Oleh Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt.,
Pada 1 Jun lalu, Suruhanjaya Pilihanraya @ Suruhanjaya Penipu Rakyat [SPR] akhirnya bersetuju dengan cadangan BERSIH untuk menggunakan dakwat kekal dalam proses pilihanraya bagi mengelak berlakunya perbuatan mengundi lebih daripada sekali.
Assalamu’alaikum wm.wrt.,
Pada 1 Jun lalu, Suruhanjaya Pilihanraya @ Suruhanjaya Penipu Rakyat [SPR] akhirnya bersetuju dengan cadangan BERSIH untuk menggunakan dakwat kekal dalam proses pilihanraya bagi mengelak berlakunya perbuatan mengundi lebih daripada sekali.
Sebelum itu dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia pada 9 Januari 2007, Pengerusinya memberitahu bahawa mulai pilihanraya umum ke-12 akan datang, kotak undi yang digunapakai sekarang ini akan diganti dengan kotak undi lut sinar.
Dalam hubungan ini, sukacita saya merujuk berita yang disiarkan oleh HarakahDaily terbitan 21 Mac 2007 [http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=6903&Itemid=28] berhubung dengan kenyataan barua UMNO, Abdul Rashid bin Abdul Rahman merangkap Pengerusi Suruhanjaya Penipu Rakyat @ SPR. Barua ini mencabar sesiapa sahaja yang tidak puas hati dengan SPR boleh mengheret SPR ke Mahkamah Pilihan Raya seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia perkara 18, katanya.
Suruhanjaya Penipu Rakyat @ SPR digerakkan melalui peruntukan di bawah Perlembagaan Malaysia Bahagian VIII Perkara 113 hingga 119. Ianya digubal oleh penjajah British yang sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi relevan buat masa sekarang ini. Sila rujuk kembali kenyataan yang dibuat oleh barua UMNO ini : http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0109&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=240108&vo=110 http://www.malaysiakini.com/news/61818
Berjuang menuntut demokrasi [melalui SPR] yang lebih tulus di Malaysia ini terpaksa berhadapan dengan sebuah kerajaan ‘pariah’ yang bertindak ala-mafia dalam sistem pemerintahan diktator di negara ini untuk mengekalkan UMNO supaya terus berkuasa buat selama-lamanya. Bertindak zalim dan ganas [memperalatkan pasukan keselamatan] menutup ruang interaksi di antara pihak yang bukan kerajaan dengan rakyat. Rakyat hanya dibenarkan mendengar dan melihat ‘suara keramat’ daripada pihak kerajaan sahaja tanpa dibenarkan rakyat membuka mulut apatah lagi untuk membenarkan rakyat menggunakan kaki dan tangan.
SPR dan agensi-agensi milik kerajaan [contohnya seperti pasukan polis, Jabatan Pendaftaran Negara, sistem perundangan boleh dimanipulasikan dan sebagainya] telah bertungkus-lumus siang-malam membantu UMNO mengekalkan kuasa, tetapi mereka terlupa satu perkara. Bahawasanya, kuasa Allah s.w.t. telah pun menetapkan jangka hayat UMNO. Setiap benda ada tarikh expirenya atau tarikh luputnya, tetapi sebagai manusia yang lemah, kita tidak mengetahuinya. Ia berada dalam ilmu Allah s.w.t. Tanda-tanda kejatuhan UMNO semakin jelas dan terang apabila kita rajin membaca dan merujuk kejatuhan kerajaan-kerajaan dahulu-kala yang banyak disebut dalam Al-Quran, yang mana di suatu ketika dahulu kerajaan-kerajaan berkenaan Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.
Di Asia, khususnya di Asia Tenggara [kecuali Myanmar yang diperintah oleh junta tentera] tidak ada lagi kerajaan yang diperintah melalui sistem diktator [Singapura pun sudah mula membuka ruang yang lebih kepada demokrasi pada pilihan raya yang lalu], melainkan negara kita Malaysia.
Walau bagaimana dahsyat sekali pun berbagai kemungkinan yang akan berlaku, perjuangan menuntut demokrasi perlu diteruskan seperti mana dalam proses awal menuntut kemerdekaan dahulu yang dipelopori oleh golongan kiri [UMNO bukan pejuang tulen, ia terima kemerdekaan dalam tinta emas hasil perjuangan golongan yang terdahulu daripadanya]. Para pejuang perlu merujuk kepada perjuangan menuntut demokrasi yang lebih adil yang berlaku di New Zealand [Rujuk : http://malaysia-today.net/blog2006/beritankom.php?itemid=2504]
Politik adalah sesuatu yang serius. Ia menentukan kepimpinan negara, dasar dan polisi negara, memberi kesan kepada ekonomi dan keadaan sosial negara dan yang paling penting arah masa depan, maruah dan integriti negara. Tetapi integriti politik di negara ini telah dimusnahkan oleh SPR dan pemerintah [baca: UMNO]. Segala aduan ketidakadilan, hilang kewibawaan dan kurangnya ketelusan dan akauntabiliti proses demokrasi dan pilihan raya tidak diberi perhatian kerana takut hilang kuasa [Rujuk : http://www.malaysiakini.com/news/61502]
Namun, apa yang sebaliknya berlaku, peraturan dan undang-undang pilihan raya dipinda bagi mengecilkan peluang dan kebebasan demokrasi. Lihat sahajalah kepada jumlah deposit yang dikenakan kepada calon, senarai pemilih yang meragukan, hinggalah kepada persempadanan semula kawasan pilihan raya yang menguntungkan UMNO [UMNO membawa maksud BN juga], semuanya dibuat bagi mendatangkan kesukaran kepada parti-parti lawan UMNO untuk bertanding di padang yang sama rata.
Barua ini terus mengeluarkan kata-kata :
"Kami bersikap telus... mereka (parti politik yang tidak puas hati) perlu memberi contoh (bahawa ketelusan tidak diamalkan oleh SPR) . Apa sebenarnya yang kami tidak telus? Semasa kami mengira, mempamerkan keputusan, mengumumkan keputusan dan seterusnya, apa sebenarnya yang kami tidak telus? Segala-galanya boleh dilihat dan dilakukan secara terbuka. Apa yang kami lakukan di pusat pengundian, pusat penjumlahan... adakah kami melakukan muslihat? Tidak, segala-galanya ditentukan oleh pengundi dan bukan oleh SPR."
Wahai Rashid, penambahan masa mengundi dua jam di Selangor dalam pilihan raya umum ke-11 yang lalu, adakah telus? SPR sendiri telah melakukan ultra-vires melanggar Perlembagaan Negara dan melanggar banyak peraturan yang dibuatnya sendiri. Artikel mana dan undang-undang mana yang Rashid gunakan untuk melanjutkan masa mengundi sehingga ke pukul 7.00 malam. Dalam hal ini jelas diterangkan dalam peraturan SPR menyebut: “Secara rasmi hari mengundi bermula dari selepas 12.00 tengah malam dan berakhir dengan pengumuman keputusan pilihan raya. Namun demikian, waktu membuang undi ditetapkan dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang di seluruh Malaysia [Rujuk : http://www.spr.gov.my/index/proses.htm].
Teluskah ini, wahai Rashid Barua.Rashid dan SPR hanya bertindak sebagai barua kepada UMNO mengikut perintah dan arahan sahaja. ?Sebagai buktinya pada pilihan raya umum ke-11 lalu, Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri mengumumkan pembubaran Parlimen pada 3 Mac 2004. Pada petang itu juga, Rashid Rahman telah membuat satu pengumuman bahawa SPR akan bersidang dalam masa 14 hari untuk menetapkan tarikh hari pencalonan dan tarikh membuang undi [The Sun 4 Mac 2004].
Tetapi, secara tidak semena-mena, beberapa jam kemudiannya, Rashid telah mengadakan perjumpaan pada hari yang sama dan menetapkan hari pencalonan pada 13 Mac dan hari membuang undi pada 21 Mac. Kenapa pula boleh terjadi perubahan mendadak itu sedangkan tidak ada notis yang diterima daripada semua speaker yang berkenaan? Kenapa pula dipadatkan tempoh hari pencalonan dengan hari membuang undi kepada satu jangka masa yang begitu pendek, sedangkan SPR mempunyai banyak ruang masa untuk mengadakan pilihan raya dalam masa 60 hari selepas Parlimen dibubarkan. Teluskah itu namanya, wahai Rashid Barua UMNO?
Sebenarnya SPR belum bersedia mengadakan pilihan raya umum pada ketika itu. Buktinya ialah daftar pengundi yang belum siap sedia dan tidak pun digazetkan pada hari Perdana Menteri mengumumkan pembubaran Parlimen. Saya sedut semula laporan The Star bertarikh 4 Mac, terhadap apa yang disebut oleh Pengerusi SPR pada 3 Mac:
“Rashid berkata bahawa daftar pengundi telah digazetkan sebaik sahaja Perdana Menteri membuat pengumuman mahu membubarkan Parlimen. Kata beliau, dan mengikut undang-undang, hanya daftar pengundi yang telah diperakui dan digazetkan sebelum pembubaran yang boleh diguna-pakai dalam pilihan raya umum itu”
Sesuatu daftar pengundi tidak boleh dikira sudah digazetkan oleh seseorang dengan cara memetik jarinya dan berkata “dengan ini saya gazetkan daftar pengundi.” Penggazetannya dianggap sah hanya setelah ada maklumat mengenainya yang disiarkan dalam gazet kerajaan. Apakah tarikhnya daftar itu digazetkan? Sudah tentu bukan pada 3 Mac. Dengan hal yang demikian, daftar pengundi itu dianggap tidak sah. Dengan itu juga pilihan raya umum ke-11 yang lalu tidak sah.
Sikapnya [kemahuan UMNO] yang tergesa-gesa mengadakan pilihan raya itu sebagai penyebab berlakunya kelam-kabut dalam proses pilihan raya itu :
i. Lokasi tempat mengundi hanya disiarkan dalam laman web SPR pada petang sebelum hari mengundi, iaitu hari Sabtu 20 Mac. Banyak panggilan kepada akhbar-akhbar pada hari Jumaat 19 Mac meminta lokasi tempat mengundi tidak pun terjawab. Pengumuman tempat mengundi yang dibuat pada saat paling terakhir telah membuatkan para pengundi tercari-cari tempat membuang undi sehingga ramai yang tidak larat ke sana-sini sehingga naik penat dan melupakan hak asasi mereka untuk mengundi. Hal menyebabkan lebih 230,000 pemilih di Selangor sukar mengundi kerana kecelaruan tempat mengundi. Jadi, SPR pimpinan Rashid Barua ini mengalahkan BA di Selangor dua kali. Pertama pada tahun 1999, menafikan hak 680,000 pengundi dan kedua, pada 2004 kerana menyebabkan lebih 230,000 pemilih sukar mengundi kerana kecelaruan tempat mengundi."
ii. Banyak komputer (SPR) tidak berfungsi dan tidak dikendalikan dengan cekap oleh petugas pada hari mengundi. Kepincangan itu tentu dapat diperbaiki seandainya ada masa yang cukup untuk membuat percubaannya.
iii. Banyak daftar pengundi yang didapati dicemari oleh nama yang hilang dan pengundi yang dihantar ke tempat mengundi yang salah. Sudah tentu ini menunjukkan betapa daftar pengundi itu tidak disemak dahulu dan diperiksa untuk kemaskini. Mungkin juga banyak kesilapan itu disengajakan untuk tujuan menipu.
Sekali lagi saya hendak bertanya Rashid Barua ini. Teluskah itu wahai Rashid seperti yang dislogankan “Cekap dan Telus”. Jawapannya ada di dalam laporan di bawah :
Laporan Negara berkenaan Amalan Hak Asasi-2004
Dikeluarkan oleh Biro Demokrasi, Hak Asasi dan Buruh Pada 28 Februari 2005
Seksyen 3- Hormat Kepada Hak Berpolitik : Pilihan raya yang diadakan secara berkala. Meskipun jumlah pengundian pada umumnya diperolehi dengan tepat namun terdapat beberapa perkara luar biasa yang menjejaskan keadilan pilihan raya tersebut. Realitinya, parti pembangkang tidak mampu untuk bersaing dalam kapasiti yang sama dengan parti pemerintah (yang memegang tampuk pemerintahan negara sejak kemerdekaan pada tahun 1957). Ini lantaran terdapat pelbagai sekatan untuk berkempen, mengadakan perhimpunan secara bebas, berpersatuan dan akses kepada media. Namun, calon pembangkang tetap aktif berkempen dan mencatat beberapa kejayaan dalam pilihan raya di peringkat Parlimen dan negeri. Pada pilihan raya umum Mac lalu, parti pembangkang telah memenangi 20 daripada 199 kerusi Parlimen yang dipertandingkan dan 52 daripada 453 kerusi Dewan Undangan Negeri.
Malaysia memiliki sistem kerajaan berparlimen dan perundangan dwi dewan. Ahli Dewan Rakyat dipilih menerusi pilihan raya umum yang diadakan setiap 5 tahun dan berlangsung sejak tahun 1957 lagi. Ahli Senat bagi Dewan Negara pula adalah dilantik. Parti Melayu UMNO menguasai perikatan pelbagai parti yang membentuk Barisan Nasional. Semenjak tahun 1969, Barisan Nasional sentiasa mengekalkan penguasaan sekurang-kurangnya dua pertiga majoriti di Parlimen yang membolehkan pihak Kerajaan meminda Perlembagaan dengan mudah. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kuasa pemerintahan tampak tertumpu kepada Perdana Menteri. Pada tahun 2003, Mahathir Mohamad, yang telah menjadi Perdana Menteri Malaysia sejak 1981, telah bersara dan melepaskan kuasa kepada Timbalannya, Abdullah Badawi. Pada pilihan raya umum Mac berikutnya, parti gabungan pemerintah tersebut telah memenangi 90 peratus daripada kerusi Parlimen yang dipertandingkan.
Ketiadaan akses sama rata kepada media adalah antara masalah paling serius yang dihadapi pembangkang sewaktu pilihan raya umum Mac lalu (lihat Seksyen 2.a.). Stesen televisyen milik Kerajaan dan swasta langsung tidak memberikan laporan yang adil terhadap parti pembangkang. Akhbar utama berbahasa Melayu dan Inggeris pula turut menyiarkan laporan yang berat sebelah. Parti pembangkang juga mendakwa mereka menghadapi kesukaran untuk membeli ruang iklan di akhbar.
Pemimpin pembangkang mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya, yang bertanggungjawab untuk mengadakan dan memantau pilihan raya, tidak menjalankan tugasnya dengan adil. Suruhanjaya Pilihan Raya sepatutnya adalah bebas namun ia dilihat sebagai berada di bawah kawalan pihak Kerajaan. NGO dibenarkan untuk mewujudkan kumpulan pemerhati pilihan raya bebas namun mereka tidak diberikan sebarang keistimewaan.
Pembangkang membuat pelbagai rungutan terhadap sikap luar biasa pegawai pilihan raya pada bulan Mac tersebut namun kebanyakan pemerhati membuat kesimpulan ia tidak memberi kesan yang penting sehingga mengubah keputusan pilihan raya. Antara rungutan tersebut termasuklah kes pengundi yang tidak berdaftar, kerosakan sistem komputer dan kelewatan membuka pusat mengundi – yang kesemuanya menyumbang kepada menghalang sesetengah pengundi daripada mengundi. Di negeri Selangor, pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya telah memanjangkan tempoh mengundi sehingga 2 jam yang jelas melanggar undang-undang pilihan raya. Suruhanjaya Pilihan Raya memberi alasan bahawa kelemahan dan suasana kelam-kabut ini terjadi lantaran bertambahnya jumlah pusat mengundi pada saat-saat akhir yang juga turut memberi kesan kepada jumlah pengundi. Pemimpin-pemimpin pembangkang juga merungut bahawa pegawai-pegawai kerajaan tempatan yang bertugas sebagai pegawai pilihan raya tidak selalunya bersikap neutral.
Tuduhan yang lebih serius telah dilaporkan berkenaan penggunaan “pengundi hantu” untuk meningkatkan jumlah undi. Mereka ini dilaporkan dibawa dari daerah lain untuk mengundi di kawasan yang menghadapi persaingan sengit. “Pengundi hantu” ini dikatakan terdiri daripada mereka yang menggunakan nama palsu atau nama orang yang telah mati tetapi masih tersenarai dalam senarai pengundi berdaftar ataupun mereka yang bukan warganegara dan tidak berhak untuk mengundi. Pihak pembangkang mendakwa sejumlah 70,000 “pengundi hantu” telah digunakan di Terengganu bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional. Parti pembangkang juga merungut kerana tidak dibenarkan untuk memantau undi pos yang dibuat oleh anggota polis dan tentera. Pihak Kerajaan menggunakan alasan keselamatan untuk tidak membenarkan ejen parti memantau peti undi pos di pangkalan polis dan tentera.
Kertas undi pula ditanda dengan nombor siri yang boleh dipadankan dengan nama pengundi. Meskipun tiada bukti pihak Kerajaan pernah mengesan undi individu tertentu namun pemimpin pembangkang mendakwa bahawa keadaan ini dapat mempengaruhi sesetengah pengundi lebih-lebih lagi kakitangan-kakitangan awam.
Perlembagaan menyatakan bahawa kawasan pilihan raya Parlimen hendaklah mempunyai jumlah pengundi layak yang hampir sama meskipun ia juga turut menyatakan hahawa kelebihan hendaklah diberikan kepada kawasan luar bandar. Pihak Kerajaan kemudiannya telah mengadakan persempadanan semula kawasan pilihan raya di seluruh negara pada tahun 2002. Pada tahun 2003, 25 kerusi Parlimen baru telah ditambah di negeri di mana parti pemerintah memiliki pengaruh yang kuat. Pembangkang merungut bahawa kedua-dua negeri yang ia kuasai sebelum pilihan raya bulan Mac itu tidak mendapat sebarang kerusi baru dan persempadanan semula itu dilakukan oleh Kerajaan bertujuan untuk melemahkan pembangkang. Pemerhati bersetuju bahawa persempadanan semula itu menguntungkan calon Kerajaan namun berpendapat ia tidak memberi kesan yang ketara kepada pertandingan untuk merebut kerusi di peringkat negeri.
Suruhanjaya Pilihan Raya telah menarik balik larangan untuk mengadakan perhimpunan politik pada pilihan raya bulan Mac. Bagaimanapun, untuk mengadakan perhimpunan, penganjur perlu memfailkan permohonan kepada pihak polis 14 hari lebih awal dari tarikh perhimpunan. Syarat ini ternyata sukar untuk dipatuhi memandangkan tempoh singkat yang berbaki 17 hari sahaja selepas pengumuman tarikh mengundi dan tempoh 7 hari bagi calon pilihan raya untuk berkempen secara formal. Namun, pihak pembangkang sempat juga mengadakan banyak perhimpunan besar sepanjang tempoh berkempen itu.
Pada tahun 2003, Parlimen telah meminda undang-undang pilihan raya dan menjadikan satu kesalahan bagi calon yang “menyebarkan niat jahat, rasa tidak puas hati atau permusuhan”. Suruhanjaya Pilihan Raya memberi amaran mereka yang melanggar undang-undang ini akan dibatalkan pencalonannya. Calon pembangkang merungut kerana undang-undang ini menyekat mereka dari mengkritik polisi kerajaan di tempat awam.
Di bawah Undang-undang Pilihan Raya, calon yang kalah boleh merayu keputusan pengundian kepada Mahkamah Khas Pilihan Raya untuk kes seperti tuduhan penipuan, mengubah kertas undi atau lain-lain pelanggaran Peraturan Pilihan Raya. Bagaimanapun pada tahun 2002, Parlimen telah meluluskan pindaan kepada Undang-undang Pilihan Raya yang melarang penelitian mahkamah terhadap keputusan pengundian yang telah disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, fungsi Parlimen sebagai badan perundingan telah menjadi semakin merosot. Penggubalan undang-undang yang dicadangkan oleh Kerajaan jarang sekali dipinda atau ditolak. Penggubalan yang dicadangkan oleh pembangkang pula tidak pernah mendapat pertimbangan serius. Pembangkang tidak lagi berpeluang untuk membahaskan sesuatu penggubalan itu bagi pihak orang awam. Pada bulan September, seorang ahli Parlimen DAP telah digantung tanpa gaji selama 6 bulan apabila gagal memohon maaf kepada Speaker Parlimen setelah “cuba mengelirukan Dewan Rakyat” berhubung isu mengangkat tangan ketika upacara mengangkat sumpah ahli Parlimen.
Parlimen pada tahun 1995 telah meminda peraturannya untuk memberikan lebih kuasa kepada Speaker dan mengekang prosedur Parlimen yang sering digunakan oleh pihak pembangkang. Pindaan itu juga memberikan kuasa kepada Speaker untuk menggantung ahli Parlimen yang disifatkan sebagai sukar dikawal sehingga 10 hari, mengenakan had bagi Timbalan Menteri untuk mengemukakan soalan tambahan dan membuka semula isu yang tidak relevan, dan mewujudkan peraturan bagi memastikan soalan yang dikemukakan mempunyai nilai kepentingan awam. Langkah seterusnya yang dibuat pada tahun 1997 dan 1998 telah menghadkan lagi peluang bagi ahli Parlimen untuk mempersoal dan membahaskan polisi kerajaan. Pada tahun 2001, satu pindaan kepada Peraturan Tetap Parlimen telah membenarkan Speaker untuk menyunting salinan bertulis ucapan ahli Parlimen sebelum ia disampaikan. Meskipun begitu, pihak Kerajaan tetap sering berhadapan dengan soalan tajam di Parlimen namun peristiwa ini selalunya tidak akan dilaporkan dengan menyeluruh dalam akhbar.
Selepas tragedi antara kaum pada tahun 1969, Kerajaan telah menghapuskan sistem pemilihan kerajaan tempatan menerusi pilihan raya dan menyerahkan tugas pelantikan jawatankuasa perbandaran dan ketua kampung kepada kerajaan negeri. Beberapa ahli politik dan aktivis NGO telah menyokong agar pilihan raya kerajaan tempatan diperkenalkan semula. Malahan sesetengah pegawai perbandaran parti pemerintah turut mengakui bahawa kerajaan tempatan adalah seumpama “rubber stamp” bagi Kerajaan.
Pada tahun-tahun yang lepas, terdapat pelbagai tanggapan tentang rasuah dan kronisme dalam parti gabungan yang memerintah dan institusi kerajaan. Perdana Menteri Abdullah dalam tempoh beberapa bulan awal memegang tampuk pemerintahan telah terang-terangan mengutuk perbuatan rasuah, membatalkan projek besar yang berunsur kronisme, mendesak agar Badan Pencegah Rasuah dipertingkatkan lagi, mencadangkan penubuhan sebuah institut latihan etika bagi kakitangan awam dan mendesak institusi kerajaan agar lebih responsif kepada masyarakat awam. Pada bulan Februari, bekas Pengarah Urusan Perwaja Steel, yang merupakan syarikat milik kerajaan, dan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi telah ditahan dalam dua kes berasingan berkaitan tuduhan pecah amanah dan rasuah. Pada bulan November, UMNO telah menggantung 16 ahlinya kerana disyaki terlibat dengan politik wang sewaktu pemilihan parti.
Di Malaysia, terdapat dua golongan DAJAL. Pertama, SPR ibu segala syaitan dan kedua, pasukan polis yang merupakan golongan IBLIS [pinjam perkataan yang pernah diucapkan oleh Abdullah Ahmad Badawi] senantiasa menghalang rakyat untuk membuat kebaikan dan menuntut keadilan daripada pemerintah yang zalim menindas rakyat.
Pasukan polis kita [tidak semuanya-masih banyak yang bermoral dan berakhlak tinggi] perangai macam IBLIS. Cuba bayangkan betapa jahatnya sebahagian pasukan polis kita yang diketuai oleh Ketua Polis Subang Jaya, Cif Supt Jaafar Md yang menghalang demonstrasi aman yang dianjurkan oleh PROTES yang menentang kenaikan tol [juga menentang kenaikan harga minyak, tariff elektirk dan air yang melonjakkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan di pasaran menekan kehiduapan rakyat kecuali pembesar-pembesar UMNO yang kurop] ?di pasaraya The Summit USJ pada hari Ahad, 18.3.2007 yang lalu.
Saari Sungib, Ketua Penerangan PAS Gombak ditangkap, disepak, diterajang dan ditumbuk sehinggakan seluruh tubuh Saari lebam-lebam dan tercalar. Malah lebih memalukan lagi apabila buah zakarnya diramas dan digenggam [Rujuk : http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=6931&Itemid=28]
Saya sendiri [Rujuk : http://www.malaysiakini.tv/mkini/?vid=80] tidak sampai hati melihat clip video ini. Saari dijadikan seperti binatang oleh golongan iblis durjana ini. Mudah-mudahan dengan berkat doa kita semua, golongan iblis yang terlibat membelasah Saari ini dibalakan oleh Allah s.w.t. dengan bala yang amat pedih sama ada di dunia ini mahu pun di akhirat kelak [saya amat berharap Saari dan keluarganya jangan redha akan perbuatan yang tidak bertamadun ini. Hapuskan riwayat golongan ini, sengsarakan anak-isteri mereka, keluarga dan keturunan mereka di muka bumi Mu Ya Allah.
Apa dosa Saari diperlakukan sebegitu rupa. Saari tidak melakukan apa-apa dosa dan kesalahan. Saari tidak pernah melakukan rasuah dan mengambil sesen pun duit rakyat secara haram, tidak seperti Khalil Yaakob dan Adnan Yaakob yang mengaut hasil kayu balak secara haram di bumi Pahang. Saari juga tidak pernah menggunakan kuasa membahagi-bahagikan saham dan AP kepada anak-menantu dan kroni seperti yang dilakukan oleh Rafidah Aziz, beliau juga tidak pernah menjual permit teksi dengan jumlah beribu-ribu keping kepada seorang pengusaha seperti yang dilakukan oleh A.Nazri Aziz, Saari tidak pernah terlibat dengan skandal seks, berjudi dan menggunakan kuasa sebagai Ketua Menteri dan Menteri Besar mengaut hasil mahsul kekayaan negeri untuk memperkayakan diri daan keluarga seperti yang dilakukan oleh Rahim Tamby Chik dan Muhammad Mohd.Taib, Musa Aman, Oso Sukam dan Taib Mahmood. Saari bukan Khir Toyo yang rakus merompak kekayaan negeri untuk kepentingan peribadi dan bertindak memBINATANGkan setinggan-setinggan di Selangor.
Saari juga bukan ?Mahathir Mohamad, Abdullah Ahmad Badawi, Lee Liong Sik, Samy Vellu yang berjuang menambah kekayaan anak-menantu. Saari tidak sama dengan Menteri-menteri dan Timbalan Menteri UMNO [seperti Johari Baharum] yang siang-malam dan pagi-petang mengejar kedudukan, kuasa dan kekayaan secara haram bagi memudahkan mereka mengumpul kekayaan peribadi. Musa Hassan tidak menangkap Najib sepertimana yang diperlakukannya terhadap Anwar Ibrahim yang didakwa bersubahat membunuh seorang model warganegara Monggolia ,Altantuya Sharibu.
Apakah kesalahan Saari yang dikasari begitu rupa? Saari bukan perompak dan penjenayah. Saari hanya berucap mengkritik dan menghasut rakyat supaya bangun menentang kerajaan [melalui jalan yang sah-pilihan raya, bukan melalui mengangkat senjata] yang tidak peka terhadap kemaslahan rakyat jelata yang miskin. Ini dibenarkan oleh undang-undang dan amalan demokrasi di seluruh dunia yang bertamadun. Tidak ada bukti menunjukan bahawa demontrasi yang dilakukan itu boleh mencetuskan kekacauan dan mengganggu ketenteraman awam.
Banyak juga demonstrasi-demonstrasi yang dilakukan sebelum itu mendapat kerjasama daripada pihak pasukan polis seperti demonstrasi menentang penghinaan Nabi Mohammad s.a.w oleh akhbar Jyllands Posten di hadapan kedutaan Denmark, demonstrasi di hadapan kedutaan Amerika Syarikat menentang pencerobohan Israel di Masjid Al-Qasa dan keganasan Isreal terhadap rakyat Palestin, malah demonstrasi menentang kenaikan tol yang pertama diadakan pada 7.1.2007 di Sunway Piramid dan yang kedua pada 14.1.2007 di Plaza Tol Gombak [Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak] tidak ada sebarang gangguan daripada pihak polis. Demonstrasi dapat berjalan dengan lancar dengan mendapat kerjasama daripada pihak polis sendiri. Tiba-tiba, ianya telah berubah wajah pada demontrasi kali ke tiga pada 21.1.2007 di plaza tol Batu 11 Cheras. Pihak pasukan polis mula bertindak ganas sampailah ke tarikh 18.3.2007 lalu dan dijangka serangan lebih hebat lagi akan dilakukan pada demontrasi yang dijadualkan berlangsung pada 22.4.2007 nanti. Bersiap sedialah wahai para pejuang sekalian.
Kenapa akhir-akhir ini pihak polis bertindak lebih ganas dan tidak membenarkan langsung untuk berucap [gangguan melalui seren kereta peronda dan lain-lain ganguan]. Tindakan pasukan polis ini amat mudah difahami. Tindakan untuk menyelamatkan UMNO. Pilihan raya semakin hampir dan gerakan rakyat seperti ini dengan apa cara sekali pun WAJIB dimatikan supaya ia tidak merebak ke seluruh Negara yang boleh mendatangkan bahaya kepada kedudukan UMNO untuk mengekalkan kuasa, untuk terus menipu dan merompak harta rakyat. Maklumat berbagai kepincangan yang berlaku dalam pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi MESTI disembunyikan daripada pengetahuan rakyat. Tindakan ugutan, ancaman dan kekerasan [kadang-kadang ganas seperti yang berlaku dalam peristewa Ahad Berdarah pada 28.5.2006 lalu]. Biarkan kadar jenayah meningkat, asalkan kedudukan UMNO sebagai kerajaan dapat dikekalkan melalaui tindakan-tindakan zalim dan ganas seperti iblis.
Semua tindakan yang dilakukan itu adalah untuk mempermudahkan bagi Abdullah dan kuncu-kuncunya untuk terus menipu dan memperbodohkan rakyat. Rakyat yang mudah digula-gulakan itu terus memberi sokong terhadap kerajaan yang kurop ini terus berkuasa. Peranan menyekat maklumat dan mengharu-harakan aktiviti-aktiviti pembangkang diserahkan kepada pasukan polis. Untuk urusan penipuan melalui system pilihanraya diserahkan kepada Suruhanjaya Penipu Rakyat @ SPR yang disokong dan dibantu oleh Jabatan Pendaftaran Negara, proses perundangan dan lain-lain agensi kerajaan yang berkaitan.
Pada saya, tidak ada gunanya pasukan polis kita menyambut perayaan Hari Polis yang ke 200 tahun pada 25.3.2007 lalu. Sudah dua dekad, pasukan polis kita masih lagi tidak professional dalam menjalankan tugasnya, malah pasukan polis kini semakin mundur dari segi sikap, gaya dan tatacara berkerja khususnya berkaitan dengan public relationship [PR]. Ia masih lagi mudah dikongkong dan diperalatkan oleh UMNO. Sumbangan pihak polis suatu ketika dahulu dalam membantu proses kemerdekaan Negara, menjaga keselamatan dan kenteraman awam amat membanggakan. Ketika itu, imej pasukan polis kita bersih dari segala anasir negative dan ?kini ianya terencat dengan pelbagai laporan rasuah dan tindakan 'pilih kasih' yang diamalkan oleh pasukan polis telah menghasilkan sebuah kekecewakan yang terpaksa ditelan oleh sebahagian besar rakyat terutamanya yang miskin yang tinggal di rumah-rumah setingan dan rakyat yang lemah yang tidak ada kedudukan dan kuasa seperti yang dimiliki oleh para pembesar UMNO.
Kita tinggal dulu Musa Hassan dengan labu-labunya. Fokus tulisan ini ialah SPR. Syaitannya ialah Abdul Rashid Abdul Rahman, Pengerusi yang sanggup menjadi barua kepada UMNO. Saya kutip balik kata-kata Rashid Barua UMNO ini, katanya :
"Kami bersikap telus... mereka (parti politik yang tidak puas hati) perlu memberi contoh (bahawa ketelusan tidak diamalkan oleh SPR) . Apa sebenarnya yang kami tidak telus? Semasa kami mengira, mempamerkan keputusan, mengumumkan keputusan dan seterusnya, apa sebenarnya yang kami tidak telus? Segala-galanya boleh dilihat dan dilakukan secara terbuka. Apa yang kami lakukan di pusat pengundian, pusat penjumlahan... adakah kami melakukan muslihat? Tidak, segala-galanya ditentukan oleh pengundi dan bukan oleh SPR,"-Abdul Rashid Abdul Rahman- 21 Mac 2007, http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=6903&Itemid=28
Kenyataan Rashid Barua ini hanya tertumpu kepada keadaan atau suasana selepas pembuangan undi tamat. Kenyataan itu betul semua orang sudah tahu. Bagaimana pula dengan keadaan sebelum dan semasa berkempen? Rashid perlu juga membuat kenyataan merujuk kepada keadaan atau suasana yang disebutkan itu. Ahmad Lutfi Othman, seorang penulis buku-buku politik terkenal, penerbit beberapa penerbitan yang diharamkan dan kini bertugas sebagai Ketua Pengarang Harakah pernah menulis menyebut bahawa dalam mulut SPR [mulut Rashid] yang berbicara ialah lidah UMNO [Rujuk : http://harakahdaily.net/v061/index.php?option=com_content&task=view&id=6090&Itemid=86].
Lutfi mengambil contoh selepas operasi persempadanan semula kawasan Parlimen pada tahun 2003 di Kedah umpamanya, SPR sanggup melanggar kehendak Perlembagaan dan tidak segan-silu bersedia menjadi alat dan perkakas UMNO. Katanya SPR yang sepatutnya menjadi badan bebas dan "pengadil kepada pertandingan", tetapi telah memilih untuk menjadi satu lagi anggota komponen BN, manakala apabila Rashid membuka mulut, yang berbicara adalah lidah Umno.
Keadaan sebelum pilihan raya diadakan.
SPR telah merancang taktik dan strategi untuk mengekalkan UMNO supaya terus berkuasa ialah melalui persempadan semula kawasan pilihanraya yang diluluskan pada 9 April 2003 yang digunapakai pada pilihanraya umum 2004. Keputusan awal persempadanan terbaru ini diumumkan oleh SPR pada 9 Ogos 2002. SPR mempamerkan 4 ciri yang telah bertindak menggugat keadilan dan proses demokrasi dalam pilihanraya.
Pertama, SPR telah bertindak secara terburu-buru untuk membantu UMNO memenangi semula pilihanraya tersebut yang dirancang diadakan pada tahun 2004. Pada persempadanan semula pada 1974, 1984 dan 1994, ia mengambil masa 2 tahun untuk disiapkan, tetapi pada persempadanan baru ini tidak sampai 2 tahun [hanya 7 bulan sahaja] telah siap dan terus digunapakai. Persempadanan semula ini terbukti memberi faedah besar pada UMNO pada pilihanraya tahun 1974, 1986 dan 1995. Ternyata pilihan raya ke-11 juga memberi kemenangan amat besar [92% menguasai Parlimen dan DUN] yang mengejutkan [land slide victory] mereka sendiri dan perancang-perancangnya tidak percaya yang mereka meraih kemenangan begitu besar berbanding pilihan-pilihanraya umum yang lepas.
Kedua, pembahagian kerusi yang tidak kena pada negeri-negeri. Pada kebiasaanya, pembahagian ini berdasarkan dua faktor, iaitu taburan penduduk dan jumlah pengundi di setiap negeri. Jumlah pengundi selalunya di sesebuah negeri sepadan dengan jumlah penduduk. Di beberapa negeri kerusi yang diperuntukan jelas berlebihan atau berkurangan.
Di Selangor yang mempunyai 16.4% jumlah pengundi di Semenanjung sepatutnya mendapat 27 kerusi atau tambahan 10 kerusi baru, tetapi hanya mendapat 5 kerusi sahaja. Jumlah 22 kerusi ini tidak memadai atau kurang 5 kerusi. Ini kerana apa? Ini disebabkan pembangkang kuat di negeri ini. Pahang yang mempunyai hanya 6.7% jumlah pengundi sepatutnya diperuntukkan 11 kerusi atau tidak ada perubahan, tetapi telah diberi 3 kerusi tambahan. Johor yang mempunyai 14.7% pengundi pula sepatutnyanya diperuntukan 24 kerusi atau tambahan 4 kerusi bukannya 6 kerusi yang menjadikannya 26 kerusi keseluruhannya untuk negeri Johor. Ini kerana Johor Darul UMNO. Kita amat bersyukur kepada Allah s.w.t kerana menurunkan bala banjir? yang besar ke negeri Johor selama 60 hari lebih untuk menyedarkan rakyatnya. Nabi Noh hanya dilanda bajir selama 40 hari sahaja, tetapi Johor lebih hebat.
Di Kelantan mengalami 24% peningkatan jumlah pengundi atau 127,000 pengundi, tetapi negeri itu tidak mendapat sebarang pertambahan kerusi [hanya 2 kerusi DUN], tetapi berlainan pula di Pahang mengalami peningkatan 21.4% atau 98,000 pengundi diperuntukan 3 kerusi parlimen. Kedah yang mengalami peningkatan sebanyak 17.4.% atau 118,000 pengundi tidak juga diberi pertambahan kerusi, tetapi di Pulau Pinang mengalami peningkatan 17.1% atau 97,000 pengundi telah diberi 2 kerusi parlimen. Inilah tindakan SPR barua membantu UMNO.
Ketiga, menggunakan kaedah gerimender-istilah yang digunakan yang bermaksud pengubahan sempadan pilihan raya yang digunakan apabila persempadanan baru bagi kerusi-kerusi parlimen dan DUN dibuat supaya menguntungkan parti pemerintah. Terdapat bukti bahawa gerimender wujud dalam persempadanan semula tahun 2003 itu. Lihat artikel yang ditulis oleh B.K Ong pada 25.3.2004 yang disiarkan oleh Malaysiakini.com mengenai analisa keputusan PRU ke-11 di Kedah [Rujuk : http://www.malaysiakini.com/letters/27390] yang menunjukan kemenangan UMNO di Kedah kerana kaedah gerimender ini.
Keempat, strategi lain yang digunakan oleh SPR untuk membantu UMNO ialah memindahkan kawasan pembuangan undi dari satu kerusi ke satu kerusi yang lain bagi memperkuatkan UMNO di kawasan yang ia lemah. Contohnya di Jeli, Kelantan, Mustafa Mohamad kalah dengan majoriti tipis sebanyak 693 undi atau 2.3%. Jumlah pengundi telah dikurangkan [dipindah ke kerusi lain] dari 38,000 [1999] kepada 31,700 [2004] dalam persempadanan semula ini. Pengundi di Kemahang telah dipindahkan keluar dari Jeli dan diganti dengan kerusi baru Bukit Bunga. Sebelum persempadanan semula ini dibuat, kerusi Jeli di bawah pentadbiran daerah Tanah Merah. Begitu juga di Gua Musang, pengundinya juga turut dikurangkan dari 30,000 kepada 26,000 dan kerusi baru juga ditambahkan juga di sini. Perpindahan pengundi-pengundi ini juga turut dibantu oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Peningkatan pengundi secara mendadak dari luar ke atas 4 buah negeri Kelantan, Kedah, Perlis dan Terangganu amat mengejutkan dan membuktikan bahawa stategi ini amat berjaya. UMNO mencapai misinya.
Kelima, strategi menyerap digunakan oleh SPR haprak ini untuk memenangkan UMNO. Contoh kerusi Sungai Besar yang berada di bawah parlimen Sabak Bernam, telah diserap ke dalam kerusi Ayer Tawar dan Sabak [kedua-dua kerusi ini adalah milik UMNO] mengakibatkan ADUN kawasan [ketika itu] tidak lagi mempunyai kerusi untuk bertanding dalam pilihanraya ini. Apa yang jelas, Sungai Besar dikuasai oleh PAS, sementara Sungai Ayer Tawar dan Sabak merupakan kerusi UMNO. Ini adalah kerja-kerja kotor yang dimainkan oleh SPR selama ini. Oleh sebab itu, kita tidak hairan apabila SPR mengumumkan tarikh pembuangan undi pada 21 Mac 2004, hanya 8 hari sahaja untuk masa berkempen yang paling singkat dalam sejarah pilihanraya di Malaysia sejak merdeka. Masa ini sudah pasti terlebih dahulu ditentukan oleh UMNO dan SPR sebagai kaldai terpaksa menurutnya.
Operasi di Negeri Kedah : Ketulusan dan Kecekapan SPR
Kegagalan PAS khususnya di negeri Kedah untuk mempertahankan atau menambah kerusi sama ada di Parlimen dan DUN dalam pilihanraya yang lepas adalah disebabkan permainan kotor dan muslihat SPR melalui kaedah persempadanan semula kawasan pilihan raya. Banyak peraturan-peraturan baru yang sengaja dibuat untuk membantut dan menyukarkan gerakerja dan kelicinan jentera pilihanraya parti pembangkang terutama PAS.
SPR telah membantu UMNO mengekalkan kuasa di Kedah. Bagaimana kerusi negeri telah dipindahkan dari kawasan parlimen yang dikuasai oleh UMNO ke kawasan parlimen yang dimenangi PAS dengan majoriti tipis dalam pilihanraya umum 1999. Kawasan yang paling ketara ialah parlimen Yan yang dimenangi oleh Setiausaha Agung PAS [kini Timbalan Presiden], Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang memperolehi undi tipis sebanyak 182 undi atau 0.7%.
Dalam persempadan baru itu, kerusi negeri Gurun telah dimasukkan ke dalam parlimen Yan telah ditukar nama menjadi parlimen Jerai [Melayu 89%-1999 jatuh menjadi 77%-2004]. Apa yang jelas, kawasan Gurun ini adalah merupakan kubu kuat MCA. Perlu diingatkan bahawa Gurun berada di bawah pentadbiran Kuala Muda sementara semua kawasan yang lain di Yan berada di bawah pentadbiran daerah Yan.
Di Baling, Dun Kuala Ketil, yang mempunyai pengundi bukan Melayu yang agak ramai dibawa masuk ke sini menjadikan jumlah pengundi meningkat seramai 74,698, berbanding Gerik, di Perak yang mempunyai bentuk geografi dan keadaan sosia-ekonomi penduduk yang hampir sama, hanya mempunyai 24,646 pengundi, yakni satu pertiga daripada Baling yang merupakan jiran yang hampir. Tujuannya adalah mengalahkan Ustaz Taib Azamuddin.
Malah, ibu negeri Kedah Alor Star hanya ada 57,313 pengundi kerana sebahagian besar? pengundi bukan Melayu telah dipindahkan ke Pokok Sena [Melayu 85%-1999 jatuh menjadi 78%-2004] dan ke Kuala Kedah [Melayu 81%-1999 jatuh menjadi 77%-2004] untuk mengalahkan Mahfoz Omar dan Mohamad Sabu.
Rashid Barua ini perlu menjawab persoalan ini kerana beliau mendakwa beliau dan SPR bekerja adalah tulus dan cekap.
Keadaan semasa parlimen dibubarkan dan dalam tempoh berkempen.
Parti pemerintah UMNO berhak membubarkan parlimen mengikut kepentingan mereka, SPR tidak diberi hak itu. Selepas parlimen dibubarkan, sebuah `caretaker government` dibentuk. Pemimpin parti pemerintah termasuk PM, TPM dan Menteri-menteri dan sebagainya tidak boleh lagi menggunakan kedudukan mereka untuk berkempen menggunakan harta awam. Mereka tidak sewenang-wenang dibenarkan menggunakan kemudahan dan jentera kerajaan bagi kepentingan parti UMNO, contohnya menggunakan saluran-saluran media dan tv kerajaan, bangunan-bangunan kerajaan seperti sekolah dan sebagainya. Tetapi amat malang sekali, mereka masih lagi menggunakan kemudahan-kemudahan tersebut tanpa sedikit pun mendapat teguran daripada SPR, malah SPR seolah mengalu-alukan dan mengalakkannya.
Lihat apa yang berlaku di Batu Talam, Raub sepanjang 10 hari dalam bulan Januari 2007 lalu. Dari 16 Januari hinggalah ke 26 Januari, UMNO [yang diiktiraf sebagai parti super dan sukar ditandingi oleh Pengerusi SPR, Abdul Rashid Abdul Rahman Barua UMNO] menggerakkan seluruh parti komponennya di Batu Talam untuk berhadapan dengan seorang calon Bebas-pemuda Tionghua berumur 21 tahun yang tidak tahu apa-apa tentang politik.
Calon bebas bagi pilihanraya kecil Batu Talam, Ng Chee Pang telah membuat dua aduan kepada SPR kerana mendakwa calon UMNO, Abdul Aziz Kiram, telah menyalahgunakan jentera kerajaan untuk berkempen. Menggunakan bangunan kerajaan [sekolah-sekolah dan dewan orang ramai] untuk berkempen. Trak polis dan majlis daerah telah digunakan untuk mengangkut kerusi dan barangan lain untuk kempen UMNO.
UMNO secara jelas melanggar kod etika bertanding. Menurut kod etika tersebut, calon atau pekerja pilihanraya dilarang menggunakan bangunan kerajaan dan jentera kerajaan untuk berkempen.Trak dan lori majlis daerah, sekolah dan sebagainya itu bukankah hak kerajaan? Rashid Barua dan SPR ibu segala syaitan ini diam membisu apabila UMNO melanggar kod etika tersebut. Sekali lagi, mereka akan bermaharajalela di pilihanraya kecil Machap pada 12 April nanti. Untuk pejuang-pejuang keadilan dan demokrasi bersih jangan lupa rakam segala perbuatan jahat UMNO di Machap, sebarkan ke seluruh dunia. Malukan Rashid Barua ini dan SPR pimpinannya.
Tidak kurang juga peranan media massa yang semakin jengkel dan memualkan. Salah guna media kerajaan khususnya RTM dalam menjadi jurubicara kempen UMNO bukan sesuatu yang ganjil. Seluruh media diarah memberi liputan meluas kepada gerak-kerja UMNO secara positif dan media juga diarah memberi ulasan dan pemberitaan yang buruk terhadap pembangkang. Lebih buruk lagi suara pembangkang disekat melalui saluran penerangan akhbar parti dan kini UMNO mula bertindak terhadap internet yang memberi liputan yang berita yang adil dan tepat, tidak memihak ke mana-mana parti seperti Malaysia Today dan Malaysiakini. Sudah ada penulis blog telah didakwa di mahkamah sebagai satu amaran, ancaman dan gertakan daripada UMNO.
Parti pembangkang disusahkan mesti memohon permit polis bagi satu-satu perhimpunan terbuka, tetapi tidak bagi parti UMNO. Sewajarnya dimaklumkan sahaja kepada pihak Polis. Pihak UMNO menggunakan kemudahan media termasuk media cetak secara bebas dan berleluasa, sedangkan pembangkang terhad kepada penerbitan dwi-bulanan dan dihadkan penyebarannya kepada ahli-ahli sahaja. Tv kerajaan digunakan sewenang-wenang sebagai saluran dan suara parti UMNO. Wujudnya undi pos meragukan pihak pembangkang dan aturan-aturan pilihanraya pada hari mengundi tidak dipatuhi, terutama oleh pihak parti UMNO dan tidak diambil tindakan.
UMNO berbelanja sakan menyalahi Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 seksyen 27 dan di bawah seksyen 29 dalam akta yang sama menyebut mana-mana parti yang membelanja melebihi RM200,000 untuk kerusi parlimen dan RM100,000 untuk kerusi DUN, ia telah melakukan satu kesalahan yang boleh didenda tidak lebih daripada RM5,000 dan hilang kelayakan sebagai pengundi dan calon selama 5 tahun [1 penggal].
Dalam PRU ke-11 lalu, UMNO telah membelanjakan lebih RM110 juta untuk poster dan barangan untuk berkempen sahaja, ini tidak termasuk lain-lain perbelanjaan yang telah dibelanjakan oleh UMNO/BN seperti air minuman yang menggunakan logo BN, baju-T, telefon bimbit, bendera, papan ‘billboards’ iklan akhbar, slot di TV, dan banyak lagi. Perbelanjaan bungkusan makanan, wang petrol, angpau untuk pengundi dan petugas pilihanraya dan sebagainya. Ada pihak yang mengatakan bahawa UMNO/BN membelanjakan diantara RM1 billion hingga RM1.5 billion untuk PRU ke-11 lalu. UMNO/BN tidak boleh menang pilihan raya kalau parti itu dan calonnya tidak membelanjakan antara RM2.5 billion hingga RM3 billion. Dalam pilihanraya kecil Pengkalan Pasir, UMNO telah membelanjakan sebanyak RM3.5 juta untuk membeli undi. Tidak berbaloi UMNO hanya menang melalui undi Pos sebanyak 134 undi sahaja. Dalam PRU ke-12 nanti, pasti kos pilihanraya UMNO lebih mahal lagi berbanding dengan PRU ke-11 lalu.
Berapa kos yang terpaksa dibayar oleh UMNO untuk menang dalam pilihanraya kecil Batu Talam lalu dan berapa juta pula untuk UMNO/BN melabur bagi menang di Machap? Sudah tentu menelan belanja jutaan ringgit. Dianggarkan sejumlah lebih RM60 juta dibelanjakan oleh calon BN melalui wakilnya [MCA] Lai Meng Chong untuk mengalahkan calon DAP Liou Chen Kuang dan di Ijok sebanyak RM100 juta telah dibelanjakan oleh BN melalui calon MIC K.Parthiban untuk mengalahkan calon PKR, Khalid Ibrahim.
Amalan-Amalan Dipersoalkan
Selain dari kelemahan peruntukan undang-undang dan akta sebagaimana diperkatakan di atas banyak penyelewengan-penyelewengan berlaku bagi kepentingan pihak berkuasa.
Daftar Pemilih Dan Export Pengundi
Telah banyak dipersoalkan misalnya mengapa berlakunya peningkatan pengundi 2004 melebihi 85% di Terengganu bahkan pada setengah tempat sampai 98.33% (N 22 Manir), 88.84% (P 37 Marang) dan 90.11% (N 30 Kijal), padahal peratus normal antara 60 – 70% pengundi keluar mengundi.
Dalam satu ceramah pada 9.3.2007 di Shah Alam disampaikan oleh Bekas Setiausaha UMNO dari satu kawasan Wilayah Persekutuan yang dipecat dari UMNO dan sebelumnya terlibat di dalam mengatur strategi kempen bagi UMNO memenangi pilihanraya kecil Kuala Brang (28 Ogos 2004) dan Pengkalan Pasir (6 Disember 2005) sebagai respon dari pertanyaan penulis berhubung dengan kemenangan BN di Terengganu (Mac 2004), beliau membuka rahsia, sememangnya pihak BN, khususnya UMNO membuat perancangan teratur bagi menawan Terengganu dan Kelantan dan memastikan Kedah tidak jatuh ke tangan PAS, ialah dengan mengexport pengundi-pengundi yang berlebihan dari Wilayah Persekutuan dan Selangor di samping membekalkan kad-kad pengenalan sementara kepada bukan warganegara ke negeri-negeri tersebut, khususnya Terengganu. Menurutnya ini adalah merupakan salah satu cara tipu helah yang dilakukan. Beliau mengaku BN, khususnya UMNO banyak menggunakan duit kerana setiap kerja perlu digerakkan dengan duit.
Pemindahan dan Kemasukan Pengundi
Terdapat berlakunya pemindahan pengundi pada satu DUN di keluarkan ke Dun yang lain sesama di dalam satu parlimen atau di luar dari satu parlimen. Pemindahan ini dilakukan tanpa permohonan dari pihak pengundi. Ini dilakukan oleh kerana ianya menyokong pihak lawan parti kerajaan, manakala yang dimasukkan ialah dari pihak penyokong parti kerajaan.
Mengundi Lebih Dari Sekali
Ini berlaku dengan adanya nama pemilih lebih dari satu tempat dan pemilih berkesempatan mengundi dan bergerak ke tempat mengundi yang lain dalam tempoh masa mengundi. Mereka yang seumpama ini ditaja dan dibiayai bagi membolehkan mereka mengundi.
Satu cara lagi ialah pengundi yang ditaja seperti dari kalangan bukan warganegara yang diberi kad pengenalan sementara untuk mengundi antaranya dengan mengisi tempat pengundi yang telah mati.
Jumlah pengundi yang mati yang daftar mereka tidak dilupuskan yang mungkin digunakan dalam pilihanraya Mac 2004 adalah seramai180,000. Setengah daripada mereka telah meninggal sejak 20 hingga tiga puluh tahun yang lepas lagi. (NST, November 19, 2006: 7).
Memanipulasi Kertas Undi Dan Borang-Borang
Hari mengundi hingga kepada pengiraan undi adalah merupakan puncak dari segi pertandingan pilihanraya. Dalam masa tersebut boleh berlaku berbagai tipu daya yang boleh mengalahkan lawan dengan secara batil.
Salahlaku pengundi antaranya tidak membuang kertas undi, tetapi dibawa keluar untuk dijual kepada parti-parti tertentu bagi dimasukkan oleh pengundi lain ke dalam peti undi dan juga pembuangan kertas undi yang dibawa masuk secara lebih. Penipuan juga boleh berlaku semasa mengira kertas-kertas undi dan memasukkan jumlah dan keputusan undi.
Sesuatu yang selalu diperingat dan ambil penting di dalam perhatian ialah penandatanganan bagi jumlah undi di dalam borang 14 dan salinan borang yang harus dipegang salinannya oleh pihak petugas. Banyak peristiwa dilaporkan kelalaian pihak petugas yang tidak menyerahkan borang 14 dan tidak mengambil tandatangan membawa kepada terbukanya ruang penipuan dalam mana jumlah undi dapat diubah dan mengubah keputusan seseorang calon yang sepatutnya menang menjadi sebaliknya.
Penyalahgunaan Kuasa
Banyak penyalahgunaan kuasa boleh berlaku di dalam proses pilihanraya antaranya pemberian wang atau habuan-habuan tertentu, menggunakan peruntukan kerajaan, kemudahan kerajaan bagi kepentingan parti seperti kenderaan kerajaan, media kerajaan, menggunakan pegawai-pegawai, kakitangan kerajaan dan kemudahan kerajaan dengan bertopengkan pelancaran atau pembukaan projek tertentu yang pada hakikatnya merupakan kempen. Di samping itu menyekat hak-hak yang seharusnya didapati parti lawan.
Satu penyalahgunaan kuasa yang amat serius dan tiada sebarang peruntukan akta dan undang-undang yang dilakukan pada pilihanraya Mac 2004, dan tidak pernah berlaku sebelum itu ialah penambahan waktu mengundi di Negeri Selangor dari jam 5.00 petang hingga jam 7.00 petang.
Penyalahgunaan kuasa dan tindakan di luar dari akta dan undang-undang ini seharusnya membatalkan pilihanraya Mac 2004 di Selangor. Penyalahgunaan kuasa juga berlaku semasa `Caretaker Government`, iaitu sesudah perletakan jawatan kerajaan yang memerintah hingga tempoh keputusan pengundi. Kerajaan yang memerintah nampaknya tidak mematuhi kehendak dan batas-batas yang dibenarkan kepada `Caretaker Government`.
Perlunya Perombakan dan Pembaikan SPR
Dari pembicaraan di atas memperlihatkan wujudnya kelemahan beberapa peruntukan dalam perlembagaan, juga akta-akta dan perjalanan pilihanraya. Kelemahan-kelemahan ini banyak diexploitasi oleh parti pemerintah bagi mengekalkan kemenangan.
Berikut dari berlakunya kekecohan di dalam pilihanraya Mac 2004 Pengerusi SPR Tan Sri Rashid Abdul Rahman sendiri menyedari kelemahan SPR dan beliau mencadangkan agar ditubuhkan badan bebas menyiasat kelemahan SPR. Katanya:
``Badan bebas itu perlu turut dianggotai oleh parti-parti pembangkang utama bagi mengkaji secara menyeluruh kekuatan dan kelemahan SPR,`` menurutnya:
, ``Laporan oleh badan itu kelak hendaklah lengkap, telus dan mengandungi fakta-fakta yang perlu diketahui umum. Walaupun kebanyakan kritikan terhadap SPR berkaitan dengan daftar pemilih, pihaknya beranggapan bahawa kajian menyeluruh perlu dilakukan bagi memastikan kedudukan Pengerusi dan ahli-ahli SPR yang akan datang tidak terjejas kerana kelemahan-kelemahan yang mungkin berulang. Ini kerana selagi undang-undang termasuk daftar pemilih sedia ada diguna pakai, selagi itulah ia akan dipersoalkan oleh pelbagai pihak yang tidak berpuas hati dengannya.`` (UM, 25 Mac 2004: 1).
Pada waktu yang lain Abdul Rashid disamping mengumumkan 180,000 pengeluaran nama pengundi yang telah mati beliau menyeru pihak kerajaan:
`` The government should review election laws to put them on par with standards in most developed countries and developed ones, such as India,`` Menjawab wawancara NST, Abdul Rashid bercakap tentang, ``duplication of voters` names in the electoral roll, allegation of phantom voters, claims that the commission was not transparent, shortcoming of the law, balanced media coverage and the position of a caretaker government.`` (NST, November 19, 2006).
Sewaktu lain semasa menyampaikan ucaputama di dalam majlis, Badan Pengurusan Pilihanraya – Suatu Elemen penting Dalam menghasilkan integriti pilihanraya Demokratik di Bangi, beliau mencadangkan agar Suruhanjaya Pilihanraya:
``Badan itu distruktur semula dan undang-undang serta peraturan pilihanraya di bawahnya yang sudah berusia 50 tahun dirombak secara drastic. Kajian semua itu bertujuan menjadikan SPR dan proses pilihanraya yang sering dikritik pelbagai pihak, menjadi lebih telus, adil dan saksama kepada semua parti politik dan rakyat Negara ini.`` (UM, 9 Januari, 2007: 1).
Walau bagaimana harapan Abdul Rashid ini tidak pernah diberi perhatian dan tidak mendapat respond dari pihak pemerintah. Kerana pihak pemerintah yang juga pemimpin parti-parti yang memerintah (BN) tahu, Abdul Rashid setakat ini hanya bercakap dan tidak bertindak. Bahkan sikapnya yang kadang-kadang dilihat double standard, tidak konsisten dan bercelaru tidak diyakini oleh pembangkang.
Abdul Rashid di samping menyuarakan pendapat agar SPR dirombak, pada ketika yang lain maukan SPR diberi kuasa yang lebih, maukan pengkritik-pengkritik memberi fakta penyelewengan SPR, pada hal beliau sendiri yang menyedari kelemahan-kelemahan SPR dan memperkatakan tentang kelemahannya.
Beliau juga membela SPR tidak berpihak kepada pihak pemerintah. Mutakhir Abdul Rashid membela bahawa SPR adalah bersifat telus (BH, 22.3.07: 3), tetapi banyak bukti memperlihatkan sikap berpihak SPR bahkan diperkudakan oleh pihak pemerintah.
Pilihanraya di Malaysia satu pembaziran
Wawancara Ahmad Lutfi Othman,Ketua Pengarang Harakah dengan Mohd Anuar Tahir, Koordinator Penggerak Demokrasi [Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi] mengenai usaha memperbetulkan ketempangan perjalanan pilihan raya dan amalan demokrasi Malaysia yang disiaran oleh Harakahdaily.net : http://www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=2549&Itemid=60 amat menarik untuk sama-sama kita berfikir. Kini, kita sudah memiliki dua buah badan yang ditubuhkan khusus untuk memulihkan amalan demokrasi di Malaysia.
Satu lagi dipimpin oleh Ketua Angkatan Muda PKR, Ezam Mohd.Noor yang dikenali sebagai GERAK [Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi yang sudah pun mempunyai laman webnya sendiri :http://www.gerakmalaysia.org/web/].Idea memperjuang memulihkan amalan demokrasi di Negara ini bermula setelah tamatnya pilihan raya umum ke 11 yang dipenuhi dengan berbagai penipuan, penyelewengan, menyalahgunaan kuasa, politik wang dan secara jelas UMNO/BN telah melanggar amalan demokrasi itu sendiri seperti kongkongan ke atas media [cetak dan elektronik] yang bias-memihak kepada UMNO/BN, serta penggunaan harta-harta milik awam berluasa tanpa sesiapa pun yang dapat menyekat kecurangan UMNO untuk mengekalkan kuasanya.
PAS merupakan parti politik pembangkang yang pertama sekali membangkitkan perkara ini. PAS mengalami kekalahan paling teruk [selepas tahun 1986] dan membawanya ke dalam ucapan Dasar Presiden di Muktamar ke 51 di Kelantan dan dibincangkan dalam Muktamar tersebut. Selepas itu, Pas menubuhkan satu Jawatankuasa Khas untuk mengendalikan perjuangan menuntut memulihkan demokrasi di Negara ini. Pada dasarnya, PAS akan megetuai Gerakan ini bersama-sama dengan rakan-rakan dari masyarakat sivil terdiri daripada pertubuhan-pertubuhan masyarakat umum yang bukan dimiliki kerajaan dan negara, umpamanya pertubuhan sukarelawan, organisasi komuniti, kumpulan berkepentingan, pertubuhan bukan berasaskan keuntungan [non-profit organization] dan pertubuhan bukan kerajaan dan parti-parti pembangkang khususnya Keadilan bagi tujuan yang sama.
Kita semak kembali beberapa cadangan PAS untuk mengerakkan pemulihan demokrasi di dalam negera ini seperti berikut:
1. Menerima kehadiran pasukan pemerhati antarabangsa seperti amalan kebanyakan negara;
2. Menerima prosedur mengesan pengundi supaya tidak mengundi berulang kali; 3. Membersihkan daftar pemilih, yang sejak dahulu diragukan kesahihannya.
4. Membebaskan SPR daripada sebarang campur tangan UMNO/BN dengan menjadikan SPR bertanggungjawab langsung kepada Parlimen;
5. Memperuntukkan ‘air-time’ yang saksama antara UMNO/BN dengan parti pembangkang, di samping melarang menggunakan saluran-saluran media tersebut sebagai alat berkempen UMNO/BN;
6. Menentukan sebarang petisyen pilihanraya yang dibawa ke mahkamah diadili secara telus, amanah, bermartabat dan bermaruah; dan
7. Menentukan supaya UMNO/BN tidak menggunakan sewenang-wenangnya jentera kerajaan untuk tujuan menyokong UMNO BN di saat-saat pilihan raya diadakan.
8. Mengusahakan supaya system pilihan raya diubah kepada system perwakilan berkadar [proportionate representation]Persoalannya apakah hasilnya?
Jawatankuasa ini tidak berfungsi seperti yang dirancangkan. Kita tidak tahu apa masalah yang dihadapi oleh Jawatankuasa berkenaan. Kemungkinan menyedari masalah ini, maka Ezam Mohd.Noor dan Anuar Tahir menubuhkan badan lain khusus memperjuangkan amalan demokrasi yang bersih, tulus, adil dan saksama. Setakat ini tidak ada sebarang perubahan.
Amalan demokrasi di bawah pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi semakin buruk. Demokrasi telah mati, baik di luar UMNO/BN, maupun di dalam UMNO/BN sendiri, malah semangat demokrasi di Parlimen mulai tergugat ekoran insiden perletakkan Jawatan Shahril Abdul Samad, Ketua BNBBC dalam isu Mohd.Yusuf said, MP Jasin yang masuk campur urusan Kastam untuk kepentingan peribadi.
Disamping itu, Abdullah juga sering membuat ancaman dan ugutan terhadap rakyat yang menentang pemerintahannya [rujukan isu kenaikan minyak dan tariff elektrik] dan seluruh Ahli Parlimen UMNO/BN supaya mereka tutup mulut dan jangan gunakan fikiran ketika berbahas seperti ‘manusia yang sempurna aqalnya’ [disarankan olehnya [tafsiran penulis] supaya bertindak umpama ‘lembu dicucuk hidung’] dan ditegah tidak dibenarkan menyokong sebarang usul yang dibawa oleh pembangkang [walaupun ada membawa kebaikan kepada rakyat]. Mereka dipaksa hanya menyokong dasar kerajaan sahaja [sesetangah dasar itu ada juga mendatangkan kerugian kepada rakyat]: http://www.malaysia-today.net/blog/2006/05/bn-tidak-dapat-bezakan-yang-betul-dan.htm .
Semua insiden ini memberi gambaran bahawa amalan demokrasi di Malaysia semakin lenyap di bawah pimpinan Abdullah, walaupun Abdullah sering-kali berucap untuk mempertahan demokrasi, open policy, ketulusan, intergriti dan memperkenalkan Islam Hadhari untuk membawa rakyat dan Malaysia ke satu tamadun baru-Islam yang sederhana, progresif dan rakyat beraqal ‘kelas dunia pertama’ menjadi insan madani dan sebagainya. Itu semua adalah retorik Abdullah untuk menarik perhatian rakyat semata-mata-cakap lain, tindakan lain.
Cakap tidak serupa bikin.
Berbalik kepada wawancara Lutfi dengan Anuar. Kata Anuar : “Mengapa perlu pilihan raya yang menelan belanja berjuta-juta ringgit jikalau cuma mahu menang sendiri? Inilah yang kami pertikaikan. Proses pendidikan dan pengamalan demokrasi tidak berlaku dan sedang disekat. Rakyat atau pengundi sentiasa disogok dan diugut, secara halus atau terang-terangan”.
Itu pandangan Anuar Tahir, bekas pemimpin ABIM, tokoh KeADILan yang paling ke depan dalam peristewa Anwar Ibrahim. Apa pandangan pemimpin-pemimpin politik pembangkang dan rakyat di Negara ini?
Bagi saya, saya sependapat dengan apa yang disuarakan oleh Anuar. Masuk ke tengah gelanggang dengan tangan terikat dibelakang dan mulut ditutup adalah merupakan satu tindakan yang ‘bodoh’ kerana lawan kita tangan dan mulut tidak terikat. Lawan kita berkemampuan membelasah kita menjadi nyawa-nyawa ikan. Lawan kita sengaja membiarkan kita terus hidup untuk menunjukan kepada dunia bahawa dia menghormati piagam PBB yang melarang membunuh musuh tanpa senjata.
Dalam adat-istiadat Melayu pantang pahlawan Melayu menentang musuh tanpa senjata. Sebab itu apabila Hang Tuah bertikam-tikaman dengan Hang Jebat, keris Taming Sari yang digunakan oleh Hang Jebat terlekat di dinding, Hang Tuah tidak mengambil kesempatan menikam Hang Jebat ketika Hang Jebat tidak bersenjata. Ketika itulah, masa terbaik bagi Hang Tuah untuk menumpaskan Hang Jebat, Hang Tuah tidak berbuat demikian. Menikam orang tanpa bersentaja adalah tindakan orang yang dayus, pengecut, penakut dan bukan pahlawan sejati. Di Malaysia, terdapat 27 parti politik, iaitu 15 di Semenanjung, 7 di Sabah dan 5 di Sarawak [rujuk : http://www.spr.gov.my/politik.htm] dan kedudukan kerusi-kerusi Parlimen dan DUN adalah seperti berikut:
KERUSI-KERUSI PARLIMEN DANDEWAN UNDANGAN NEGERI
Negeri
KERUSI-KERUSI PARLIMEN DANDEWAN UNDANGAN NEGERI
Negeri
Dewan Rakyat
Dewan Undangan Negeri
Perlis
3
15
Kedah
15
36
Kelantan
14
45
Terengganu
8
32
Pulau Pinang
13
40
Perak
24
59
Pahang
14
42
Selangor
22
56
Negeri Sembilan
8
36
Melaka
6
28
Johor
26
56
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
11
-
Wilayah Persekutuan Putrajaya
1
-
Wilayah Persekutuan Labuan
1
-
Jumlah di negeri-negeri Semenanjung
166
445
Sabah
25
60
Sarawak
31
71
Jumlah di Malaysia
222
576
Sumber : http://www.spr.gov.my/parnstlassbm.htm
Seseorang yang hendak menjadi calon pilihan raya dikehendaki mendepositkan wang tunai sebanayak RM10,000.00 bagi calon Parlimen dan RM5,000.00 bagi calon DUN. Parti-parti pembangkang yang ketandusan dana tentu tidak mampu mencabar satu gagasan politik yang kaya raya seperti UMNO. UMNO dengan mudah mendapatkan dana pilihan raya.
Mereka berkuasa, mereka boleh melakukan amalan rasuah [minta sana, minta sini dari golongan usahawan dan peniaga], mendapatkan komisen dari para kontraktor yang dianugerahkan projek-projek berbillion ringgit dan mendapat sumbangan dana dari taukeh-taukeh judi terkenal di Malaysia. Golongan inilah yang banyak membiayai dana pilihan raya UMNO/BN yang dianggarkan berjumlah RM3.5 billion pada pilihan raya umum ke 11 yang lalu [termasuk perbelanjan makan-minum, upah pekerja pilihan raya dan barang-barang pilihan raya seperti poster, banner, payung dan berbagai lagi cenderahati sebagai umpan pilihan raya kepada pengundi-pengundi]. Berdasarkan jadual di atas, untuk DUN sahaja, parti-parti pembangkang terpaksa mengeluar wang tunai berjumlah RM2,800,000.00 dan untuk Parlimen RM2,220,000.00.
Jadi, semuanya berjumlah RM5,020,000.00 dan ini tidak termasuk perbelanjaan-perbelanjaan pilihan raya yang lainnya. Wang sebanyak RM5.020 juta itu merupakan satu pembaziran yang nyata dalam suasana demokrasi di Malaysia yang dihimpit dan dikekang setiap masa oleh pemerintah sehingga parti-parti pembangkang tidak dapat bebas bersuara, bergerak dan menjalankan aktiviti-aktiviti menemui rakyat.
Pilihan raya di Malaysia adalah merupakan pilihanraya ‘olok-olok’ seumpama budak-budak bermain masak-masak sesama mereka. Pilihan raya hanya semata-mata untuk mendapatkan pengabsahan dari rakyat dan untuk mendapat pujian dari Negara-negara luar khususnya daripada Amerika Syarikat.Hasilnya tidak berbaloi. Dalam pilihan raya umum yang lalu, UMNO/BN mendapat 198 kerusi Dewan Rakyat, 7[PAS], 12[DAP], 1[PKR] dan 1[Bebas]. Di peringkat DUN pula UMNO/BN mendapat 452 kerusi, 36[PAS] 15[DAP] dan PKR tidak mendapat sebarang kerusi. Berdasarkan pencapaian ini, masuk bertanding dalam pilihan raya di Malaysia hanya menghabiskan wang-ringgit, masa dan tenaga sahaja, dan secara tidak langsung memberi sumbangan untuk UMNO menambah ego dan kesombongannya dapat mengekalkan kuasa dengan memperbodohkan rakyat.
Adalah lebih baik wang, masa dan tenaga sebanyak itu dicurahkan ke tempat lain yang boleh mendapatkan faedah kepada rakyat.Terbaru ialah pilihanraya Negeri Sarawak ke 9 pada 20 Mei 2006 yang lalu. Pakatan pembangkang Barisan Bersatu Sarawak (BBS) yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Parti Kongres Dayak Malaysia (PKDM) dan Parti Reformasi Sarawak (STAR). Dalam gabungan BBS itu, PKR bertanding 25 kerusi dan 29 kerusi oleh lain-lain parti gabungan, DAP 12 kerusi dan PAS 1 kerusi. Keputusannya, 62 kerusi dimenangi oleh PBB/BN, 6 kerusi DAP dan masing-masing 1 kerusi oleh PKR, SNAP dan BEBAS.
Dalam pilihan raya tersebut, PBB/BN menggunakan apa sahaja yang ada padanya [kedudukan kewangan yang kukuh, agensi/Jabatan kerajaan, jentera-jentera kerajaan, kemudahan awam dan kuasa yang ada padanya] untuk mengalahkan pembangkang. Saluran media massa [cetak dan elektronik] 24 jam memberikan liputan penuh terhadap parti-parti komponan BN Sarawak dan media-media ini juga memberi gambaran amat buruk, jelek dan kata-kata kesat terhadap parti-parti pembangkang. Lebih menyedihkan apabila RTM 1 mempergunakan Pesuruhjaya Polis Sarawak [Ketua Polis Negeri] menyertai rancangan SARAWAK GEMILANG satu rancangan propoganda BN.
Ketua Polis ini tanpa segan dan ragu-ragu tolong membantu kempen BN dengan bercakap tentang pembanguan. Beliau berkata : “Kehadiran pelancong di negeri Sarawak meningkat dari tahun ke tahun, begitu juga investment, banyak kilang yang baru dibina yang telah memberi pekerjaan kepada rakyat” .
Ketua Polis ini secara langsung terlibat dalam politik kepartian. Sepatutnya beliau hanya bercakap soal keamanan dan keselamatan negeri, bukan menyentoh soal pembangunan yang menjadi tanggungjawab orang lain. Kehadiran dan pandangan beliau dalam rancangan ini menyebabkan penghormatan rakyat terhadap institusi kepolisan yang mulia telah jatuh merudum di mata rakyat, ditambah lagi dengan berbagai isu mutakir ini yang memberi impak yang besar ke atas kemerosotan imej PDRM dan keyakinan rakyat terhadap institusi ini.
Amat malang bagi kita sebagai rakyat Malaysia, tidak kedapatan lagi satu pun institusi di Negara ini yang boleh bertindak bebas dan adil kepada semua rakyat. Semua institusi di Negara ini dipengaruhi oleh UMNO dan mereka senantiasa tunduk dan menyembah kaki UMNO. Apa lagi yang rakyat boleh harap untuk mendapatkan keadilan dan kebenaran. Masa depan rakyat kabur. Kepada siapa lagi rakyat marhaen hendak mengadu kerana seluruh institusi Negara telah menjadi milik UMNO dan menjaga survival UMNO.
Hak orang lain dinafikan. Rakyat naungan UMNO [baca: para pemimpinya sahaja bukan ahli bawahan] menjadi rakyat kelas pertama, manakala rakyat yang bukan naungan UMNO menjadi rakyat kelas kedua.Sebagai kesimpulannya, kita tidak dapat menumbangkan UMNO/BN selagi amalan demokrasi yang tulus tidak dapat
dipulihkan sepertimana yang wujud di Indonesia sekarang ini.
Rakyat Indonesia telah merasinya apa yang rakyat Malaysia alami sekarang. Rakyat Indonesia menderita dibawah pemerintahan Suharto selama 32 tahun. Kehidupan politik rakyat Indonesia senantiasa dikekang dan ditindas oleh regim Suharto. Cuaca tidak selamanya mendung, sampai hari dan ketikanya, awan akan bergerak mencerahkan suasana.
Suharto tidak boleh ditumbangkan melalui pilihan raya. Setiap kali pilihan raya, beliau akan menang sampai peringkat 99%. Kita merancang, Allah juga merancang. Perancangan Allah swt sebaik-baik rancangan. Indonesia ditimba bala kemerosotan ekonomi pada tahun 1998. Kehidupan rakyat bertambah terhimpit dan mereka bangun dan bangkit memberontak terhadap kerajaan Suharto yang mengamalkan Korupsi, Kronisme dan Nepotisme. Akhirnya kerajaan Suharto tumbang dan rakyat Indonesia kini hidup dilingkungan kebebasan yang tidak pernah mereka rasai berabad lamanya.
Jadi, perjuangan menuntut hak-hak demokrasi yang tulus dan ikhlas memerlukan masa yang panjang. Di Malaysia kini, situasi yang pernah dialami oleh Indonesia telah menampakkan tanda-tandanya. Kenaikan kos belanja hidup terus meningkat akibat kenaikan harga minyak dan tariff elektrik. Nanti akan disusuli pula dengan kenaikan tariff air, tol, telefon dan berbagai caj perkhidmatan lain akan membebankan rakyat.
Amalan korupsi, kronisme dan Nepotisme mula menebal dalam kehidupan para pemimpin UMNO/BN. Kita mengharapkan keadaan yang berlaku di Indonesia dulu akan berlaku pula di Malaysia kerana para pemimpinnya telah hilang rasa pertanggungjawapan terhadap kebajikan rakyat, lebih mementingkan memunggah kekayaan Negara sesama mereka sahaja dan melupakan kepayahan dan kemiskinan rakyat. Untuk masa terdekat ini, khususnya dalam pilihan raya umum ke 12 nanti, menyertai pilihan raya tersebut bererti membunuh diri. Dalam Muktamar PAS Ke 52 nanti, eloklah memikirkan bagaimana kaedah yang paling pantas untuk memulihkan amalan demokrasi ini sebelum kita masuk ke dalam gelanggang nanti. Silap perhitungan kita akan disembelih hidup-hidup.
http://www.tranungkite.net/v3/modules.php?name=News&file=article&sid=369
Inilah maksud yang disebut oleh Rashid Barua itu : Kami bersikap telus…………………….
http://www.tranungkite.net/v3/modules.php?name=News&file=article&sid=369
Inilah maksud yang disebut oleh Rashid Barua itu : Kami bersikap telus…………………….
membiarkan UMNO bermaharalela dengan sesuka hatinya. Dalam masa yang sama menghalang, menyekat dan menyusahkan pembangkang masuk bertanding dalam pilihanraya secara anak jantan. Satu langkah yang berkesan menghalang kemaraan pembangkang ialah enggan tunduk dengan desakan pembangkang untuk merefomasikan SPR dan system pilihanraya yang diakui sendiri oleh Rashid Barua ini bahawa system yang diamalkan sekarang telah ketingalan zaman, terbelakang 50 tahun. Jadi, teruskan sahaja dengan system yang serba tempang ini.
“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”
Siri 1 : http://marhaen.ngepeng.com/mar_b_tun_telanai73.html [22.3.2007]
Siri 2 : http://marhaen.ngepeng.com/mar_b_tun_telanai74.html [26.3.2007]
Siri 3: http://www.tranungkite.net/v3/modules.php?name=News&file=article&sid=369 [6.6.2006]
Catatan :
Tulisan ini pernah disiarkan oleh Laman Marhaen dan Tranungkite
8 comments:
haha, ko ni kelakar la
Sibuk nk ckp kerajaan salah la, ape la
Dh tu, nk srh sape tadbir negara? Org mcm ko yg mencarut x tentu hale, skit2 barua la, dajal la
Islam mane yg ajar ko ckp cmni?
Cermin diri tu skit, ingat Allah byk2
Jgn ingat 'tok guru' ko tu pki serban, confirm beriman
sume org bleh hafal quran, bleh semayang masjid ari2 tapi blum tentu masuk syurga.
Allah melarang nabi melabelkan org itu kafir, ini kan plak manusia base
Mengucap byk2. Kalo ko dh rase sume ulama2 negeri ni pun salah, kerajaan pun zalim, sume org tipu korang yg 'bersih' ni, kuar je la dr malaysia. xpun mintak 'tok guru' ko mintak ngan kerajaan merdekakan kelantan pastu korang ddk la c2 ramai2, ramai lagi org yang x kisah
lg satu, kalo asyk ckp kerajaan rasuah la, ape la, JGN amik ape2 duit dr kerajaan. ko x tkt ke amik duit yg ko sendri ckp haram tu.
tu la org ckp, babi bodoh and buta pun, kalo sibuk nak berlari gak, mesti sondol sume bende
apa la pas ni.. ini nak merintah negara kalo xde kerja lain asyik ceramah sana sini mngutuk x tentu hala.. kan lebih baik buat ceramah agama ke.. orang islam agama islam tapi otak kafirrrr... sudah lah duduk je buat ceramah itu je korang tahu buat..hancur negara di tangan parti PAS dan PKR
stuju gile ngn apa pengirim b4 nih tulis.. tlg la.. konon2 tuk guru semua betul la.. termasuk menuduh Allah pun mencarut... apahal korng nie.. bersyukur la negara dah aman xpayh la nk huru hara.... manusia x bersyukur mcm nie ar.. kutuk2 org mcm bgs sgt je... org macam korng nie mati ag bs.. atlest xla tergadai negara dibuatnye.. BLAHLA PKR N PAS.. bodoh sokong DAP.. sengaja JATUHKAN BANGSA MELAyu
Hello !.
might , perhaps curious to know how one can make real money .
There is no initial capital needed You may commense to get income with as small sum of money as 20-100 dollars.
AimTrust is what you thought of all the time
The company represents an offshore structure with advanced asset management technologies in production and delivery of pipes for oil and gas.
It is based in Panama with structures everywhere: In USA, Canada, Cyprus.
Do you want to become really rich in short time?
That`s your chance That`s what you really need!
I feel good, I started to get income with the help of this company,
and I invite you to do the same. It`s all about how to select a proper companion who uses your savings in a right way - that`s the AimTrust!.
I take now up to 2G every day, and my first deposit was 1 grand only!
It`s easy to join , just click this link http://tiqaniga.easyfreehosting.com/azyfyryb.html
and lucky you`re! Let`s take our chance together to feel the smell of real money
Hi!
You may probably be very curious to know how one can make real money on investments.
There is no need to invest much at first.
You may begin to get income with a sum that usually goes
for daily food, that's 20-100 dollars.
I have been participating in one company's work for several years,
and I'll be glad to share my secrets at my blog.
Please visit my pages and send me private message to get the info.
P.S. I earn 1000-2000 per daily now.
http://theblogmoney.com
Hi!
You may probably be very interested to know how one can make real money on investments.
There is no need to invest much at first.
You may begin earning with a money that usually is spent
on daily food, that's 20-100 dollars.
I have been participating in one company's work for several years,
and I'll be glad to let you know my secrets at my blog.
Please visit blog and send me private message to get the info.
P.S. I make 1000-2000 per daily now.
[url=http://theinvestblog.com] Online investment blog[/url]
Hello everyone!
I would like to burn a theme at here. There is such a nicey, called HYIP, or High Yield Investment Program. It reminds of ponzy-like structure, but in rare cases one may happen to meet a company that really pays up to 2% daily not on invested money, but from real profits.
For quite a long time, I earn money with the help of these programs.
I don't have problems with money now, but there are heights that must be conquered . I make 2G daily, and my first investment was 500 dollars only.
Right now, I managed to catch a guaranteed variant to make a sharp rise . Visit my blog to get additional info.
http://theinvestblog.com [url=http://theinvestblog.com]Online Investment Blog[/url]
Glad to materialize here. Good day or night everybody!
Sure, you’ve heard about me, because my fame is running in front of me,
my parents call me Peter.
Generally I’m a venturesome analyst. recently I take a great interest in online-casino and poker.
Not long time ago I started my own blog, where I describe my virtual adventures.
Probably, it will be interesting for you to find out my particular opinion on famous gambling projects.
Please visit my web site. http://allbestcasino.com I’ll be interested on your opinion..
Post a Comment