketulusan dan beramanah, maka perhimpunan ini wajib diteruskan walaupun apa rintangan yang bakal mendatang. Adalah menjadi resam dunia, Negara yang ditadbir secara demokrasi terpimpin atau autokritik, pasukan polis dan tentera akan dijadikan benteng pertahanan mempertahankan kerajaan yang kurop seperti apa yang sudah berlaku di Indonesia, Filipina dan Iran.
Banyak rakyat yang menjadi mangsa kekajaman kerajaan yang zalim dan kurop seperti rakyat Malaysia hadapi sekarang ini. Banyak rakyat Indonesia, Filipina, Iran dan sebagainya terkorban untuk menegakkan sebuah kerajaan yang bersih, demokratik, bebas dan adil.
Teruskan perjuangan.
Seluruh rakyat mendoakan kesejahteraan anda semua. Allah tetap bersama-sama dengan kita, sekiranya kita berjuang semata-mata keranaNya, bukan untuk kuasa, kedudukan dan kekayaan.
Luangkan masa jenguk-jeguklah blog saya : http://tuntelanai.blogspot.com/
Ada banyak bahan yang boleh dijadikan pengetahuan dan hiburan diblog saya satu lagi: http://demang.blogmas.com/
“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”
Sekian, wassalam. Terima kasih. Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment