Assalamu’laikum wm.wrt,
Peperangan di antara BN [sebenarnya UMNO, bukan MIC] V PKR di Ijok masuk hari ke lima hari ini [Isnin, 23.4.2007]. Kempen menjadi semakin panas. Anwar Ibrahim, Penasihat PKR menjadi kapten dalam peperangan ini bagi pihak pembangkang, manakala Najib Tun Razak [dan semua pilihanraya kecil sama ada yang lepas, sedang dan akan datang] mengepalai kempen bagi pihak BN.
Anwar konsisten dalam kempennya mengenegahkan isu rasuah dan menyalahgunaan kuasa dan kedudukan untuk kepentingan peribadi sebahagian besar ‘golongan IBLIS’ [termasuk skandal watergate Malaysia yang didalangi oleh Najib] yang ada dalam UMNO atau kini lebih dikenail dengan nama ‘UNITED MONKEYS NATIONAL ORGANISATION’ dan parti-parti yang bergabung dengannya.
Apa yang menarik ialah isteri Najib juga turut berkempen [berdakwah?] di Ijok mempertahankan suaminya yang menjadi bahan berkempen. Rosmah mula menyebut perkataan pahala-dosa dan halal-haram kerana konon katanya pihak pembangkang khususnya Anwar telah menabur fitnah terhadap suaminya yang tidak ada setitik pun noda dan dosa [maksud Ustazah Rosmah?] ialah Najib suaminya itu berada dalam keadaan suci bersih seperti kain putih seperti bayi yang baharu dilahirkan. Tidak pernah terlibat dengan sebarang skandal atau amalan rasuah. Sambil itu, beliau berdoa semoga Allah s.w.t memberi pembalasan yang sewajarnya ke atas pembangkang. Rosmah penuh yakin dengan berkata : Pembangkang akan terima balasan Tuhan’ .
Rujuk link ini :
http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a, dan
http://malaysia-today.net/blog2006/beritankom.php?itemid=4061
Saya tidak berhasrat untuk mempertikaikan pegangan dan keimanan yang ada pada diri Rosmah ini, hanya Allah yang lebih mengetahuinya. Melihat kepada lakaran perjalanan kehidupannya mengambarkan keadaan sebaliknya terjadi. Cara beliau berinteraksi dengan masyarakat termasuk rakan-taulannya [contohnya dalam mengendali urusan Bakti] dan orang-orang bawahan, beliau tidak mempunyai PR yang baik. Beliau senantiasa menunjukan wajah yang terlalu ego dan sombong. Kaki kontrol. Apatah lagi kehidupan sosialnya yang penuh sensasi, boros dan membazir. Beliau pernah bertindak menduakan suami dan menjalinkan hubungan sulit dengan Najib sehingga rumahtangganya yang pertama dibinanya runtuh berkecai.
Semua orang tahu kehidupan sosial Rosmah ini. Contohnya pada malam 9.12.2006 lalu, di Majlis Malam Santapan Negara sempena meraikan SPB YDP Agong ke-12 yang akan menamatkan tempoh perkhidmatannya, dan dengan kehendak Rosmah majlis itu terpaksa dipendekkan dan mesti tamat jam 10.00 malam. Tidak seperti kebiasaan, di mana pada malam itu SPB YDP Agong tidak pun sempat bersalaman dengan para jemputan. Para kenamaan dan para jemputan terpaksa bergegas termasuk Raja dan Permaisuri Agong ke Stadium Bukit Jalil kerana di situ ada pesta GLOBAL INDIAN FILM AWARDS [GIFA BOLLYWOOD].
Di pesta ini, di atas pentas Rosmah terkinja-kinja macam orang dirasuk IBLIS [memang pun mereka golongan IBLIS] berpelokan, bercium dan berlaga pipi sama pipi dengan pelakon handsome daripada Bollywood di hadapan suaminya, Najib. Paling memalukan PM, TPM pakai baju Melayu menonton acara itu. Malam Bollywood itu menyaksikan betapa Rosmah memang menggunakan segala kedudukannya menjatuhkan martabat Yang Dipertua Agong, Yang di pertuan Besar Negeri Sembilan, Sultan Pahang, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Mneteri boleh turut hadir sama yang boleh duduk bersekongkol hingga lewat pagi sedangkan majlis negara yang mengorbankan jutaan ringgit dengan segala pembaziran boleh dipendekkan.
Itulah peribadi sebenarnya Rosmah bt Mansor ini, bekas menuntut Kolej Tunku Kurshiah, Seremban. Malaysia akan hancur, sekiranya takdir membenarkan Najib mengambilalih kuasa daripada tangan Abdullah Ahmad Badawi kerana tangan-tangan jahat Rosmah akan memainkan peranannya lebih dashat lagi daripada kumpulan Khairy Jamaluddin yang ada sekarang.
“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”
Sekian.Wassalam.
Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.
DEMI RAKYAT :
GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
25 comments:
pelik tp benar..itulah lumrah manusia...sentiasa mencari keburukan org..kalu yer pun buruk benar seseorg itu, x perlulah dihebohkan kerana Allah lebih mengetahui..usahlah kita mengambil alih tugas minalhakimi tu dari tangan yg berkuasa...kalu benar buruk perangai sesorg itu dimata kamu...x perlu lah diumpat keji kerana kita sendiri x tau untung nasib kita disisi yg Maha Esa...doakan sajalah kebaikan org..kerana doa yg baik sentiasa didgri...sekiranya kamu rasa najib x leh ambil kuasa tu, sape lagi? ketua kamu yg kamu sanjungi? adakah kamu pasti "beliau" lebih berhak ? pasti tiada dosa seperti "org2" yg kamu hina? atau kamu yg mahu berkuasa...tepuk dada tanya selera...apa kata, najib dah ambik kuasa n kalu awk x setuju, pintu malaysia terbuka luas utk awk keluar..buat apa berada dalam negara yg awk katakan akn "jahanam"..betul x???maaf kalu kata2 itu terlalu kasar..
sbb sygkn negara kita lah kita kene jage dan perjuangkanya.. xkan nak biar shj pemerintahan spt ni.. sbg umat islam, kite perlu kaji latar belakang seseorang sblm memilih sbg pemimpin.. sekiranya tidak dpt pmpin isteri dan keluarga, bagaimana nak pmpin negara? mmg la tiada org yg sempurna.. tp perlulah pilih calon yg terbaik. bkn utk kebaikan bangsa sahaja, tp utk kepentingan agama, bangsa, dan negara.
jgn cuma cakap org itu tak boleh memimpin org ini tak boleh jd Pm.... hang lontarkan kan kat sini siapa yang hang nak jd pm sapa yng hang nak ... meh habaq mai skit...
emmmm tidak perlu kita meperdebatkan perkara yang xkan ada kesudahan nye baik buruk dan turun naik seorang pemimpin tu adalah lumrah hidup di dunia..pembalasan nye di alam lain..kita ni berlajar dan menilai akan perkara yang berlaku...walaupun pun hati ini ada suka dan marah kita tetap hidup dengan aman di malaysia ini, berbanding negara lain tu pun kalu korang semua setuju..setiap manusia ada agenda yang tersendiri semua manusia hakiki nye berbezakan...mane yang elok kita sokong mane yang xelok jgn la ikot.pasal rosmah mansor ni.kalau dia Ingat pada Yang ESA. Dia tahu hari perbalasan dan azab yang akan menunggu dia(itu pun kalu kenyatanan yang digema gepurkan btoi).percaya atau tidak terpulang pada korang punya penilaian.kamu semua ada hak.Tapi ingat kita ini pun ada shareholders jugak tau meceritakan kan hal org lain.emmm so mungkin kita pun sama jugak kurang sempurna nye..so korang nilai kan la ye....ALLAH S.A.W beri akal nak fikiran kan huhuhuh...
sekian
xguna hang pa betengkar.. malaysia dh nk hancur dah.. sbb xreti nk pilih pemimpin.. yg sokong ikut suka sapa jd pimimpin tu mmg bgus sgt2... akai xda ka... meh hang bagi aku duit aku pi prabih(sma la dgn apa yg blaku skrg, hangpa ja xsdar. rm4juta out mcm ayaq liur ja sbb si ***** tu, boros gile)
kalulah najib tu mcm nik aziz.....
who are you to talk about rosmah. I think you better migrate. Nonsense
As-salam,
Saya sebagai Muslim yakin..
Allah Swt maha mengetahui dan kamu manusia biasa janganlah mudah menghina dan mengeji seseorang tanpa mengenali individu itu dengan dekat.
Rosmah semua tak baik...Nik Aziz baik sangatlah..bersetongkol dengan orang yang nak menjatuhkan Islam...Mengeluarkan pandangan-pandangan yang kononya Islam tetapi demi politik...pelantiakn menantu secara tak sengaja sebagai CKO( Secara tak sengaja)..tidak menyokong sambutan Maulidur Rasul tetapi membenarkan konset Mawi, syor heboh dikelantan (Demi Ustad Lim Guan Eng), Menyokong usaha penghapusan hak keistewaan hak orang melayu (kerana menyokong dasar sosialis anuar), menyokong pencabulan hak istimewa orang melayu dengan cadangan kemasukan ke UitM, menolak perpaduan sesama Islam (kata kepada org yang sukakan persahabatan sesama islam sebagai SAMPAH) dan banyak lagi.....kita fikirkanlah supaya kita tidak tertipu...kita kata rosmah tipu kerana imejnya yang agak moden tetapi kita mungkin tertipu dengan orang yang laganya Alim.....fikirkanlah keimanan bukan hanya pada luaran...assalamualaikum
Ingatlah kata-kata hikmah ini rosaknya rakyat kerana pemimpin, rosaknya pemimpin kerana rosaknya ulama.Dan ingatlah adakalanya bala yang turun bukan terkena kepada pemimpin yang zalim itu sendiri akan tetapi akan mengenai kepada rakyat iti sendiri.Dalam konteks Malaysia itu sendiri kita dapat melihat segala gejala-gejala songsang yang berlaku didalam negera.Fikir-fikirkan lah sebelum sesuatu yang lebih dasyhat berlaku kepada negara kita ini.
This is the Problem with you Malays, you people spend your whole lives worrying about other people's life! Kaypoh is your middle name! Just shut the fuck up and mind your own business! You should read what Dr.M has said about the malays in the latest pullout of 'Millenium'.
Haha... klakar la korang ni... Yg sorg kutuk pemimpin, yg sorg kutuk ulama... hehe... lawak2... xyah la kutuk2 diorang... yg pemimpin tuh da memang xbtol... xyah nak tegakkan... sbab kalo tgok, ape sunnah pd dri die yg kita nmpak... ape hkum al-quran yg dia laksanakan... tu sume kne amek kira... bkan sbab die anak bkas PM dlu2... Yg ulama tuh jgn ktuk2... dlam dri dia ada ilmu agama yg tinggi... Ada nur al-quran dan Hadith... silap2 kita yg kne laknat.... selak blik sjarah pemilihan pemimpin pada zaman Sahabat Nabi saw...
itu lah politik hanya kerana kuasa..sanggup mengaibkan orang..orang2 macam ni la tk bleh dipercayai...sepatutnya kita sbg orang islam patut tahu yg mngaibkan orang 2 salah...tp kerana kuasa mereka sanggup...bagi saya ahli2 politik ini tk patut nk mgadili kesalahan seseorang...lagi pun pada orang yang mmbuat blog ini jgn la ko percaya pada orang yang bertitle kn ahli politik kerana ade je title ni tk ble dpercayai...tk kisah la parti mane pun semua nk duit je...mmg pembangkang gan umno tk sebulu tp klu bab duit mmg bgabung sbagai contoh mase nk kurangkan elaun wakil rakyat berpakat n sehati sejiwa menentang...jgn la korang taksub gan parti2 ni sbb yang penting bukan unutk kurang tapi unutk periuk nasik diorang..sbb diorang pandai main psikologi untuk tujuan menang mmg menarik..lagipun semua parti yang ade skg ini pemikiran diorang lapuk..idea lama sepatutnye klu nk menang orang2 lama patut disingkirkan diganti dengan mereka yg lebih profesional spt akuantan,ahli ekonomi bkn nye orang yg pandai wat fitnah..
saya doakan malaysia selmat dari segala bencana juga doakan pemimpin di Malaysia ditunjukkn jln yg benar.saya hanya dapat bertawakkal kerana situasi sekrg adlah situasi TERPAKSA....NOBODU IS PERFECT. YANG SALAH KITA BETULKAN DAN KENALAH BERSATU ORANG2 MELAYU TAK KIRA APA PARTI PUN... LIDI PENYAPU KLU DSATUKAN KUAT X BISA DIPATAHKAN...INGATLAH...
di dunia ini, system khalifah suda tiada.. semenjak runtuhnya kerajaan uthmaniyah.. padahal itulah sistem yg Allah tunjukkn buat manusia..
dia lontarkan benda ni, nak suh korang tahu mn buruk mn baik...bagi yang berakal xyah pilih..
kalau pemimpin akhlak tidak betul, rakyat kna sanggah..aku heran, kenapa time solat pakai tutup aurat..tapi kat luar x?....baik time solat pun bukak je...kan sama je..kedua2 perintah dan syariat agama..kalau pemimpin mcm ni berterusan, ibarat kata guru kencing berdiri murid kencing berlari,,hancur nilai2 agama.
Anda kenal kah siapa Datin Rosmah? Anda taukah siapa dia, lancang nya mulut berkata2. Layakkah anda semua menjadi isteri kepada seorang pemimpin atau layakkah anda menjadi PEMIMPIN Malaysia sendiri? selalu sgt kedengaran kata2 kononnya. Mereka menggunakan wang rakyat, membazir & boros. Jadual mereka sgt padat untuk membawa nama MALAYSIA ke serata pelusuk dunia. Tahukah anda semua pengorbanan PM kita?. Itu harga seorang pemimpin. He deserved the best place sbb kebijaksanaan beliau. Org kita hanya pandai berkata-kata tapi layakkah kita menangkis tohmahan negara2 barat sptmana dilakukan oleh PM kita??. Kita perlukan pemimpin yg bijak. Bukan pemimpin yg hanya ada ilmu sepicing sahaja tapi habuk pun tarak. Kita perlukan pemimpin yg boleh & mampu membuka mata kuasa asing kepada negara kita. Syabas Datuk Seri Najib Tun Razak. Syabas juga kepada Datin Rosmah, beliau layak sebagai first women in Malaysia. Kami rakyat Malaysia yg mengagumi anda.
the best thing about blogging is...when u talked politics.. any would comment u even ur post is kinda boring.. blah blah blah...
including me! haha..
i've been searching on researcher's blog.. what i found out is this lame, stupid topic!
so hating politics! making malaysia unstable..
X baik menfitnah orang... berdosa besar.. setiap manusia mempunyai kesalahan dan membuat dosa.. kalau betul mmg dia yg buat maka dialah yang tanggung dosa. tapi klu bukan dia buat, orang yang menfitnah tu laa yg berdosa. saya rasa kita perlu bersyukur kerana kita hidup aman dan damai di Malaysia sekarang. kenapa perlu nak mengaib-aibkan orang nie. tahu x dosa menfitnah lebih besar daripada membunuh orang. assalam..
sedih btul malaysia jadi camni.
segala persoalan perlulah kita selidiki hinggalah keakar umbinya, tunjang kepada permasalahan yg kita hadapi dewasa in sebenarnya dtg dari kita orang melayu sendiri, buat bancian bagi tiap 10 melayu berapa orang yg menjaga agamanya.dlm pemerhatian saya jawabannya mengecewakan, istilah agamanya zalim, iblis yg dijadikan dari api akan dibakar dgn api, air ditambah air membinasa(lihat saja tsunami)jadinya Allah menolak kezaliman dengan kezaliman juga, kaum `aad yg angkuh dibinasakan dengan keangkuhan ,kaum lut yg bertindak diluar tabii dibinasakan olih Allah diluar tabii juga(diluar sunnatullah)klau benar pemimpin itu zalim kuasa apakah yg mengangkat mereka(orang yg mengaku islam patut tahu jawabannya)kemana kita harus pergi selepas ini.apabila ummah itu adil insyAllah Allah akan mendatangkan keadilannya(rahmatNya)
Sesape yang dok perasan ada lagi hak istimewa orang Melayu, cuba pergi search kat Internet (google) pasal artikel 153, apa lagi hak Melayu yang tinggal? Bukankah tertulis dalam artikel 153 tu yang hak istimewa orang melayu salah satunya adalah "pengajian orang melayu & bumiputera perlu ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan dengan pemberian biasiswa". Aku nak tanya orang UMNO, PTPTN tu biasiswa ke? Lagi satu aku nak tanya, pasal apa hampir 50% yang dapat biasiswa luar negara JPA adalah orang cina dan India? Diorang tu bumiputera ke? Cuba korang pergi tengok hari pendaftaran INTEC UiTM (program ke luar negara), kenapa banyak cina & India? Bagi MRSM 10% kat cina dan India, bukankah MRSM itu under MARA yang mana 100% hak melayu? Aku tengok orang melayu UMNO ramai yang bodoh-bodoh. Percaya membuta tuli. Seronok bersorak sana sini cakap pasal kononnya nak pertahan hak Melayu, tapi tak sedar, penyokong UMNO hanya menang sorak kampung tergadai.
Jangan besa bertengkar kerana seseorang, Allah menciptakan manusia, Jin , pahala , dosa , neraka dan syurga dan juda didunia ini . Jangan rasa pelik dan jangan rasa hairan sesuatu yang baik berlaku dan sesuatu yang buruk atau pelik berlaku kerana di ahirat besok tidak ada sesiapa dapat menolong hanya keimanan , ibadah kita , apabila dibangunkan semula hari pembalasan besok kita adalah kita yang berada didunia hari ini bukanya orang lain dan khayalan.
sama2 lah kita menjaga diri dan amal ibadat kita untuk persiapan menghadapi-Nya. setiap ap yang kita lakukan akan ditanya dan dipersoal di akhirat kelak.termasuklah soal memlih pemimpin.kita mempunyai hak untuk memilih pemimpin yang adil dan berlandaskan Islam.kita dikurniakan akal.sama2 lah mensyukuri nikmat ini dan gunalah senaik2nya.wallahua'lam
Org melayu UMNO hari ni masih lagi berpegang pada politik kain pelikat kain batik. Buleh kain pelikat/batik sorang sehelai pangkah xmau2.. Depa balaih projek juta2 hangpa bleh kain harga 4 helai RM10. Pikiaq la woi..
Post a Comment