Monday, August 27, 2012

MALAYSIA DIMALUKAN LAGI: GUARDIAN PECAT PENULIS UPAHAN KERAJAAN NAJIB


Kerajaan Malaysia upah penulis pro Israel untuk serang Anwar

Akhbar British, The Guardian mendedahkan bahawa pihaknya baru-baru ini mengetahui Joshua Trevino, kolumnis konservatif Amerika Syarikat (AS) adalah perunding upahan bagi agensi yang mempunyai kepentingan dengan kerajaan Malaysia.

Ekoran itu, akhbar ini menamatkan perkhidmatan Trevino sebagai koresponden Amerika.

Beliau didakwa mempunyai hubungan dengan syarikat yang terbabit dalam kempen penetapan berita dibiayai oleh kerajaan Malaysia untuk menjalan dan menguruskan laman web Malaysia Matters (Perihal Malaysia) yang menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pembangkang di negara ini.

Dalam satu kenyataan pendek The Guardian Jumaat lalu, Trevino dikatakan telah melanggar kod etika editorial kerana tidak mendedahkan hubungan beliau dengan agensi dari Malaysia itu.

“Di bawah garis panduan kami, hubungan antara Joshua dan agensi sepatutnya didedahkan,” kata Ketua Editor Guardian AS, Janine Gibson.

Trevino adalah pengulas konservatif terkenal dan bekas penulis ucapan semasa pentadbiran George W Bush.

Beliau melaporkan secara meluas beberapa tahun kebelakangan ini tentang perbicaraan Fitnah II Anwar di laman web Malaysia Matters yang kini tidak berfungsi lagi.

Trevino juga kerap mengkritik Anwar di kolumnya dalam penerbitan lain seperti Huffington Pos.

Agensi yang dikatakan mempunyai kepentingan dengan kerajaan Malaysia itu, FBC Media didedahkan membesar dua kali ganda sebagai firma publisiti untuk kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib telah membayar berjuta-juta pound agar FBC menjalankan “Kempen Komunikasi Strategik Antarabangsa”, bagi membantu meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dan pelaburan semasa perjanjian RM94juta untuk tiga tahun bermula 2007.

Najib juga telah memberi kontrak untuk strategi perhubungan awam, temasuk kepada APCO Worldwide, syarikat Israel untuk menggilap imej peribadi beliau dan kerajaan di mata dunia. -KD

Guardian henti guna khidmat pelobi pro-Zionis dikait Najib!

Guardian, akhbar Inggeris liberal beraluan kiri menghentikan khidmat Joshua Trevino, pemblog dan pelobi pro-Zionis sebagai kolumnis di akhbar itu, memberi alasan konflik kepentingan melibatkan aktiviti bisnes di Malaysia.

Menurut kenyataan ringkas Guardian dan Trevino, penulis itu telah melanggar etika kerana tidak mendedahkan konflik kepentingannya melibatkan Malaysia.

Trevino didakwa menjadi penulis upahan yang menulis bagi pihak pemerintah Malaysia di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, dengan satu misi utamanya menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan membantu meningkatkan imej Najib.

Trevino mencetuskan kekecohan ekoran tulisannya mendakwa Anwar “membeli” khidmat CNN untuk membantu memulihkan imejnya dalam satu lawatan ke Amerika Syarikat hujung 2010 yang digelar “lawatan memohon maaf,” ekoran beberapa kenyataannya yang dilihat anti-Yahudi.

Pemerhatian terhadap rancangan soal jawab melibatkan Anwar di CNN tersebut walau bagaimanapun cenderung untuk membenarkan dakwaan Trevino itu, ekoran soalan-soalan mudah dan terpilih yang diberikan kepada Anwar, dan tanpa susulan yang lebih menekan.

Walau bagaimanapun, kredibiliti Guardian turut terjejas ekoran episod ini, kerana menggunakan khidmat Trevino, bekas penulis ucapan Bush dan pelobi pro-Zionis itu walaupun pendirian kontroversi beliau termasuk menyokong pembunuhan oleh Zionis sedia diketahui ramai.

Wartawan dan pengasas bersama laman Electronic Intifada, Ali Abunimah dalam satu tulisan mengemukakan kaitan Trevino dengan Israel sambil mempersoalkan sikap Guardian yang mendapat respons segera akhbar itu, yang kelihatan cuba menyembunyikan hal sebenar.

Ali merupakan seorang penulis yang sejak awal memerhati dan mendedahkan sikap Guardian terhadap penulis anti-Islam itu.

Kaitan dengan Israel dan kedudukan Trevino sebagai pelobi Zionis telah menunjukkan satu konflik kepentingan yang jauh lebih besar sejak awal lagi, dan sewajarnya sudah mendesak Guardian memutuskan hubungan dengan Trevino – siasah daily

Ulasan GB

Demikian apabila hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Pekung kerajaan Najib terdedah lagi sekalipun sebelum ini, kerajaan pusat berhempas pulas menafikan perbelanjaan besar digunakan untuk memperbaiki imej Najib.

Lebih menjelekkan penulis upahan Kerajaan Malaysia itu adalah seorang bekas penulis ucapan Bush dan pelobi pro-Zionis.

Nafikan lagi, lagi banyak Allah akan dedahkan pekong-pekong yang masih belum terbongkar.
Laporan sebelum ini

klik untuk baca:



No comments:

Post a Comment