DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Thursday, February 25, 2010

MUHYIDDIN VS NAJIB

Lim Hong Siang
Sumber : MerdekaReviews
:
http://merdekareview.com/bm/news.php?n=10620

Khabar mula tersebar bahawa Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddn Yassin sudah tidak sabar-sabar lagi untuk melawan ketuanya, Najib Razak. Malah, analisis ahli akademik Greg Lopez menjangkakan bahawa "Najib yang baru memegang tampuk kuasa mulai April 2009, kini dalam bahaya gagal menyempurnakan tempoh satu penggal sebagai Perdana Menteri".


Pemimpin DAP, Lim Kit Siang menghangatkan "bahang" apabila mencabar dan mendesak Muhyiddin (gambar kanan) untuk menyatakan pendirian sama ada mendukung gagasan "1Malaysia" oleh Najib, ataupun mewarisi legasi Mahathir Mohamad. Lantas Muhyiddin Yassin menjadi tumpuan media, malah setiap gerak-gerinya bakal diteliti di bawah kanta pembesar, termasuk berapa kali beliau menyebut "1Malaysia" dalam ucapan selepas ini.


Kisah tikam-menikam antara ketua dengan timbalannya bukanlah sesuatu yang baru dalam politik. Ketua akan sentiasa mengawasi dan menyekat pengaruh timbalannya, di samping timbalannya pula akan menunggu dan mencari kesempatan untuk mengorak satu lagi langkah ke depan...


Persepsi terhadap Najib terlalu negatif


Sebelum Najib menjangkau kemuncak kuasa, tidak kurang desas-desus yang mengatakan bahawa beliau tidak akan dilantik sebagai PM Malaysia. Dari perhitungan politik Abdullah Ahmad Badawi, beliau tidak yakin bahawa Najib akan melindungi kepentingannya. Untuk sesetengah anggota UMNO pula, mereka khuatir bahawa Najib yang terjerat dengan pelbagai tuduhan dan persepsi negatif mudah terdedah kepada serangan pembangkang. Dari segi moral, Najib dikaitkan oleh pembangkang dengan isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu; dari segi integriti pula, beliau tercalit dengan isu komisen pembelian kapal selam Scorpene dan jet Sukhoi.


Sekali imbas, zaman "reformasi" menjadikan Mahathir Mohamad sebagai ikon "zalim", "rasuah"; dan Abdullah Badawi pula disifatkan sebagai "lemah", "lambat" sebelum PRU ke-12. Pemimpin akar umbi mendapati diri mereka sukar untuk menangkis serangan sedemikian yang dilontarkan oleh pembangkang dalam ceramah politik. Maka, Najib yang sudah terpaut dengan persepsi negatif sebelum menjadi PM ini sebenarnya adalah beban dari kaca mata mereka.


Muhyiddin puas sekadar TPM?


Dalam situasi sedemikian, Muhyiddin Yassin menjadi calon PM yang boleh "dipertimbangkan." Lebih-lebih lagi, apabila Mahathir Mohamad sudah tidak sabar dengan Najib yang masih keraguan untuk mencabar Abdullah Badawi seketika dahulu, nama Muhyiddin pula digilap berkali-kali olehnya.


Gandingan pimpinan "Najib-Muhyiddin" hari ini sebenarnya terhasil daripada keberanian Muhyiddin Yassin untuk mendesak agar Abdullah Badawi berundur. Dari sudut ini, Najib boleh dikatakan mengecapi hasil daripada "risiko" yang ditanggung Muhyiddin setahun yang lalu.


Ironinya, jikalau dihitung dari segi umur pula, Najib menjadi tanda noktah kepada riwayat politik Muhyiddin Yassin di sebaliknya. Muhyiddin Yassin, 63, enam tahun lebih tua daripada Najib Razak. Dengan kata lain, semakin lama Najib kekal sebagai PM, semakin tipis peluang Muhyiddin menjadi penggantinya.


Seandainya Muhyiddin tidak puas sekadar menjadi TPM, maka beliau perlu bertindak untuk menyekat Najib, sekurang-kurangnya dalam tempoh tidak melebihi dua penggal. Dalam sistem politik Malaysia (buat setakat ini), sesiapa yang bertekad untuk menjadi PM wajib meraih sokongan UMNO terlebih dahulu.


Gelanggang silat politik di UMNO


Dan di situlah gelanggang silat politik antara Muhyiddin dengan Najib. Muhyiddin memiliki kelebihan dalam UMNO apabila tampil dengan imej pemimpin yang lantang bersuara dalam isu kepentingan Melayu dan Islam. Sebaliknya, Najib berada dalam gelanggang politik yang lebih luas, perlu mengambil kira tuntutan dan keperluan semua pihak.


Bertitik tolak daripada itu, "1Malaysia" dilaungkan untuk memikat undi semua kaum. Najib memainkan peranan untuk menunjukkan kepada masyarakat bukan Melayu-Islam dan pengundi bandar bahawa UMNO sedia berubah. Muhyiddin pula, sebaliknya memainkan peranan untuk meyakinkan masyarakat Melayu-Islam dan penyokong UMNO bahawa kepentingan Melayu dan Islam tidak terjejas berikutan "perubahan UMNO".


Pendekatan yang digunakan kedua-dua mereka sebenarnya tidak selari dan saling bercanggah. Dan di celah-celah inilah Lim Kit Siang menusuk jarumnya. Persoalannya mudah, apakah Muhyiddin sudah bersedia untuk menggulingkan Najib?


Proses menggulingkan Pak Lah


Persoalan ini semestinya mencungkil minat orang ramai jikalau dilontarkan. Tetapi, seandainya diimbas kembali proses menggulingkan PM kelima, Abdullah Badawi yang berakhir belum genap setahun, kita akan mendapati bahawa syarat yang ada pada Muhyiddin sebenarnya belum matang.


Mahathir melemparkan kritikan terbukanya terhadap Abdullah buat kali pertama pada 7 Jun 2006. Sekiranya dikira dari tarikh tersebut, proses penggulingan Abdullah Badawi sebenarnya mengambil masa lebih daripada dua tahun. Malah, mustahil Abdullah mengundur diri seandainya tidak berlaku tsunami politik pada 8 Mac 2008.


Dalam tempoh lebih daripada dua tahun ini, Mahathir menggunakan segala kritikan tajamnya, sindiran sinisnya, malah mengambil langkah drastik untuk keluar parti sebagai desakan terhadap Abdullah. Bahkan, rombakan semula puak-puak berkepentingan dalam UMNO, misalnya beberapa puak "anti-Pak Lah" bersatu untuk menyerang bersama Abdullah-Khairy, menjurus kepada pencapaian matlamat itu.


Kedudukan Abdullah tidak goyah seandainya hanya tekanan dari dalam parti. Pendedahan demi pendedahan yang dilakukan melalui media internet terhadap saham dan harta yang dimiliki keluarganya, serangan Mahathir sehabis-habisnya gagal menjatuhkan Abdullah dari tempatnya, sebelum PRU ke-12.


Hanya apabila tsunami politik mengombak pada 8 Mac 2008, barulah arus tekanan dalam parti semakin menderas. Biarpun begitu, Abdullah masih mampu bertahan pada tempatnya, sehingga kekalahan besar UMNO-BN dalam PRK Permatang Pauh pada Ogos 2008.


Natijah pergelutan UMNO


Melaga-lagakan musuh politik bukanlah taktik baru, malah sudah berkali-kali pemimpin PAS dilagakan apabila pemimpin PKR mahupun DAP mengambil pendekatan yang kelihatan tidak selari dengan apa yang dihujahkan PAS secara tradisionalnya. Jelas, Muhyiddin belum memiliki syarat-syarat seperti di atas untuk menamatkan riwayat politik Najib.


Namun, persoalan yang lebih penting, apakah natijahnya daripada pergelutan kuasa dalam UMNO? Apakah masyarakat Malaysia perlu mengulangi satu proses yang sama, kembali kepada titik asal setelah habisnya satu putaran di bulatan politik?


Ketika Mahathir melawan Abdullah Badawi melalui Najib, Abdullah ditampilkan oleh pembangkang sebagai pemimpin yang cuba membawa perubahan kepada UMNO, sementara Najib ditonjolkan pula sebagai pendukung Mahathirisme.


Tetapi, apabila Najib mengambil alih tampuk kuasa, beliau pula ditonjolkan sebagai pemimpin yang bertekad membawa perubahan kepada UMNO, di samping Muhyiddin Yassin memainkan peranan sebagai batu penghalang perubahan, kini dituduh sebagai pewaris legasi Mahathir.


Mungkin ada yang mendakwa bahawa "perubahan" yang dibawa oleh Abdullah Badawi, walaupun tidak mendatangkan hasil yang jelas, tetapi setidak-tidaknya membuka sedikit ruang, yang akhirnya menjurus kepada tsunami politik. Pertarungan antara Mahathir dengan Abdullah, walaupun berkisarkan perebutan kuasa dan kepentingan, tetapi membuka ruang kebebasan bersuara secara tidak sengaja. Pertarungan itu memperlihatkan bagaimana Mahathir yang mencabul kebebasan bersuara semasa pemerintahannya, akhirnya memilih media internet untuk membalas serangan daripada media arus perdana yang dikuasai Abdullah.


Namun demikian, jika dilihat kepada "pergelutan" yang ada sekarang, masyarakat kita sebenarnya tidak dimanfaatkan. Menjuarai isu perkauman dan agama telah memberi laluan kepada pencerobohan rumah ibadat, peristiwa yang tidak pernah berlaku dalam tempoh puluhan tahun kebelakangan.


Malah, apakah ruang kebebasan dan demokrasi terbuka luas kerana "pergelutan", atau "ketidak-selarian" antara orang nombor pertama dan kedua dalam negara ini? Apakah "rasuah", "kebebasan", "demokrasi", "keadilan" dibangkitkan sebagai isu, untuk menyelesaikan masalah Malaysia pada hari ini?


Jawapannya amatlah jelas. Cuma, mengapa ghairah sangat untuk berputar-putar di bulatan politik yang sama?


“UMNO TIADA, RAKYAT AMAN DAN SEJAHTERA”
"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”

Sunday, February 21, 2010

ANWAR: BN AKAN DITOLAK RAKYAT DALAM P'RAYA NANTI

Malaysiakini.com

Majlis rumah terbuka sempena sambutan tahun baru Cina yang dihoskan oleh ADUN Machang Bubok yang juga timbalan speaker DUN Pulau Pinang, Tan Hock Leong, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata di mana-mana sahaja, rakyat dilihat sudah bersedia untuk menolak Umno dan BN.

Beliau berkata, rakyat sudah lama hilang kepercayaan kepada Umno dan BN kerana "rasuah telah menjangkiti pentadbiran Putrajaya hingga ke akar umbinya".

Kerana rasuah, katanya, Malaysia telah jauh ketinggalan dalam bidang ekonominya, termasuk di rantau Asean.

Malaysia, katanya, kini ketinggalan di belakang Singapura, Thailand, Indonesia, malah Vietnam di segi pertumbuhan ekonomi dan daya saing.

"Kita hanya baik sedikit daripad Burma dan Zimbabwe," kata Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.
Bacaaan seterusnya :

http://www.malaysiakini.com/news/124788

"UMNO TIADA, RAKYAT AMAN DAN SEJAHTERA"
"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA"

Saturday, February 20, 2010

TALQIN UNTUK ZAHRIN

Berita ini saya ambli dari Laman sahabat sahaja yang dikirim oleh DinBinjai. Saya tertarik dengan rekaan bacaan talqin untuk Zahrin dan saya tertarik juga bilangan orang ramai yang mengunjungi tapak expo untuk mendengar ceramah Anwar Ibrahim sehingga memaksa UMNO membuat laporan polis. Hari-hari berikutannya nanti kemungkinan ceramah seperti akan diharamkan seperti apa yang berlaku pada tahun 2001 dulu akan berulang semula. Oleh itu semua pendokong Pakatan Rakyat mesti bersedia dari sekarang. Seribu kemungkinan akan berlaku apabila UMNO merasakan ia tergugat.


Ikuti cedrita ini seterusnya :















WAHAI ZAHRAIN....
INGATLAH...DARI UMNO KAMU DATANG....
KEPADA UMNO JUGA KAMU AKAN KEMBALI...
SESUNGGUHNYA ZAHRAIN...
KETAHUILAH...
KAMU DATANG DARI UMNO ITU BENAR....
KAMU AKAN KEMBALI KEPADA UMNO ITU BENAR....
KAMU PEMBELOT ITU BENAR....
KAMU PENGKHIANAT ITU JUGA BENAR....
APABILA DATANG KEPADA KAMU...
SEORANG ATAU DUA ORANG...
ATAU ALTANTUYA...
ATAU NAJIB ATAU SUAMINYA ROSMAH...
JANGAN KAMU GEMENTAR ZAHRAIN....
KERANA MEREKA ADALAH SPESIS SEPERTI KAMU JUA....
MEREKA AKAN BERTANYA...
APA KAMU MAHU ZAHRAIN...
MAKA JAWABLAH ZAHRAIN...
DENGAN LIDAH YANG FASIH LAGI JELAS DAN NYATA...
AKU MAHU JAWATAN MENTERI...
MEREKA AKAN BERTANYA LAGI...
MENTERI APA YANG KAMU MAHU...
MAKA JAWABLAH DENGAN TANPA SEGAN SILU ZAHRAIN...
AKU MAHU JADI MENTERI WALAUPUN JADI MENTERI PASOLA...
INGATLAH ZAHRAIN MERKA AKAN TAWARKAN KEMEWAHAN...
MEREKA AKAN TAWARKAN PANGKAT DAN KEDUDUKAN...
MEREKA AKAN TAWARKAN HARTA YANG BANYAK....
MAKA INGATLAH ZAHRAIN...
ENGKAU AMBILAH KESEMUANYA...
UMPAMA KASSIM BABA BERTEMU HARTA KARUN DI GUA...
INGATLAH ZAHRAIN....
SELEPAS 7 LANGKAH KAMI MENINGGALKAN KAMU...
TINGGALAH KAMU SEORANG DIRI ZAHRAIN...
RAKYAT P.PINANG TERLALU GEMBIRA...
DARI UMNO KAMU DATANG.... KEPADA UMNO KAMU KEMBALI...
DULU KINI DAN SELAMANYA...
RAKYAT P.PINANG TERLALU BERSYUKUR...
KERANA PAKATAN RAKYAT KEMBALI DAPAT SOKONGAN...
SELAMAT TINGGAL ZAHRAIN...
SELAMAT BERAMBUS ZAHRAIN.....


Sila baca kisah selanjutnya di sini :


“UMNO TIADA, RAKYAT AMAN DAN SEJAHTERA”
"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”

Friday, February 19, 2010

KECEWA DENGAN KENYATAAN HADI

Oleh : Tun Telanai


Presiden PAS sekali lagi membuat kenyataan bahawa PAS bersedia untuk menjalin kerjasama dengan UMNO celaka ini dalam isu-isu keselamatan, ekonomi, agama dan politik. Beliau juga berkata PAS sentiasa terbuka untuk mengadakan sebarang bentuk muzakarah dengan UMNO.


Dalam pada itu, Presiden PAS yang digelar oleh Dr Aziz Bari sebagai ‘jelmaan Pak Lah Badawi’ dalam tatacara mengurus parti secara tidak langsung turut menyokong dan bersependapat dengan UMNO menyelar tindakan beberapa anggota parlimen Australia yang dikatakan kononnya untuk masuk campur tangan dalam kes Anwar Ibrahim. Tetapi sayang, beliau gagal mengemukakan cadangan balas bagaimana kaedah terbaik bagi mengelak mahkamah-mahkamah di Malaysia ini diperalatkan, diperkudakan dan dilacurkan oleh UMNO bagi menjaga kepentingannya dan terus mengekalkan kuasa memerintah Malaysaia.


Baca di sini :


http://www.malaysiakini.com/news/124703


Pada 18 Februari lepas, beliau juga mula memuji-muji perubahan yang di bawa oleh UMNO celaka ini.


Baca di sini :


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0218&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_13.htm


Sudah sampai masanya, PAS yang dipimpin oleh beliau membuat pendirian semula berhubung dengan kerjasama dalam Pakatan Rakyat. Pendirian dahulu untuk kekal dalam Pakatan Rakyat nampaknya semakin hari, semakin kelihatan goyah dan ianya semakin condong kepada UMNO, terutama melibatkan kes Anwar yang sedang dibicarakan, yang mana keputusannya boleh dijangkakan dan krisis yang berlaku dalam PKR turut mempengaruhi fikiran beliau untuk terus memburu impian menjalin kerjasama dengan UMNO celaka itu.


Strategi politiknya bijak untuk menyelamatkan diri beliau dan golongan yang seangkatan dengannya kerana beliau sedar dengan ketiadaan Anwar nanti, gabungan Pakatan Rakyat akan turut musnah.


Ya, beliau dan gengnya akan selamat, tetapi PAS akan meniti zaman kemusnahan kerana PAS akan berpecah dua. Satu golongan menyokong UMNO dan satu golongan lagi akan menentang sebarang bentuk kerjasama dengan UMNO sama ada dalam bentuk majlis dialog, perbincangan, muzakaraf atau muqabalah.


Jadi, pada saat ini amat penting bagi PAS mengishtiharkan pendiriannya semula untuk mengelak rakyat terutama yang bukan Islam bertambah pening kepala memikirkan tidak konsistennya PAS dalam isu kerjasama ini. Lebih cepat membuat pendirian semula ini, lebih baik bagi rakyat untuk mengambil tindakan politik selanjutnya.


Kami, tidak redha dan akan tetap menentang sebarang bentuk perbincangan atau kerjasama dalam apa jua sector dengan UMNO. Kami menganggap dan melihat UMNO itu tersangat kotor, tubuh badannya penuh dengan panau, kurap, kudis buta dan berbau hanyir semesta alam. Kotornya melebihi daripada babi yang bernajis besar. Sekiranya tersentuh, ia memerlukan 7 kali disucikan dengan air bersih.


Dan kejahatan, kezaliman dan penindasan yang dilakukan UMNO selama lebih kejam dan lebih dasyat dari apa yang dilakukan oleh iblis-syaitan yang merasuk anak adam untuk melanggari perintah Allah swt.


Tiada ada parti sejahat parti UMNO laknatullah ini. Oleh itu, kami menolaknya dan insyaAllah kami akan bangkit menentang kerjasama itu. Menentang UMNO adalah merupakan satu jihad, amal makrof, nahi mungkar.

“UMNO TIADA, RAKYAT AMAN DAN SEJAHTERA”.
"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”

Thursday, February 18, 2010

BUDAYA UMNO_8

GUAN ENG LAKUKAN YANG TERBAIK UNTUK RAKYAT
Mohd Sabri Said


GEORGETOWN, 19 Feb: "Saya akan lakukan yang terbaik untuk rakyat tanpa memilih bulu, tidak sepertimana Umno dan Barisan Nasional (BN) dulunya. Sebab saya bukan cauvanis, diktator atau ekstrem terhadap orang Melayu terutamanya Islam," ujar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.


Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP menyatakan demikian semasa menerima kunjungan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hasan dan rombongan di pejabatnya di sini, semalam.


Menurutnya, kebanyakan isu yang timbul kerana fitnah dari media elektronik mahupun cetak yang pro BN kerana mereka tidak senang melihat kemajuan yang dicapaikan oleh Pakatan Rakyat di Pulau Pinang sejak hampir dua tahun lalu.


Beliau juga berjanji akan memastikan kedudukan Melayu dan Islam dijaga di negeri ini di mana pada tahun ini sahaja, Kerajaan Pakatan Rakyat negeri memperuntukkan RM24.3 juta kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang berbanding tahun 2009 iaitu RM20.5 juta.


Katanya, bantuan tersebut lebih besar berbanding era pemerintahan BN hanya RM12.5 juta.


"Peruntukan kali ini meliputi bantuan pada Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang pernah ditarik balik perkapitanya oleh Kerajaan BN dulu. Pemberian itu menandakan Pakatan Rakyat di sini tidak mengamalkan double standard sepertimana yang disangkakan," jelas beliau.


Pemimpin Umno dan BN sengaja mencipta berbagai agenda untuk mendesaknya yang kononnya semakin lemah dan akhirnya tumbang sebagaimana Kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Lim Guan Eng bantu Melayu dan lain bangsa berdasarkan merit dan kesungguhan berkerja, bukan membantu para pemimpin UMNO celaka yang kurop,malas berusaha, tunggu disuap dan mahukan pemberian tender secara terus seperti yang berlaku sekarang UMNO dajal laknatullah. Mahu hidup senang, tapi malas berusaha. Babi celakanya pemimpin UMNO ni.......
“UMNO TIADA, RAKYAT AMAN DAN SEJAHTERA”.
"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”

BUDAYA UMNO_7

UMNO PENKIANAT BANGSA
Oleh : Tun Telanai


Saya terasa amat geram, meluat, benci dan muak melihat perangai para pemimpin UMNO Pulau Pinang dan golongan seangkatan dengannya yang pandai berlakon, bersandiwara dan hidup penuh dengan kepura-puraan. Tindakan mereka menentang pemerintahan Pakatan Rakyat di bawah KM Lim Guan Eng melalui beberapa siri demontrasi kononya kini orang Melayu Pulau Pinang terpinggir dari arus pembangunan Negara adalah satu pembohongan dan bermotifkan politik.


Ramai yang berpendapat, UMNO sekarang sudah mereng, tidak lagi siuman dan telah menjadi gila babi serta ia sudah tidak relevan lagi. Apabila ia membangkitkan isu Melayu terpinggir dalam tempoh hampir genap dua tahun Pakatan Rakyat memerintah, akal yang rasional tidak dapat menerimanya kerana dalam tempoh 35 tahun parti Gerakan/UMNO/BN memerintah nasib Melayu Pulau Pinang, nasib yang menimpa orang Melayu tidak berubah malah semakin teruk berbanding orang Melayu di negeri-negeri lain.


Sukacita saya hendak mengemukakan pertanyaan kepada golongan ini tentang taraf kehidupan orang Melayu di Pulau Pinang dalam tempoh UMNO/Gerakan/BN memerintah selama 35 tahun :


Adakah perniaga Melayu mempunyai ruang niaga di Air Itam Tua Pek Kong Temple?


Berapa kerat peniaga Melayu yang berniaga di Tanjung Bungah, Pulau Pinang?


Berapa ramai pengusaha Melayu yang terlibat dalam industri perhotelan di Batu Ferenghi?


Berapa kerat yang mempunyai tapak perniagaan di bandar George Town?


Siapa paling ramai berniaga di pusat beli belah Komtar umpamanya?


Adakah peniaga Melayu menguasai Restoran Nasi Kandar di negeri ini?


Dasar UMNO tidak tahu malu, pengkianat bangsa dan agama. Mereka mahu mengakui atau tidak bahawa taraf hidup peniaga Melayu tidak ubah seperti mana zaman Malaysia belum merdeka 1957. Peniaga Melayu Pulau Pinang hanya mempunyai gubuk buruk untuk berniaga atau menyelit di banyak gerai yang dipunyai oleh peniaga Cina. Atau paling tidak pun mempunyai gerai pasang siap yang tanahnya menumpang tanah kerajaan atau disewa daripada bukan Melayu. Silap haribulan kena halau oleh tuan punya tanah terbabit.


Apa yang UMNO telah dilakukan selama 35 tahun dalam usaha merapatkan jurang ekonomi rakyat di negeri ini? Siapa jua khususnya orang Melayu yang insaf dan sedar akan nasib bangsanya, akan terasa sakit mata dan telinga melihat kemiskinan orang Melayu di Pulau Pinang. Bohonglah kalau kita mengatakan kita boleh berlapang dada dengan situasi yang melanda orang Melayu di negeri ini. Ianya berlaku sebelum Lim Guan Eng atau Pakatan Rakyat memerintah lagi.


Mari kita kaji satu contoh teladan UMNO sebagai pengkianat bangsa. Lihat semula beberapa kejadian yang berlaku di negeri Pulau Mutiara itu. Jika dahulu pembangunan pesat ditumpukan di kawasan Pulau dengan menghilang dan menghapuskan saki-baki perkampungan Melayu, kini ia merebak ke bahagian Seberang Perai pula. Dahulunya kawasan inilah yang masih banyak dikuasai oleh orang Melayu. Keadaan sudah jauh berubah, pembangunan yang sering diasak dan didodoi dalam boria sedikit masa dahulu sebenarnya adalah pendekatan ala-Israel terhadap Palestin. Perhatikan bahawa para pemimpin UMNOlah yang terlibat menjadi dalang dan juara demontrasi kononnya pembela nasib orang Melayu itulah musibat besar yang bergerak rakus dibelakangnya.


Lembaga Pembangunan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah secara paksa mengambil tanah sawah orang Melayu di kawasan yang kemudiannya dikenali sebagai Bandar Alaf Baru PERDA berhampiran Bukit Mertajam. Tanah yang dibayar dengan harga yang tidak seberapa itu, kemudiannya diserah kepada seorang pemimpin UMNO keturunan mamak, Kadir Sheikh Fadzir untuk dibangunkan melalui Syarikat Aseana. Pembangunan Bandar Baru itu kemudian telah diserahkan kepada Syarikat pegangan adiknya pula, Aziz Sheikh Fadzir.


Dalam proses membangunkan Bandar Baru itu, keluarga Kadir melaksanakan ala-Mafia apabila tidak membayar bil-bil syarikat anak Melayu yang digunakan perkhidmatannya. Malah sehingga hari ini [kalau tidak silap saya], Syarikat Aseana masih berhutang hampir RM50 juta dengan PERDA dengan niat menghanguskannya. Lebih mengharukan apabila dalam proses pembinaan PERDA diikat dengan ‘akujanji’ PERDA akan membeli mana-mana unit yang tidak dapat dijual kepada pembeli. Dalam erti kata lain Syarikat milik keluarga Kadir ini tidak mahu mengambil risiko untung rugi perniagaan.


Rasanya golongan istimewa Down Syndrome pun boleh menjadi usahawan berjaya jika mengikut kaedah lanun dalam UMNO ini. Keadaan ini terjadi semasa Dr Ibrahim Saat memegang jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Apabila Dr Helmi Yahya mengambilalih jawatan itu, orang Melayu ‘Penang’ merasa seolah-olah nasib mereka akan terbela sepertimana Melayu Kedah rasai apabila Sanusi Joned naik menggantikan Osman Aroff. Kuih tidak akan berubah bentuknya jika datang dari acuan yang sama. Begitu jugalah dengan nasib Melayu Penang tadi.


Semasa zaman Dr Helmi ini, lagilah dahsyat sehinggakan sanggup menyelewengkan tanah wakaf seperti di Lebuh Acheh yang dimajukan sebagai kondominium. Sanggup pemimpin ini menggula-gulakan waris si mati dengan wang RM600,000, sedangkan mereka telah bersekongkol dalam memakan harta yang haram. Kita juga diberitahu bagaimana Pegawai tertinggi di Majlis Perbandaran Pulau Pinang [MPPP] yang telah menolak pembinaan kompleks perniagaan ala-Pekan Rabu di Kedah untuk dimajukan bagi kegiatan ekonomi orang Melayu. Cuba kita lihat siapakah yang mengungguli di MPPP jika bukan Dr Helmi Yahya ketika itu.


Pemimpin UMNO ini bukan setakat mengkianati bangsanya di Penang sahaja, malah ia berlaku mencakupi seluruh Negara. Pemimpin UMNO sangat serakah [macam binatang] dengan kuasa yang diamanahkan. Ia berlaku di Kedah terkenal dengan peristiwa ‘kolam udang Kerpan’ [mahkamah barua di Malaysia telah menangguhkan kes ini beberapa kali tanpa ada satu penyelesaian yang muktamat dan begitu juga dengan kes pembunuhan di Memali juga turut tersangkut di mahkamah-perkataan’barua’ yang digunakan oleh penulis sebagai interpretasi kemarahan penulis terhadap mahkamah yang gagal menegakkan keadilan bagi kedua-dua kes ini yang berlarutan sampai kini] dan Empangan Beris.


Di Melaka pula dengan rampasan tanah tradisi di Pengkalan Kundor. Negeri Sembilan dengan isu Tanah Felda Labu Johnson (LBJ). Johor dengan isu pasir yang dijual kepada Singapura dan kisah air minuman. Begitu juga halnya di Sarawak dan Sabah. Kesemua kejadian itu didalangi oleh pemimpin setempat yang sering bekerjasama dengan musibat dari UMNO pusat dengan menjadikan orang Melayu sebagai barangan dagangan dan mereka senantiasa berada dalam kedudukan kerugian selama-lamanya selagi adanya UMNO berkuasa.


Seorang Professor Ekonomi USM, Dr Amir Husin Baharuddin dengan berterus-terang menyalahkan kepimpinan UMNO peringkat negeri Pulau Pinang sebagai orang yang bertanggungjawab dalam soal ini. Memang betul bahawa pemimpin tempatan UMNO hanya mementingkan diri, kedudukan dan tidak memperjuangkan nasib orang Melayu. Merekalah yang menjadi duri dalam daging bagi kemajuan bangsa Melayu dan mereka jugalah pengkhianat bangsa yang boleh dibeli dengan wang. Selama ini mereka juga yang menjadi ejen bagi ‘menghalau’ kedudukan orang Melayu dari bertapak di Pulau Pinang.


“UMNO TIADA, RAKYAT AMAN DAN SEJAHTERA”.
"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”

Wednesday, February 17, 2010

BUDAYA UMNO_6


KOMEN :

Pelbagai kontrak, lesen, permit, bantuan, pinjaman dan seangkatan dengannya hanya diberi kepada orang-orang UMNO sahaja.

Soalnya : Peruntukan kewangan itu datang dari mana?

Tentunya diambil daripada hasil kerajaan. Hasil kerajaan datangnya daripada kutipan berbagai jenis cukai yang dikutip daripada semua rakyat tanpa mengira fahaman politik. Bukan datang dari kocek UMNO.

Kalau macam itu, rakyat bukan UMNO ikut logiknya tidak perlulah lagi membayar cukai kepada kerajaan persekutuan. Rakyat bukan UMNO di negeri-negeri dan khususnya negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, mengikut/berdasarkan amalan UMNO itu, kerajaan Pakatanlah yang sepatutnya kutip, bukan UMNO bagi pihak kerajaan persekutuan. Baru adil namanya.

Disyorkan adalah lebih eluk dikutip terus oleh kerajaan Pakataan Rakyat untuk menambahkan pendapatan kerajaan negeri, kemudian hasilnya untuk pembangunan negeri dan membela nasib rakyat bukan UMNO. Amalan sekarang, cukai dikutip daripada sumber negeri-negeri dan rakyat bukan UMNO, kemudian negeri-negeri pula macam peminta sedekah mengharapkan bantuan daripada UMNO.

Bodoh betul kita ni. Diperlembukan oleh UMNO. Duit dikutip daripada kocek kita, tetapi bagi projek dan kekayaan kepada orang UMNO, orang bukan UMNO nganga.


Pemimpin Pakatan Rakyat kena fikir masalah ini dan carilah jalan bagaimana hendak menghentikan ketidakadilan begini terus menerus berlaku. Hentikan kezaliman UMNO.


“UMNO TIADA, RAKYAT AMAN DAN SEJAHTERA”.
"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”