DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Sunday, May 13, 2007

RAJA NAZRIN RAJA BERJIWA RAKYAT, TETAPI RAKYAT HAMBA KEPADA PEMIMPIN UMNO

Assalamu’alaikum wm.wrt

Terkejut saya membaca berita yang disiarkan oleh Malaysiakini dalam ruangan Rentakkini [
http://www.malaysiakini.com/rentakini/67157] Utusan Malaysia online [http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0513&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan
&pg=mh_03.htm] yang menyebut bahawa Raja Muda Perak, YM Raja Dr.Nazrin Shah menolak tawaran kerajaan Negeri Perak pimpinan Tajol Rosli Ghazali untuk membiayai perkahwinan baginda dengan Zara Salim Davidson yang akan berlangsung pada 19 Mei nanti. Sebaliknya, baginda menasihatkan Tajol Rosli gunakan duit itu untuk pembanguan bagi faedah rakyat dan segala bil-bil perbelanjaan jamuan diserahkan kepada baginda, baginda sendiri yang menanggungnya.

Disamping itu, baginda juga tidak mahu majlis perkahwinannya diberikan publisiti melampau yang meluas oleh media massa sepertimana yang berlaku ke atas majlis perkahwinan Khalid Mohd.Jiwa [raja buaya darat dan kaki samseng serta merembat duit rakyat dengan mengunakan pengaruh politik orang besar UMNO] dengan penyanyi Siti Nurhaliza Taruddin yang gila publisiti. Mereka berdua ini bukan ada pun sumbangan untuk kebajkan rakyat dan Negara, tetapi sambutan majlis perkahwinan mereka seolah-oleh mereka raja lebih daripada raja. Terlampau dan meluat dengan liputan media massa yang tidak ada etika kewartawanan.

Dalam pada itu, baginda juga tidak berkenan mana-mana orang perseorangan badan-bandan perniagaaan atau bukan perniagaan yang bercadang menempah iklan dalam akbar atau seumpamanya, baginda menasihat kepada mereka yang terlibat supaya duit itu disalurkan disumbangkan untuk tujuan amal terutama didermakan kepada rumah-rumah ibadah, badan-badan kebajikan, rumah orang tua dan anak yatim dan sekolah-sekolah di negeri Perak.

Inilah bertuahnya rakyat Perak yang mempunyai seorang Raja atau Sultan yang berilmu dan mengamalkan ilmunya untuk kepentingan rakyat. Oleh sebab itu Mufti Perak, Dato’ Seri Harussani bin Haji Zakaria berani bersuara menentang kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan UMNO, tidak seperti lain-lain Mufti yang menikus seperti tikus takutkan kucing [takut hilang kedudukan dan kekayaan peribadi] terutamanya Mufti Perlis yang termuda [darah
muda masih panas] penyokong UMNO totok [pernah berkempen untuk MCA di PR Kecil di Machap dan salah seorang calon UMNO untuk PRU ke-12 nanti untuk menentang ulama daripada PAS].

Harussani dibela [tidak ada pemimpian UMNO yang berani memecat Harussani seperti mana mereka lakukan terhadap bekas Mufti Selangor Dato’ Ishak Baharom yang dipecat kerana isu jalang Melayu mendedahkan aurat dikhalayak ramai di Bangsar] oleh Sultan dan Raja yang berilmu dan beriman selagi mana Harussani sebagai Mufti brtindak tidak lari daripada ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.w.a. Perlembagaan meletakkan kuasa pentadbiran agama Islam berada ditangan Sultan. Pernah satu ketika, Nabi pernah bersabda bahawa di akhirat kelak terdapat tiga orang ulama atau mufti [termasuk Hakim], dua orang akan dihumban ke neraka jahanam kerana kejahatan mereka di dunia ini mempetahankan pemerintah yang zalim sepermana yang dilakukan oleh para pemimpin UMNO dulu, kini dan selama-lamanya.

Yang paling melucukan ialah komen Abdullah Ahmad Badawi selari apa yang diperkatan oleh Tajul Rosli. Abdullah terharu dan bergembira apa yang Raja Nazrin lakukan, demi kepentigan rakyat. Abdullah sepatutnya menunjukkan teladan seperti Raja Nazrin [tidak rasuah, menyalahgunaan kuasa bagi pentingkan keluarga sendiri, boros, membazir dan tidak berhemat ketika membelanja duit rakyat] membela kebajikan rakyat, tetapi sebaliknya berlaku sepertimana yang dinyatakan oleh Tun Dr.Mahathir Mohammad dalam siri-siri ceramahnya.

Paling meloyakan apabila Abdullah menyatakan beliau berpuas hati dengan prestasi wakil-wakil rakyat UMNO/BN dalam usaha membela kepentingan rakyat. Satu pembohongan yang nyata. Dalam karbinetnya penuh dengan menteri-menteri yang terpalit dengan tuduhan ‘shit’, begitu dengan MB dan KMnya, apatah lagi dengan wakil-wakil rakyatnya sama ada di peringkat MP dan ADUN. Kes-kes yang melibatkan Najib, Muhamad Mohd.Taib, Khir Toyo, Azalina Mohd Said, A.Nazri Aziz, Rafidah Aziz, Johari Baharom, Mohd Said Yusuf [MP Jasin] dan Zakaria Md.Derus [ADUN Pelabuhan Klang] dan bercambah lagi para pemimpin UMNO yang terpalit dengan ‘shit’ yang busuk lagi membusukkan.

Kalaulah peruntukan ini ditawarkan kepada para pemimpin UMNO, demi Allah yang menjadikan bumi ini, wajib mereka akan merembatnya dengan sepuas-puasnya. Peruntukan yang diberi kepada MB dan KM serta Exco-Exco untuk mengadakan jamuan sambutan hari raya [sepatutnya mereka perlu mengeluarkan duit poket sendiri] untuk menjamu selera rakyat setahun sekali pun mereka kebas, apa lagi dengan ini. Anjing mana akan menolak bangkai.

Oleh sebab kurangnya keprihatinan Abdullah [melainkan kepentingan anak-menantu] terhadap kemaslahan rakyat, maka Allah telah menurunkan balanya sepanjang era pemerintahan beliau selama lebih tiga tahun ini. Macam-macam musibah muncul silih berganti macam cendawan tumbuh selepas hujan. Paling terbaru diberitakan Restoran Puteri Nasi Kandar [kepunyaan abangnya Ibrahim join-venture dengan jutawan Pulau Pinang Lim Ewe Jin , di Perth, Australia [yang menjadi rumah ke dua Abdullah] yang dirasmikannya pada 29.12.2006 telah gulung tikar.

Yang penting bagi rakyat khususnya di Johor memperingati peristewa perasmian restoran ini ialah Abdullah sanggop meninggalkan rakyat terutama rakyat di negeri Johor Darul UMNO yang dilanda banjir besar lebih 60 hari [Nabi Noh a.s 40 hari sahaja] memakan korban seramai 17 orang dan 90,000 orang lagi terpaksa berpindah ke pusat-pusat pemindahan, makan nasi kawah dan berkongsi tempat tidur berlantaikan simen. Manakala Abdullah senang-senang terbang ke Perth hanya untuk merasmikan restoran ini dan makan makanan yang sedap-sedap dan tidur lena diulet mimpi diatas tilam yang empok berhawa dingin. Rujuk link ini [http://malaysia-today.net/blog2006/index.php?itemid=4588]


Kita sedikit pun tidak merasa sedih, malah kita amat bergembira dengan terkeluar berita tersebut. Ini menunjukkan kepada kita bahawa Allah s.w.t tidak memberkati perniagaan tersebut[sama juga dengan penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat yang berada dibawah pemerintahannya kerana Abdullah memperolehi kuasa secara haram melalui penipuan, penyelewengan dan tidak demokratik]. Sebahagian orang [ahli UMNO dan golongan penyokong] telah memberi amanah untuk Abdullah melakukan kezaliman, maka rakyat yang tidak terlibat [tidak menyokong kerana kezalimannya] turut menjadi mangsa musibah yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada hamba-hambanya yang bodoh dan dungu untuk membuat pemilihan yang tepat-yang mana kaca dan yang mana intan.

Sama-samalah kita terpaksa menanggungnya hasil perbuatan sebahagian orang yang tidak tahu menilai untung-nasib diri sendiri.

“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES HINGGA TURUN”

Sekian.Wassalam

No comments: