DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Sunday, November 25, 2007

KECEMERLANGAN PAK LAH, FAKTA ATAU MAINAN?

Oleh Dr Fikrah
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=4770
DiBawa Oleh : Tun Telanai
Assalamu'akikm w.wr,


Benarkah apa yang didakwa oleh Berita Harian, yang menyatakan bahawa Merdeka Centre telah membuat kajian yang menunjukkan bahawa kepimpinan Pak Lah mendapat penarafan tinggi? Segala persoalan ini akan dijawab di dalam penulisan ini, bagaimana cara yang digunakan oleh mereka boleh dikatakan mendapat penarafan tinggi? Tetapi, sebelum kita memahami penipuan wayang kulit ini, mari kita kaji dahulu apa yang ditulis dan dinyatakan oleh Berita Harian, siap dengan muka Pak Lah mengcover hensem lagi tu. Berita Harian

s
Kaji selidik menunjukkan kepemimpinan BN dapat penarafan tinggi KUALA LUMPUR: Penerimaan rakyat terhadap kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Barisan Nasional (BN) untuk tempoh setahun sejak Oktober 2006 berada pada tahap stabil iaitu purata 71 peratus.

Kaji selidik Merdeka Centre, sebuah pusat penyelidikan tempatan mendapati, penarafan tertinggi dicatat di kalangan orang Melayu dengan peningkatan empat peratus kepada 84 peratus berbanding tahun lalu, manakala masyarakat India turut menunjukkan perubahan positif apabila angka 62 peratus tahun lalu meningkat kepada 79 peratus.

Pengumuman kenaikan gaji kakitangan awam dan pelaksanaan pelbagai projek pembangunan wilayah di Selatan, Utara dan Pantai Timur Semenanjung membantu meningkatkan lagi keyakinan rakyat kepada pemimpin negara itu. Pengarah firma Merdeka Centre, Ibrahim Suffian, berkata janji Abdullah kepada rakyat sebaik dilantik sebagai Perdana Menteri pada 2004 untuk rakyat bekerja bersama beliau juga antara faktor yang meningkatkan tahap kepercayaan umum kepada kebolehan serta kepemimpinannya

Berdasarkan kaji selidik itu, secara purata tahap penerimaan terhadap kepemimpinan Perdana Menteri dan kerajaan BN semakin meningkat, bermula dari 70 peratus pada Oktober tahun lalu. "Jumlah responden yang bersetuju bahawa Abdullah masih berkuasa sebagai Perdana Menteri meningkat daripada 59 peratus kepada 61 peratus, manakala 62 peratus responden bersetuju Presiden Umno itu membuat keputusan yang boleh memberi kesan berkaitan isu penting, iaitu meningkat tiga peratus berbanding setahun lalu.

"Pelbagai isu yang timbul sama ada berkaitan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan wakil rakyat serta isu perkauman seperti diperkatakan sepanjang Perhimpunan Agung Umno tahun lalu termasuk isu penggunaan keris oleh Pemuda Umno, tidak banyak memberi kesan kepada Perdana Menteri secara peribadi.

"Sebaliknya, tahap keyakinan masyarakat kepada beliau dalam melaksanakan pentadbiran kerajaan kekal positif," katanya ketika ditemui di Bandar Baru Bangi. Tinjauan pendapat itu dijalankan dengan kerjasama The New Straits Times Press (M) Berhad membabitkan 1,024 responden berusia lebih 21 tahun yang mendaftar sebagai pengundi.

Ia bertujuan mendapatkan pandangan umum mengikut perspektif ekonomi, keselamatan awam, isu semasa dan kepemimpinan nasional, selain pendapat mengenai pilihan raya umum akan datang. Responden yang dihubungi serta dipilih secara rawak antara 20 Oktober hingga 6 November itu membabitkan 55 peratus penduduk bandar dan 45 peratus dari luar bandar, yang masing-masing dengan latar belakang pendidikan berbeza.

Ibrahim berkata, sebanyak 77 peratus responden orang Melayu berpuas hati dengan keberkesanan Perdana Menteri dalam membuat keputusan penting, iaitu peningkatan lima peratus sejak April lalu, begitu juga bagi kaum India yang menunjukkan peningkatan 18 peratus untuk tempoh sama. "Orang Melayu dan India memberi pandangan sama berkaitan kuasa Abdullah sebagai Perdana Menteri apabila responden yang mewakili kedua-dua masyarakat itu mencatatkan 76 peratus iaitu paling tinggi bagi kaum India dengan peningkatan 26 peratus," katanya.

Beliau berkata, isu lain seperti kenaikan harga barang, terutama kenaikan harga petroleum sebanyak 30 sen pada Februari 2006, selain minyak masak dan gula yang turut meningkatkan kos hidup serta masalah pengangguran, juga diketengahkan untuk perhatian kerajaan. Ibrahim berkata, kajian itu mendapati Abdullah yang juga Presiden Umno mendapat sokongan padu orang Melayu dan dihormati sebagai individu menjadi simbol kepemimpinan negara Islam dan parti yang memperjuangkan masa depan mereka.

"Kepercayaan rakyat kepada beliau (Abdullah) tidak dapat disangkal, malah kaji selidik itu juga mendapati di kalangan ahli pembangkang juga dapat menerima beberapa pandangan dan rancangan pembangunan yang diilhamkan beliau," katanya. Ulasan Di dalam berita ini, telah diboldkan beberapa hasil kajian yang dikemukakan, dan telah diitalickan hasil kajian yang tidak diperincikan. Baca dengan teliti dan fikir dengan akal yang waras dan professional. Jangan bertindak melulu di dalam membuat keputusan.

Beberapa pertikaian berkenaan kajian Merdeka Center juga akan disenaraikan di sini.

1. Kaji Selidik hanyalah sebuah kajian Kaji selidik yang dijalankan oleh sebuah pusat penyelidikan tempatan, yang telah diketuai oleh Ibrahim Suffian, hanyalah sebuah kajian yang seketul, dan tidak boleh diletakkan sebagai satu keputusan umum.

Ini kerana, di Malaysia sahaja, bukan hanya terdapat sebuah pusat penyelidikan, dan hasil-hasil kajian mereka berkenaan dengan politik tidak pernah didedahkan di dalam akhbar. Satu ketika dahulu, ketika Mufti Perak mengumumkan bahawa sebuah kajian berkenaan bilangan orang murtad, sudah mencapai ke tahap yang memeranjatkan semua pihak termasuk kerajaan Hadhari sendiri.

Lalu, dengan bangganya mereka mempertikaikan bahawa Mufti Perak telah membuat satu kesilapan, sedangkan beliau telah memaklumkan terlebih dahulu bahawa ia adalah satu kajian. Hari ini, seketul kajian, yang dijumpai di dalam banyak-banyak kajian yang menunjukkan kemerosotan pimpinan Pak Lah, telah dinaikkan, seolah-olah ia merupakan sebuah fakta yang sebenar. Walaupun seribu lagi kajian yang menolak kepimpinannya sebagai PM, ia tidak perlu didedahkan, "yang seketul inilah yang penting".

2. Kajian dibandingkan dengan "tahun lalu" Telah dinyatakan di dalam berita tersebut bahawa ia dibandingkan dengan tahun lalu, bukannya dibandingkan dengan zaman pemerintahan Mahathir lagi. Apa yang masih diragui di sini ialah, kenapa membandingkan dengan tahun lalu, dan terus membuat keputusan bahawa kepimpinan Pak Lah sebagai sebuah kepimpinan yang cemerlang? Kemungkinan boleh diandaikan dengan mengatakan bahawa, sewaktu permulaan kepimpinan Pak Lah, Malaysia mengalami sebuah kemerosotan (yang tidak dinyatakan di dalam kajian tersebut) yang cukup memalukan, dan sejak akhir-akhir kepimpinan Pak Lah, menjelang pilihanraya, barulah mereka tergesa-gesa membuat itu dan ini, melancarkan itu dan ini dan sebagainya.
3. Siapakah 1024 yang telah berdaftar sebagai pengundi itu? Di dalam berita tersebut dinyatakan bahawa ia telah dipilih secara rawak. Benarkah? Perkara ini tidak boleh disahkan melainkan dinyatakan dan didedahkan per-individu. Sekiranya semua yang mengundi tersebut telah dirujuk kep

Berkemungkinan, boleh juga dikatakan bahawa 1024 itu kesemuanya ahli UMNO, dan di dalam kesemua mereka yang totok UMNO, hanya 61 peratus sahaja yang bersetuju untuk mengekalkan Pak Lah menjadi PM dan selebihnya berkemungkinan menyokong Najib, ataupun PAS sendiri. Logikkan?

4. Bukan pengundi yang sama Kenapakah dikatakan bahawa pengundi-pengundi tersebut dihubungi dan dipilih secara rawak di antara 20 Oktober hingga 6 November? Bagaimanakah keputusan perbandingan dengan tahun lepas boleh dikeluarkan. Penjelasannya begini, sekiranya kajian ini dibuat untuk membandingkan dengan tahun lepas, kenapakah ia baru dipilih sekarang

Ini menunjukkan bahawa pengundi-pengundi tersebut adalah berbeza. Boleh sahaja dikatakan bahawa untuk menampakkan gimik kecemerlangan UMNO, pada tahun lepas telah dipilih secara rawak sebagai pengundi dan hasilnya agak merosot. Pada tahun ini, telah dibuat pilihan baru, yang berkemungkinan dipilih berdasarkan keahlian UMNO, lalu menampakkan keputusan peningkatan, sedangkan ia hanyalah wayang!

5. Kajian berdasarkan tahun atau bulan? Perkataan " sejak April lalu, bagaimanakah boleh dikatakan bahawa kajian tersebut mengikut bulan sedangkan ia dibandingkan dengan tahun lalu? Dan semua pengundi yang dikatakan berdaftar tersebut dipilih secara rawak pada 20 Oktober sehingga 6 November, sedangkan ketika April siapakah yang membuat undian? Bagaimanakah keputusan ketika April boleh dikeluarkan?

6. Ahli pembangkang turut mengundi? Bagaimanakah mereka tahu yang si pengundi tersebut pembangkang? Berkemungkinan besar, ramai sahaja totok UMNO yang boleh menyamar. Apa yang tidak dipersetujui di sini ialah ia merupakan satu kenyataan yang tidak berasas dan lari daripada fakta. Persoalannya "tahu mana dia tu pembangkang?" Sekiranya dipilih secara rawak, bagaimakah pula boleh dipastikan bahawa mereka yang dihubungi tersebut merupakan seorang pembangkang?

Berkemungkinan besar, sekiranya kajianini benar, tetapi telah ditipu, dan ia menjadi kebanggaan Ibrahim Suffian sendiri yang bakal menjadi proksi Pak Lah. Kesimpulan Kaji selidik yang dijalankan dan dilaksanakan tersebut, masih tidak boleh diletakkan sebagai fakta, tetapi ia cuma mainan wayang si UMNO untuk mengelirukan rakyat Malaysia. Kajilah sendiri, siapakah Ibrahim Suffian itu? Sebarang kajian boleh ditipu, tetapi fakta yang terdedah di hadapan mata, tiada siapa yang mampu mengubahnya.

Berjihadlah menentang UMNO

"SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA"
"PROTES SAMPAI TUFUN"

Sekian.Wassalam.

No comments: