Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,
Assalamu’alaikum wm.wrt,
Minggu lepas, selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 18 Oktober 2007 memutuskan bahawa kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Keselamatan Dalam Negeri [bermaksud pegawai-pegawai polis yang terlibat seperti Abdul Rahim Md. Noor ketika itu Ketua Polis Negara dan Borhan Daun Pegawai Polis melakukan tindakan biadap seperti seekur binatang ganas berperangai IBLIS ’ menyeksa Abdul Malik Hussin tanpa ada sedikit IHSAN] menjadi tajuk besar semua media massa di Malaysia khususnya di internet membincangkan isu ini.
Isu ini menjadi menarik kerana pertama, hujah-hujah penghakiman yang dibuat oleh Hakim Dato’ Mohd Hishamudin Mohd Yunus. Kedua, kes ini menelanjangkan keseluruhan tindakan ganas, biadap, kurang ajar, zalim, pengganas berlesen, binatang dan iblis telah berjaya melekat di pasukan polis ketika berhadapan dengan orang-orang yang ditahan untuk disoalsiasat. Ketiganya ialah peribadi Hakim Mohd Hishamudin itu sendiri menarik perhatian public.Tidak banyak hakim-hakim di Malaysia [termasuk bekas-bekas Ketua Hakim yang lalu] bersifat adil, berani, tegas dalam menegakkan kebenaran. Seorang lagi yang berani ialah Hakim Mohamad Kamil Awang yang terlibat dalam kes pilihanraya di Likas.
Dalam blog saya kali ini saya kutip berita yang ditulis oleh Lee Ban Chen daripada Malaysiakini.com dan Shahanaaz Habib (The Star yang disiarkan oleh laman Detik daily. Ikuti kisah yang menarik ini:
---------------------------------------------------------------------
PENGHAKIMAN BERSEJARAH MENGENAI ISA
Lee Ban Chen
Oct 24, 07 5:36pm
DipetikDaripadanMalaysiakini.com : http://www.malaysiakini.com/columns/73955
Bila mata saya terbaca tajuk berita “Malek dapat RM2.5 juta salah tahan ISA”, amat sukar hendak saya mempercayai kebenarannya. Kerana pada prinsip perundangan, mana ada penahanan ISA tanpa dibicarakan di mahkamah itu bukan “salah tahan” pada erti kata sebenarnya, tapi pada beribu-ribu bekas tahanan ISA itu, siapakah yang pernah dibayar gantirugi?
Bagaimanapun, justeru kerana kemenangan Abdul Malek Hussin - seorang bekas tahanan ISA - itu adalah di luar jangkaan, maka ia harus dialu-alukan sebagai suatu kemenangan bersejarah bagi perjuangan menentang kezaliman ISA, bukan cuma dari segi bayaran gantirugi, tetapi yang lebih bermakna ialah dari segi peningkatan semangat juang untuk memansuhkan undang-undang zalim itu.
Maklumlah, apa yang dialami Abdul Malek bukan kes terpencil, tetapi pengalaman tipikal para tahanan ISA yang dianggap ‘keras’ dan ‘degil’, dan ingin sangat dipatahkan semangatnya agar dapat di‘turn-over’ ke pihak kerajaan.
Seksaan mental dan fizikal yang dialami Abdul Malek - termasuk kurungan seorang diri, dibogelkan dan dipaksa berdiri di depan penghawa dingin, dibelasah beramai-ramai sehingga pengsan dengan tangan digari ke belakang dan mata tertutup, kemaluan dan duburnya dipukul dan dicucuk dengan benda keras, dipaksa minum air kencing dan makan tahi anjing, digertak akan disuntik dengan virus HIV dan anak-anak dan isterinya akan diganggu, dilarang berjumpa dengan doktor, ahli keluarga dan peguamnya, dilarang membuat aduan polis dan memfailkan permohonan habeas corpus, diugut akan ditahan semula bila-bila saja dan sebagainya - memang amat dahsyat dan menakutkan.
Namun berbanding dengan tahanan-tahanan - yang selepas diseksa menjadi tidak siuman, membunuh diri atau cuba membunuh diri, mati dalam tempat tahanan atau tak lama selepas dibebaskan menghidap pelbagai penyakit kronik dan sebagainya - Abdul Malek masih boleh dianggap bernasib baik, meskipun dari segi psikologi kesan pasca-seksaan masih terus-menerus menghantuinya.
Yang amat menggalakkan ialah dalam penghakiman setebal 41 halaman itu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus telah memutuskan bahawa Abdul Malek berhak mendapat gantirugi kerana penahanannya pada malam 25 September 1998 di bawah ISA itu adalah menyalahi undang-undang dan dilakukan secara mala fide (dengan niat jahat).
Katanya, pelakuan para defendan adalah tidak berperikemanusiaan, kejam dan hina, kerana plaintif (Abdul Malek) bukan sahaja ditangkap dan ditahan secara salah selama 57 hari tetapi juga turut disakiti, diaibkan dan didera secara fizikal dan mental.
'Dakwaan kosong'
Tambahnya lagi, dakwaan defendan bahawa plaintif terlibat secara langsung di dalam perhimpunan-perhimpunan haram yang diakhiri dengan kacau bilau, hanya dakwaan kosong tanpa bukti material.
Dan cara soal siasat jelas untuk tujuan politik bagi mengumpul maklumat risikan dan tidak ada kena-mengena dengan soal keselamatan negara. Dengan kata lain, penahanan sejak dari awal adalah mala fide.
Tidak dapat dinafikan bahawa penahanan Abdul Malek adalah sama seperti penahanan Tian Chua, Hishammuddin Rais, Saari Sungip, Ezam Mohd Nor, Dr Badrulamin Bahron, Lokman Adam dan pemimpin-pemimpin Gerakan Reformasi yang lain, yang tiada kena-mengena dengan keselamatan negara, tetapi untuk tujuan politik bagi mensabotaj dan mengkucar-kacirkan Gerakan Reformasi yang dianggap telah mengancam pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Jika diimbas kembali proses perkembangan politik negara kita, Undang-undang Darurat 1948 telahpun diperalatkan penjajah British untuk menumpaskan PKM, PKMM, API, AWAS dan pertubuhan-pertubuhan kiri yang lain pada hujung tahun 1940-an hingga awal 1950-an. Selepas ‘merdeka’, peranan Undang-Undang Darurat telah diambil alih oleh ISA 1960 dan diperalatkan Perikatan/BN untuk menumpaskan Barisan Sosialis dahulu dan Barisan Alternatif sekarang.
Pendek kata, jika ISA tidak dimansuhkan, maka sudah barang tentu ia akan terus diperalatkan oleh BN untuk menindas parti-parti dan badan-badan bukan-kerajaan yang menganjurkan reformasi politik untuk menentang hegemoni Umno/BN yang mengamalkan dasar-dasar korapsi, kronisme dan nepotisme, dan apa yang dinamakan sistem demokrasi berlandaskan pilihanraya umum juga merupakan tipu daya semata-mata.
Rasanya, Hakim Mohd Hishamudin Mohd Yunus telah menyedari peranan Jabatan Cawangan Khas Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai ejen kerajaan dalam menindas pembangkang, maka ditegasnya bahawa jabatan tersebut bukan sahaja perlu bersikap berkecuali, tetapi juga perlu dilihat berkecuali dan tidak memihak kepada sesiapa, termasuk dalam politik.
Datuk Shahrir Abdul Samad, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagaimanapun menolak andaian bahawa PDRM telah dijadikan ejen oleh parti pemerintah untuk menekan pengaruh parti pembangkang pada masa itu dengan alasan kes terbabit berlatarbelakangkan rusuhan.
'Taktik basi'

Mengaitkan Gerakan Reformasi dengan ‘rusuhan’ - umpama mengaitkan pimpinan Barisan Sosialis dengan ‘aktiviti subversif ’ dan ‘komunis’ - adalah suatu taktik yang sudah basi. Seperti hujah penghakiman, tanpa bukti material ia hanya dakwaan kosong!
Yang signifikan ialah Hakim Mohd Hishamudin Mohd Yunus telah menekankan amalan mendera tahanan oleh polis tidak pernah dan tidak akan disokong oleh mahkamah. Mahkamah perlu menunjukkan kebenciannya terhadap perbuatan itu.
Justeru, tambahnya, pemberian gantirugi teladan itu perlu untuk menunjukkan kebencian mahkamah terhadap penyalahgunaan kuasa di bawah ISA. Sebarang penyalahgunaan kuasa perlu ditimbal balas dengan pemberian gantirugi teladan bagi memastikan penyalahgunaan kuasa itu dapat disekat pada tahap seminimalnya, jika pun tidak dapat dibasmikan sama sekali.
Dalam hiruk-pikuk skandal klip video Linggam yang memberi pukulan tuntas terhadap kredibiliti dan kebebasan kehakiman negara kita, penghakiman berani terbabit memberi nafas baru kepada bidang kehakiman yang menghampakan. Kini yang dinanti-nantikan ialah sama ada kerajaan Abdullah Ahmad Badawi juga mempunyai kebencian yang sama terhadap penyalahgunaan kuasa di bawah ISA.
Jika jawapannya adalah positif, maka penghakiman terbabit akan dikekalkan sebagai suatu 'precedent' yang membanggakan dan disusuli dengan pemansuhan ISA yang terbukti bertentangan dengan prinsip perundangan dan hak-hak asasi manusia.
MOHD HISHAMUDIN MOHD YUNUS, HAKIM YANG MENCETUSKAN KONTROVERSI
Oleh Shahanaaz Habib (The Star)
Terjemahan Muhamad Nor Abd Samad
http://www.detikdaily.net/m3/modules.php?
name=News&file=article&sid=930&mode=thread&order=0&thold=0
name=News&file=article&sid=930&mode=thread&order=0&thold=0
Dia bukanlah orang baru dalam bidangnya. Hakim Mahkamah Tinggi, Dato' Mohd Hishamudin Mohd Yunus yang memerintahkan supaya seorang bekas tahanan ISA dibayar ganti rugi sebanyak RM2.5 juta kerana ditahan tanpa mengikut prosedur undang-undang, dan dipukul sewaktu dalam tahanan, jelas merupakan seorang hakim yang perlu diberikan perhatian.
Dari satu sudut, beliau pernah mengendalikan beberapa kes berprofil tinggi dan cukup menarik. Selain itu, beliau pernah membuat beberapa penghakiman yang dianggap mercu tanda dan untuk beberapa kali komennya dalam mahkamah telah mengejutkan kalangan ahli politik.
Ambil satu contoh, dalam bulan May 2001 dalam penghakimannya beliau memerintahkan supaya dua orang aktivis reformasi, N. Gobalakrishnan dan Abdul Ghani Haroon yang ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dibebaskan segera. Kedua-duanya merupakan individu yang cukup lantang bersuara dan terlibat aktif dalam gelombang reformasi berikutan pemecatan bekas Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Lima puluh hari selepas mereka ditangkap, Hakim Hisahamudin memutuskan bahawa penahanan mereka salah dari segi undang-undng atas hujah terdapatnya penyalahgunaan kuasa di pihak berkuasa yang membuat penahanan dan kegagalan pegawai yang menangkap mewajarkan penangkapan tersebut.
Beliau memutuskan bahawa terdapatnya keputusan yang tidak matang di pihak Ketua Polis Negara (KPN) dan pengarah Polis Cawangan Khas untuk menahan kedua-duanya selama lebih 30 hari dan mereka juga didapati 'tidak diberikan dan dinafikan' khidmat guaman serta hak berhubungan dengan ahli keluarga sehingga kepada tarikh kes mereka didengari.
Hakim Hishamudin, yang mempunyai Ijazah Undang-Undang daripada London School of Ekonomics and Political Science yang berprestij itu, telah menimbulkan kekecohan dalam penghakiman 28 muka suratnya apabila beliau berkata bahawa masanya telah tiba bagi Parlimen mengkaji semula kesesuaian ISA yang pada asalnya diwujudkan untuk membanteras keganasan.
Beliau menyeru undang-undang tersebut dikaji semula bagi menghalang ia disalahgunakan.
Sementara pengamal undang-udang bergembira dengan cadangan beliau itu, namun ia tidak mendapat sambutan yang baik di pihak kerajaan.
Dato' Rais Yatim yang pada ketika itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, bukan tugas hakim untuk menentukan undang-udang mana yang perlu dipinda.
Tetapi Pertubuhan Undang-Undang Asean dipetik sebagai berkata, para hakim boleh memberi komen terhadap undang-udang yang digunakan dan mempunyai tanggung jawab untuk memberitahu Parlimen apabila terdapatnya undang-undang yang sudah lapuk dan tidak lagi sesuai.
Hisahamudin, anak kelahiran Negeri Sembilan yang menjadi Hakim Mahkamah Tinggi pada bulan Oktober 1995, juga pernah mengendalikan kes-kes politik yang menarik.
Dalam bulan Ogos 2005, beliau telah menganugerahkan RM4.5 juta kepada Anwar dalam saman malunya terhadap Dato' Abdul Khalid @ Khalid Jafri Bakar Shah, pengarang buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM.
Menjelaskan keputusannya memberikan anugerah yang begitu besar, Hisahamudin berkata, fakta dan keadaan kes tersebut adalah unik, justeru ganti rugi yang diberikan mesti mencerminkan kekhususan kes tersebut.
Dalam kes lain yang diidengari pada bulan Ogos 2005 di mana Anwar menyaman Kerajaan, Menteri Dalam Negeri dan KPN Tan Sri Rahim Noor berhubung tindakan ganas polis dan insiden mata lebamnya sewaktu dalam tahanan polis pada bulan September 1998, Hishamudin juga mengendalikan kes tersebut.
Beliau membatalkan saman tersebut apabila semua pihak bersetuju untuk menyelesaikan kes tersebut di luar mahmakah di mana Timbalan Perdana Menteri yang dipecat telah dibayar dengan sejumlah bayaran yang tidak didedahkan, dan Rahim telah memohon maaf secara terbuka di mahkamah kepada Anwar.
Kes lain yang juga penting pernah didengar Hishamudin melibatkan Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Tamby Chik yang menyaman bekas ketua penerangan Parti Keadilan Nasional (kini Parti Keadilan Rakyat) Ruslan Kassim sebanyak RM15 juta kerana menyebarkan fitnah.
Tetapi sekali lagi Hakim Hishamuddin tidak perlu membicarakan kes tersebut kerana dalam bulan Januari 2004, beliau mengumumkan bahawa kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menyelesaikan kes tersebut di luar mahkamah, dan Ruslan telah memohon secara terbuka dimahkamah kepada Rahim.
Beliau juga turut mendengari kes yang menggemparkan negara dalam bulan Oktober 200 di mana pemandu bas ekpress Hanafi Mat Hassan dituduh merogol dan membunuh jurutera komputer Noor Suzaily Mukhtar, penumpang bas tersebut.
Suzaily mengalami 44 kecederaan dan retak tulang leher. Beliau mati akibat dicekik.
Hakim Hishamudin mendapati Hanafi bersalah dan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas beliau.
Tahun lepas, Hakim Hishamudin juga telah membuat keputusan yang mencetuskan perdebatan berhubung kes kontoversi Ayer Molek.
Beliau memutuskan bahawa panel Mahkamah Persekutuan yang mendengar kes melibatkan perbalahan saham sebagai tidak sah dan tidak mengikut perlembagaan kerana hanya dua daripada tiga hakim - bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Eusoff Chin dan Dato' Dr Zakaria Mohamed Yatim - sahaja yang layak menduduki mahkamah paling tinggi itu.
Katanya, hakim yang ketiga, Dato' Pajan Singh tidak boleh mendengar kes tersebut kerana beliau pada waktu itu hanyalah hakim Mahkamah Tinggi.
Justeru katanya, beliau tidak terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang dibuat 11 tahun lalu itu, sebaliknya memilih untuk mengikuti keputusan Mahkamah Rayuan.
Jadi, tidak ada harapan untuk kita bergantung nasib mengharapkan pasukan polis kita untuk bersikap lebih professional dalam menjalankan tugas. Saya menyokong penuh tindakan sebegini dilakukan terhadap penjenayah besar, bukan terhadap activist NGO dan parti-parti pembangkang yang juga turut berjuang sama-sama berjuang untuk kepentingan agama, bangsa dan Negara, tetapi format atau pendekatan yang dilakukan adalah berbeza apa yang dilakukan oleh UMNO parti yang berkuasa. Lagi pun NGO-NGO dan parti-parti politik pembangkang adalah sah mengikut perlembagaan dan undang-undang Negara dan prinsip demokrasi.
Harapan kami semoga PDRM kembali bertamadun, berilmu dan beramal denganNYa.
“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”
Sekian, wassalam. Terima kasih. Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment