Monday, August 20, 2012

PEMUDA UMNO BERLAKON?


Setiausaha kerja Pemuda BN Ibdilillah Ishak telah membuat laporan polis di balai polis Tun HS Lee bagi pihak Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, berhubung satu posting yang didakwa berunsur 'hasutan' di laman Facebook palsu Pemuda UMNO.

Menurutnya, ia bukan laman rasmi milik pergerakan itu, sambil menambah, di Facebook ramai orang boleh membuka akaun dan menjadi sesiapa sahaja yang mereka mahu. Mereka menggunakan nama Pemuda UMNO tanpa kebenaran.Beliau juag mengaku bahawa laman facebook memang milik pergerakan itu yang sah namun tidak aktif kesian (kerana pemuda buta IT).

Pada saya perkara itu dilakukan sendiri oleh pemuda dengan niat  ‘baling batu sembunyi’ sepertimana yang menjadi amalan dan budaya UMNO selama ini, tetapi ia tidak menjadi. Tetapi tidak semena-semena batu itu di baling balik terkena kepala dan muka UMNO/BN. Aduh! Sakitnya.

Jadi, hendak cover malu buat la repot polis. Keluarlah statement kononnya ia adalah sabotaj yang dilakukan pada mereka. Sebab orang ramai sudah amat tahu, puak mana yang selalu memainkan isu-isu sebegini kalau tidak UMNO punya kerja.

Hikmahnya tetap ada. Lain kali, di lain masa cerita-cerita mengarut seperti seks, perkauman, keagamaan dan sebagainya rakyat sudah tidak percaya lagi kerana itu semuanya fitnah UMNO semata-mata seperti yang berlaku di laman sosial Anwar Ibrahim digodam baru-baru ini juga rakyat tidak percayanya.

SIAPA PUNYA ANGKARA NI
 
Rakyat yang arif siapa juara perkauman hari ini.UMNO senonim dengan memainkan isu-isu perkauman dan keagamaan bagi memecah-belahkan masyarakat berbilang kaum dan agama dalam Negara ini sepertimana British melaksanakan dasar ‘pecah dan perintah’ untuk kekalkan kuasa penjajahan. Tapi kali ini, ia tidak berkesan bahkan memakan diri mereka balik. 

Walaubagaimana pun, UMNO tetap terikat dengan seksen 114A. 'You are guilty until proven innocent'. Apa macam ? Senjata makan tuan nampaknya. Nah rasakan betapa bisanya tikaman itu ya.

Adalah menjadi kewajiban setiap rakyat bangkit menentang dan tumbangkan Kerajaan Zalim dalam PRU ke-13 nanti. Yusuf Al Qaradawi pernah mengeluarkan fatwa bahawa pemerintah yang zalim wajib kita tumbangkan. http://www.youtube.com/watch?v=DHrzpaouW8Y&feature=colike

Kezaliman yang tidak dibiarkan oleh Allah, perbuatan hamba-hamba-Nya di antara sesama mereka, kerana pasti ditun­tut pada Hari Akhirat oleh mereka yang dizalimi. http://id.wikipedia.org/wiki/Zalim

Di manakah hujah yg membolehkan kita untuk menyokong UMNO/BN apabila Allah swt telah berfirman dalam Surah Hud:

 Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. (113)
http://tanzil.net/#trans/ms.basmeih/11:113

No comments:

Post a Comment