Oleh: Tun Telanai
Assalamu'alaikum wm.wrt,
Dalam Islam rasuah bermaksud sogokan, wang suap atau yang seumpama dengannya dengan tujuan yang satu iaitu agar pihak-pihak tertentu dapat mengurus dan menyelesaikan sesuatu hal yang dikehendakinya dengan segera dan menguntungkan. Berhubung dengan persoalan ini, Allah SWT telah berfirman dalam surah al-Maidah ayat 42 yang bermaksud:
"Mereka suka sekali mendengar perkataan yang dusta lagi sangat suka makan yang haram (seperti wang sogokan dan sebagainya)"
Hadis nabi SAW ada menyatakan :"Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang memberi sogokan dan orang yang menerima sogokan dalam soal hukum menghukum" (Riwayat Abu Daud & Tirmizi)
Ibnu Mas'ud telah mentafsirkan ayat di atas seperti berikut:
"Sogokan (rasuah) dapat berlaku pada tiap-tiap sesuatu, barangsiapa yang telah memberi sesuatu pemberian dalam sesuatu pembelaan kepada seseorang supaya pembelaan itu dapat mengembalikan yang hak atau dapat menolak kezaliman (aniaya) lantas diterimanya maka pemberian itu dinamakan sogokan juga".
Perbuatan sedemikian diharamkan kerana mengandungi beberapa perkara yang diharamkan oleh agama di antaranya :
1) Tidak akan berlaku kebenaran dalam sesebuah masyarakat selagi mana perbuatan sogok menyogok masih dilakukan oleh manusia.2) Dengan sogok menyogok itu manusia selalu melanggar hukum untuk memenuhi kehendak hawa nafsunya.
3) Dengan sogok menyogok juga manusia dapat membalas dendam antara seorang dengan orang yang lain dan sebagainya
Bilakah Akan Terjadi Kehancuran?;
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata:
“Pada suatu masa ketika Nabi s.a.w sedang berada suatu majlis dan sedang bercakap-cakap dengan orang yang hadir, tiba-tiba datang seorang A’rabi (Arab Badwi) dan terus bertanya kepada Rasulullah s.a.w, “Bilakah akan terjadi Qiamat?”. Maka Nabi s.a.w. pun meneruskan percakapannya. Maka sebahagian yang hadir berkata, “Beliau (Nabi) mendengar apa yang ditanyakan, tetapi pertanyaan itu tidak disukainya.”
Sementara yang lain pula berkata, “Bahkan beliau tidak mendengar pertanyaan itu.” Sehingga apabila Nabi s.a.w selesai dari percakapnnya beliau bersabda, “Di mana orang yang yang bertanya tentang Hari Qiamatt tadi?” Lalu Arab Badwi menyahut, “Ya! Saya hai Rasulullah.” Maka Nabi s.a.w. bersabda: “Apabila amanah telah disia-siakan maka tunggulah Hari Qiamat.” Arab Badwi itu bertanya pula, “Apa yang dimaksudkan dengan mensia-siakan amanah itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Apabila urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya maka tunggulah kedatangan Hari Qiamat.”;- (Riwayat Bukhari)
“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES HINGGA TURUN”
Sekian, terima kasih.Wassalam
No comments:
Post a Comment