DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Sunday, June 17, 2007

KES RASUAH JOHARI BAHAROM DAN ZULKIPLI MAT NOOR SATU LAGI SANDIWARA UMNO

Oleh Tun Telanai - Laman M@RHAEN


Assalamu’alaikum wm.wrt.,


Sehari dua ini kita dipamerkan dengan satu lakonan sandiwara yang melibatkan dua pelakon utama yang menjadi hero. Pertama, Zulkipli Mat Noor yang merupakan Ketua Pengarah BPR yang paling tidak diberi publisiti oleh media semenjak beliau dilantik ke jawatan itu oleh mantan Perdana Menteri ke-4 pada tahun 2001. Namanya popular dan dikenali ramai apabila beliau diarah memegang watak ‘penyamun tarbus’ dan yang perlu melibatkan diri dalam skandal seks, rasuah dan menggunakan kedudukan untuk mencari kepentingan peribadi.
Kedua, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Johari Baharom yang diarah melakon watak ‘rambo’ untuk membebaskan tiga penjenayah yang ditahan mengikut Ordinan Darurat perlu menerima sogokan sebanyak RM5 juta. Johari adalah orang kuat Abdullah Ahmad Badawi. Beliau juga adalah pelakon utama [melalui penulis skrip dan pengarah yang terkenal] telah berjaya memecah rekod dunia menjatuhkan dan memalukan bekas PM, Tun Dr.Mahathir di Kubang Pasu pada bulan September 2006 lalu. Dikatakan [pasti sekali] sebahagian wang pampasan sebanyak RM5 juta telah digunakan dalam kempen menjatuhkan martabat Mahathir dengan merasuahkan para perwakilan UMNO Kubang Pasu. Kes politik wang ini masih tersangkut di Lembaga Disiplin UMNO kerana pengarah mahukan begitu.


Kedua-dua senario ini adalah agenda UMNO untuk menghadapi pilihan raya umum ke-12 nanti. Ianya dirancang dan diarahkan begitu rupa bagi mengambarkan kepada rakyat jelata kerajaan pimpinan Abdullah sangat serius untuk memerangi rasuah. Diarahkan juga supaya media memperbesar-besarkan isu ini supaya segala kepincangan dalam pentadbiran Abdullah terutama dalam sector ekonomi dapat disembunyikan dari pengetahuan rakyat. Sebab itu, sebelum kes ini dipertontonkan kepada rakyat, rakyat dipropaganda dahulu dengan perkembangan ekonomi yang amat menakjubkan dalam sejarah Malaysia.


Perlu diingatkan, selepas ini satu kaji selidik akan dijalankan oleh pencacai-pencacai UMNO untuk mengetahui tindakan balas [respons] rakyat. Sandiwara ini pernah dipentaskan ketika menjelangnya pilihanraya umum ke-11 yang lalu, di mana Eric Chia dan Kasitah Gaddam didakwa di mahkamah.


Nampaknya, sandiwara yang sama dilakukan untuk PRU ke-12 ini. Orang yang cerdik sudah dapat menekanya bahawa mereka berdua ini akan terlepas jua. Hasil siasatan tidak ada bukti menunjukan yang mereka ini terlibat dengan rasuah. UMNO sekali lagi akan menang besar hasil lakonan dan penipuan yang mereka lakukan.


Percayalah, selagi UMNO memerintah negara ini, kes-kes rasuah yang melibatkan pembesar-pembesar UMNO atau pegawai-pegawai kanan kerajaan yang sanggup menjadi barua UMNO akan terlepas. Harus diingat bahawa, sistem perundangan yang kita amalkan berdasarkan kepada teori ‘sarang labah-labah’, yang terkena hanyalah haiwan-haiwan yang kecil sahaja, yang besar akan terlepas.


Kalau UMNO jujur, kes-kes yang melibatkan Khalili Yaakob, Adnan Yaakob, Rafidah Aziz, Khir Toyo, Rahim Tamby Chik dan ramai lagi para pemimpin UMNO dan BN telah merengkok dalam penjara seperti mana Anwar Ibrahim pernah merasainya.


“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”



CATATAN :
Akhirnya mereka berdua dibebaskan daripada sebarang tuduhan kerana terdapat kekurangan bukti dan tidak mempunyai prima facei untuk membuat dakwaan di mahkamah. Tutup fail-habis cerita.
Apa yang hendak dihairankan kes rasuah dan menyalahgunaan kuasa secara terang-terangan yang dilakukan oleh Zakaria Md Deros [ADUN Pelabuhan Klang] pun boleh terlepas [BPR tidak mempunyai cukup bukti-itulah alasan stereotaip yang selalu diberikan untuk tutup fail ] apa lagi kes yang melibatkan dua manusia yang penting bagi UMNO dan Kerajaaan pimpinan UMNO. Mereka banayak berjasa kepada para pemimpin lain-lainnya.



No comments: