UMMI
HAFILDA TAK AKAN BUAT SESUATU TANPA DIBAYAR – BAGINDA
Peralat
ibunya untuk politik kotor, Azwan Ali kecam Umno, TV3
KUALA LUMPUR: Pengacara terkenal, Azwan Ali
mengecam keras perbuatan media kawalan kerajaan, TV3 yang memperalat ibunya
untuk kepentingan politik kotor Umno.
Beliau kesal kerana ibunya diheret dalam
kancah politik ketika umat Islam merai sambutan Aidilfitri, semata-mata untuk
mengkritik abangnya, Mohamed
Azmin Ali.
Azmin Ali.
“Hati baik bulan? TV3 terus memporak peranda
kisah famili Azwan Ali. Masya-Allah. Musahabah diri.
“Kesian sungguh nasib seorang ibu yang sanggup
jadi bahan TV3 untuk rating,” tulisnya dalam twitter, malam semalam.
Beliau merujuk laporan Buletin Utama TV3 yang
memaparkan ibunya, kononnya kecewa terhadap Azmin selepas menonton slot itu
secara tidak sengaja.
Azwan percaya, ibunya diperalat Ummi Hafida
yang bersekongkol dengan Umno bagi memfitnah Azmin yang juga Timbalan Presiden
KEADILAN.
“Kesian juga aku tengok.. tapi rasa kesian tu
hilang tiba-tiba bila si Ummi Hafilda turut kelihatan berada di sebelahnya,”
tulis Azwan merujuk adik perempuannya itu.
Namun, beliau bersyukur kerana ramai
peminatnya memberi sokongan kepadanya dan Azmin, malah mengutuk laporan
berkenaan yang disifatkan mereka sebagai ‘jijik’.
“Slm. Syukur ramai akui betapa jijik nya usaha
@buletintv3! Maha kaya Tuhan kecuali those Lembu Lembu kaki Suapan ya! Amin,”
tulisnya.
Ini bukan pertama kali pengacara yang terkenal
dengan ungkapan ‘ Ada aku kisah?’ dan ‘Amboi amboi amboi…’, menyelar Ummi
Hafilda kerana mengheret ibu mereka ke kancah politik.
Tak
takut azab neraka? tanya Azwan pada Ummi
KUALA LUMPUR: Ummi Hafilda Ali diingatkan
supaya berhenti memfitnah orang lain sebaliknya berusaha membersihkan dosa yang
dilakukan terutama terhadap keluarga sendiri. Peringatan tersebut dibuat oleh
adiknya sendiri, Azwan Ali.
Sejak akhir-akhir ini Ummi yang merupakan
salah seorang watak utama dalam konspirasi pertama tahun 1998 muncul dan
menjaja cerita kononnya beliau tahu keburukan abangnya Azmin Ali yang juga
Timbalan Presiden KEADILAN.
Beliau juga sering mencaci peribadi Ketua Umum
KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sikap Ummi semakin menjadi-jadi apabila ada
pilihan raya kecil. Terbaru, ketika berucap di pentas BN dalam pilihan raya
Merlimau, beliau memberi amaran kepada pengundi-pengundi kononnya Anwar
merupakan seorang individu yang sangat merbahaya kepada agama dan juga negara.
Dalam SMSya kepada KeadilanDaily.com, Azwan
mengingatkan kakaknya bahawa seksaan dari Allah menanti kepada mereka yang
melakukan fitnah. “Tak takut azab neraka ker?” kata Azwan.
Sehubungan itu, Azwan yang juga personaliti TV
terkenal menasihati Ummi supaya membersihkan diri sendiri sebelum bercakap
mengenai orang lain.
“Bersihkan dosa pada adik beradik sebelum nak
menyalak berpolitik sambil busukkan darah daging (sendiri). (Ia juga termasuk)
dosa kepada saya,” tambah Azwan.
Pada September 1998, ayahnya Haji Ali Omar
(Allahyarham) melalui sebuah surat wasiat memutuskan pertalian zuriat dengan
Ummi kerana sikapnya yang suka melakukan fitnah.
fear of god
ReplyDeletesupreme outlet
chrome hearts outlet
kyrie 7
yeezy boost 350
kd 13
yeezy
kyrie 8
hermes outlet
yeezy 700