Curi
14 ekor lembu boleh dipenjara 7 tahun. Shahrizat kena berapa tahun?
BATU PAHAT: Hajat enam sahabat beraya
dengan hasil mencuri lembu tidak
kesampaian apabila mereka diberkas polis.
Modus operandi kumpulan tersebut ialah
menyasarkan ladang ternakan lembu yang jauh di pedalaman selain melakukannya di
waktu malam.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Penolong
Pesuruhjaya Din Ahmad, berkata kegiatan kumpulan terbabit diketahui apabila
seorang pengadu membuat laporan mengenai kehilangan 14 ekor lembu ternakannya
pada 18 Julai lalu.
Menurutnya, setelah menerima laporan,
pihaknya terus membuat siasatan dan
berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan di Alor Gajah sehari kemudian
sekitar 12.40 pagi bersama sebuah lori dipercayai digunakan mengangkut lembu
curi.
"Susulan penangkapan suspek pertama
polis berjaya menahan lima lagi suspek di Masjid Tanah, Melaka, selain berjaya
menemui lapan ekor lembu beberapa jam kemudian.
"Daripada lima suspek yang ditahan
itu, empat adalah warga Indonesia. Kesemuanya berumur antara 24 dengan 52
tahun.
"Polis juga percaya dengan
tertangkapnya enam suspek ini, tiga kes berjaya diselesaikan, selain percaya
kumpulan ini bergiat aktif bermula awal tahun lalu," katanya pada satu
sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, kelmarin.
Menurut Encik Din Ahmad, siasatan awal
mendapati selain di Batu Pahat, kumpulan terbabit juga telah melakukan kegiatan
sama di beberapa kawasan di sekitar Kluang, lapor Sinar Harian.
Katanya, setelah berjaya mencuri
ternakan, mereka akan menjualnya dengan harga yang jauh lebih murah berbanding
harga pasaran dan jualan dilakukan di pasaran sekitar Melaka.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh
dijatuhi hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan juga boleh dikenakan denda.
Minta tolong pembaca kirakan, sepatutnya
Shahrizat dipenjarakan
berapa tahun?
No comments:
Post a Comment