DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Saturday, June 9, 2007

STRATEGI HAPRAK SPR UNTUK MENANGKAN UMNO DALAM PRU KE-11 TAHUN 2004

OLEH : Tun Telanai
[http://tuntelanai.blogspot.com/]

[Surat ini ditulis khas untuk menjawab tuduhan penghinaan bertali arus terhadap PAS yang dilakukan oleh seorang yang mengelarkan dirinya sebagai GAP [Gerakan Anti PAS] demi mempertahankan maruah PAS dan kepimpinannya yang mengalami kekalahan yang paling buruk dalam sejarah PRU di Malaysia pada tahun 2004 dalam PRU ke-11, saya mengambil kesempatan ini untuk mempertahankan maruah PAS. Moga-moga dalam PRU ke-12 sejarah hitam ini tidak berulang-Insya Allah]

Assalamu’alaikum wbh.wm

Saya pada mulanya tidak berhajat untuk berdebat dengan seorang yang mengelarkan dirinya sebagai ‘Gerakan Anti Pas’ @ GAP [kini telah menghilangkan diri entah ke mana mungkin telah kembali menemui Illahi] Beliau merupakan seorang komentor dalam Malaysia Today Net yang paling aktif memberi pelbagai komen yang berhujah mengikut hawa nafsu dan dendam kesumat terhadap PAS, sebab itu beliau memilih namanya sebagai “Gerakan Anti PAS”. Hujah-hujahnya sangat dangkal, penuh dengan maki hamun, menghina, memutar-belitkan fakta, berhasad dengki dan bersikap bodoh sombong sehinggakan mendapat teguran dari YM Raja Petra Kamurudin, Editor Malaysia Today Net mencadangkan beliau berdebatlah secara profesional dan bertatatertib, jangan mengikut emosi amarah yang boleh mengambarkan sikap kita, peribadi kita, akhlak dan moral kita begitu rendah sama taraf dengan haiwan di padang yang tidak mempunyai aqal. Juga, pada mulanya saya terfikir bahawa tidak ada gunanya membuang masa berdebat dengan orang ‘gila’, nanti kita yang tidak gila juga akan turut menjadi gila. Biarkan dia seorang yang ‘gila’ merayau-rayau tidak tahu hujung pangkalnya.

Memandangkan hujah-hujahnya yang mengelirukan pembaca, pembohong, memutarbelitkan fakta-fakta benar, maka menjadi satu kewajiban kepada saya untuk menjawab balik tuduh-tuduhan beliau terhadap pemimpin-pemimpin parti PAS dan Parti Keadilan Rakyat [PKR], disamping menyahut cabaran beliau supaya menjawab balik tuduhannya itu sekiranya apa yang diperkatakannya tidak benar. Begitulah angkuh dan sombongnya orang yang mengelarkan dirinya sebagai ‘Gerakan Anti Pas atau ringkasnya dikenali sebagai GAP [maksud : Ganas, Ampu, Pembohong].

Saya ingin memberi ‘feedback’ terhadap hujah-hujah beliau yang disiarkan oleh Malaysia Today Net pada hari sabtu, 15.1.2005, di bawah tajuk “ Pas, Keadilan to discuss coalition” yang memaklumkan bahawa DS Anwar Ibrahim [Penasihat PKR] dan Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat, MB Kelantan yang juga merangkap Mursyidul Am Pas telah mengadakan pertemuan selama dua jam di JKR 10, kediaman rasmi MB.

Selepas pertemuan itu, Anwar dan Nik Aziz memaklumkan kepada wartawan bahawa pertemuan itu sangat bererti bagi mengukuhkan lagi kerjasama pakatan pembangkang di negara ini. Sementara itu. BERNAMA pada tarikh yang sama melaporkan bahawa PKR dan PAS akan bergabung. Berita ini merupakan satu fitnah dan dinafikan oleh Anwar, Wan Azizah Wan Ismail [Presiden PKR] dan juga Nik Aziz sendiri. Di bawah berita itu, muncullah komentar orang ‘gila’ ini.

Saya akan hanya menjawab 3 isu sahaja yang ditimbulkan oleh GAP, lain-lain isu biarkan orang gila sepertinya yang menjawabnya, bagi orang-orang yang beraqal tentu memahami maksud yang tersurat di sebalik umpat-kejinya itu. Fakta 3 isu yang saya pilih ini sengaja diselewengkan untuk kepentingan peribadinya dan parti ‘gila’ yang beliau sokong seperti beliau juga yang beliau bermati-matian pertahankannya. Fikirkan maksud ini : ‘Orang gila tidak pernah mengaku yang dia itu gila, tetapi sebaliknya orang gila itu menuduh orang lain yang tidak gila menjadi gila”.
Di antara penyelewengan fakta yang dilakukan oleh GAP ialah :


1. Beliau Berhujah: “Mereka ini wujud [maksudnya PAS] hasil pecahan daripada Umno pada tahun 1949. Pada ketika seluruh orang Melayu Dato’ Onn, Ahmad Bostaman dll (bukan setakat umno saja) berkumpul untuk menuntut kemerdekaan group pecahan melayu ini lari meninggalkan medan perjuangan. Padahal lari meninggalkan medan perjuangan menunjukkan sikap munafik.”

Ulasan:
GAP ialah seorang yang ‘buta sejarah’. Perjuangan menuntut kemerdekaan ini tercetus semenjak dari tahun 1511 hingga 1957 [446 tahun]. Umno baru ditubuhkan pada 11 Mei 1946 selepas persidangan Kongres Melayu Se-Malaya yang dipengerusikan oleh Dato’ Onn Jaafar untuk menentang gagasan Malayan Union yang dibawa oleh Inggeris sekembalinya ke Tanah Melayu selepas perang dunia ke dua berakhir pada bulan September 1945.

Pada abad ke 19, ramai tokoh-tokoh Melayu bangun menentang penjajah Inggeris seperti Datuk Dol Said [di Naning, Negeri Sembilan], Raja Mahadi [di Selangor], Datuk Maharaja Lela [peristiwa Pasir Salak, di Perak], di Pahang [Tok Gajah, Mat Kilau dan Datuk Bahaman], di Sarawak [Sharif Masahor dan Datuk Patinggi Abdul Ghafur], di Sabah [Mat Salleh], di Kelantan [Tok Janggut] dan di Terangganu [Haji Abdul Rahman Limbong].

Menjelang abad ke 20 pula, perjuangan bercurak berdarah [peperangan dan pemberontakan] telah bertukar berasaskan kepada semangat kebangsaan [nasionalisme] yang menjadi asas perjuangan UMNO sehingha dulu, kini dan selama-lamanya. Peningkatan orang Melayu dalam pendidikan barat dan agama menyedarkan penduduk tempatan bahawa perjuangan kemerdekaan bukan sahaja boleh dicapai melalui pemberontakan atau peperangan tetapi juga melalui rundingan dan desakan-desakan berasaskan semangat kebangsaan.

Semangat kebangsaan dipengaruhi oleh tiga faktor, pertama, pengaruh dari luar negeri seperti kejayaaan Jepun mengalahkan Rusia, Indonesia berjaya mengalahkan Belanda dan Gerakan Pemulihan Islam di Mesir berjaya memberi ilham kepada pemimpin-pemimpin tempatan memperjuangan kemerdekaan tanah air.

Kedua, melalui tulisan-tulisan yang disiarkan dalam akhbar-akhbar seperti Al-Imam [1906], Saudara [1928], Majlis [1935], Warta Malaya dan sebagainya meniup semangat menentang penjajah dengan menyelar dasar-dasar penjajah Inggeris, sebab itulah kerajaan pimpinan UMNO sehingga sekarang ini sangat takut dan amat anti kepada kebebasan akhbar. Banyak karya-karya menyuntik semangat menentang penjajah dilahirkan melalui cerpen, novel dan drama. Maka lahirlah ramai tokoh-tokoh seperti Abdul Rahim Kajai, Syed Syeikh al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaludin, Ishak Hj Mohamad dan sebagainya.

Ketiga melalui persatuan-persatuan atau pertubuhan seperti Kesatuan Melayu Singapura, Selangor, Perak, Kelantan, Pahang, Kedah, Negeri Sembilan, Persatuan Melayu Semenanjung, Persaudaraan Sahabat Pena Malaya dan Kesatuan Melayu Muda [KMM] yang ditubuhkan pada tahun 1938 dipimpin oleh Ibrahim Yaacob. Kebanyakan ahli-ahlinya terdiri daripada pelajar-pelajar Maktab Perguruan Sultan Idris. Tokoh utamanya ialah Ishak Haji Muhammad dan Ahmad Boestamam. KMM merupakan parti pertubuhan politik pertama di Tanah Melayu [GAP bukan UMNO] kerana ia sangat memberi ancaman kepada British, maka KMM diharamkan dan pemimpin-pemimpinya ditangkap dan dipenjarakan. Selepas merdeka sehingga sekarang teladan inilah yang diamalkan oleh UMNO bagi mematahkan perjuangan lawan. Begitu juga dengan orang-orang Cina turut menubuhkan persatuan bersama dengan orang Melayu menuntut kemerdekaan. Tan Cheng Lock menubuh dan memimpin Strait Born Chinese British Association pada tahun 1949 dan orang India pula menubuhkan Persatuan Belia India pada tahun 1937 dan Persatuan India Pusat Tanah Melayu [CIAM] yang dipimpin oleh Dr.A.W.Soosay.

Selepas perang dunia kedua, perjuangan diteruskan melalui penubuhan parti-parti politik seperti UMNO [nasionalisme], MCA, MIC, Parti Malaya Merdeka [IMP], parti-parti berhaluan kiri seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya [PKMM] yang dipimpin oleh Dr.Burhanuddin Al-Helmi ditubuhkan pada tahun 1945, Angkatan Pemuda Insaf [API] dipimpin oleh Ahmad Boestamam, Angkatan Wanita Sedar [AWAS] dipimpin pula oleh Shamsiah Fakeh, PETA, PUTERA dan parti berasaskan kepada agama Islam pertama iaitu parti Hizbul Muslimin berjuang untuk menubuhkan sebuah Negara Islam yang akhirnya diharamkan oleh penjajah Inggeris pada 29 Julai 1948 dan PAS yang ditubuhkan pada 24 November 1951 bermatlamat menjadikan Islam sebagai agama rasmi, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan mengetatkan peraturan kerakyatan. Walaupun penjajah telah tiada lagi, tetapi kita masih lagi dijajah oleh UMNO sepertimana yang dilakukan oleh British dahulu. Kita dikongkong dan dibelenggu mental dan fizikal. Kemerdekan kedua ini amat sukar untuk dicapai kerana ada orang ‘gila’ seperti GAP yang menjadi pemimpin. Itulah sejarah yang telah dipadamkan oleh UMNO. UMNO hanya menimbulkan perananannya sahaja menuntut kemerdekaan, perjuangan orang lain dinafikan, sedangkan pada ketika itu UMNO masih lagi berhinggus.

UMNO menerima kemerdekaan dari British dengan tinta emas dan anak emas British kerana UMNO berkuasa semenjak dari zaman penjajahan sehingga zaman kemerdekaan telah diperalatkan oleh British untuk menekan gerakan kemerdekaan yang dipelopori oleh parti-parti yang berhaluan kiri seperti PKMM. Orang lain berjuang dengan air mata dan darah. UMNO membodek British kerana mengekalkan sistem dan warisan pemerintahan Inggeris hingga ke hari ini.

Samalah seperti pandangan yang dibawa oleh GAP - pembohong dan pintar memutarbelitkan fakta. Pada tahun 1949, PAS belum wujud lagi. Parti Islam pertama ialah Hizbul Muslimin yang ditubuhkan pada 14 Mac 1948 oleh beberapa orang ulama dan cendiakawan Islam yang tidak sebulu dengan perjuangan UMNO dan meletakkan Islam sebagai pegangan hidup. Parti ini sempat hidup hanya 4 bulan sahaja kemudian diharamkan oleh British.

Sebelum itu, seluruh orang Melayu termasuk para ulama dan cerdik pandai Melayu bersatu dalam UMNO untuk menentang gagasan Malayan Union. Dato’ Onn Jaafar sendiri telah mencetuskan idea menubuhkan PAS dalam UMNO pada ucapan pembukaan beliau di Persidangan Ulama Kedua, di Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951 dan Haji Ahmad Fuad Hassan dilantik sebagai pengerusi pertama biro agama dalam UMNO, tetapi apabila Dato’ Onn Jaafar meninggalkan UMNO pada 28 Ogos 1951 dan menubuhkan Independence Party of Malaya [IPM] pada Oktober 1951 dan Parti Negara pada 28 Febuari 1954, Haji Ahmad Fuad Hassan dan beberapa orang ulama juga turut keluar dari UMNO kerana UMNO pro-penjajah dan menjalankan beberapa dasar yang bertentangan dengan Islam seperti membenarkan perjudian dan sebagainya, maka melalui Muktamar Ulama ke tiga yang diadakan di Pejabat UMNO Butterworth di bawah anjuran UMNO, maka PAS tertubuh dengan rasminya pada 24 November 1951.


UMNO yang pro-penjajah menyebabkan beberapa orang pemimpin UMNO ketika itu seperti Saadun Zubir, Ghafar Baba, Ibrahim Fikri, Aishah Ghani, Abdul Rahman Talib keluar UMNO dan menyertai PKMM yang berjuang kemerdekaan secara total. Kemudian mereka ini kembali ke pangkuan UMNO dengan mendapat kedudukan dan kekayaan. Siapakah yang munafik wahai GAP? Masuk balik kelas Tadika, belajar semula sejarah, saya dengan rendah hati tanpa bayaran sanggup untuk mengajar sejarah kepada GAP, jangan memutarbelitkan fakta sejarah yang telah tertulis.



2. Beliau berhujah seterusnya : “Election 2004..pas bungkus..Terengganu jatuh..tempias terkena adil..dap yg mendapat hidayat tuhan lari dulu dpd pas dan berjaya mengekalkan kerusi parlimen..” [Catatan penulis : Gaya penulisan lebih teruk dari kanak-kanak Tadika]


Ulasan :


Kajian yang dibuat oleh akhbar The Star pada 26 Mac 2004, di sebalik sangkaan GAP bahawa sokongan kepada PAS semakin merosot, hakikatnya pada pilihan raya umum ke 11 yang lalu, undi PAS didapati meningkat berbanding pilihan raya umum 1999. Kajian tersebut menunjukkan undi PAS meningkat daripada 15 peratus pada pilihan raya ke 10 kepada 15.07 peratus, meningkat sebanyak 0.07 peratus atau 1,046,968 undi [35.21 peratus daripada 2,973,205 undi di kawasan yang ditandinginya] berbanding 15 peratus atau 994,279 undi [daripada 6,631,094 undi] pada pilihan raya umum 1999.


Berlainan dengan peningkatan undi kepada PAS, parti pembangkang lain - KeADILan dan DAP - mencatat kemerosotan jumlah undi yang diterima. Bagi KeADILan, ia meraih 8.76 peratus atau 608,729 undi (29.07 peratus daripada 2,094,144 undi di kawasan ditandinginya) berbanding pada tahun pertama percubaannya 1999, 11.67 peratus atau 773,679 undi. Untuk pengetahuan GAP, walaupun DAP dapat menambah kerusi parlimen dari 10 menjadi 12, tetapi DAP hanya memperolehi 9.82 peratus atau 628,583 undi kali ini (40.46 peratus daripada 1,686,859 undi di kawasan ditandinginya) berbanding 12.50 peratus atau 830,870 undi pada tahun 1999. Inilah kebodohan dan kedunguan GAP yang tidak boleh membuat analisis terhadap data-data mentah yang dikeluarkan oleh SPR.



Nampaknya GAP lebih bergembira apabila DAP menang besar hingga sanggup menyatakan ‘ DAP mendapat hidayah Tuhan’. Begitulah bencinya GAP kepada PAS, sebangsa dan seagama yang sama-sama mengucap dua kalimah syahadat. Inilah realiti parti DAP yang opportunist yang memperjuangkan Malaysian Malaysia dan Negara sekular sepertimana yang dilaksanakan oleh UMNO/BN dan yang diperjuangkan oleh UMNO dulu, kini dan selama-lamanya.



Kalau kita perhatikan sepanjang perjuangan DAP dalam politik Malaysia semenjak ia ditubuhkan pada 18 Mac 1966, geraf pencapaiannya turun naik tidak melebihi 20% kerusi yang dimenanginya, iaitu di antara 9 hingga 24 kerusi dalam tempoh 35 tahun [ 1969 - 2004 ] di mana ia masuk bertanding dalam pilihan raya. Malah ketika PAS menganggotai BN pada tahun 1974, DAP terus memperjuangkan prinsipnya dan ia tetap menang disokong oleh penggundi-penggundi Cina di bandar-bandar besar seperti di Perak, Pulau Pinang dan di Kuala Lumpur. Ia tetap berada di Parlimen bagi menyuarakan kepentingan masyarakat Cina di luar kerajaan dan menentang dasar-dasar kerajaan yang dianggapnya pro kepada orang-orang Melayu. Parti-parti Cina dalam kerajaan pula memperjuankannya dari dalam.



UMNO tidak merasa takut atau gentar untuk berhadapan dengan DAP. Ini disebabkan perjuangan DAP ditolak oleh sebahagian besar pengundi-pengundi Melayu. Mustahil DAP akan dapat membentuk kerajaan di peringakat persekutuan maupun di peringkat negeri. Oleh yang sedemikian, UMNO tidak pernah bermusuh [malah ia membiarkan DAP bergerak cara ia tersendiri untuk memberi gambaran kepada dunia bahawa Malaysia adalah sebuah Negara demokrasi dan UMNO memainkan jarum hasutannya supaya DAP keluar dari pakatan BA pada tahun 2001] sepertimana ia bermusuh dengan PAS dan Keadilan. Ini kerana kedua-dua parti ini merupakan dua pencabar terkuat yang WAJIB dimusnahkan dengan apa cara sekali pun.Terbukti dalam pilihan raya ke 11 yang diadakan pada 21 Mac 2003 [Ahad] tahun 2004,

Setakat ini UMNO berjaya melumpuhkan kedua-dua parti ini dalam arus perdana politik Negara. Dua unsur penting yang berperanan meranapkan impian parti-parti PAS dan KeADILan ialah: UNSUR PERTAMA adalah peranan yang dimainkan oleh SPR. Pengerusinya Abdul Rashid Abdul Rahman sangat bijak memainkan peranannya. Bermula dengan persempadanan semula kawasan pilihan raya baru yang tidak mengikut kehendak perlembagaan, taburan pengundi-pengundi secara caca-marba dan mencipta pelbagai undang-undang dan peraturan yang mengharu-birukan perjalanan pilihan raya, yang sebelum ini tidak pernah berlaku perkara-perkara seumpama itu semenjak merdeka, walaupun di kala itu, kita hidup bukan di zaman ICT. Matlamatnya hanya satu untuk memenangkan UMNO/BN.


Taktik dan strategi kotor UMNO dalam memperalatkan SPR untuk mengekalkan semula UMNO berkuasa ialah melalui persempadan semula kawasan pilihan raya yang diluluskan pada 9 April 2003 yang digunapakai pada pilihan raya umum tersebut. Keputusan awal persempadanan terbaru ini diumumkan oleh SPR pada 9 Ogos 2002. SPR mempamerkan 4 ciri yang telah bertindak menggugat keadilan dan proses demokrasi dalam pilihan raya.


Pertama, SPR telah bertindak secara terburu-buru untuk membantu UMNO memenangi semula pilihan raya tersebut yang dirancang diadakan pada tahun 2004. Pada persempadanan semula pada 1974, 1984 dan 1994, ia mengambil masa 2 tahun untuk disiapkan, tetapi pada persempadanan baru ini tidak sampai 2 tahun [hanya 7 bulan sahaja] telah siap dan terus digunapakai. Persempadanan semula ini terbukti memberi faedah besar pada UMNO pada pilihan raya tahun 1974, 1986 dan 1995. Ternyata pilihan raya ke 11 ini juga memberi kemenangan besar yang mengejutkan [land slide victory] mereka sendiri dan perancang-perancangnya tidak percaya yang mereka meraih kemenangan begitu besar berbanding pilihan-pilihan raya umum yang lepas.


Kedua, pembahagian kerusi yang tidak kena pada negeri-negeri. Pada kebiasaanya, pembahagian ini berdasarkan dua faktor, iaitu taburan penduduk dan jumlah pengundi di setiap negeri. Jumlah pengundi selalunya di sesebuah negeri sepadan dengan jumlah penduduk. Di beberapa negeri kerusi yang diperuntukan jelas berlebihan atau berkurangan. Selangor yang mempunyai 16.4% jumlah pengundi di Semenanjung sepatutnya mendapat 27 kerusi atau tambahan 10 kerusi baru, tetapi hanya mendapat 5 kerusi sahaja. Jumlah 22 kerusi ini tidak memadai atau kurang 5 kerusi. Ini kerana apa? Ini disebabkan pembangkang kuat di negeri ini. Pahang yang mempunyai hanya 6.7% jumlah pengundi sepatutnya diperuntukkan 11 kerusi atau tidak ada perubahan, tetapi telah diberi 3 kerusi tambahan. Johor yang mempunyai 14.7% pengundi pula sepatutnyanya diperuntukan 24 kerusi atau tambahan 4 kerusi bukannya 6 kerusi yang menjadikannya 26 kerusi keseluruhannya untuk negeri Johor. Ini kerana Johor Darul UMNO. Kelantan mengalami 24% peningkatan jumlah pengundi atau 127,000 pengundi, tetapi negeri itu tidak mendapat sebarang pertambahan kerusi [hanya 2 kerusi DUN], tetapi berlainan pula di Pahang mengalami peningkatan 21.4% atau 98,000 pengundi diperuntukan 3 kerusi parlimen. Kedah yang mengalami peningkatan sebanyak 17.4.% atau 118,000 pengundi tidak juga diberi pertambahan kerusi, tetapi di Pulau Pinang mengalami peningkatan 17.1% atau 97,000 pengundi telah diberi 2 kerusi parlimen. Inilah tindakan barua membantu UMNO.


Ketiga, menggunakan kaedah gerimender --istilah yang digunakan yang bermaksud pengubahan sempadan pilihan raya yang digunakan apabila persempadanan baru bagi kerusi-kerusi parlimen dan DUN dibuat supaya menguntungkan parti pemerintah. Terdapat bukti bahawa gerimender wujud dalam persempadanan semula 2002 ini. Contoh berikut dapat menjelaskan perbezaan strategi gerimender yang digunakan.


Negeri Kedah contoh terbaik bagaimana kaedah ini digunakan oleh SPR untukmembantu UMNO mengekalkan kuasa. Bagaimana kerusi negeri telah dipindahkan dari kawasan parlimen yang dikuasai oleh UMNO ke kawasan parlimen yang dimenangi PAS dengan majoriti tipis dalam pilihan raya umum 1999. Kawasan yang paling ketara ialah parlimen Yan yang dimenangi oleh Setiausaha Agung PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang memperolehi undi tipis sebanyak 182 undi atau 0.7%. Dalam persempadan baru ini, kerusi negeri Gurun telah dimasukkan ke dalam parlimen Yan. Apa yang jelas, kawasan Gurun ini adalah merupakan kubu kuat MCA. Perlu diingatkan bahawa Gurun berada di bawah pentadbiran Kuala Muda sementara semua kawasan yang lain di Yan berada di bawah pentadbiran daerah Yan. Perpindahan yang serupa juga turut melibatkan 3 kawasan parlimen, iaitu Pokok Sena [Mahfuz Omar–PAS], Kuala Kedah [Mohamad Sabu-PAS] dan Baling [Mohd. Taib Azamudin-PAS].


Strategi lain yang digunakan oleh SPR untuk membantu UMNO ialah memindahkan kawasan pembuangan undi dari satu kerusi ke satu kerusi yang lain bagi memperkuatkan UMNO di kawasan yang ia lemah. Contohnya di Jeli, Kelantan, Mustafa Mohamad kalah dengan majoriti tipis sebanyak 693 undi atau 2.3%. Jumlah pengundi telah dikurangkan [dipindah ke kerusi lain] dari 38,000 [1999] kepada 31,700 [2004] dalam persempadanan semula ini. Pengundi di Kemahang telah dipindahkan keluar dari Jeli dan diganti dengan kerusi baru Bukit Bunga. Sebelum persempadanan semula ini dibuat, kerusi Jeli di bawah pentadbiran daerah Tanah Merah. Begitu juga di Gua Musang, pengundinya juga turut dikurangkan dari 30,000 kepada 26,000 dan kerusi baru juga ditambahkan juga di sini. Perpindahan pengundi-pengundi ini juga turut dibantu oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Peningkatan pengundi secara mendadak dari luar ke atas 4 buah negeri Kelantan, Kedah, Perlis dan Terangganu amat mengejutkan.


Keempat, strategi menyerap digunakan oleh SPR haprak ini untuk memenangkan UMNO. Contoh kerusi Sungai Besar yang berada di bawah parlimen Sabak Bernam, telah diserap ke dalam kerusi Ayer Tawar dan Sabak [kedua-dua kerusi ini adalah milik UMNO] mengakibatkan ADUN kawasan itu tidak lagi mempunyai kerusi untuk bertanding dalam pilihan raya ini. Apa yang jelas, Sungai Besar dikuasai oleh PAS, sementara Sungai Ayer Tawar dan Sabak merupakan kerusi UMNO. Ini adalah kerja-kerja kotor yang dimainkan oleh SPR selama ini. Oleh sebab itu, kita tidak hairan apabila SPR mengumumkan tarikh pembuangan undi pada 21 Mac 2004, hanya 8 hari sahaja untuk masa berkempen yang paling singkat dalam sejarah pilihan raya di Malaysia sejak merdeka. Masa ini sudah pasti terlebih dahulu ditentukan oleh UMNO dan SPR sebagai kaldai terpaksa menurutnya. Negara telah diwar-warkan sebagai negara maju, tetapi amalan demokrasi telah kembali ke zaman batu.


Lebih daripada 1,200 kesalahan pilihan raya dapat dikumpulkan dan dapat dibuktikan [kerana UMNO berkuasa, ia menafikannya] melalui petisyen-petisyen dan writ saman yang dikemukakan kepada SPR dan orang-orang yang berkaitan dengan pilihan raya tersebut, tetapi semuanya [kecuali di Permatang Pauh] menemui kegagalan. GAP ini masih dungu tidak tahu sebab-musabab kenapa petisyen pilihan raya di Kelantan dan di Terangganu ditolak oleh mahkamah, di sini saya tidak berhajat untuk memperjelaskannya, mungkin di waktu lain yang lebih suai.


Di bawah ini sebahagian pelbagai aduan kecelaruan pilihan raya umum lalu dapat dikumpulkan seperti berikut:


Orang lain mengundi bagi mereka yang telah mati


Ada terdapat pengundi di bawah umur 21 tahun dibenarkan untuk mengundi. Demikian juga begitu ramai nama pengundi yang hilang daripada daftar pemilih walaupun sebahagian daripadanya telah mengundi di tempat yang sama sejak lama dulu dan tidak pernah memohon untuk dipindahkan namanya ke kawasan mengundi yang lain.


Terdapat orang yang telah meninggal tetapi namanya masih ada dalam senarai pemilih dan lebih aneh lagi ada orang lain pula yang mengundi untuknya. Seorang rakyat Malaysia yang menetap di luar negara beberapa tahun dan tidak pernah mendaftar sebagai pengundi dan tidak pernah mengundi tiba-tiba namanya terdapat dalam daftar pemilih sebagai pengundi di Jalan Gurney.Pengundi wanita tetapi didaftarkan nama lelaki.


Ramai orang dikatakan telah mendaftar sebagai pemilih di alamat tertentu, tetapi apabila disiasat didapati mereka ini tidak tinggal di kawasan tersebut, sementara tuan punya rumah yang tinggal di situ sejak lama tidak pernah mendengar nama pengundi ini. Ada beberapa pengundi memiliki kad pengenalan yang sama didapati ada nama mereka didaftar pemilih di kawasan yang berbeza. Terdapat pengundi telah mengundi dengan menggunakan kad pengenalan orang lain dan di dalam beberapa kes ada pengundi wanita didaftarkan atas nama lelaki dan sebaliknya.Dua daftar pemilih diguna, ramai tidak dapat mengundi.


SPR menggunakan dua daftar pemilih yang berbeza. Ini menyebabkan kecelaruan danramai yang tidak dapat mengundi kerana nama mereka tiada dalam senarai daftar pemilih. Di Selangor, penambahan waktu mengundi dari jam 5.00 petang hinga 7.00 malam menyebabkan kecelaruan yang teruk dan melanggar Peraturan Pilihan Raya Seksyen 15 (2). Suruhanjaya Pilihan Raya gagal mematuhi tempoh mengundi yang telah diwartakan selepas pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Penambahan masa ini telah dibuat selepas jam 5.00 petang (selepas waktu tutup yang diwartakan). Tiada sebarang notis perlanjutan ini ditunjukkan.


Buku daftar pemilih diterima tidak lengkap


Penambahan masa mengundi di Selangor menyebabkan suasana kelam-kabut. Ada pegawai yang mematuhi pengumuman mendadak penambahan masa ini, ada yang keberatan. Di sesetengah tempat mengundi, pengiraan undi sudah bermula sebelum arahan pelanjutan masa diterima. Beberapa bantahan telah dibuat kepada pihak pengurus pilihan raya.


Sementara itu, calon N.43, Sementa, Selangor, Abdul Rahman Ibrahim melaporkan bahawa daftar senarai pemilih yang diberikan kepada pihaknya telah diterima pada saat akhir dan tidak lengkap pula, beberapa helai telah hilang dan ramai tidak dapat mengundi.


Orang mati tetapi masih mengundi


Kecelaruan dalam daftar pemilih berlaku di banyak tempat, khususnya di Hulu Klang, Gombak. Dalam daftar pemilih SPR itu terdapat nama-nama orang yang telah mati dan ada yang menggunakan alamat si mati yang tidak ada hubungan dengan mereka.Contohnya, di Kawasan Mengundi Klang Gate, 098/18/02 terdapat nama lima pengundi nama Cina dan seorang Melayu semuanya beralamat di rumah ibu Mohamad Azmin Ali, bekas Adun Hulu Klang. Nama mereka ialah Tan Teck Fong, Lim Hock Seng, Tan Teck Hock, Song Poo Wan, Chong Chee Peng dan Amirudin bin Harun. Semua mereka, kecuali Lim Hock Seng, tidak mengundi dalam pilihan raya umum lalu.


Bapa Azmin pula, Ali bin Omar meninggal dunia lima tahun lalu, tetapi hingga kini namanya masih ada dalam daftar pemilih Nombor Daftar 44. Pengundi Nombor Daftar 146, namanya Zahara binti Ahmad juga telah meninggal dunia. Tetapi, menurut rekod, dia juga telah mengundi dalam pilihan raya 21 Mac lalu.


Di Perlis, Ramlee bin Ahmad telah membuat laporan polis di Simpang Empat di mana dia mengadu bahawa Shuib bin Taib yang meninggal dunia 26 Januari 1976 tetapi masih ada namanya sebagai pengundi, malah menurut rekod orang ini telah mengundi dalam pilihan raya lalu dengan serial nombor 13 di barisan 1, Sekolah Kebangsaan Kampung Serdang.142 orang gunakan alamat kedai runcit.


Calon BA di Lembah Pantai, Kuala Lumpur, Dr Sanusi Osman melaporkan bahawa 13 pengundi berlainan kaum dan jantina berkongsi alamat No 12 Batu 6 1/2 , Jalan Puchong, Kampong Bohol, Lembah Pantai. Keadaan meragukan juga melibatkan 26 pengundi beralamat beberapa tempat di Bangsar. Di Kampung Klang Gate yang dibina pada tahun 60an dan merupakan perkampungan Melayu tradisi, tidak terdapat kondominium, rumah pangsa dan bangunan tinggi lain tetapi lima pengundi didapati menggunakan alamat bangunan tinggi di situ. Kebanyakan pengundi ini telah mengundi pada pilihan raya lalu.


Kajian oleh Malaysian for Free and Fair Elektion (Mafrel) mendapati 142 pengundi menggunakan alamat yang sama di Kampung Kerinchi, Lembah Pantai. Tempat ini sebenarnya ialah sebuah bangunan kayu beratap zink di mana barang keperluan harian dijual (kedai runcit). Tuan punya kedai itu menafikan 142 orang penggunakan alamat tersebut.


Orang biasa didaftar dalam senarai undi polis


Calon KeADILan di Kuantan, Fuziah Salleh telah membuat aduan bahawa di kawasan Parlimen Kuantan, 5,179 memberikan alamat tempatan dan tidak ada nombor rumah. Sebahagiannya ada alamat rumah tetapi tidak ada alamat jalan. Di Kuantan juga, ramai yang telah meninggal tetapi nama mereka masih ada dalam daftar pemilih. Di kawasan ini begitu ramai pengundi memakai alamat yang sama. Dalam satu kes, umpamanya 29 mendakwa tinggal di rumah yang sama. Ada juga terdapat di mana orang biasa tetapi didaftarkan sebagai pengundi pos. Misalnya, Hatijah binti Abu Bakar pengundi yang tinggal di Kondominium Teratai Merah, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur didaftarkan sebagai pengundi pos di Bota, kawasan Parlimen Parit, Perak.
Daftar pemilih lengkap diberi kepada BN.


Aduan juga diterima bahawa daftar pemilih yang diberikan kepada pembangkang di mana alamat pengundi tidak lengkap. Ini sangat menyukarkan pembangkang untuk mencari pengundi tersebut. Bagaimanapun, daftar pemilih lengkap yang diberikan kepada BN turut disertakan alamat pemilih. Buktinya pihak Pengerusi BN, Abdullah Ahmad Badawi mampu menghantar surat kempen peribadi melalui perkhidmatan Pos Malaysia beberapa hari sebelum pilihan raya tersebut.


Sementara itu aduan juga diterima di mana pegawai pilihan raya merekodkan siri nombor di kertas undi pengundi dan mengumumkan dengan kuat di dalam dewan tempat mengundi. Ini menimbulkan kebimbangan pengundi bahawa undi mereka tidak lagi rahsia bahawa mereka dipantau. Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Jasin, Melaka.


Kalau di negara-negara lain yang mengamalkan demokrasi tulin, seorang sahaja yang membuat bantahan yang ia tidak boleh mengundi atau namanya hilang dari daftar pemilih, atau SPR membuat kesilapan seperti di Sungai Lembing, Pahang, maka seluruh pilihan raya akan dibatalkan dan akan dibuat pilihan raya semula, tetapi apa boleh buat kita hidup dalam sebuah Negara " JAKUN ".


UNSUR KEDUA ialah UMNO dibantu oleh Pasukan Polis DiRaja Malaysia [PDRM]. Peranan PDRM ialah melakukan pelbagai langkah sekatan dan menghalang aktiviti-aktiviti [sekarang telah dimulai melalui PR Kecil di Machap dan paling didashat di Ijok akan berlanjutan ke PRU ke-12 nanti] yang dijalankan oleh kedua-dua parti ini [PAS dan Keadilan] dari tarikh 1.7.2001. Semenjak dari tarikh tersebut, kedua-dua parti ini menghadapi pelbagai masalah untuk menjalankan aktivitinya menyampaikan maklumat kepada rakyat, termasuk bahan-bahan penerbitan yang tidak sealiran dengan UMNO diharamkan, kecuali akhbar parti sebulan 2 kali, sedangkan pada masa yang sama UMNO dapat melakukan pelbagai aktiviti tanpa sekatan malah dapat perlindungan yang amat mahal harganya.


Dari tarikh pengharaman ceramah 1.7.2001 hingga 31.7.2001 [Cabaran 1.9.2001], seramai 147 orang [di Johor sahaja] ditangkap dan didakwa kerana melanggar peraturan ceramah dan ianya berlaku di seluruh Negara. Mat Sabu menjadi orang yang paling dikehendaki oleh polis, beliau duduk di senarai teratas sekali berbanding dengan pemimpin-pemimpin lain, masuk-keluar lokap polis. Beliau menjadi pemimpin PAS pertama yang didakwa kerana beliau mengadakan ceramah tanpa permit pada 15.7.2001 di Jelebu dan di Kelawang, Negeri Sembilan dan didakwa di mahkamah pada 2.8.2001 yang mana kesnya ini belum lagi selesai sehingga sekarang, semacam perbicaraan ke Memali, Baling, Kedah, berkali-kali ditangguhkan, tidak tahu bila akan selesai.


Pada masa yang sama pelbagai aktiviti UMNO dibenarkan. Polis menggunakan FRU akan mengepung, mengejar, memukul dan membuat sekatan jalan raya menghalang orang ramai dari menghadiri program-program yang dianjurkan oleh PAS atau Keadilan. Sila perhatikan insiden-insiden ini:


1. PDRM mengambil tindakan kekerasan ketika menyuraikan ceramah PAS di Kampung Malau, Jitra, Kedah pada 14 Februari 2001, ceramah Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang ketika itu sebagai MB Terangganu dan Mat Sabu di Sabak Bernam, Selangor pada 17 Februari 2001. Allahyarham Dato’ Fadzil Noor di Bukit Hijau pada 6 Julai 2001, Kuala Selangor Sempena Sambutan 50 Tahun PAS di Markasnya sendiri. Ustaz Fadzil telah menulis surat bantahan kepada Ketua Polis Selangor ketika itu Nik Ismail dan salinan kepada Menteri Dalam Negeri, Abdullah Ahmad Badawi dan kepada Ketua Polis Negara.


2. Pada 12 Julai 2001 juga, di Kubang Pasu pasokan polis menahan 18 orang dan menyembur air kimia bagi menyuraikan perhimpunan. Pada 11 April 2002, pasukan polis menghalang ceramah PAS di markas Kubang Rotan, Kedah sebaik sahaja Mat Sabu hendak berucap pasokan polis menganas dan menceroboh ke dalam perkarangan Markas PAS dan menahan 4 orang. Operasi ini diketuai oleh Timbalan OCPD Abdul Jalil Abdul Wahab dan dibantu oleh DSP Zahari Ahmad. Ketua Pemuda PAS Kuala Kedah, Mohd. Nasir Mustafa bertindak menyaman Ketua Polis Kota Setar, KPN dan Kerajaan di Ibupejabat Polis Daerah Kota Setar pada 30 April 2002 jam 9.30 pagi. Pasokan polis selamat kerana ia dilindungi oleh UMNO, yang mana UMNO juga memerlukan khidmat pasokan polis untuk survivalnya. Perlu memerlukan satu sama lain.


3. Peristiwa di Kampung Kubang Bok, Kuala Ketil pada 10 Febuari 2002 yang menjadi kontroversi di peringkat negara sehingga kini tidak terjawab. Peristiwa pasukan FRU, PGA, SB dan polis trafik mengepung kawasan kebun getah dan ladang kelapa sawit di sekeliling kawasan ceramah menggempur kawasan itu dengan melepaskan gas pemedih mata, mengejar, menangkap dan malah ada yang kena pukul bertempiaran lari, kanak-kanak menangis terkena gas pemedih mata dan Nik Aziz MB Kelantan dibawa lari dengan motosikal dari kepungan polis meredah sungai dan belukar di tengah malam buta dalam kesejukan dini hari.


Bayangkan betapa hapraknya UMNO memperalatkan pasokan polis, seorang MB diperlakukan sebegitu rupa, hendak berucap saja dan hendak bertemu mata dengan rakyat, bukan menghasut rakyat berarak menentang UMNO secara kekerasan. Dalam peristiwa itu sebuah trak polis buruk terbakar dan seorang pegawai polis bernama Supt. Hassan Ismail, OCPD Baling mendakwa beliau dilontar plastik berisi cuka getah menyebabkan badannya terasa gatal-gatal. Hassan dengan sombong menyebut bahawa: “ dia laksanakan undang-undang dan dia tidak menghormati undang-undang”. Disamping itu, Hassan juga tidak membenarkan ADUN Bukit Raya, Kedah seorang peguam YB Taulan Rasul berjumpa dengan orang-orang yang ditahan pada malam itu bertentangan dengan Perlembagaan perkara 5(3) artikel hak asasi manusia. Allahyarham Dato' Fadzil Mohd Noor dengan beberapa pemimpin PAS kedah telah membuat laporan polis dan sehingga kini tidak ketahui kedudukan perkara sebenar dan Allahyarham bangkitkan peristewa ini di parlimen untuk dijadikan rekod rujukan genarasi akan datang.


4. Siri tegahan yang dilakukan oleh seorang lagi pegawai polis, Hussein Bappo, Ketua Polis Alor Setar, Kedah mengetuai pasokan polis melakukan sekatan seperti berikut:


i. Pada 28.7.2001 - Menyembur air kimia, gas pemedih mata, merampas kamera, merampas pembesar suara dan menangkap 3 orang yang bertanggungjawab menganjurkan ceramah di markas UPU Kampung Tualang, Pokok Sena.
ii. Pada 8.8.2001-Mengempur dan menangkap 3 orang yang menganjurkan ceramah di SM Agama Taklimiah, Telok Keling, Pokok Sena.
iii. Pada 20.9.2001- Mengempur ceramah PAS di markas PAS UPU Anak Bukit, di Alor Pial. Alor Setar. Operasi ini dibantu oleh DSP Nagaratnam dan ASP Abdullah Sani. Pada masa yang sama UMNO juga membuat satu ceramah di Suka Menanti, Alor Setar, pasokan polis tidak menganggunya dan majlis yang dianjurkan oleh UMNO dapat berjalan dengan lancar.
iv. Pada 5.10.2001 - Memotong kunci pintu pagar dan menceroboh masuk menghentikan program pelancaran kempen ‘sekampit beras’. ini diketuai oleh Supt. Abdul Jalil Abdul Hamid dan dibantun oleh ASP Che Man, Inspektor Zahari dan Inspektor Suhaimi.
v. Pada 19.10.2001 - Menangkap 5 orang dan menghentikan demontrasi bantah keganasan AS terhadap umat Islam di Masjid Derga, Alor Setar.
vi. Pada 20.10.2001 - Menceroboh dan menghentikan program ceramah di Pejabat PAS Kawasan Kuala Kedah, di Kubang Roran[ kawasan MB Kedah Syed Razak]. Ketua Pemuda PAS Kedah, Aris Awang membuat laporan polis pada 29.10.2001.
vii. Pada 30.11.2001- Menceroboh dan menghentikan ceramah yang sampaikan oleh Presiden PAS yang juga Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Allahyarham Dato’ Fadzil Mohd. Noor dengan 7 buah trak FRU dan sebuah kren di Kampung Huma Padang Hang [MTD Anak Bukit]. Komen Fadzil : “Semua syaitan dalam bulan puasa ini dirantai, tetapi kita tidak tahu kalau-kalau masih ada yang tidak dirantai atau masih ada mereka yang lebih jahat dari syaitan”.


5. Penghinaan terhadap Haji Hadi, Nik Aziz dan lain-lain pemimpin kanan PAS terus dilakukan oleh pasokan polis dengan tidak dibenarkan berucap dalam Majlis Makan Malam Sempena Gagasan Selatan yang diadakan di Lot 1476 Kampung Ismail Ampangan, Negeri Sembilan pada malam 31 Ogos 2003 sempena hari Kemerdekaan ke-46.


6. Satu lagi peristiwa yang juga turut menimpa Haji Hadi ialah yang berlaku pada 7 September 2003 di markas PAS Kampung Chempaka Lancang, Temerloh, Pahang. Pasukan polis telah mengepung kawasan itu dengan mengadakan sekatan jalan raya dari semua arah yang menuju ke kawasan tersebut. Ini adalah majlis taklimat dalaman parti dan majlis perasmian yang dilakukan oleh pemimpin tertinggi PAS yang juga seorang MB yang sah yang memerintah sebuah negeri yang berdaulat, seperti juga dengan MB-MB yang lain. Sama taraf dan sama kedudukan. Haji Hadi dibenarkan berucap 30 minit sahaja dan memaksa majlis tersebut dihentikan.


7. Ada lagi peristewa yang berlaku pada 25 Mac 2002 di Pasti Al-Izzah, Taman Senai Utama, Johor Bahru yang mana pasokan polis dengan pelbagai unit seperti FRU, PGA, SB dan polis trafik yang diketuai oleh Timbalan Ketua Polis Johor, SAC II Abu Bakar Said dan dibantu oleh OCPD Johor Bahru, Tuan Hasim dan Ketua Cawangan Khas JB, Buniyamin merempoh dan mengempur ribuan hadirin yang sedang mendengar ceramah yang disampaikan oleh Yussuf Hussin salah seorang saksi penting dalam ‘Tragedi Memali’.


8. Pada 1.5.2002 - Sempena Hari Pekerja anjuran Dewan Pemuda PAS Johor di Pejabat PAS Kawasan Tebrau, di Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, pasokan polis yang diketuai oleh Ketua Inspektor Adzri menceroboh dan menangkap peguam yang juga sebagai Setiausaha Lajnah Guaman PAS, Mohd. Hanipa Maidin yang sedang memberi taklimat kepada hadirin mengenai hak-hak rakyat di bawah Perlembagaan perkara 10. Beliau di bawa ke BP Plentong untuk disoalsiasat dan dibebaskan pada pukul 3.00 petang 2.5.2002, kemudian beliau didakwa di mahkamah majestrit Johor Bahru pada 16.5.2002. Pada hari yang sama UMNO bersama-sama dengan PUTRInya membuat aktiviti-aktivitinya di Taman Mawar, di Pasir Gudang dan di Plentong 1 tanpa sebarang gangguan dari pihak pasokan polis. Ini adalah bercanggah dengan Perlembagaan perkara 8 yang mana semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama adalah sama rata dari segi undang-undang.


Pencerobohan dan gangguan pasokan polis di negeri Melaka adalah seperti berikut :


i. Ganggu ceramah Allahyarham Fadzil Noor di Madrasah Munawwarah Durian Tunggal [ sepatutnya majlis ini diadakan di Markas PAS di Alor Gajah, pasokan polis menyekatnya].ii. Ganggu ceramah Haji Hadi di Markas PAS di Dataran Sri Hamas.
iii. Ceramah Mat Sabu terpaksa dibatalkan yang cadang diadakan di Kampung China Besar, Alor Gajah. Dr. Syed Azman Ahmad di Tampoi, Dato’ Ishak Baharom di Pengkalan Rama, Sidik Nor di Alai dan membatalkan program pelancaran Buletin PAS Melaka di Batu Berendam.
vi. Ceramah Dato’ Dr.Hassan Ali di Pejabat PAS Negeri terpaksa dibatalkan. Cermah Mahfoz Omar juga terpaksa dibatalkan di Madrasah Al-Munawarah, Kampung Pulau, Durian Tunggal. Program Mat Sabu untuk melancarkan pelancaran tabung pelarian Afghanistan di Pasti Jaya Insan, di Bukit Katil juga pasokan polis memaksa dihentikan. Program UMNO di Bukit Katil, Air Molek, Bukit Beringin dan Durian Tunggal, pihak polis biarkan tanpa diganggu.


Gangguan seperti ini terus berlaku selepas PRU ke-11 lalu terutama di Terangganu. Di Terangganu banyak aktiviti-aktiviti PAS tidak boleh dijalankan kerana sekatan, kekangan dan pencerobohan [atas arahan MB, Idris Jusuh] pasukan polis ke atas program politik PAS sehingga tercetus peristewa yang mana pasukan polis menembak gas pemedih mata ke arah Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang sedang memberi ucapan di dalam Masjid Al-Taqwa, Batu 6, Kuala Terangganu pada tahun 2006. Selepas insiden tersebut, PAS membuat bantahan keras kepada Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri atas alasan negara ini adalah negara demokrasi [konon-kononnya] dan sekarang baharulah program PAS kurang [ada juga gangguan, tetapi tidaklah seganas dahalu lagi].


Pihak UMNO terlalu elagik terhadap aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh PKR berbanding dengan PAS terutama yang melibatkan Penasihat parti Dato’ Seri Anuar Ibrahim. Banyak program PKR yang melibatkan Anuar terpaksa dibatalkan kerana gangguan pihak polis. Banyak contoh-contoh yang boleh diberikan, tetapi rakyat yang celik yang mengikuti perkembangan politik arus perdana sudah maklum hakikat peristewa-peristewa tersebut.


Pekeliling Iktisas 5/1999 perkara 3 menyebut :

“Apa jua bentuk kegiatan politik yang dijalankan di pejabat, di kawasan sekolah atau di bilik darjah adalah dilarang sama sekali”.

Siapa yang melanggar peraturan ini. Tentunya UMNO. Pemimpin UMNO bergerak cergas dalam kawasan sekolah dalam pelbagai aktiviti seperti sukan, PIBG, hari anugerah cemerlang dan sebagainya, yang mana ini diharamkan sama sekali dilakukan oleh wakil-wakil rakyat PAS, walau pun PAS menang dan menjadi wakil rakyat bagi kawasan tersebut. Ini bukan cerita baru. Semua rakyat tahu mengenai perkara ini. Waris-waris pelajar dipaksa hadir untuk merai pemimpin-pemimpin UMNO yang hadir untuk sesuatu aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah, kalau tidak anak-anak mereka akan diugut dengan menyekat bantuan buku teks, biasiswa dan lain-lain bantuan kepada pelajar-pelajar misikin. Contohnya, di SMK Kedawang, Langkawi pada 16.3.2002 jam 3.00 petang, aktiviti oleh UMNO Cawangan Kampung Gelam.


Beratus kes-kes seperti ini terjadi di seluruh Negara untuk mengekang pergerakan PAS dan Keadilan memberi penerangan kepada rakyat sebagai pandangan kedua selaras dengan amalan demokrasi yang diamalkan dan diwar-warkan itu. Memadai saya memberi beberapa contoh di atas sebagai renungan kita bersama [bukan untuk GAP yang buta mata hati].


Untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang, kedua-dua unsur ini dibantu oleh 3 elemen, iaitu, pertama rangkaian media massa yang memainkan peranananya 24 jam menanam propaganda dan mengasak fikiran rakyat bahawasanya UMNO sahaja yang boleh memerintah dan boleh membawa pembangunan. Orang lain tidak boleh. Kedua, politik wang yang menjadi darah daging UMNO telah berjaya mempengaruhi sebahagian rakyat yang berfikiran sempit, terutama orang-orang luar bandar dan dalam bandar yang hidup susah. Duit luruh bagaikan daun getah di musim kemarau panjang. Ketiga ialah penggunakan jentera-jentara kerajaan dan kemudahan awam untuk berkempen tanpa ada halangan. Mereka boleh buat apa sahaja yang mereka suka. Mereka di atas undang-undang dan ada immunity [Raja-raja sudah hilang immunity melalui krisis perlembagaan pada tahun 1983 dan 1993].


Akhirnya PAS hanya mampu menang 7 kerusi parlimen [kemudian hilang 1 kerusi –Parlimen Pasir Puteh] dan 36 kerusi DUN, manakala Keadilan hanya menang satu kerusi parlimen menerusi Presiden partinya, iaitu Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail di Permatang Pauh, Pulau Pinang.Manakala UMNO/BN dilaporkan mendapat 63.68 peratus atau 4,425,111 daripada 6,949,168 undi kerusi Parlimen pada pilihan raya umum kali ke-11 ini. Peratusan ini meningkat mendadak berbanding 56.53 peratus atau 3,748,511 undi daripada 6,631,094 undi pada 1999. Daripada 117 kerusi Parlimen ditandingi Umno, ia memperolehi 64.84 peratus atau 2,517,129 daripada 3,882,006 undi di kawasan terbabit.


Komposisi Parlimen 2004 yang merugikan orang Melayu dan Islam. Keghairahan UMNO untuk mengekalkan kuasa telah menyaksikan satu perubahan drastik kuasa politik Melayu. UMNO bencikan PAS dan sanggup memberi peluang kepada bukan Melayu mengambil kerusi kawasan Melayu majoriti. Parlimen ke 11 menyaksikan pertambahan bilangan kerusi iaitu berjumlah 219 kesemuanya.

Tahukah GAP:


1. Dari jumlah 219 itu, cuma 119 sahaja ahli Parlimen beragama ISLAM selebih 100 bukan ISLAM.

2. BN menguasai 199 kerusi (termasuk Pasir Puteh), 112 kerusi dianggotai oleh orang ISLAM baki 87 dikuasai oleh ahli BN yang bukan ISLAM.Maknanya Parlimen ke 11 menyaksikan cuma 54.33% perwakilan orang ISLAM, 45.66% bukan ISLAM. Sedangkan Parlimen 1 selepas Merdeka dahulu lebih 80% orang ISLAM.Apa akan jadi pada Parlimen ke 12 dan berikutnya nanti?


Yang jelas kita tahu cuma 6 anggota dewan sahaja ataupun 2.73% yang jelas komited terhadap ISLAM dan sanggup mempertahankan ISLAM sebagaimana yang dituntut oleh Allah dan Rasul Nya s.a.w iaitu Ahli Parlimen PAS, selebihnya dari BN berfahaman ISLAM Hadhari.


Timbalan Perdana Menteri Kedua


Saya terpanggil untuk membuat satu kajian terhadap isu yang ditimbulkan oleh YB Ahli Parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun yang bertanyakan adakah Kerajaan Malaysia akan mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri Kedua di dalam negara.


Hasil kajian saya mendapati timbulnya isu tersebut adalah kerana daripada 219 ahli Parlimen di Malaysia 119 adalah terdiri daripada wakil rakyat Melayu yang beragama Islam termasuk wakil rakyat Pas sebanyak 6 orang dan Keadilan 1 orang. Sementara 100 orang ahli Parlimen terdiri daripada wakil rakyat bukan Melayu yang bukan beragama Islam.


Kalau dari segi peratus ianya adalah 54.34 % wakil rakyat Melayu yang beragama Islam dan 45.66% wakil rakyat bukan Melayu bukan beragama Islam.


Pertanyaan oleh YB Bukit Bintang telah terjawab apabila kita melihat jumlah ahli Parlimen Melayu dan ahli Parlimen bukan Melayu masa kini menunjukkan perbezaan sedikit antara keduanya.
Mengapa ini terjadi GAP?


Ketahuilah GAP dan orang-orang yang seangkatan dengannya, demokrasi yang tulin seharusnya membenarkan kebebasan bersuara. Pembangkang diberikan suara samada di dalam akhbar, tv, radio dan sebagainya. Hak yang dimiliki oleh pembangkang adalah sama dengan hak yang dimiliki oleh pemerintah [baca UMNO] di dalam usaha untuk menerangkan dasar masing-masing. Tiada sekatan sama ada wujudnya akta ISA, OSA (akta media cetak ), Akta Kediaman Terhad 1933 (REE), Akta Hasutan, Akta Polis, AUKU 1971, Akta Kesatuan Sekerja 1997, Akta Pertubuhan 1966, Akta Ketenteraman Awam 1958 dan macam-macam akta lagi yang membelenggu rakyat untuk mendapatkan kebebasan.


Lebih dari itu pembangkang haruslah diberikan ruang dan peluang untuk menyatakan pendapat masing-masing melalui akhbar yang bebas diterbitkan, tanpa skala tertentu. Kita mengaku kita mengamalkan demokrasi, tetapi ciri-ciri demokrasi itu sendiri hampir ditiadakan oleh pemerintah yang dikepalai oleh UMNO. Bolehkah disebut harimau kalaulah rupa fizikal malah rupanya menyerupai kambing? Bolehkah disebut ayam kalau suaranya seperti katak? Umno mengambil demokrasi, mengubah sesuka hati, menambah mengikut sesedap rasa dan membuang yang mana perlu yang dirasakan berupaya untuk mengikis sokongan rakyat terhadapnya. Lantas mendakwa sistem yang kita [Aman Rais dan angkatannya] agung-agungkan itu sekarang sebagai demokrasi? Air kosong apabila ditambah kopi dan gula pun tidak akan lagi dipanggil dengan nama asalnya memandangkan sifat-sifatnya yang telah berubah. Jadi bagaimanakah halnya dengan sistem demokrasi yang kita amalkan sekarang? Masihkah layak dipanggil demokrasi?



Komen dari Tan Sri Musa Hitam, Pengerusi SUHAKAM [kini mantan dan Penasihat Ekonomi Abdullah untuk menghapuskan DEB dan melelon Johor Selatan kepada Singgapura] dalam majlis Ceramah Umum di Universiti Malaya pada 1.7.2001 : “Di waktu zaman kolonial dulu lebih teruk keadaannya, rakyat tidak kenal erti kebebasan bercakap, namun mereka tetap bercakap menyuarakan kebenaran. Dato’ Seri Dr.Mahathir sendiri pernah bercakap mengkritik melawan PM pertama Tengku Abdul Rahman Putra pada satu ketika dulu. Walaupun dipecat dari UMNO ekoran dari tindakannya itu, dia sekarang sudah menjadi PM. Kesannya, zaman ini telah muncul beribu-ribu klon Dr.Mahathir”.


3. Hujah beliau selanjutnya : “Rakyat malaysia menjauhi pas sudah berabad lamanya..pas hilang pengaruh kerana imej ganas yg dipamirkan..HINGGALAH TERJADINYA KES PENGHARAMAN UMNO DAN PERISTIWA OPERASI LALANG YG BERLANGSUNG PADA TAHUN 1987”


Ulasan :


Peristiwa di atas berlaku sebagai ‘perbuatan mengalihkan’ pandangan rakyat terhadap sesuatu isu yang berkaitan dengan kerajaan atau UMNO yang akan memberi kesan buruk sekiranya ia dibiarkan kepada satu isu yang lain yang boleh memberi kesan positif kepada kerajaan atau UMNO. Pada tahun 1987, ketika itu pergolakan dalam UMNO sangat teruk, perebutan jawatan di antara Mahathir-Tengku Razaleigh menyebabkan UMNO diharamkan pada tahun 1988 menyebabkan suasana politik Negara tidak stabil.


Dalam pada itu, krisis keyakinan terhadap Sistem Kehakiman Negara turut berlaku ekoran pemecatan Tun Salleh menyebab masyarakat tempatan dan antarabangsa sudah tidak memperyacai lagi system perundangan kita. Dengan tiba-tiba MCA mengambil kesempatan mengeruhkan suasan melalui Ketua Pemudanya yang dipimpin oleh Dato’ Lim Kim Sai menimbulkan isu hak keistimewaan Melayu kerana menurut kepercayaan MCA orang Melayu juga merupakan bangsa ‘pendatang’ yang mendiami di Negara ini lebih awal dari kaum Cina, maka tercetus ketegangan politik di antara UMNO [kaum Melayu] dengan MCA [kaum Cina]. Najib Tun Razak ketika itu sebagai Ketua Pemuda UMNO, Mohamad Mohd. Taib, MB Selangor dan ramai lagi pemimpin-pemimpin UMNO mengadakan perhimpunan bantahan dan perarakan di Stadium TPCA, di Kampung Baru, Kuala Lumpur yang turut disertai oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu Ghafar Baba.


Pihak UMNO merancang untuk mengadakan lagi perhimpunan dan perarakan yang lebih besar bagi menunjukkan bantahan terhadap kenyataan MCA itu. Ekoran dari ketegangan ini, maka ‘Operasi Lalang’ dilancarkan ke seluruh negara yang mana banyak pemimpin-pemimpin dari parti pembangkang PAS dan DAP ditangkap dan ditahan di bawah ISA, manakala pemimpin-pemimpin UMNO dan MCA yang mencetuskan ketegangan ini ditahan sementara dan dibebaskan. Strategi ini sengaja dirancang begitu rupa untuk memulihkan kembali UMNO yang baru dihidupkan dan mengelak UMNO baru diserang oleh parti-parti pembangkang yang dipimpin oleh Tengku Razaleigh. Hasilnya pada pilihan raya umum ke 9 pada tahun 1990, UMNO/BN menang besar, walaupun UMNO kalah di Kelantan dan jatuh ke tangan PAS, namun ia berjaya membentuk kerajaan persekutuan dengan majority 2/3 juga dan semua negeri dikuasai olehnya.



Sebagai kesimpulannya, kemenangan UMNO/BN dalam PRU ke-11 bukanlah atas sifat UMNO/BN sebuah parti politik yang mempunyai kekuatan dan kelebihannya tersendiri berbanding dengan kekuatan pihak pembangkan, tetapi UMNO/BN bertindak sebuah sebuah kerajaan berkuasa sedangkan apabila Parlimen dibubar, UMNO/BN tidak ada kuasa lagi dan ia perlu diambilalih oleh sebuah badan bebas seperti Kehakiman [melantik Hakim tertentu] untuk mengawasi dan menguruskan soal-soal berkaitan pilhanraya. UMNO dianggap sebuah kerajaan dan kerajaan dianggap sebagai UMNO menentang pihak pembangkang yang mempunyai berbagai kelemahan. Anggapan sedemikianlah menyebabkan UMNO terus berkuasa mempergunakan agensi-agensi terbabit dan bebas melakukan berbagai penipuan, penyelewengan dan menyalahgunaan kuasa. Tidak ada sebuah badan yang berani tampil ke depan menghalang perbuatan UMNO yang menyalahguna amalan dan prinsip asas demokrasi yang dilaksanakan oleh negara-negara yang maju dan bertamadun.


Kaedah ini akan terus digunakan dalam setiap PRU dan pilihanraya kecil. UMNO tambahkan satu unsur untuk menang dalam pilihanraya iaitu 'unsur samseng' dan melakukan keganasan bagi menakutkan rakyat untuk mengundi pembangkang. Strategi ini nampaknya amat berkesan. Kesemua pilihanraya kecil yang diadakan selepas PRU ke-11, semuanya dimenangi oleh UMNO/BN. Ia bermula di Kuala Brang, Terangganu, Indera Kayangan, Perlis, di Permatang Pasir, Kelantan dan tahun 2007 ini sahaja 3 pilihanraya kecil diadakan iaitu di Batu Talam, Pahang, di Machap, Melaka dan di Ijok, Selangor. Semuanya dimenangi oleh UMNO/BN walaupun terpaksa mengeluarkan belanja yang amat tinggi [melampaui tahap yang dibenarkan oleh SPR], tetapi undi yang diperoleh amat mengecewakan, tidak sepadan dengan peruntukan kewangan yang besar yang terpaksa dikeluarkan untuk merasuahkan para pengundi.


Pembangkang wajib ambil perhatian serious. Kaedah ini juga akan digunakan dalam PRU ke-12 nanti kerana kaedah ini amat berkesan seperti yang mereka tunjukkan dalam pilihanraya kampus. Format ini akan diterjemahkan ke dalam PRU ke-12. Awas dan segerakan mengerakkan 100 ribu rakyat membantah ketidakadilan ini daripada terus berlaku.


“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian, terima kasih.

Rujuk artikal asal saya dalam Malaysia Today : http://www.malaysia-today.net/Blog-s/2005/01/menjawab-gerakan-anti-pas-satu.htm dengan pakai nama samaran Sri Bunian.

Sesuai untuk dijadikan garis panduan untuk merancang strategi dan taktik dalam menghadapi PRU ke-12 nanti.

1 comment:

Anonymous said...

salam..sekadar ingin memberi sedikit pandangan. kita terlalu sibuk berfikir sesuatu perkara hingga kita lupa ada perkara yang lebih penting.perlu diingat ada pihak luar yng memerhati tindak tanduk negara kita.mereka hanya menunggu masa yang sesuai untuk bertindak.politik....hingga ada bertindak ekstrem..be professional.jangan biarkan negara tergadai lagi.cukuplah keperitan 50tahun dulu.jangan gadaikan masa depan anak cucu kita...