DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Sunday, October 7, 2007

APA KHABAR HISHAMUDDIN DAN KJ :PERWAKILAN PEMUDA GERAKAN TELAH MENGHUNUS KERIS

DiBawa Oleh: Tun Telanai

Rujuk :
http://www.malaysiakini.com/news/73280

Assalamu’alaikum.wm.wrt,

Tahun lepas dalam perhimpunan agung UMNO, dengan megah, sombong dan anggkoh Ketua Pemuda UMNO Hishamuddin Tun Hussein dan naibnya Khiry Jamaluddin menjulang keris mengancam sesiapa yang berani mencabar hak keistemewaan orang Melayu khususnya hak UMNO untuk meneruskan dasar ekonomi baru dalam bentuk baru yang dikenali sebagai Dasar Pembangunan Nasional [DPN],

Banyak orang Melayu dari luar kelongsong UMNO tidak bersetuju dengan cadangann tersebut. UMNO yang menyebabkan DEB gagal. Setelah lebih daripada tiga dekad DEB dilaksanakan, pencapaiannya hanyalah sekitar 19% sahaja. Kegagalan ini amat memalukan. Perlaksanaannya tidak tulus dan banyak penyelewengan yang berlaku. Tidak semua orang Melayu yang mendapat faedah dasar DEB, hanya segelintir dikalangan kaum bumiputra orang Melayu daripada golongan UMNOPUTRA sahaja yang menerima faedahnya. Sebahagian besar orang Melayu dan lain-lain bumputra terpinggir.

Tindakan Lian Teck Lai merupakan satu tindakan yang bijak. Kata-katanya banyak mengandungi perkataan yang menyindir dan memerli dua orang tokoh Pemuda UMNO itu.

Sila baca artikel yang dipetik daripada Malaysiakini.com :
Seorang perwakilan Pemuda Gerakan menggamatkan persidangan tahunan pergerakan itu di Kuala Lumpur hari ini apabila beliau mengangkat dua bilah keris 'gergasi' ketika menyampaikan ucapannya.
Lian Teck Lai dari bahagian Kuala Kedah, mengangkat keris yang diperbuat daripada styrofoam yang bersaiz besar itu, sambil meniru gaya Ketua Pemuda Umno, Datuk Hishammuddin Hussein menghunus keris.
Sebelum ini, Hishammuddin pernah menghunus keris sewaktu perhimpunan pergerakan Pemuda Umno tahun lalu dan tindakannya itu dikritik hebat oleh Pemuda MCA dan Pemuda Gerakan.
"Saya mengangkat sepasang keris di sini bukan hendak melawan sesiapa, pun bukan untuk mencabar sesiapa, dan saya bukan hendak berjuang untuk sesiapa, (kepada) kawan-kawan di media, tujuan saya berlainan dengan Ketua Pemuda Umno.
"Saya hanya hendak menunjukkan satu simbol perpaduan untuk semua bangsa. "Saya berharap bila Datuk Hishammuddin menghunus keris lain kali, beliau akan melaungkan perpaduan kepada semua rakyat Malaysia," katanya sambil disambut tepukan gemuruh para hadirin.
Oleh itu, Lian meminta para media supaya jangan menyalahtafsirkan tindakannya mengangkat sepasang keris tersebut.
Lulus 11 resolusi
Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa Pemuda dan Wanita Gerakan meluluskan sejumlah sebelas resolusi, antaranya, meminta supaya usaha membanteras jenayah di negara ini dipertingkatkan berikutan kes jenayah yang membabitkan kanak-kanak dan wanita semakin meningkat.
Pemuda Gerakan meluluskan tujuh resolusi manakala Wanita empat. Dalam resolusinya, Pemuda Gerakan mendesak kerajaan supaya meninjau dengan terperinci faktor asas dan latarbelakang sosial yang menyebabkan meningkatnya kadar jenayah selain merangka pendekatan berkesan untuk membanteras jenayah.
Pergerakan itu turut menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan tegas membanteras gejala rasuah, memperbanyakkan program membantu golongan miskin di bandar dan luar bandar selain menggesa lebih banyak peruntukan disediakan bagi mendirikan lebih banyak taska prasekolah. Pergerakan itu juga menggesa kerajaan agar menjadikan semua sekolah kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) (Cina) dan SJK (Tamil) sebagai sekolah bantuan penuh tanpa syarat selain menggesa kerajaan mewujudkan suasana perniagaan yang lebih liberal bagi menarik lebih banyak pelaburan asing.
Wanita Gerakan pula dalam resolusinya menggesa kerajaan supaya meningkatkan keberkesanan pasukan polis dalam membanteras jenayah dengan memastikan rondaan dijalankan dengan rapi dan lebih kerap. Mereka juga mahu bilangan anggota polis ditambah dan kajian dilakukan bagi mengkaji punca-punca jenayah selain mengambil tindakan segera mengatasinya.
Resolusi lain yang diluluskan oleh Wanita Gerakan ialah menggesa kerajaan mengambil langkah-langkah mempertahankan matlamat-matlamat bersifat liberal dan demokratik; memastikan jentera pentadbiran negara berwibawa, berintegriti tinggi dan telus selain meminta Kerajaan Persekutuan mengambil langkah-langkah positif bagi meningkatkan penglibatan wanita dalam struktur kuasa dan membuat keputusan. Sejumlah 593 (48.13 peratus) daripada 1,232 perwakilan Pemuda dan 456 (44.06 peratus) daripada 1,035 perwakilan Wanita menghadiri persidangan tahunan masing-masing yang diadakan secara berasingan di ibu pejabat parti itu di sini.
Selamat mengerjakan Ibadah Puasa semoga mendapat hidayah dan keberkatan dan selamat menyambut Aidil Fitri-Maaf zahir dan bathin.
"SELAMATKAN RAKIYAT DAN SELAMATKAN NEGAR"
"PROTES HINGGA TURUN"
Sekian, terima kasih.Wassalam.

No comments: