DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Monday, November 12, 2007

LIHAT KERJA-KERJA IBLIS

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,



Iblis @ syaitan adalah makhlok ciptaan Allah s.w.t, sebagaimana Allah mencipta mencipta manusia dengan tujuan untuk beribadat kepadaNya, tetapi iblis engkar kerana pada fikirannya ia lebih mulia daripada manusia. Iblis dijadikan daripada api, manakala manusia dijadikan daripada tanah.


Oleh itu, dari asal kejadiannya, iblis kerjanya membuat honar dan kejahatan di muka bumi ini. Ia merayu dan mengoda manusia supaya manusia jahat perangainya seperti dia juga. Iblis berasal daripada api dan tabiatnya menyesatkan manusia. Oleh itu ia wujud di mana saja manusia berada. Ia mempunyai kebolehan menyerupai sesuatu di alam nyata, memperalatkan tubuh manusia, malah boleh hidup dalam badan orang yang disukainya.


Mengikut sebuah hadis Turmizi Turmizi, “Malaikat menggunakan jalan itu untuk meniupkan ilham yang baik maka syaitan pula menyampaikan bisikan jahat dan mendustakan Allah…


قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلاَّ تَسجُد إذ أَمَُرتُكَ قَالَ اَنَاخَيرٌ مِنهُ خَلَقتَنِى مِن نَارٍ وَخَلَقتَهُ مِن طِينٍَ


Allah bertanya . Apakah yang menghalang kamu dari sujud ( kepada Adam ) apabila aku menyuruh kamu, lalu iblis berkata, aku lebih baik dari Adam, kau menjadikan aku dari api dan kau menjadikannya ( Adam ) dari tanah.
Al A'raf 12


Dalam konteks ini, PDRM bolehlah disamakan dengan kerja-kerja yang dijalankan oleh iblis laknatullah itu. Sebab saya berkata sedemikian kerana PDRM kerja-kerjanya adalah untuk mempertahankan kerajaan UMNO yang dibentuk secara HARAM. Kerajaan UMNO yang ada pada hari ini adalah HARAM dan tidak sah Bahaslah dari segi apa pun kerajaan ini adalah kerajaan HARAM.


Jika, dipandang dari sudut amalan demokrasi, awal-awal lagi UMNO tidak sah membentuk kerajaan yang ada pada hari ini. Pilihanraya yang diadakan hanyalah amalan sandiwara. UMNO berpakat dengan SPR, PDRM, JPN, media dan menggunakan seluruh jentera-jentera kerajaan [baca hak rakyat] dan setkan untuk menang dalam setiap pilihanraya. Amalan rasuah, politik wang, salah guna kuasa, menggunakan kedudukan dan menyelewengkan amanah rakyat untuk terus berkuasa adalah salah dari segi amalan demokrasi dengan menafikan pihak lain untuk menggunakan kemudahan tersebut.

Dari, sudut agama, tidak payah cakaplah hukumnya berdosa dan kerajaan yang wujud hari ini tidak mendapat sebarang keberkatan dari langit [Allah s.w.t]. Rakyat dan Negara ditimpa berbagai musibah. Kemiskinan, kemelaratan semakin bertambah, jenayah semakin meningkat, pasukan polis telah hilang kehormatan, malah dibunuh seperti katak, berbagai penyakit social muncul dan lain-lain.


Lihat gambar di bawah, PDRM sanggop menyambung tugas Iblis untuk mempertahankan sebuah kerajaan yang HARAM dan kurop. Rakyat yang ingin menegakkan amal-makrof, nahi-mungkar, bangkit berjuang untuk mengembalikan haq rakyat dan memperbaiki system pengurusan Negara supaya lebih dan berfaedah kepada rakyat dipukul, ditendang, ditumbuk, dilepaskan warter canon dan gas pemedih mata. Para pemimpin dan penyokong kerajaan yang zalim dan kurop tidak diapa-apakan :




"SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA"
"PROTES SAMPAI TURUN"

Sekian.Wassalam.

No comments: