DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, April 20, 2007

BELUM APA-APA LAGI SUDAH MENCABUL HAK RAKYAT

Assalamu’alaikum wm.wrt,

Saya merujuk artikel saya yang disiarkan dalam laman ini pada 16.4.2007 : [http://marhaen.ngepeng.com/mar_b_tun_telanai78.html]. Dalam artikel itu saya ada menyebut bahawa UMNO/BN akan melakukan berbagai perlakuan rasuah dan menyalahgunaan kuasa serta akan melanggar kesalahan pilihan raya yang terkandung dalam akta pilihan raya. Perkara seumpama ini telah menjadi budaya dalam gerakan politik ‘golongan IBLIS’ ini.

telah menjadi budaya dalam gerakan politik ‘golongan IBLIS’ ini.
Semalam, 16.4.2007 adalah hari pengumuman calon yang dilakukan oleh pihak UMNO/BN. Setiausaha MIC bahagian Tanjung Karang, K Parthiban [MIC] telah dipilih sebagai calon Barisan Nasional [BN] bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri [DUN] Ijok pada 28 April ini. Pengumuman tersebut dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo pada kira-kira jam 5.20 petang di Dewan Simponi Majlis Daerah Kuala Selangor.

Hari pertama lagi UMNO/BN telah melanggar dua peraturan dalam pilihan raya. Pertama, UMNO/BN [MIC] mencabuli hak rakyat dengan menggunakan kemudahan dewan yang disediakan oleh Majlis Daerah Kuala Selangor untuk program politik bagi majlis tersebut. Persoalannya, adakah calon bebas yang sudah pun menawarkan diri untuk bertanding atau calon PKR [sekiranya tidak boikot] dibenarkan menggunakan kemudahan dewan ini sepertimana UMNO/BN dengan senang menggunakannya? Jawapannya tentu tidak. Apa hak UMNO/BN [MIC] diberi keistemewaan tersebut, sedangkan menafikan hak orang lain. Undang-undang mana yang digunapakai.

Apa bezanya UMNO/BN dengan parti-parti lain dari segi hak. Semua rakyat dipaksa membayar berbagai jenis cukai sebagai pendapatan negeri tanpa mengira parti dan fahaman, Sepatutnya hak ini dikembangkan kepada semua parti dan rakyat untuk menjalankan aktiviti. Kemudahan tersebut adalah hak rakyat.

Kedua, Samy Vellu datang ke program ini dengan kereta rasmi. Majlis ini bukan urusan kerajaan, ia lebih bersifat politik kepartian. Jadi, Samy Vellu terang-terang menyalahgunaan kereta rasmi yang rakyat mempunyai hak ke atasnya. Sila rujuk clip vedio yang dipetik daripada Malaysiakini.com :

http://www.malaysiakini.com/news/66000

Hari-hari yang akan datang dalam tempoh berkempen, banyak lagi kemungkaran-kemungkaran yang akan dilakukan oleh ‘golongan IBLIS’ ini sepertimana mereka lakukan dalam PR Kecil yang lepas. Oleh itu, boikot adalah jawapannya.

“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian.Wassalam

No comments: