DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Thursday, June 21, 2007

ANTARA 2 WATAK : MANUSIA DAN IBLIS

Oleh : Tun Telanai - Laman M@RHAEN
[Asalnya disiarkan di dalam Laman ini]



Assalamu’alaikum wm.wrt.,


Seperti apa yang dijangkakan dalam tulisan saya bertajuk: Syabas dan Tahinah kepada PDRM [Rujuk : http://marhaen.ngepeng.com/mar_b_tun_telanai62.html] adalah tepat sekali. Pasukan polis boleh tahan sabar [beri peluang] hanya dua kali sahaja untuk parti-parti pembangkang dan NGO-NGO melakukan gerakan demonstrasi menentang kenaikan kadar tol yang mahal di Lembah Kelang bermula 1 Januari lepas.

Pertama, demonstrasi di plaza tol bandar Sunway di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) berhampiran di hadapan kompleks membeli-belah Sunway Pyramid, Kuala Lumpur pada hari Ahad, 7.1.2007. Demonstrasi ini dianggap paling berjaya menghantar mesej kepada sebuah kerajaan yang zalim dan merampas keselesaan kehidupan rakyat [kecuali syaitan-iblis yang berkampung dalam UMNO].

Kedua pada hari Ahad 14.1.2007 di plaza tol Gombak. Kedua-dua perhimpunan dapat berjalan dengan lancar, aman dan teratur dan pihak pasukan polis hanya bertindak mengawal dan mengawasi perhimpunan. Tetapi sebaliknya pada demontrasi kali ke-3 berlaku pada hari Ahad, 21.1.2007 lalu, pasukan polis telah bertindak ganas terhadap peserta perhimpunan aman membantah kenaikan tol di tol Batu 11 Cheras-Kajang.

Pihak Polis telah menyurai demonstrasi itu dengan tindakan yang kurang ajar, biadap, kasar dan menangkap 17 aktivis termasuk Setiausaha Protes Kenaikan Harga Tol, Dr Hatta Ramli yang juga Bendahari PAS Pusat, Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al Jundi, Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat [PKR], Tian Chua, Pemimpin DAP, Ronnie Liu dan lain-lain aktivis. Mereka semua telah dijadikan seperti binatang, disepak, diterajang dan dipukul oleh anjing peliharaan UMNO [Rujuk : http://www.malaysiakini.com/news/62451 dan juga lihat ini http://harakahdaily.net/v061/index.php?option=com_content&task=view&id=6139&Itemid=28]


Kejadian seumpama ini [mengekang gerakan parti-parti pembangkang dan menjaga survival UMNO] berlaku berulang kali semenjak daripada tarikh 1.7.2001 [tarikh berkuatkuasanya pengharaman ceramah di tempat umum] sehingga ke hari ini [termasuk dalam pilihan raya umum 2004]. Kerja-kerja melepaskan gas pemedih mata, menyembur asid, memukul, menumbuk, menendang, menyepak dan menyiksa OKT dalam lokap seperti yang berlaku dalam kes keganasan pasukan polis di Lebuhraya Kesas pada tahun 2001 dahulu, kini menjadi tugas hakiki [utama] PDRM, tugas menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyat tidak lagi diberi keutamaan.

Oleh sebab itulah munculnya berbagai-bagai kes-kes jenayah seperti merompak, mencuri, merogol hatta membunuh semakin membiak dalam masyarakat kita dewasa ini. Tenaga pasukan polis ini akan digunakan semaksimumnya bagi mematahkan sebarang tindakan atau gerakan [walaupun mengikut Undang-undang dan Perlembagaan] yang boleh memberi imej yang buruk terhadap kerajaan pimpinan UMNO [tidak kiralah sama ada di zaman Dr. Mahathir Mohamad memerintah dahulu-ketika era Reformasi memuncak atau di era Abdullah Ahmad Badawi memerintah sama sahaja]. Pihak polis mudah diperalatkan sebagai agen proksi UMNO bertindak tegas memadamkan suara bantahan rakyat.

Jadi, apa persiapan kita untuk menghadapi tindakan pasukan polis yang selama ini menjadi tali barut UMNO untuk terus mengekalkan kuasa. Banyak langkah atau tindakan yang kita boleh ambil. Kita tidak boleh lagi selama-lamanya mengamalkan budaya defensive. Amalan ini menjadikan kita seperti ‘binatang’ yang boleh disepak, diterajang, disembur dengan gas pemedih mata, dipancut dengan air berasid dan dibuli dalam lokap ikut suka hati.

Kita mesti memulakan langkah ke depan secara membudayakan gerakan ofensif. Panggungkan dan dongakkan kepala ke atas, tidak perlu melihat ke bawah selama-lamanya. Kita tidak mahu lagi melihat majlis-majlis rasmi parti kita [PAS] yang dihadiri oleh Presiden, Menteri Besar dan pemimpin-pemimpin kanan parti diganggu oleh pihak polis. Kita mahu majlis-majlis seumpama ini dapat berjalan lancar tanpa gangguan seperti mana majlis-majlis rasmi anjuran UMNO. Jangan sekali-kali mengamalkan dasar meng’apartheid’kan masyarakat di dalam Negara ini.

Semua kaum, bangsa dan agama mempunyai hak masing-masing. Kita tidak mahu lagi melihat Presiden kita dibuli dengan disembur gas pemedih mata dan air berasid seperti yang berlaku di Masjid Al-Taqwa, Batu 6, Kuala Terengganu dan kita juga tidak mahu melihat MB kita terpaksa dibawa lari di tengah-tengah kesejukan malam buta daripada kepungan polis seperti penjenayah besar seperti yang berlaku di Kuala Ketil, Kedah.

Kita hendakkan semua pihak menghormati hak orang lain, masing-masing ada haknya dalam ruang lingkup Undang-undang [pemberian permit dipermudahkan] yang menjadi amalan Negara demokrasi. Tindakan biadap dan kurang ajar pihak polis selama ini merendahkan martabat kita sebagai insan yang mulia. Kita bukan penjenayah, kita bukan penagih dadah dan kita bukan pengemis di jalanan.

Kita bergerak di dalam sebuah organisasi yang berlandaskan Undang-undang yang ditetapkan oleh Perlembagaan. Sekiranya UMNO takut hilang kuasa melalui pilihan raya, UMNO tidak perlu melakukan penipuan dan penyelewengan dalam pilihan raya, tidak payah mencurah duit berbillion-billion ringgit, menggunakan SPR, menggunakan pasukan polis, Jabatan Pendaftaran Negara, kemudahan awam, memperalatkan Jabatan/agensi dan kakitangan awam untuk menang, UMNO hanya perlu berani mengisytiharkan bahawa Negara ini adalah Negara dictator ala-Nazi Adolf Hitler.

Maka, dengan itu Negara ini terus ditadbir oleh UMNO buat selama-lamanya. Selama ini pilihan rata di Malaysia adalah sandiwara semata-mata. Pemenangnya telah ditetapkan. Pemboikotan pilihan raya kecil Batu Talam adalah langkah yang bijak. Rakyat DUN Batu Talam bakal menerima seorang wakil rakyat berperangai ‘iblis’ dan penyamun tarbus. Pada 25.1.2007, kes penyamun tarbus yang menyamun harta rakyat akan di dengar di Mahkamah Tinggi Temerloh. Kita telah dapat menjangka apa yang akan diputuskan oleh mahkamah ini, hari ini. Sila ikuti link ini :
http://harakahdaily.net/v061/index.php?option=com_content&task=view&id=5899&Itemid=28 http://www.tvpas.com/material.php?cat=berita&id=4532

“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”
Tun Telanai - 25.01.2007 (suntingan M@RHAEN - Emel:
marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)
http://marhaen.kelatedaily.net/

No comments: