DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Thursday, September 3, 2009

MUNGKINKAH NASIB UMNO SAMA DENGAN LDP?

Akhirnya setelah memerintah Jepun selama 54 tahun, Parti Liberal Demokratik (LDP) tumbang pada tangan Parti Demokratik Jepun (DPJ). Di Malaysia Umno yang memimpin Perikatan dan Barisan Nasional telah memerintah selama 52 tahun, sama usia negara mencapai kemerdekaan, adakah ia mampu mengatasi keupayaan LDP?


Dua tahun lagi ialah 2011, begitu hampir dengan pilihan raya ke-13, suatu yang kritikal bagi Malaysia, adakah negara ini kekal memilih Barisan Nasional atau beralih ke Pakatan Rakyat. Jika diukur dengan LDP, maka masanya sampai bagi Malaysia memilih Pakatan Rakyat. Tetapi tidaklah semudah itu, tentunya Jepun adalah berbeza. Ketahanan Barisan nasional adalah lebih ampuh daripada Jepun.


Ini kerana amalan politik Jepun dan Malaysia jauh berbeza. Walaupun LDP memerintah 54 tahun, ia adalah sebuah parti liberal dan demokratik dalam negara yang juga liberal dan demokratik. Jepun dari satu segi telah dipaksa oleh Amerika Syarikat yang menakluk negara itu selepas Perang Dunia Kedua untuk menjadikannya liberal dan demokratik.


Dalam perlembagaan baru yang digubal atas penyeliaan Amerika, Jepun menjadi liberal dan demokratik di mana semua parti politik dibenarkan ditubuhkan kecuali parti berbentuk fasis dan ultra-nasionalis. Maka dalam keadaan ini, parti-parti kiri termasuk Parti Komunis Jepun (JCP) turut dibenarkan ditubuhkan.


Tentulah keadaanya berbeza daripada Malaysia. Negara ini tidak boleh dikatakan liberal dan demokratik dalam erti kata seperti di Jepun dan negara-negara maju yang lain. Memang benar dalam Rukun Negara disebut bahawa matlamat Malaysia antara lain adalah untuk mewujudkan masyarakat liberal dan demokratik, tetapi hakikatnya tidak begitu.


Amalan liberal dan demokratik di Malaysia mempunyai makna tersendiri yang tentu di Barat, termasuk Jepun tidak menganggapnya sebagai demokratik dan liberal. Keadaan ini berlaku walaupun Jepun adalah sebuah negara Asia yang masyarakatnya tidaklah boleh dianggap begitu liberal dan demokratik berbanding dengan negara-negara Barat.


Maka LDP perlu diakui sebagai parti yang berjaya membawa Jepun ke arah demokrasi setelah pemerintahan fasis semasa dan sebelum Perang Dunia Kedua. Selain itu, LDP telah berjaya membawa kemakmuran ekonomi di Jepun setara dengan negara-negara maju lain. Tetapi lebih penting lagi, ia berupaya mengekalkan kuasanya selepas 54 tahun tanpa menekan pesaing-pesaing politiknya dengan pelbagai akta yang tidak bersifat liberal atau demokratik.


Berbeza dengan Malaysia. Negara ini lahir selepas dijajah oleh fasis Jepun. Kalau Amerika yang menawan Jepun selepas kejatuhan fasis memperkenalkan perlembagaan aman dan demokratik, perkara yang sama tidak berlaku di Tanah Melayu, Sarawak dan Borneo Utara. Ketiga-tiga wilayah ini hendak dikekalkan sebagai tanah jajahan Britain apabila mereka memperkenalkan Malayan Union dan Sarawak serta Borneo Utara dijadikan tanah jajahan mahkota menggantikannya daripada menjadi tanah syarikat Inggeris.


Sikap Britain dan penjajah Barat di Asia Tenggara seperti Perancis dan Belanda mendorong pihak komunis antarabangsa di Moscow menjadikan isu penjajahan sebagai laungan perjuangannya bagi menentang sistem kapitalisme dan imperialisme pimpinan Amerika. Maka parti-parti komunis diarahkan bangkit dan memperjuangkan kemerdekaan.


Ia berlaku di Vietnam, Hindia Timur Belanda dan juga Tanah Melayu apabila Parti Komunis Malaya (PKM) bangkit menentang Britain dengan menggunakan senjata di bawah laungan perjuangan kemerdekaan. Atas desakan ini, Britain dan penjajah lain menimbangkan bahawa adalah lebih baik diwujudkan negara-negara merdeka yang menjadi sekutu mereka daripada wilayah-wilayah ini tumbang menjadi komunis.


Maka perang menentang komunis dilakukan di Tanah Melayu dengan nama darurat. Sokongan juga diberikan pejuang-pejuang kemerdekaan yang bukan komunis. Malah sistem politik tradisi yang telah dimansuhkan melalui Malayan Union dipulihkan dan diperbaiki melalui pengenalan Persekutuan Tanah Melayu.


Walaupun asas kepada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu adalah liberalisme dan demokratik tetapi ia diketatkan dengan kerangka tradisional kerajaan-kerajaan negeri Melayu serta peruntukan-peruntukan yang membolehkan adanya undang-undang yang jauh daripada apa yang disifatkan sebagai liberalisme dan demokratik.


Akta seperti Akta Keselamatan dalam negeri (ISA) dan Akta Mesin cetak digubal daripada suasana menentang komunisme. Maka tidak hairanlah kongkongan adalah kuat terhadap kepelbagaian politik di mana parti-parti kiri, bukan saja PKM diharamkan atau pemimpin-pemimpinnya ditangkap hingga parti lain tidak dapat beroperasi.


Maka vakum politik inilah diisi dengan mudah oleh Umno. Pada awalnya iaitu tahun 1955, pihak penjajah juga tidak tahu sama ada rakyat, iaitu kebanyakannya orang Melayu akan menyokong Umno atau Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pimpinan Datuk Onn. Kedua-duanya tidak banyak berbeza. Perikatan Umno-MCA-MIC adalah tidak banyak berbeza dengan IMP.


Maka apabila Umno menang, parti ini terus memegang kuasa. Walaupun kemudian negara mencapai kemerdekaan, undang-undang, dan lebih penting lagi amalan serta sikap politik yang bersifat mengongkong. Justeru walaupun Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, amalan mengongkong ini masih berterusan. Ia diteruskan antara lain kerana masih berlaku darurat. Dalam erti kata bahawa kemerdekaan sebagai kebebasan, hari itu tidak memberi makna besar.


Akhirnya Darurat berakhir pada tahun 1960, iaitu dua tahun selepas kemerdekaan. Terdapatlah tambahan kebebasan. Tetapi peraturan dan banyak undang-undang darurat masih dikekalkan kerana saki-baki komunis masih ada. Yang pasti parti komunis walaupun dalam bentuk damai tidak diizinkan. Ini berbeza daripada Jepun dan India di mana parti-parti komunis mereka bebas. Rundingan Baling yang merupakan kunci kepada kemerdekaan Tanah Melayu menafikan komunis daripada hak menubuhkan parti politik.


Namun begitu, Umno sebagai kerajaan telah menggunakan ISA yang bagi aktivis pembangkang sebagai menekan mereka. Pemimpin-pemimpin PAS, Parti Rakyat dan Parti Buruh telah ditahan di bawah ISA. Politik tekanan ini membuatkan Umno berada dalam kedudukan kuat.


Justeru hari ini walaupun Umno ditekan dengan kebangkitan pembangkang tetapi banyak undang-undang warisan Darurat masih ada. Justeru, Umno tidak akan jatuh secepat LDP. Ini kerana selama ini ia memerintah dengan menolak nilai liberalisme dan demokratik, tidak seperti LDP. Maka pada tahun-tahun mendatang, keadaan lebih kritikal dan peralihan antara sistem satu parti kepada sistem dua parti adalah lebih memeritkan berbanding dengan Jepun.

SUMBER : Dari Malaysian insider Oleh Zamri Omar


Sekian, terima kasih.Wassalam


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”.
"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

UMNO GAGAL BAYAR HUTANG

Election campaign material supplier Elegant Advisory Sdn Bhd who is suing Umno over a RM218 million breach of contract was today allowed to change its statement of claim to name a new defendant.


Following this, the company replaced Umno’s former treasurer Abdul Azim Mohd Zabidi with former Umno administration and finance secretary Ishak Abdul Rahman as the new defendant.



The company was also ordered by Kuala Lumpur High Court judge Anandham Kasinater to pay costs of RM5,000 within 14 days to Abdul Azim for wrongly naming him as a defendant. The present Umno treasurer is Ahmad Husni Hanadzlah.


Anandham, who heard the matter in chambers, also fixed next Thursday, Sept 10, to decide on Umno’s application to strike out the suit.


Elegant Advisor had filed the suit against Umno in June 2008 claiming RM218,013,475 as compensation from Umno for supplying election campaign materials for the 2004 general election.


The materials include posters, banners, buntings, flags, souvenirs, mineral waters and other transportation costs.


In July last year, Elegant Advisory obtained a judgment in default against Abdul Azim after his representatives were not present in court. However, Abdul Azim managed to set aside the order on Jan 21 this year.


At the same time, the court also ruled that the company should have named another Umno public office bearer and not the party’s treasurer as defendant. This was the cause for the company to amend its defendants’ list today.
Was there a contract?

Umno was represented by Mohd Hafarizam Harun while Ahmad Termizi Abdullah appeared for Elegant Advisory.


Hafarizam submitted that the matter could not be argued in the court as the issue in this case had been litigated and decided in an earlier suit filed by four sub-contractors against Umno.


There was also no privity of contract in this case, he added.


Ahmad Termizi however responded that based on the facts of the case, there was a valid contract between the parties in accordance with section 71 of the Contracts Act 1950.

He also said that there was no overlapping suit here as the earlier case involved different plaintiffs and different invoices of payment


SUMBER : Dari Malaysiakini Oleh Hafiz Yatim


Sekian, terima kasih.Wassalam


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”.
"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Sunday, August 16, 2009

BOLEHKAH PR BENTUK KERJAAAN PADA PRU KE-13?

Oleh : Tun Telanai

Assalamu’alaikum wm.wrt,

Saya ingin memberi respon terhadap pandangan seorang pengunjung Laman Tranungkite yang mengelarkan dirinya sebagai ulitmayang yang membuat komen terhadap surat terbuka saya kepada Pengerusi SPR yang mengambarkan mana-mana Pengerusi SPR pun akan berhadapan dengan karenah UMNO untuk terus memegang kuasa [
http://www.tranungkite.net/v9/modules.php?name=News&file=article&sid=1955] dan mereka tetap gagal untuk memerdekakan SPR daripada belenggu penjajahan UMNO.

Saya amat faham komen beliau itu bersifat sindiran tajam, tetapi saya tidak boleh terima pandangannya yang menyebut bahawa dalam PRU ke-13 nanti UMNO akan terkubur. Memang benar rakyat Malaysia pada amnya amat benci terhadap UMNO kerana style kepimpinan UMNO yang kurop. Sebahagian besar para pemimpinnya hidup dalam keadaan senang lenang, hidup penuh kemewahan dan memiliki harta bernilai berbillion ringgit yang sempat dikebas semasa berkuasa, tetapi kehidupan rakyat terbanyak tetap miskin papa kedana. Mereka dihimpit dengan berbagai masalah. Kos kehidupan melambong terlampau tinggi sehingga tidak terdaya bersaing dengan kadar upah yang ditawarkan terlalu rendah. Peluang-peluang pekerjaan yang ada diisi dengan tenaga buruh luar negeri yang dibawa masuk dan dibayar kadar upah yang rendah oleh taukeh-taukeh yang sudah pun kaya raya.

Saya bersetuju dengan beliau bahawa trend ini akan berlanjutan sehingga ke PRU ke-13 yang mana UMNO akan mengalami kekalahan yang amat teruk. Banyak negeri akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan berkemungkinan besar kerajaan persekutuan akan menjadi milik Pakatan Rakyat.

Persoalannya disini ialah apakah Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP akan dapat membentuk sebuah kerajaan baru bagi mengantikan UMNO, walaupun konon-kononnya UMNO tidak mampu memenangi satu kerusi pun daripada 219 kerusi parlimen yang sedia ada?

Jawapannya : TIDAK

Terdapat beberapa sebab saya berkata sedemikian. Pertama, halangan daripada institusi Raja-Raja Melayu. Kebanyakan Raja-raja Melayu adalah penyokong setia UMNO. Pembentukan sesebuah kerajaan mesti melalui Majlis Raja-raja Melayu. Perlantikan PM dan MB atau KM juga perlu melalui institusi ini. Apabila UMNO kalah, institusi ini yang pertama akan ditemuinya. Institusi akan menyelamatkan UMNO. Dalilnya, apa yang berlaku di Perak telah menjadi teladan dan contoh yang terbaik. UMNO yang kalah dapat kembali berkuasa dengan bantuan istana.

Kedua, melepasi halangan pertama ada lagi halangan kedua iaitu kaedah Negara kita ditadbir. Malaysia ditadbir melalui system demokrasi separuh masak. UMNO tetap hendak menang walaupun pada hakikatnya ia kalah.

Ketiga, halangan seterusnya ialah badan-badan pengurusan di Negara telah lama dijadikan hamba abdi kepada UMNO. UMNO akan menggunakan badan-badan ini ketika ia sesak nafas.

Keempat, pengisytiharan darurat. Negara ini akan dimegerankan bagi memulihkan semula kekuatan UMNO.

[Semua isu-isu saya akan bincang secara detail dalam tulisan yang akan datang yang berjudul PRU KE-13 : PAKATAN RAKYAT TANPA ANWAR IBRAHIM]

Sekian, Terima kasih.Wassalam.

“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”.

"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

SURAT TERBUKA KEPADA PENGERUSI SPR

Oleh : Tun Telanai


YBH. TAN SRI ABDUL AZIZ MOHD. YUSOF

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
Aras 4-5, Blok C7 Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62690 PUTRAJAYA

Ybh.Tan Sri,

PULIHKAN IMEJ SPR : JANGAN JADIKAN SPR SEBAGAI SURUHANJAYA PENIPU RAKYAT

Saya panjatkan doa ke hadrat Allah swt agar Ybh.Tan Sri berada dalam keadaan sihat walafiat.

Ybh.Tan Sri,

2. Nampaknya benarlah anggapan sebahagian besar rakyat di dalam Negara ini yang menganggap bahawasanya SPR adalah boneka kepada parti pemerintah UMNO untuk mengekalkan kuasa. Ini berdasarkan tindak-tanduk SPR tidak melambangkan slogan “Cekap dan Tulus” seperti yang dipaparkan.

3. Cara SPR melayan parti UMNO amat berbeza sekali dengan apa yang diperlakukan oleh SPR terhadap parti-parti pembangkang. Dari dahulu sampailah sekarang, pengerusinya saling bertukar-ganti, namun setiap mereka tidak boleh lari daripada penguasaan pengaruh UMNO terhadap perjalanan Suruhanjaya ini. Saya sedar Tan Sri merupakan bekas seorang pegawai tinggi kerajaan yang sudah bersara. Sudah tentu Tan Sri dipilih berdasarkan rekod perkhidmatan Tan Sri yang condong kepada parti UMNO, kalau terdapat secalit rasa simpati Tan Sri terhadap nasib parti-parti pembangkang, nescaya Tan Sri tidak akan terpilih. Hal yang serupa berlaku terhadap pengerusi-pengerusi terdahulu juga terpaksa melalui kaedah yang sama.

4. Kerajaan UMNO tidak akan memilih seseorang itu berdasarkan professionalisme yang ada pada seseorang individu itu, tetapi berdasarkan kecenderongan politik seseorang itu terhadap survival UMNO. Itulah hakikatnya termasuk Ybh Tan Sri sendiri yang mengalaminya. Ybh Tan Sri mesti mempunyai rekod ‘BERKHIDMAT UNTUK UMNO’ bukan berkhidmat untuk rakyat dan negara.

5. Oleh itu, saya dapat melihat dengan jelas tindakan Tan Sri membuat beberapa tindakan yang memberi advantage kepada UMNO. Sebagai contoh Tan Sri ada membuat kenyataan berbau ugutan dan ancaman terhadap parti-parti pembangkang dalam Pakatan Rakyat bahawa Tan Sri akan menguatkuasakan sepenuhnya Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir yang akan diadakan pada 25 Ogos nanti, Tan Sri telah membuat kenyataan mengugut parti-parti dalam Pakatan Rakyat, Tan Sri tidak membenarkan parti PKR dan DAP mempamerkan bendera mereka kerana kononnya PAS yang bertanding, maka PASlah yang dibenarkan mempamerkan benderanya. Sekiranya PKR dan DAP tidak mematuhi arahan ini, maka tindakan undang-undang akan diambil. Disamping itu Tan Sri juga mengarahkan parti-parti pembangkang tidak membawa para penyokong yang ramai-ramai di hari penamaan calon pada 17 Ogos ini. Lain-lain arahan [seperti mendirikan barung, menyemak daftar pemilih, berkempen, merayu undi di hari mengundi dsbnya] yang dikeluarkan oleh Tan Sri boleh diterima pakai demi keselesaan para pengundi untuk membuang undi.

Ybh. Tan Sri,

6. Saya tidak nampak kerelevannya kenapa arahan sebodoh seperti itu dikeluarkan. Kalau ia bertentangan dengan undang-undang, maka ia perlu dipinda bagi membolehkan dan mengesahkan parti-parti yang tidak bertanding dibenarkan mempamerkan bendera masing-masing sebagai tanda kerjasama politik berlaku dalam pakatan di antara parti-parti politik, tidak kira sama ada dalam pilihan raya mahu pun dalam pilihan raya umum. Kedua-dua belah pihak boleh melakukannya dengan syarat-syarat tertentu. Tan Sri membuat arahan tersebut adalah semata-mata untuk menjaga maruah UMNO. Tan Sri takut UMNO kalah dalam perang saikologi di awal pusingan kerana ini melemahkan semangat ahli, penyokong dan para pemimpin UMNO untuk terus berperang dalam kempen memenangi hati pengundi-pengundi selanjutnya.

7. Tan Sri sendiri sedar bahawa buat ketika ini UMNO menghadapi masa depan yang gelap dan Tan Sri juga merasai detik-detik kehancuran UMNO mulai tiba. UMNO terlalu sukar untuk membawa ramai penyokong untuk turun sama-sama berarak mengiringi calon ke pusat penamaan calon kerana setiap penyokong yang hadir wajib dibayar makan-minumnya, pengangkutan wajib disediakan dan duit poket perlu diberi. Menang-kalah belum tentu lagi, tetapi duit berjuta telah dibelanjakan. Perkara ini tidak berlaku kepada pihak pembangkang. Penyokong-penyokong pembangkang menanggung sendiri segala perbelanjaannya, malah mereka sanggup pula memberi sumbangan terhadap perjuangan parti masing-masing. Ini merupakan satu kelebihan pembangkang yang tidak ada pada UMNO dan kerabatnya dalam BN.

8. Melihat kepada scenario tersebut, maka Tan Sri telah melakukan tindakan-tindakan membela, mempertahankan dan memperkukuhkan UMNO untuk terus survival sepertimana yang pernah dilakukan oleh pengerusi-pengerusi yang lepas, walaupun sebahagian besar rakyat meluat, benci dan marah kepada UMNO, tetapi Tan Sri telah bertindak melebihi kuasa yang dibekalkan. Di bawah ini saya perturunkan beberapa contah tindakan Tan Sri dalam membela UMNO:

i. Kerajaan Pakatan Rakyat runtuh di Perak adalah sebahagian perancangan Tan Sri dalam SPR membantu UMNO mengambilalih pemerintah di Perak secara haram di luar gelanggang demokrasi, disamping peranan Sultan Perak, PDRM, SPRM dan mahkamah turut membantu UMNO. Terbukti apabila Tan Sri bertindak sebagai hakim mahkamah mengisytiharkan bahawa tidak ada kekosongan yang berlaku di Dun Behrang [Jamaluddin Mohd. Radzi] dan di DUN Changkat Jering [Kapten (B) Mohd. Osman Jailu] seperti yang didakwa oleh Speaker DUN Perak, V. Sivakumar. Mereka berdua telah menghilangkan diri untuk bertemu Najib Tun Razak bagi tujuan tawar-menawar untuk memberi sokongan kepada UMNO, dan dalam masa yang sama kes rasuah mereka akan digugurkan seperti kes rasuah yang melibatkan Ghasidah Gadam. Tan Sri memberi alasan terdapat kekeliruan dalam soal perletakan ini berdasarkan surat tanpa tarikh. Tan Sri memang sedar bahawa setiap parti ada membuat peraturan seperti itu bagi mencegah dan menghalang ADUN yang terpilih melompat dengan sesuka hati. Begitu juga di bawah pentadbiran Dr.Mahathir Mohamad dahulu, perkara seumpama ini terut dilakukannya, malah menteri karbinet dipaksa menandatangani surat tanpa tarikh bagi menwujudkan keadaan ‘berjaga-jaga’. Dalam politik apa pun mungkin terjadi yang di luar kawalan kita.

ii. Tan Sri bertindak membantu UMNO dengan memberi ruang yang luas dan selesa bagi UMNO membuat persiapan yang rapi dalam menghadapi pilihan raya kecil serentak di parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau pada 7 April lalu. Hari penamaan calon ditetapkan pada 29 Ogos sebaik sahaja UMNO selesai bermusyuarat agung [mesyuarat agung UMNO bermula dari 24 hingga 28 Mac 2009], pemilihan pemimpin baru UMNO berjalan lancar dan Najib berjaya mengambilalih tugas sebagai presiden menggantikan Abdullah Ahmad Badawi yang disingkirkan secara terhormat. Tan Sri terpaksa memanjangkan tempoh mengadakan pilihan raya kecil tersebut selama 58 hari, tempoh yang terpanjang dalam sejarah pilihan raya kecil di Malaysia [diisytiharkan kosong pada 9 Februari 2009]. Alhamdulillah, Pakatan Rakyat menang penuh bergaya, UMNO hanya menang di Batang Ai, Serawak yang pengundi kebanyakannya miskin dan buta huruf terpinggir daripada arus kemodenan Negara. Perkara ini berbeza dengan pilihan raya kecil di Permatang Pasir. Nampaknya Tan Sri terpaksa mengadakannya secara tergesa-gesa bagi mengelak UMNO daripada menerima kekalahan yang amat memalukannya nanti, walaupun dalam bulan puasa. InsyaAllah. Tan Sri takut di musim perayaan nanti anak-anak dari perantauan akan pulang ke kampung halaman masing-masing dan mereka akan berkempen secara tidak langsung membongkarkan kebobrokan UMNO dan ini boleh mempengaruhi para pengundi menolak UMNO dan menyekat pembangkang dan NGO-NGO [bukan seperti Pewaris] berkempen dalam tempoh yang lama yang memberi kesan buruk terhadap UMNO.

iii. Budaya UMNO mengamalkan politik wang dalam organisasinya dan dibawa keluar ketengah-tengah masyarakat melalui pilihan raya kecil atau pun pilihan raya umum dibiarkan, malah Tan Sri mendiamkan diri seolah-olah mengalakkan UMNO melakukan rasuah dalam pilihan raya. Contoh terbaru dalam pilihan raya kecil Manik Urai, dua laporan telah polis dibuat untuk tindakan lanjut daripada SPRM dan SPR sendiri, tetapi sehingga kini SPRM dan SPR yang Tan Sri selaku pengerusinya berdiam diri. Pertama laporan polis yang dibuat di Balai Polis Laloh pada 14 Julai lalu ke atas Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin kerana beliau telah melakukan kesalahan di bawah Akta Pilihan Raya 1954 yang menjanjikan [waktu berkempen] untuk membangunkan Manek Urai sekiranya UMNO menang dengan peruntukan sebanyak RM24 juta termasuklah membina jambatan yang bernilai RM7 juta. Kedua, laporan polis di balai polis Kuala Krai pada tarikh yang sama mendakwa UMNO telah merasuah pengundi pada hari pengundian dalam sebuah premis Kesedar di Sungai Peria iaitu 50 meter dari pusat pengundian SK Perai. Malaysiakini menyiarkan rakaman video insiden tersebut. Mengapa Tan Sri mengwakili SPR dan SPRM mendiamkan diri, tidak melakukan sebarang siasatan sepertimana yang dilakukan terhadap pembangkang, walaupun sebaris laporan dibuat oleh pihak UMNO, bangun bertindak pantas macam kucing mengejar tikus.

Paling kurang ajar ialah kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Abdul Jalil Abdul Majid yang disiarkan oleh BERNAMA pada 12 Ogos lalu. Beliau mengugut dan mengancam para pengundi supaya memilih UMNO, kalau tidak peti undi yang UMNO kalah, rakyat di kawasan tersebut tidak akan diberi sebarang peruntukan. Katanya :

a. "Kali ini kita guna pendekatan berbeza di mana kita akan tunaikan janji kita mengikut peti undi”

b. "Jika di satu kawasan peti undi itu mahukan jalan, jika peti undi itu BN menang, kita akan bagi jalan kepada mereka”.

c. "Walaupun calon kita kalah, jika di mana-mana peti undi kita menang, kita akan tunaikan janji kita kepada peti undi yang menang selepas pilihan raya itu,"
[
http://www.malaysiakini.com/news/110358]

Tidak cukup lagikah bukti untuk Tan Sri mengambil tindakan terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Abdul Jalil itu. Perkataan yang berbau ancaman dan ugutan terhadap para pengundi di Permatang Pasir merupakan satu kesalahan yang paling serious dan ia berbentuk rasuah dalam pilihan raya.

Kenyataan ini boleh diambil tindakan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954–Bahagian III: Perbuatan-perbuatan Rasuah dan boleh didakwa di bawah seksyen 10 mana-mana kurungan yang bersesuai (a) hingga (i). Sekiranya Tan Sri tidak mengambil tindakan terhadap kenyataan berbau ancaman dan ugutan ini, maka sah dan sahih Tan Sri adalah “BARUA” kepada UMNO.

10. Abdul Jalil ingat duit pembangunan itu datang daripada tabung UMNO atau daripada kocek keturunan mak-bapa dia atau daripada golongan beliau yang merompak harta rakyat dengan sewenang-wenangnya berbekalkan kuasa di tangan. Beliau lupa bahawa setiap sen duit pembangunan kerajaan datang daripada kocek seluar rakyat tanpa kira parti dan fahaman politik melalui pelbagai cukai yang dikenakan ke atas kepala rakyat. Kalau konsep ini diguna pakai, maka adalah dicadangkan negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat seperti Selangor, Kelantan [dengan petrokimianya] dan lain-lain negeri, berbagai cukai dan berbagai sumber lagi yang dikutip daripada rakyat yang tidak menyokong UMNO hendak hasil kutipan tersebut diserahkan kepada negeri berkenaan, tidak perlu lagi diserahkan kepada kerajaan persekutuan. Itu lebih memudahkan bagi kerajaan-kerajaan negeri memberi pembangunan kepada rakyat tanpa mengira fahaman politik dan perkauman seperti yang diamalkan oleh UMNO selama ini. Dengan itu, kerajaan-kerajaan negeri yang terlibat tidak perlu lagi menjadi pengemis lagi.

Oleh itu, saya mencabar ABDUL JALIL ABDUL HAMID supaya mencadangkan kepada kerajaan pusat [persekutuan] agar kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat menguruskan kewangannya sendiri. Kalau tidak Abdul Jalil seorang pengecut dan mempunyai pemikiran Abu Jahal perosak masyarakat. Berfikiran jumud, sangat bodoh dan pendik akal serta hidup di zaman batu. Hakikat sebenarnya kerajaan persekutuan tidak ada sumber pendapatannya sendiri, ia bergantung daripada kutipan hasil daripada negeri-negeri yang kaya seperti negeri Selangor, Terangganu, Kelantan Serawak dan Sabah [yang kaya dengan minyaknya]. Allahmarhum Sultan Brunei membuat keputusan yang bijak kerana enggan menyertai pembentukan Negara Malaysia pada 1963 dulu, kalau tidak Brunei akan terus miskin, kerajaan persekutuan semakin kaya raya dan lebih ramai lagi para pemimpin UMNO menjadi kaya raya secara mee segera.

Jadi, Ybh Tan Sri perlu mengambil tindakan segera bagi memulihkan imej SPR yang kini popular digelar sebagai “SURUHANJAYA PENIPU RAKYAT” seperti berikut :

1. Perlaksanaan sepenuhnya Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 tanpa mengira parti dan tanpa rasa takut untuk menegakkan keadilan. Tan Sri hanya perlu takut terhadap Allah swt, bukan kepada manusia yang munafik dan fasik.

2. Bertindak secara bijaksana agar tidak mudah dipengaruhi oleh sentiment kepentingan politik oleh para pemimpin UMNO yang rakus dengan kuasa, kedudukan dan kekayaan.

3. Tidak boleh berkompromi dalam sebarang bentuk menyalahgunaan kuasa atau menggunakan harta kerajaan, baik di peringkat kerajaan persekutuan mahu pun di peringkat kerajaan negeri [yang diperintah oleh Pakatan Rakyat atau UMNO/BN] bagi kepentingan politik masing-masing dalam proses pilihan raya yang diamalkan.

4. Membenteras amalan politik wang yang semakin berluasa dalam sistem pilihan raya di Malaysia kini.

5. Berlaku adil kepada semua pertubuhan politik yang berdaftar tidak kira sama ia parti memerintah [UMNO] atau pembangkang [Pakatan Rakyat]. Semuanya mempunyai hak yang sama dari segi perlembagaan Negara, Cuma yang lebihnya UMNO diberi mandat untuk berkuasa buat sementara waktu bukan untuk selama-lamanya. Tidak boleh menggunakan kerajaan melawan parti politik dalam pilihan raya.

6. Mengawalselia media-media milik kerajaan supaya ia tidak disalahgunakan untuk berkempen semata-mata untuk UMNO sahaja ketika pilihan raya. Hak ini patut juga diberi kepada pembangkang untuk mengeluarkan pandangan dan ideologi masing-masing bagi dinilai oleh rakyat.

7. Bertindak tidak mengikut rentak tari UMNO, tetapi dahulukan kepentingan rakyat dan Negara daripada kepentingan para pemimpin UMNO yang opportunist.

8. Jangan bias kepada mana-mana pihak yang berkepentingan.

9. Sekiranya Tan Sri gagal melaksanakan saranan ini dan UMNO masih melakukan perbuatan yang melanggar undang-undang, mengkontrol semua sumber [PDRM, Kehakiman, Peguam Negara, SPRM, media dan SPR sendiri], maka jalan terbaik ialah mengusulkan kepada kerajaan melakukan pindaan perlembagaan bagi mengharamkan pertubuhan politik melainkan UMNO. Tegakkan sebuah kerajaan autokratik, bukan kerajaan demokrasi. Demokrasi tidak berguna selagi UMNO tidak mahu berubah. Demokrasi ala UMNO memusnahkan rakyat dan Negara.

Sekian, Terima kasih.Wassalam.


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”.


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Saturday, August 1, 2009

GAMBAR-GAMBAR MENARIK






















SIAPA?


TAHNIAH PEJUANG : MENEGAKKAN KEADILAN MENENTANG KEZALIMAN

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wr.wrt
,


Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam perhimpunan menentang akta yang zalim anjuran Gerakan Mansuhkan ISA [GMI]. Anda semua layak digelar sebagai “PEJUANG” yang berani bangkit menentang kemungkaran dan kezaliman yang diperlakukan oleh kerajaan UMNO selama ini.


Anda semua adalah pejuang-pejuang yang tulin, yang gagah perkasa memperjuangan kepentingan bangsa, agama dan kemanusiaan. Anda tidak seperti petualang bangsa yang diterajui oleh Pewaris dan sekutu-sekutunya. Mereka adalah pengkianat dan menjilat ‘shit’ kerajaan BN yang dipimpin oleh UMNO.


Mengikut sumber Malaysiakini.com [
http://www.malaysiakini.com/news/109708], seramai lebih daripada 20,000 menyertai perhimpunan tersebut. Walaupun anda semua dilayan seperti binatang, namun anda semua berjiwa kental dan bersemangat waja. Saya berasa amat sedih melihat anda semua banyak menempuh berbagai rintangan dan halangan berdepan dengan anggota polis [kerabat BN ke-15] yang melepaskan tembakan gas pemedih mata serta tembakan meriam air di lokasi perhimpunan di kompleks membeli-belah SOGO, sekitar Masjid Jamek, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Dataran Merdeka, di Masjid Negara serta di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.


Anda semua tidak menghiraukan keselamatan diri sendiri di atas perlakuan tidak bertamadun kerajaan UMNO yang menggunakan media massa dan pasukan polis untuk menggagalkan perhimpunan itu, kehadiran puluhan ribu rakyat daripada segenap lapisan masyarakat membuktikan sokongan padu mereka agar ISA dimansuhkan. Perhimpunan tersebut berjaya jua diadakan seperti dirancangkan.


Saksikan semangat kental pejuang-pejuang kita yang berjuang dan bergelut menentang Pasukan DiRaja di Malaysia :









Semoga segala keringat yang tumpah pada petang 1 Ogos 2009 ini akan menjadi saksi di padang masyar kelak dihadapan Allah swt-sebuah perjuangan menegakkan amal makrof menentang nahi mungkar yang dilakukan oleh kerajaan UMNO.


Sekian, terima kasih.Wassalam


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”.
"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”