Assalamu’alaikum wm.wrt
Saya memohon maaf daripada para pembaca sekalian kerana menggunakan perkataan ‘anjing dan babi’ terhadap Badan Pencegah Rasuah [BPR]. Saya tidak ada perkataan yang lebih sopan daripada kedua-dua perkataan itu yang dikhaskan untuk BPR. Perkataan tersebut digunakan berdasarkan tindakan-tanduk BPR selama ini dan juga merujuk kes bekas Ketua Pengarahnya sendiri bergelumang dengan tuduhan rasuah, menyalahgunakan kuasa dan kedudukan, maka ianya merupakan dua perkataan yang paling sesuai dan paling beradab selaras dengan budaya yang dikembangkan oleh pengasas Islam Hadhari @ Imam Besar Islam Hadhari sendiri. Saya hanya mengikut apa yang telah diperbuat oleh Imam Besar dan menantunya.
Jika, Imam Besar Islam Hadhari dibolehkan [tidak bersalah] memanggil orang yang lebih berjasa daripadanya kepada Negara ini dengan panggilan ‘IBLIS’, kemudian dituruti oleh menantunya memanggil orang dengan perkataan ‘beruk dan monyet, maka tidak menjadi kesalahan [malah lebih beradab] bagi saya menggunakan perkataan anjing dan babi terhadap BPR yang menjalankan tugasnya. Bagi persepsi saya dan rakyat amnya, BPR memainkan peranan menjaga kepentingan para pemimpin UMNO dan BN sahaja. BPR tidak menjalankan tanggungjawabnya secara adil dan bebas serta tidak memegang amanah yang diberikan oleh rakyat seperti mana yang pernah dilakukannya di awal tahun-tahun kita Merdeka dahulu. Satu lagi agensi kerajaan yang 2 x 5 dengan BPR ialah Pasukan Polis DiRaja Malaysia [PDRM]. Dalam artikel ini saya hanya akan menumpukan kepada BPR sahaja, untuk PDRM pada masa terluang lain kali. InsyaAllah.
Di zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Razak Hussein dan Tun Hussein Onn, kadar rasuahnya adalah paling minima dan boleh dikatakan tidak ada kes langsung. Ini disebabkan rakyat ketika itu masih berpegang kuat dengan ajaran agama. Sesiapa yang dituduh [buat laporan rasmi] melakukan pecah amanah, menyeleweng dan melakukan amalan rasuah, BPR pada ketika itu akan menjalankan tanggungjawab yang sebenar-benarnya tanpa memilih bulu, pangkat dan parti [perbezaan fahaman politik]. Ketika itu, BPR menjalankan tugasnya untuk agama, bangsa dan Negara bukan untuk parti tertentu atau pun bukan untuk individu tertentu seperti apa yang berlaku sekarang ini.
Oleh kerana itu, kita dapat melihat sejarah hitam politik Allahyarham Dato’ Harun Idris. Pada tahun 70-an dahulu, beliau merupakan orang kanan parti dan pemimpin paling popular dalam UMNO. Beliau telah disiasat mengikut undang-undang, didakwa, dibicarakan dan dihukum kerana bersabit dengan kesalahan melakukan rasuah dan pecah amanah. Nasib Harun tidak begitu baik kerana beliau hidup di zaman orang memandang perbuatan rasuah merupakan suatu perbuatan yang amat keji dan paling hina, kehidupan dalam masyarakat yang bermaruah, malah pada pandangan rakyat, hukumnya berdosa besar di sisi Allah s.w.t.
Orang ramai [orang politik, pegawai kerajaan dan orang awam] daripada berbagai peringkat takut untuk melakukan amalan rasuah kerana hukuman yang menantinya amat berat, tidak akan ada tekanan politik daripada pemimpin yang berkuasa untuk membebaskan orang yang dituduh melakukan korupsi. Setiap badan penguatkuasa akan menjalankan tugasnya tanpa takut dan ragu-ragu. Tetapi kini, segala-segala telah berubah. Berbeza pada pandangan masyarakat sekarang, rasuah dan menyalahgunakan terhadap amanah yang diberi merupakan satu rezeki yang datang bergolek, wajar sesiapa sahaja yang ada peluang perlu mengambil kesempatan sepenuhnya. Itulah apa yang terjadi kepada sebahagian besar di kalangan para pemimpin UMNO dajal itu. Para pemimpin dengan sewenang-wenangnya melakukan berbagai kesalahan, melanggar etika kepimpinan dan melakukan amalan rasuah yang hebat-hebat. Mereka dilindungi oleh kuasa politik yang menguasai BPR, polis dan system keadilan itu sendiri.
Mereka tidak lagi sedikit pun merasa malu kerana pada diri mereka tidak ada maruah dan harga diri. Mereka berbangga dengan kemewahan yang mereka miliki dan membiarkan rakyat hidup merempat di tanah air sendiri. 50 tahun Merdeka tidak membawa apa-apa makna terhadap rakyat marhaen. Akhlak para pemimpin UMNO paling buruk. Contohnya Ketua Penerangan UMNO boleh bangun bercakap tentang masalah orang Melayu, sedangkan dirinya penuh dengan panau dan kurap. Begitu juga dengan seorang bekas Ketua Menteri [sekarang MT UMNO] boleh mengetuai sebuah badan NGO bagi memperjuangkan ekonomi orang Melayu, pada masa dia berkuasa dahulu, beliaulah kaki rasuah yang maha hebat. Jadi, persoalan haram-halal, sama ada bermoral atau tidak dan berakhlak atau tidak, tidak menjadi keutamaan lagi, keutamaan mereka sekarang ini ialah mengejar kedudukan, pangkat dan kekayaan peribadi. Mereka telah hilang semangat kepimpinan untuk membela kepentingan rakyat kerana mereka mendapat perlindungan politik untuk terus bermaharajagila membaham khazanah Negara.
Sekiranya Harun hidup di zaman Islam Hadhari ini, saya berani bersumpah dengan nama Allah, Harun akan diselamatkan seperti mana terselamatnya Johari Baharom, Zulkifli Mat Noor, Musa Hassan dan ramai lagi dahulu dan sekarang kerana kepentingan politik sempit UMNO. BPR akan menjalankan penyiasatan secara main-main [bersandiwara] untuk mengelabukan mata rakyat yang akhirnya BPR akan membuat satu kenyataan rasmi bahawa mereka didapati tidak ada bukti yang kukuh untuk dibuat dakwaan terhadap Harun. Atau pun Peguam Negara sendiri [lebih ummmmm lagi!] akan mengumumkan bahawa tidak ada bukti yang cukup [atau dengan apa-apa alasan boleh digunapakai kerana keputusannya adalah muktamad] untuk mensabitkan Harun dengan kesalahan rasuah dan pecah amanah. Atau pun berkemungkinan diadakan satu perbicaraan olok-olok seperti kes Noritta Shamsudin, Norjahan [Sabah] dan Altantuya Sharriibuu yang sedang dalam perbicaraan sekarang ini. Keputusannya, pendakwa gagal mengemukakan bukti-bukti yang jelas atau pihak peguambela berjaya menimbulkan ‘keraguan yang melampau’ dan Harun akan dibebas tanpa dipanggil untuk membela diri. Sayang, seribu kali saying, Harun hidup di zaman orang membenci perbuatan yang tidak berakhlak itu.
Kembali kepada peranan BPR terkini. BPR secepat kilat telah menjalankan penyiasatan apa yang didakwa Kerajaan Kelantan tidak telus, lebih tepat lagi berlakunya rasuah dalam operasi Air Kelantan Sdn Bhd [AKSB]. Menurut laporan Berita Harian http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Tuesday/Mukadepan/20070821052134/Article/ dan http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Wednesday/Mukadepan/20070821232141/Article/ mendakwa Kerajaan Negeri telah melakukan penyelewengan terhadap pinjaman yang diberikan oleh Kerajaan Pusat. Setakat ini tidak ada laporan rasmi dibuat, ia hanya berdasarkan laporan yang disiarkan oleh Berita Harian dan menerima maklumat daripada orang tertentu [ tentunya ada kaitan dengan Annuar Musa] yang mendakwa ada bahan yang digunakan bagi kerja membaik pulih paip lama dan menaik taraf loji yang dilakukan tidak mengikut spesifikasi. Projek tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM345 juta. Ia adalah sebahagian pinjaman mudah sebanyak RM600 juta yang diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kelapan kepada Kelantan. BPR menumpukan siasatan pembinaan Loji Rawatan Air [LRA] di Merbau Chondong, Machang yang bernilai RM65 juta. Selepas itu, BPR akan meneruskan siasat ke atas enam daerah lainnya.
Tindakan BPR macam orang gila babi. Saya teringat satu peristiwa pada tahun 2003, semasa Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang menjadi MB Terengganu. Perang rasuah di Malaysia ini bagaikan perang dua darjat. Rasuah dan menyalahgunakan kuasa yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO [membawa maksud pemimpin BN juga] yang dilaporkan kepada polis dan BPR, walaupun laporan tersebut mempunyai asas untuk menjalankan siasatan lanjut seperti kes rasuah dajal Khir Toyo sampai kini tidak tahu apa hasilnya. Kedua-dua agensi [BPR dan polis] mendiamkan diri seribu bahasa tanpa mengambil sebarang tindakan. Tetapi apabila timbul dakwaan mengenai rasuah atau menyalahgunakan kuasa yang dilakukan oleh Kerajaan pimpinan PAS sama ada Kelantan dan Terengganu [1999-2004], kedua-dua agensi terbabit dengan pantas bertindak tanpa menunggu laporan rasmi dibuat sebagaimana laporan yang dibuat oleh pembangkang.
Sebagai contoh kita lihat apa yang berlaku di Terengganu di ambang pilihan raya umum [PRU] ke-11 lalu. Pada 2 – 5 Disember 2003 Dewan Undangan Negeri Terengganu mula bersidang untuk membahaskan Bajet 2004. Dalam tempoh tersebut sehingga ke tarikh 12.12.2003, isu rasuah dan peranan BPR menjadi tajuk utama di media-media di Malaysia dan menjadi perbualan hangat rakyat daripada pelbagai golongan [ partisan dan non partisan ]. Begitu juga apa yang terjadi ke atas Kerajaan Kelantan sekarang ini, ketika di ambang PRU ke-12, media massa yang sama menjadi dajal dan iblis laknatullah bagi pihak UMNO memainkan isu AKSB sepanjang minggu lepas [20 hingga 24 Ogos 2007] bagi menghuduhkan Kerajaan Kelantan di bawah pimpinan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sama seperti mana yang mereka lakukan terhadap Kerajaan Terengganu di bawah pimpinan Haji Hadi. Motifnya sama. Motif politik. Bukan untuk mencari keadilan.
Pertama, isu rasuah ini mula-mula dibangkitkan oleh wakil BN ADUN Ajil, Rosol Wahid di DUN Terengganu dalam perbahasan Bajet 2004 mendakwa Yayasan Terengganu [YT] telah tidak mengikut procedure memberi tender kontrak balak bernilai RM1.5 juta di Merang, Setiu seluas 2,600 hektar kepada seorang gadis Cina berusia 26 tahun yang bekerja sebagai kerani proksi kepada seorang tauke Cina bekas pemimpin DAP peringkat negeri.
Hari Rabu 3.12.2003 dibangkitkan di DUN, besok [hari Khamis, 4.12.2003] disiarkan di semua akhbar-akhbar dan BPR terus membuat siasatan di Pejabat Yayasan Terengganu dan Pengarahnya menyerahkan fail-fail yang terlibat untuk siasatan. Sekali lagi BPR menjalankan siasatan susulan pada 5.12.2003 di waktu malam. Dan pada hari Isnin, 8.12.2003, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu, Din Adim atas arahan dan strategi Idris Jusuh membuat laporan kepada BPR. Semasa Pengarahnya bercakap [ selepas laporan dibuat ] kepada wartawan-wartawan akhbar yang beliau akan membuat siasatan segera di bawah Akta Anti Rasuah 1997.
Lihat begitu cepat BPR bertindak terhadap kerajaan pimpinan PAS di Terengganu [begitu juga apa yang BPR buat di Kelantan sekarang]. Tanpa berlengah-lengah berlari dengan pantas menyiasat, tetapi kalau laporan yang dibuat oleh PAS dan BA yang melibatkan kepentingan UMNO dan Pemimpin UMNO, BPR dajal ini akan sunyi sepi menikus.
Mengikut Menteri Besar, Haji Abdul ketika itu [ bercakap kepada media selepas mesyuarat Exco pada hari Rabu 10.12.2003 ] BPR bertindak tanpa menerima laporan rasmi [sebab tidak sabar-sabar untuk menunjukkan taring yang mereka bekerja kepada kerajaan pimpinan Abdullah Ahmad Badawi yang bersih dan menentang segala bentuk rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan ]. Oleh itu, mereka perlu bertindak segera [kerana bagi mereka kerajaan pimpinan UMNO tidak pernah dan tidak akan melakukan pelbagai bentuk rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Mereka adalah wali-wali Allah di muka bumi Malaysia ini untuk memimpin rakyat Malaysia. Selagi ada matahari dan bulan, pemimpin-pemimpin UMNO tidak akan melakukan kesalahan yang bersalah ialah pemimpin-pemimpin bukan daripada kalangan pemimpin-pemimpin UMNO] tanpa perlu maklumat lanjut seperti kata Haji Hadi dalam sindiran yang tajam, berkata “ BPR terjun tanpa tangga “ setelah menerima arahan daripada Kuala Lumpur. Begitu bangsatnya perangai para pemimpin UMNO.
Manila Times pernah menyiarkan komen Tun Dr. Mahathir Mohamed mengenai Abdullah, kata Tun :"Abdullah always makes statements which are actually lies," and then he adding that he had "developed a habit of lying".
Sekarang ini masyarakat awam sibuk bercakap mengenai dakwaan berlakunya rasuah dan penyewelengan di Zon Bebas Pelabuhan Kelang [PKFZ]. Akhbar Straits Times Singapura edisi 13 Ogos melaporkan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) sedang dirundung hutang menghampiri RM5 bilion. Menurut akhbar tersebut, syarikat dimaksudkan itu ialah Kuala Dimensi yang dikaitkan dengan beberapa pemimpin UMNO. Kos asal projek berkenaan dikatakan bernilai RM1.08 bilion. Namun peningkatan kos, sebagaimana yang dilihat oleh bank dan eksekutif industri terlibat dan semakan dokumen yang dilakukan oleh akhbar Straits Times Singapura mendapati nilainya kini melonjak ke angka RM4.6 bilion. Menurut akhbar itu lagi, pegawai-pegawai kanan kerajaan menjelaskan Kabinet sudahpun bersetuju untuk menyelamatkan projek berkenaan. Bagaimanapun plan penyelamatan tersebut boleh lagi diumumkan. Antara plan tersebut dipercayai menangguhkan tarikh pembayaran kepada institusi kewangan tempatan bagi membantu LPK melangsaikan hutang berkenaan. Ini termasuklah membayar sejumlah RM510 juta kepada bank-bank pemberi pinjam terlibat pada tahun ini dan bakinya dijelaskan di antara tahun depan sehingga 2010.
Penyelewengan ini diberi perhatian serious oleh DAP. Ronnie Liu, salah seorang pemimpin DAP telah membuat laporan polis dan BPR pada tahun 2004 dan sekali pada 11 Jun lepas. Tiga persoalan yang ditimbulkan oleh Ronnie iaitu pertama, kenaikan harga kos yang melampau. Kedua, ada kepentingan politik di situ dan ketiga urusan belian tanah yang meragukan.
Saya petik terus laporan yang dibuat oleh Malaysiakini.com bagi permasalahan yang di timbulkan oleh Ronnie dalam laporannya kepada BPR :
Persoalan pertama :
PKFZ price-tag shoots up to RM4.6 billion
Fauwaz Abdul Aziz
Jun 23, 07 6:01pm
Fauwaz Abdul Aziz
Jun 23, 07 6:01pm
The price tag for the Port Klang Free Zone (PKFZ) has shot up to an all-time high of RM4.6 billion, for which the Port Klang Authority (PKA) has to begin paying for this year by coughing up RM510 million to the seller and developer of the free zone.
This was revealed in a May 2006 report of the auditor-general on PKA for the financial year ended Dec 31, 2005.
Based on various media reports and statements by PKA, MalaysiaKini had earlier placed the PKFZ price tag at RM2.4 billion: RM1.09 billion to acquire the 405ha of land on Pulau Indah, and at least RM1.3 billion to build it up.
However, the auditor-general report also revealed an astounding increase in the price of the purchased land - from RM1.09 billion as reported earlier to a whopping RM1.81 billion.
For that amount, eyebrows were already raised in view of the project’s questionable viability. The Selangor Freight Forwarders & Logistics Association described PKFZ as an example of a mega-project into which a lot of money, but not enough thought, was put.
Supplementary agreement
Six months after its completion, PKFZ resembles a ghost town, with only about a dozen tenants instead of the anticipated crush of clients.
The May 2004 report of the auditor-general revealed the purchase of the land to have been much higher - at RM1.81 billion (inclusive of 7.5 percent interest), an increase of RM720 million as reported earlier.
The report also said that while the development cost agreed upon in 2003 was RM519 million, this was raised to RM1.3 million following a “supplementary agreement” with the developer, Kuala Dimensi Sdn Bhd. The increase in development cost was not explained.
The report also said PKA then did not have sufficient financial resources to meet the RM2.9 billion obligation after having already paid an initial RM208.85 million (RM108.85 million for the purchase and RM100 million for the development of the land).
The auditor-general’s subsequent remark that PKA “informed that the financing of the project will, from the year 2007, be under the 9th Malaysia Plan or through the formation of Malaysia Ports Commission (MPC)” fueled speculations that the derelict project was slated for a major government bailout.
Industry sources, when contacted, described as “scandalous” the use of the proposed MPC - while in principal a sound idea given the need for a central national port authority - to bail out a troubled public authority such as PKA.
The auditor-general’s May 2006 report on PKA left out any mention of the MPC. He adds, however, that the Authority “is planning to obtain loans from financial institutions with the guarantee of the government of Malaysia as well as requesting grants to finance the project.” To pay from 2007 to 2017.
The auditor-general also revealed that in 2005, the development cost increased by RM1.21 billion to RM2.51 billion due to “additional development works, professional fees and interest.”
Following the payment that had already been paid by PKA to Kuala Dimensi, the balance of RM4.11 billion shall be paid from 2007 until 2017 with an annual payment ranging from RM130 million to RM733 million, reads the report.
The initial payment for the land and development amounting to RM510 million shall be paid this year.
The auditor-general also revealed that, as PKA’s liquidity at December 2005 consists of cash in bank and fixed deposits amounting to RM231.75 million and its surplus after tax was RM26.63 million, the Authority “needs to look for sources of financing to meet its capital obligation.”
Commenting on the matter today, Opposition Leader Lim Kit Siang said the whole project raises a question mark on the “viability, feasibility, and integrity” of the whole project.
During a visit to the PKFZ this morning, the DAP supremo told reporters that the authorities and figures behind the project must explain its state of affairs. This, said Lim, includes the Transport Minister Chan Kong Choy and PKA chairperson Chor Chee Heung.
Both Chan and Chor have to explain how the latter’s appointment in view of Chor’s position as deputy chairperson of Wijaya Baru Global Bhd (WBGB) - which is behind the sale and development of PKFZ.
Lim also invited WBGB chief executive officer Tiong King Sing - who has claimed there is no connection between his company and Kuala Dimensi - to give a full disclosure on the matter.
MalaysiaKini had earlier reported Chor as saying the issue of conflict of interest does not arise. 'There is no connection'
According to records in the Companies Commission of Malaysia (CCM), Kuala Dimensi is owned by an investment holding and management firm Wijaya Baru Holdings Sdn Bhd (WBHSB).
At the same time, in WBGH’s 2006 annual report, Kuala Dimensi is listed as an “associate company” from which it derived “contract revenue”.
CCM documents show Tiong to be a director and shareholder in both WBGB and WBHSB, but he maintained that “there is no connection” between these companies either.
WBGB, WBHSB, and Kuala Dimensi occupy the same premises at Wisma Wijaya in Petaling Jaya, Selangor.
In September last year, WBGB was actually slapped with a “public reprimand” by Bursa Malaysia Securities Bhd for failing to make an announcement to the Exchange in relation to “the disposal of the Pulau Indah Land”.
WBGB had failed to send a circular to its shareholders pertaining to the transaction and obtaining the approval of its shareholders prior to the transaction being completed, said Bursa Malaysia Securities in a statement.
Bursa Securities said, however, that it has not found any of the WBGB directors to have caused or permitted the breach of the Bursa Securities Listing Requirements (LR) and only directed WBGH to “maintain appropriate standards of responsibility and accountability”. PKA general manager OC Phang - who is also PKFZ managing director - did not respond to requests for comments.
Rujuk : http://www.malaysiakini.com/news/69031
Persoalan Kedua :
Blood runs deep in troubled RM4.6b PKFZ
Fauwaz Abdul Aziz
Aug 9, 07 12:48pm
The purchase of even a modest property like a small house costing RM100,000 requires separate lawyers working on behalf of the seller and buyer, each striving to get the best deal for their own clients.
However, this was not the case with the Port Klang Free Zone (PKFZ), as documents procured by MalaysiaKini indicate.
Those parties who were supposed to have acted either in the best interests of the buyer of PKFZ -Port Klang Authority (PKA) - or that of its seller and developer Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) - were, in fact, one and the same.
Consider, for example, the legal firm which had drafted the March 2004 land development agreement between PKA and Kuala Dimensi.
A pertinent question to be asked is how PKFZ - whose price tag has skyrocketed from RM2.32 billion in 2003 to the current RM4.63 billion - could be expected to come up with the best deal in the public interest when the lawyer engaged to draft the agreement works for ‘the other side.’
On legal panel
PKA could have chosen for the task of drafting the agreement lawyers that would best represent PKA’s interests (and, thereby, tax-payers’ interests) by ensuring these interests are enshrined. PKA, however, chose to appoint Rashid Asari & Co, the firm that was, and remains today, on Kuala Dimensi’s legal panel.
Abdul Rashid Asari who heads the firm did not answer calls by MalaysiaKini to his mobile.
However, an officer of Wijaya Baru Global Bhd (WBGB) - the property developer and investment firm behind the sale and development of PKFZ - made the corroboration when contacted today.
Rashid also happens to be the vice-chief of the Kapar Umno division.
Among Rashid’s fellow excos in the Kapar division is its permanent chairman Onn Ismail, who formerly headed the Pulau Lumut Development Cooperative Bhd (PLDCB).
PLDCB had, in the 1990s, sold the 1000 acres of land on which PKFZ now sits to Kuala Dimensi.
Present PLDCB chairperson Abdul Rahman Palil, who is a Selangor executive councilor and Sementa state assembly person, is the Kapar division head. Onn’s son-in-law, Faizal Abdullah is the division’s youth chief.
Faizal also happens to be the deputy-chief executive officer of WBGB
Other documents, meanwhile, suggest the conflict of interests issue (which MalaysiaKini had earlier raised in relation to PKA chairperson Chor Chee Heung who is also WBGB director) goes even deeper.
In order to monitor the development of PKFZ - as well as to be the final arbiter between PKA and Kuala Dimensi in the event of disputes over development ‘cost variations’ - an independent quantity surveyor (IQS) was to have been appointed by the Ministry of Finance (MOF).
Records of the official correspondence that occurred on the matter, however, indicate that the exercise of appointing an ‘independent’ quantity surveyor was perhaps less than genuine.
Appeal to finance minister
On Nov 3, 2003, PKA’s general manager OC Phang had written to the MOF’s procurement management division recommending that one Damansara-based Syarikat Perunding BE Sdn Bhd be appointed the project’s IQS.
What was not mentioned - but attested to in an earlier letter dated Dec 10, 2002, to Phang from Kuala Dimensi - was that this same company had been under WBGB’s employ as a development consultant for the PKFZ.
The intrigue goes deeper when, following the MOF’s rejection of her recommendation, she went on to press Transport Minister Chan Kong Choy in a letter dated Apr 7, 2004.
She requested Chan to lobby Finance Minister Abdullah Ahmad Badawi in order to appoint Syarikat Perunding BE as the IQS.
“In view of this project’s importance, this project needs to be expedited. We respectfully request your help in appealing to the Finance Minister so that Syarikat Perunding BE is appointed as IQS for the development project on Pulau Indah,” said Phang in her letter.
“To facilitate the proper action, a copy of a draft letter to the Finance Minister is herewith attached,” reads the letter, which dutifully includes the draft letter, minus Chan’s signature, to Abdullah.
When contacted, a Syarikat Perunding BE official confirmed it is still engaged as the IQS for PKFZ.
Phang, who has previously declined to entertain questions from MalaysiaKini, did not answer calls to her mobile phone.
Persoalan ketiga :
PKFZ land sale under scrutiny
Fauwaz Abdul Aziz and Sabrina Chan
Jun 14, 07 1:10pm
Facts are now emerging that the parcel of land sold to the Port Klang Authority (PKA) for the Port Klang Free Zone (PKFZ) for a hefty RM1.09 billion was originally bought for a much lower price.
The land - sold by Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) to PKA in November 2002 - was purchased from a local cooperative at only eight percent of the selling price.
Pulau Lumut Development Cooperative Bhd (PLDCB) had sold half of the 405-hectare land on Pulau Indah to Kuala Dimensi in the early 1990s for RM30 million, while the remaining half was sold after the 1997 financial crisis at RM65 million.
Revealing this information today, PLDCB secretary Ruslan Akhyar said the 1,400-member cooperative established in 1989 received the land from the Selangor government only “a few years” before it was approached by Kuala Dimensi with the offer to buy the land.
This means the price of the land - originally farm land and mangrove swamps - went from RM1.37 per square foot (psf) when the first half was sold to RM2.98 psf when the remaining 202.5 hectares were bought over by Kuala Dimensi.
Kuala Dimensi would have received the windfall when PKA agreed in 2002 to buy the whole lot to PKA at RM25 psf.
Both Ruslan, who is also Rantau Panjang village chief, and Pulau Indah village chief Mohd Halil Selamat - who confirmed the figures - denied any knowledge pertaining to the transactions conducted subsequent to PLDCB’s disposal of the land.
‘This is business’
They also declined to comment on the tremendous difference between the prices at which the land was bought and sold by Kuala Dimensi.
“That’s what they call business,” said Halil when contacted.
PLDCB chairperson Abdul Rahman Palil, who is a Selangor state Exco member and Sementa state assembly person, declined to comment on the matter.
According to an August 2005 Singapore Business Times report, KPA had paid Kuala Dimensi a 10 percent down payment of RM108.5 million. The rest will be paid over 10 years beginning this year in installments of between RM130 million and RM179 million.
While the connection is murky, Kuala Dimensi has been linked to property developer and investment firm Wijaya Baru Global Bhd’s (WBGB) and is described in WBGH’s 2006 annual report as an “associate company” from which it derived “contract revenue”.
In September last year, WBGB was actually slapped with a “public reprimand” by Bursa Malaysia Securities Bhd for failing to make an announcement to the Exchange in relation to “the disposal of the Pulau Indah Land”.
WBGB had failed to send a circular to its shareholders pertaining to the transaction and obtaining the approval of its shareholders prior to the transaction being completed, said Bursa Malaysia Securities in a statement.
Bursa Securities said, however, that it has not found any of the WBGB directors to have caused or permitted the breach of the Bursa Securities Listing Requirements (LR) and only directed WBGH to “maintain appropriate standards of responsibility and accountability”.
Unanswered questions
DAP leader Ronnie Liu, who lodged a police report over PKA’s purchase of the land in 2004, said the information uncovered made it all the more pressing for the authority to investigate the matter.
“It shows there are some questions to be answered,” he said when contacted.
Beside selling the land on which PKFZ is situated, Kuala Dimensi was also appointed to develop the zone into a regional export and transshipment hub for manufactured goods, modeled after the successful Jebel Ali Free Zone in Dubai.
Six months after its completion and about RM2.4 billion worth of input later, however, PKFZ resembles a ghost town, with only about a dozen tenants scattered about the site instead of the anticipated crush of clients.
Kenapa ‘anjing dan babi’ UMNO ini tidak siasat perkara ini kerana sudah ada dua laporan rasmi telah dibuat?
Kenapa masalah AKSB Kelantan yang jadi pilihan?
Sebagai kesimpulannya, hapuskan UMNO dan para pemimpinnya yang korup dalam PRU ke-12 nanti. Kalau tidak seluruh rakyat Malaysia akan merana buat selama-lamanya. Khazanah Negara akan pupus dibaham oleh para dajal UMNO. Kalau sayangkan agama, bangsa dan Negara, tolonglah mari bersama-sama kita bangkit menghumban UMNO dan para pemimpinnya ke dalam longkang najis.
"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”
Sekian, terima kasih.Wassalam.
No comments:
Post a Comment